Thursday, December 31, 2009

HIPOKRASI AnWAR YANG TERKINI

1. Saya terpanggil untuk menulis pada hari terakhir tahun 2009 ini, walhal punya rencana bercuti bersama keluarga di pantai timur tanahair. Runtunan hati melonjak-lonjak untuk berkongsi cerita setelah melayari blog AnWAR. Apa yang saya bakal kongsikan ini tiada kena-mengena dengan yang telah wafat namun punya kaitan rapat dengan yang masih hidup iaitu AnWAR!

2. Khabar duka pemergian Gus Dur mengejutkan kita semua. Baik kawan atau lawan politik Nusantara, Gus Dur punya kontroversi tersendiri. AnWAR mendakwa Gus Dur adalah sahabat beliau dan mereka amat rapat. Barang diingat, AnWAR hanya rapat dengan Gus Dur setelah AnWAR dipecat dari kerajaan tahun 1998, w/pun mengenali Gus Dur sekian lama.

3. Semasa AnWAR dalam kerajaan, dari timbalan menteri hinggalah TPM, AnWAR tidak pernah mahu melayan Gus Dur apatah lagi menemuinya dalam lawatan ke Indonesia atau Gus Dur kemari. Gus Dur dianggap pembangkang di zaman Soeharto dan AnWAR tidak mahu menemui Gus Dur kerana itu, w/pun mereka saling mengenali dari dari tahun 1965 semasa program perkaderan muda Nusantara di Jakarta.

4. Program yang diasaskan oleh Pak Natsir, negarawan Indonesia yang kemudiannya mencambahkan NU (Gus Dur), Muhammadiyah (Amien Rais), ICMI (Habibie) dan ABIM di Malaysia. Ikatan persahabatan antara mereka cukup rapat, namun AnWAR hanya selesa berhubungan dengan Habibie (menteri di zaman Pak Harto) dan Amien Rais yang punya karektor politik sepertinya.

5. AnWAR pernah menyatakan bahawa Gus Dur hanyalah seorang kenalan, bukan sahabat rapat. Beberapa orang bekas pegawai AnWAR boleh mengesahkannya. Tanya juga Azmin Ali (ketika menjadi pegawai AnWAR) yang sering mengutus surat maaf kepada pejabat Gus Dur memaklumkan AnWAR teramat sibuk, walhal AnWAR sebenarnya tidak mahu berjumpa Gus Dur kerana beliau memandang rendah keupayaan Gus Dur.

6. Manusia merancang, Allah menentukan! Keadaan serta-merta menjadi terbalik selepas AnWAR dipecat dari kerajaan dan Gus Dur pula menjadi Presiden Indonesia. Ketika itu, AnWAR berulangkali menyatakan "Gus Dur adalah kenalan lama saya dan kami amat rapat sejak dahulu"! AnWAR mencari 'pintu' bagi membolehkannya berdamping dengan Gus Dur.

7. Ini termasuk Azizah yang dihantar AnWAR menemui Amien Rais di Jakarta bagi membuka ruang agar Azizah rapat dengan keluarga/isteri Gus Dur. Atas semangat persahabatan yang luhur, salam AnWAR disambut Gus Dur. Kunjungan ke Munich, beberapa kali ke KL menziarahi AnWAR membuktikan Gus Dur begitu ikhlas. Namun AnWAR, Azmin dan kelompoknya tidak tahu menghargai persahabatan.

8. Sehingga kunjungan Gus Dur ke Kongres PKR yang lalu, AnWAR dan Azmin sering mempersendakan Gus Dur di belakangnya. Gurauan mengenai fizikal Gus Dur, keletahnya sering menjadi modal AnWAR dan Azmin sebagai bahan jenaka. AnWAR juga menggunakan Gus Dur sebagai 'pelaris' dalam kempennya ke seantero dunia. Orang hubungan AnWAR dengan Gus Dur ialah Datuk Ravi Dharan Abdullah, empunya Daya Group yg banyak kepentingan perniaagaan di Indonesia.

Mungkin saja AnWAR benar-benar sedih dengan pemergian Gus Dur, atas pertimbangan apa, hanya Allah dan beliau saja yang tahu. AnWAR berhak meluahkan kesedihan beliau dalam blognya, namun beliau juga perlu jujur dengan menyatakan mengapa beliau tidak memberi penghargaan kepada Gus Dur sebelum Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, walhal mereka telah lama mengenali.

Al Fatihah buat Pak Gus Dur dan takziah kepada keluarga kerana kehilangan orang yang tersayang!

Thursday, December 24, 2009

KOMENTAR MENGENAI YUSUF QARDHAWI

1. Apa yang dijangka telahpun berlaku. AnWAR memanipulasi sepenuhnya kehadiran Tokoh Ma'al Hijrah negara 1431, Dr. Yusuf Qardhawi. GAmbar dan kenyataan Yusuf Qardhawi sedang bertebaran sekarang bagi mengelirukan pemikiran masyarakat tentang kes liwat AnWAR yang bakal dibicarakan Januari depan.

2. Satu perkara yang perlu kita sedar ialah Yusuf Qardhawi menyatakan pendapatnya atas kapasiti seorang rakan kepada AnWAR. Beliau bukan seorang hakim dalam perbicaraan. Pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan AnWAR memanipulasi beliau. Umat islam Malaysia jangan terkeliru dengan mainan 'licik' AnWAR.

3. Islam itu adil. Apabila seseorang dituduh melakukan sesuatu, orang yang kena tuduh boleh membalas tuduhan dengan menyatakan si penuduh membuat tuduhan palsu. Selepas itu bermulalah perbicaraan di mahkamah. DAlam kes ini, Saiful sedia dibicarakan di mana-mana mahkamah sekalipun. AnWAR yang sering mengelak.

4. JAngan terpedaya dengan helah AnWAR yang sering mewar-war bahawa beliau akan dibebaskan dengan segera jika perbicaraan berjalan di mahkamah Syariah. Belum tentu! AnWAR menyatakan demikian kerana mahu memesongkan isu dan perbicaraan di mahkamah syariah tidak berjalan sekarang. Jika ada, pasti dikatakan mahkamah syariah juga tidak adil nanti jika ada bukti-bukti yang boleh mensabitkan beliau.

5. Islam itu juga amat adil. Bukan soal saksi sahaja yang menjadi persoalan pokok di mahkamah syariah. BAgaimana dengan prinsip keadilan, Qarinah dan lain prinsip ketelusan dalam islam. Saya percaya, SAiful juga telus, kerana itu beliau berani menyatakan kebenaran. AnWAR hanya minta 4 orang saksi kerana beliau tahu pendakwa tidak dapat menyediakannya. Prinsip keadilan dalam islam lebih luas dari itu.

6. Yusuf Qardhawi juga tidak mempraktikkan kemahiran undang-undangnya di Malaysia. SAtu ilmu yang wajar beliau pelajari kini adalah pelaksanaan undang-undang dan kehakiman syariah di Malaysia. Jangan fikir dengan status yang beliau ada sekarang, beliau telah mahir segalanya. Saya tidak berniat menghinanya, namun sebagai seorang yang tawadhu' serta cintakan kebenaran, beliau wajar menerimanya sebagai satu teguran yang membina.

7. Jika dalam keadaan sekarang, Yusuf Qardhawi tidak layak pun menjadi peguam AnWAR dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia. Peguam Syar'ie di Mala ysia perlu lesen praktik di sini selain kemahiran undang-undang negara. AnWAR tahu itu, maka itulah beliau memanipulasi pemikiran rakyat dengan menggunakan Yusuf Qardhawi. Tidak semua fatwa Yusuf Qardhawi diterimapakai di negara ini!

Maka itu, sementara kita menghormati ulama' besar seperti Yusuf Qardhawi, kita juga harus mempunyai ilmu di dada agar kita tahu apa yang kita buat dan siapa yang kita sokong. islam sendiri menganjurkan penambahan ilmu. Jangan biar diri kita diperalat untuk manfaat individu dan mencapai kepuasan diri...................

Monday, December 21, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR (2)

1. AnWAR semakin tertekan. Gerakerja beliau kebelakangan ini membuktikannya. Bermula dari arahan ceramah 40 hari oleh AMK, kemunculan semula PI Bala, menumbangkan kerajaan di Parlimen, dan terkini konvensyen PR di Shah Alam. Semuanya mahu memanipulasi pemikiran umum bahawa beliau mahu berkuasa mahu melakukan sesuatu!

2. KAli ini sisa peluru AnWAR adalah menggunakan individu berpengaruh bagi melindungi kelemahan beliau. Beliau kini menggunakan Datuk Nik Aziz melindungi apa saja yang beliau mahu lakukan. Beliau tahu Nik Aziz punya sentimen agama yang mampu mengaburi mata umum. Kerana itu beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Nik Aziz.

3. Beliau tahu tanpa menyatakan apa-apa, bayangan Nik Aziz akan selalu melindungi beliau. Jika timbul sesuatu isu, beliau akan mengadap Nik Aziz di Kelantan. Begitu juga dalam beberapa isu mengenai pakatan pimpinannya, Nik Aziz akan dijadikan perisai melindungi serta menghalalkan tindakan AnWAR. Walhal, AnWAR hanya menggunakan Nik Aziz.

4. DAlam mempertahankan apa yang berlaku sekarang, jelas AnWAR amat mengharap Nik Aziz akan membela beliau dalam isu liwat. W/pun tidak meminta, AnWAR amat mengharapkannya. Namun hingga kini Nik Aziz lebih memberi tumpuan kepada isu pakatan. AnWAR amat mengharapkan Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa AnWAR tidak bersalah dalam hal liwat.

5. Ini sebenarnya tujuan AnWAR, taktik yang beliau guna dahulu dengan menggunakan Datuk Harun Din setelah dituduh meliwat pada 1998. Teman-teman lama dalam PKR mengesahkan taktik AnWAR ini. FAtwa yang dibuat oleh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Taha Jabir kurang diterima pakai di negara ini kerana mereka tidak punya sokongan politik dan golongan akar umbi di Malaysia.

6. Yang diperlukan AnWAR adalah seorang tokoh agama tempatan yang punya pengaruh ke atas masyarakat akar umbi di sini. Maka itu AnWAR harus 'dilihat' rapat dengan mereka. Golongan agama yang neutral dilihat AnWAR kurang memberi impak. Tok-tok Guru pondok hanya berpengaruh terhadap pelajar mereka dan kurang dikenali. W/pun imej Nik Aziz telah tercalar kebelakangan ini, AnWAR melihat Nik Aziz masih mampu mempertahankannya secara tidak langsung.

7. Cuma sekarang AnWAR amat-amat berharap Nik Aziz akan bersuara mengenai kes liwatnya bagi membuat persepsi AnWAR tidak bersalah. Maka itu beliau bersungguh-sungguh cuba menawan hati Nik Aziz. Nik Aziz juga bijak mengambil kesempatan dari sokongan AnWAR! Hingga kini beliau masih belum mahu membicarakan soal liwat AnWAR atau mungkin tidak mahu membicarakannya langsung!

Adat dunia memang begitu. Jika kita sering menanggap diri kita yang paling bijak, maka akan ada orang lain yang lebih bijak dari kita......................

Sekian.

Friday, December 11, 2009

SANTAI HUJUNG MINGGU

Sebuah hikayat dongeng menceritakan perihal ketua dan pembantunya yang tidak diketahui siapa ketua dan siapa pembantunya, biarpun hirarki dalam pemerintahan amat jelas kedudukannya. Al Kisah, pada suatu musim yang berkaitan, si pembantu kepada ketua berhasrat berkunjung ke luar negara bagi satu tempoh yang tidak lama..........

Dihadapan rakyat jelata yang setia menyokongnya, si pembantu mengemukakan permohonan kepada si ketua bagi menyempurnakan tujuannya dan dibenarkan oleh sang ketua dengan hati yang berat. Bukannya apa, sang ketua ini jarang berpisah dengan pembantunya yang amat setia serta mengetahui rahsianya luar dan dalam!

Selepas pembantunya berangkat, rakyat jelata semakin menyedari sang ketua sering memakai baju dan seluar berjenama BOSS. Setelah seminggu di luar negara, si pembantu menalipon teman-temannya di sini dan dia dimaklumkan akan perubahan yang melanda ketuanya itu.....Si pembantu agak marah pabila dimaklumkan perubahan ketuanya itu!

Setelah menyelesaikan urusannya di luar negara, si pembantu ini pulang kembali ke tanahair. Para penyokong yang menyambut kepulangannya amat terperanjat dengan perilaku si pembantu ketua mereka. Si pembantu ini memakai pakaian berjenama BOSSINI semasa pulang dan kekal dengan jenama tersebut w/pun telah lama pulang! Sang ketua pula tidak lagi memakai jenama BOSS setelah si pembantu pulang...............

Bingunglah penyokong memikirkan siapa sebenarnya ketua mereka.........

Sekian.

p/s: saya akan kembali menyambung artikel sisa-sisa 'peluru' AnWAR minggu hadapan. Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut pelbagai undangan SAbtu dan Ahad ini.

Tuesday, December 8, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR

1. AnWAR sekarang sudah boleh menghitung hari sebagai orang yang bebas di bumi Malaysia. Beliau sudah mula menghantar 'signal' kepada rakan-rakan luarnya bahawa beliau bakal dikenakan tindakan atas sikap dendam pemimpin negara terhadapnya yang tidak kunjung padam...kononnya la!!

2. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan orang lain. AnWAR wajar menyalahkan dirinya sendiri atas segala apa yang berlaku. Namun seperti biasa, AnWAR tetap mahu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku bagi menutup sebarang keburukan dan kesalahan yang telah dilakukannya.

3. Saya akan cuba mengulas beberapa 'talian hayat' yang akan digunakan AnWAR bagi menghidupkan sisa-sisa peluang memanjangkan 'talian hayatnya'. Yang terkini AnWAR bakal menggunakan konvensyen Pakatan pimpinannya untuk menyatukan ahli gabungan agar menyokongnya.

4. Isu yang bakal digunakan sebagai 'penyatu' adalah tuntutan royalti minyak oleh Kelantan. AnWAR melihat isu ini menguatkan sokongan PAS kepadanya kerana tidak kira ulama' atau erdogan, PAS bersatu dalam hal ini. Tindakan PAS mendodoikan isu ini sebagai penindasan dan kezaliman juga berkait rapat dengannya.

5. AnWAR langsung saja akan mengaitkan dirinya juga sedang difitnah dan dizalimi oleh pemerintah yang kejam. Sentimen ini akan mengundang simpati dari rakyat yang dikelirukan oleh manipulasi minda AnWAR. Beliau tidak putus-putus menggambarkan kerajaan pusat sebagai kejam.

6. Penglibatan Tengku Razaleigh juga adalah bonus buat AnWAR. Soal Ku Li akan menyertai kaukus itu nanti atau tidak, tidak penting buat AnWAR. Yang penting buat AnWAR, Ku Li telah bercakap nada yang sama dengannya. AnWAR juga akan berkata UMNO/BN sendiri juga sanggup menganiayai Ku Li, ahli mereka sendiri.

7. Isu royalti ini juga bakal memancing minat Sabah dan Sarawak untuk turut serta. AnWAR tahu dari segi undang-undang perlembagaan, mustahil bagi Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk memenangi kes ini. Namun yang penting baginya adalah PERSEPSI bahawa kerajaan pusat itu zalim!

Ini antara sisa-sisa peluru yang akan AnWAR gunakan menyerang kerajaan pusat. Ditambah dengan kepakaran AnWAR menambah pelbagai perasa dalam serangannya (w/pun sering menggunakan bahan yang sudah basi), isu ini bakal menyatukan pakatan dan menarik minat rakyat yang akan terpesona dengan 'ayat-ayat cinta' AnWAR.......

Persoalan yang timbul sekarang, di pihak kerajaan pusat, apa yang mereka buat untuk menangkis dakyah-dakyah AnWAR ini. UMNO, BN sepatutnya sudah kehadapan dalam menjangkakan isu yang bakal dibawa AnWAR! Namun sebaliknya berlaku, kerajaan nampaknya sedang terperangkap dalam beberapa isu kebelakangan ini.......Benarlah kata negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir, "Melayu memang mudah lupa"...........

Sunday, December 6, 2009

KENAPA AnWAR CACI PM AUSTRALIA.

1. Perkembangan terkini sosio-politik tidak memihak kepada AnWAR. Bermula cercaan penyambung lidah Yahudi - Far Eastern Economic Review yang melabelkan AnWAR sebagai 'chameleon', lawatan ke Amerika Syarikat yang dikira gagal, perkembangan politik tanahair yang begitu kucar-kacir bagi pakatan pimpinannya. Paling terkini, penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuik menggugurkan kes liwat dan lawatannya ke Australia yang juga dikira gagal mencapai misinya.

2. Di Australia, AnWAR ditemani Dr. Rahim Ghouse, sang arab celup yang bermastautin di sana. Mengetuai sebuah koperasi 'islam' di Melbourne, Dr. Rahim Ghouse banyak mengatur program-program menaikkan nama AnWAR di sana. Seperti di Amerika Syarikat, AnWAR banyak menyalurkan wang kepada kumpulan pelobi-pelobi bagi menaikkan namanyha di Australia. Dari zaman Gareth Evan menjadi Menteri Luar Australia sehinggalah kepada Alexander Downer di zaman John Howard PM Australia, AnWAR begitu mahsyur di sana.

3. Anaknya Ehsan pernah bersekolah disana dibawah kelolaan Sheikh Umar Hallak, dengan urusan yang cukup mudah. Imigresen Australia begitu bertolak ansur dengan proses kemasukan Ehsan dan toleran dengan Sheikh Umar Hallak yang menguruskan sebuah sekolah di sana (Australia dikenali sebagai negara yang beitu tegas dlm undang-undang Imigresen serta tidak 'muslim friendly'). Rangkaian Gareth Evan dan Alex Downer yang mengatur serta memudahkan segala urusan AnWAR di sana.

4. Tentunya rangkaian ini berkait rapat dengan Gerakan Muslim Liberal serta agenda tersembunyi yang didokong oleh Amerika Syarikat. Ketika itu John Howard adalah sekutu rapat Amerika Syarikat yang diketuai oleh George Bush Jr. yang banyak melanyak islam secara terang-terang. Alex Downer (bekas Menteri Luar Australia) pula adalah keturunan Yahudi yang masih punya keluarga di negara haram Israel. Beliau banyak menyusahkan umat islam di Australia tetapi begitu baik dengan AnWAR.

5. Zaman berubah, w/pun Amerika tetap Amerika dan Australia tetap Australia, namun kepercayaan mereka kepada AnWAR kian pudar. Di Australia, AnWAR sudah hilang tempat bergantung. Pengaruh Gareth Evan dan Alex Downer kepada PM baru Australia adalah 'zero'. Percubaan AnWAR sedikit berjaya apabila Menteri Luar Australia yang baru, Stephan Smith 'memberi muka' kepada Gareth Evan (bekas Menteri Luar Australia) yang memohon beliau menemui AnWAR. Namun PM Kevin Rudd tetap tidak 'beri muka' kepada AnWAR.

6. Bila tidak dapat bertemu, maka dicacilah PM Australia itu. Sebenarnya AnWAR bukan sahaja tidak dapat menemui PM Australia, PM Singapura dan Presiden Indonesia juga tidak dapat ditemui AnWAR! Kenapa AnWAR tidak mengherdik mereka? Ini helah politik AnWAR mengaburi minda penyokongnya. PM Singapura tidak diherdik kerana menjaga sensitiviti masyarakat Cina yang menyanjung Singapura. Presiden Indonesia tidak diherdik bagi menjaga hati rakan-rakan Indonesia yang banyak membantunya selama ini.

7. Di Thailand, AnWAR berjaya menemui Presiden Abhisit Vejajiva atas permintaan Gabenor Bangkok dari Parti Demokrat, Putera Sukhumvand yang punya pertalian rapat dengan Raja Bhumiphol. Mungkin sebagai PM baru, Abhisit harus mencari jalan berbaik dengan raja mereka. Di Australia, tiada apa-apa kepentingan PM Kevin Rudd mahu menemui AnWAR. AnWAR ke sana pun tidak mewakili negara atau Parlimen Malaysia. Beliau ke sana mewakili dirinya bagi program yang tidak diiktiraf kerajaan Australia pun.........

Nilailah sendiri hipokrasi AnWAR ini. Semasa di Manila, Wan Azizah sudi diterima Joseph Estrada dalam lwatan peribadinya, AnWAR menyatakan Estrada sahabat sejati dan menjunjung demokrasi. Duta Malaysia ketika itu DAtuk Arshad Hussein membantah bagi pihak kerajaan Malaysia. AnWAR menyatakan Malaysia mencampuri hal ehwal dalaman Filipina! Ketika Madeline Albright sudi menemui Wan Azizah semasa persidangan APEC di KL, KL membantah secara rasmi namun tidak dihirau Albright. AnWAR mengatakan KL tidak tahu menghormati tetamu.......

Kini AnWAR mencerca PM Kevin RUdd di bumi Australia! Tidakkah ini telah mencampuri urusan dalaman negara Australia. Tidakkah AnWAR begitu biadab sehingga tidak tahu menghormati tuan rumah? Nilaikanlah sendiri.................

Tuesday, December 1, 2009

SERAMPANG DUA MATA AnWAR, AZMIN & DAP

1. ADUN golongan muda yang mendesak Selangor menghentikan program BTN pasti tersenyum sekarang. Manakan tidak, tuntutan yang dilontar disambut pelbagai pihak samada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Kerajaan negeri segera menyambut dengan pengumuman larangan agensi kerajaan negeri terlibat dengan program BTN. Manakala kerajaan pusat pula terlalu 'apologetic', mahu segera merubah kurikulum program!

2. Sumber dalaman yang rapat dengan ADUN tersebut memberitahu, ADUN tersebut telah 'lulus ujian' dengan isu ini. Sekian lama ADUN tersebut berdamping dengan Azmin, baru kini 3A membuka mata terhadapnya. Dengan arahan Azmin (tentunya restu dari AnWAR), ADUN tersebut telah menyerang BTN dengan serampang dua mata. Mahu memalukan TS Khalid Ibrahim dan Datuk Dr. Hassan Ali serta mahu mencari populariti bagi dirinya.

3. Mereka sedia maklum Khalid Ibrahim dan Hassan Ali terlibat secara aktif dengan program BTN sebelum ini. Maka ini ruangan yang baik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan Azmin di Selangor. Khalid dan Hassan Ali perlu dimalukan terus-terusan bagi menghancurkan karektor mereka serta menghilangkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Tentunya DAP yang menjalankan jarum sekian lama!

4. AnWAR, Azmin, Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar telah bekerjasama lama mengkaji dari sudut manakah yang terbaik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan mereka. Khalid Ibrahim w/pun begitu bertolak ansur dengan DAP, tetapi tidak pernah 'memberi muka' kepada Azmin. Manakala Hassan Ali tidak bertolak ansur langsung dengan Azmin dan DAP. Maka itu mereka perlu diserang dalam dalam pakatan pembangkang sendiri.

5. DAP menggunakan AnWAR dan Azmin bagi melenyapkan pengaruh Hassan Ali, manakala Azmin atas arahan AnWAR menggunakan ADUN muda tersebut bagi menghancurkan imej Khalid Ibrahim. AnWAR pasti berdendam dengan Khalid kerana menawarkan beliau gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor. Biarpun bersilat menjawab soal RM1, umum tahu Khalid sengaja mahu memalukan AnWAR dengan tawaran itu. Azmin juga secara terbuka memberitahu penyokongnya, TS Khalid begitu biadab bila mengumumkan tawaran tanpa berbincang dengan AnWAR sendiri!

6. ADUN muda ini tentunya mahu berada dalam lingkungan AnWAR dan Azmin bagi meningkat naik dalam PKR. Dikhabarkan dalam pemilihan PKR selepas ini, beliau ditawarkan bersama 'kapal AnWAR dan Azmin' dengan jawatan nombor dua dalam Angkatan Muda setelah lulus dengan cemerlang melontarkan isu ini. Bonus pula apabila kerajaan pusat memberi maklumbalas akan mengkaji semula kurikulum BTN. Tambah popularlah ADUN tersebut di kalangan penyokongnya.

Inilah yang tersirat di sebalik isu BTN oleh pakatan pembangkang di Selangor. Pulau Pinang yang tidak tahu apa-apa mahu segera mengikut. TKM 1 digunakan untuk menghentam BTN sedangkan beliau juga pernah terlibat dalam program-program BTN. KM P.Pinang hanya tersenyum memerhatikan betapa 'bebal' seorang Melayu menghentam program yang beliau sendiri pernah terlibat.

Namun seperti biasa, AnWAR akan tetap menyalahkan kerajaan pusat nanti, walhal dia sendiri yang mencetuskan keadaan ini. Kerajaan pusat juga tidak perlu 'apologetic' dalam menangani isu ini. Jangan terlalu memberi ruang kepada AnWAR dengan memberi maklumbalas setiap apa yang AnWAR lontarkan. Teruskan dasar yang selama ini terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan jangan terlalu melayan AnWAR kerana manusia ini mempunyai nafsu yang terlampau serta tidak pernah puas dengan apa yang telah diberikan............

Sekian.

Monday, November 30, 2009

AnWAR JUGA GUNA BTN

1. Bercabang sungguh lidah manusia ini demi kelangsungan 'survival' politiknya. AnWAR, Khalid Ibrahim dan Hasan Ali pernah menjadi sebahagian dari Biro Tatanegara (BTN) dan hari ini mereka mencaci organisasi yang pernah mereka beroleh manfaat darinya. AnWAR bukan setakat beroleh manfaat besar dari BTN, malah terlibat merubah dan merangka modul program latihan BTN semasa menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Perubahan Sikap dahulu.

2. Modul Program Bina Negara yang diubah AnWAR menggantikan Program Wira Waja bagi memupuk semangat patriotisma untuk setiap rakyat Malaysia. Modul diubah bagi melindungi strategi AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya organisasi berkenaan. Atas nama 'perubahan sikap' AnWAR memupuk semangat patriotisma kepada negara dan dirinya sekaligus. Mana-mana pegawai BTN yang ingkar serta ikhlas menunaikan tugas dibuang atau ditukar serta-merta.

3. Sesungguhnya AnWAR tahu program-program anjuran BTN adalah program yang baik serta memupuk semangat cintakan negara, terutama di kalangan anak-anak muda. Program-program BTN secara tidak langsung akan mendedahkan tembelang AnWAR yang mementingkan diri sendiri demi mencapai cita-citanya. Ini juga bakal membuka pekung AnWAR yang tidak punya semangat patriotisma kepada negara Malaysia.

4. Maka itulah, petugas-petugas dilingkungan AnWAR dihalang dari mengikuti program BTN bagi menutup kelemahan dirinya. BTN hanya menerapkan semangat cintakan negara dalam programnya, bukannya 'menelanjangkan' personaliti-personaliti tertentu seperti yang didakwa AnWAR. Betullah kata pemerhati politik, AnWAR ibarat 'sesumpah' yang boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.

5. Begitu juga TS Khalid Ibrahim. Beliau pernah menjadi penceramah popular di BTN. Ceramahnya padat dengan isi dan fakta w/pun sering tersasul dan tergagap sejak dari dulu lagi. TS Khalidlah yang mengeluarkan data-data betapa orang melayu jauh ketinggalan di segi ekonomi dari bangsa-bangsa lain di negara ini. Begitu juga apabila BTN menganjurkan program perdana yang melibatkan tokoh-tokoh besar, TS Khalid terhegeh-hegeh meminta nama beliau dimasukkan sebagai penceramah!

Betapa 'sesumpahnya' mereka berdua ini! Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Jika dahulu BTN boleh menaikkan geraf dan mempopularkan diri mereka, maka disanjunglah BTN sebagai sebuah organisasi yang baik tiada tolok bandingnya. Kini program BTN 'menelanjangkan' diri mereka secara tidak langsung, maka dihalang perserta dari menyertainya. Dicaci dan dihina BTN memecahbelahkan masyarakat.

Yang menjadi mangsa adalah pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di BTN dari dahulu hingga sekarang. Mereka ini dilatih menjadi seorang pegawai yang patuh kepada dasar-dasar kerajaan, bukan patuh kepada orang politik yang silih berganti. Sewajarnya kita memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai BTN yang berkorban masa dan tenaga demi memberi kesedaran kepada semua bangsa Malaysia betapa berharganya kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini. Bukan seperti AnWAR yang mahu mencorakkan kemerdekaan kita seperti acuan barat yang penuh muslihat..............

Thursday, November 26, 2009

SALAM IDUL ADHA

Selamat menyambut Idul Adha buat semua teman-teman. Falsafah pengorbanan lahir dari praktik Nabi Ibrahim a.s wajar dijadikan panduan. Patuh kepada perintah Allah atas keinsafan dan tawadhu' yang tiada tolok bandingnya.

Moga falsafah qurban terus dihayati serta menjadi panduan kita dalam perjuangan. Selamat Menyambut Idul Adha dari kami di sini.....

Friday, November 20, 2009

ANUAR LWN AnWAR

1. x-pkr mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat-sahabat maya yang bekerja tanpa kenal erti letih bagi menegakkan kebenaran. GAP, RBF, AIDC, Medan Info, House PK, PB, PP Cyber, 1Malaysia dan byk lagi telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kita tahu AnWAR bukan kecik anak untuk dilawan, tapi semua sahabat-sahabat ini telah membuktikan bahawa AnWAR tidak mustahil untuk kita lawan!

2. Selepas Vigneswaran tampil membuat pendedahan, AnWAR dan Azmin menafikannya. Namun muncul pula Anuar Shaari dengan laporan polisnya yang menghangatkan keadaan. Beliau mendakwa bersamanya adalah dokumen-dokumen 'original'. Anuar Shaari semasa dalam PKR dulu pun tidak banyak cakap, 'very low profile' mengikut loghat sahabat AnWAR di dunia barat. Difahamkan semasa bekerja dengan AnWAR pun sikapnya begitu.

3. Dalam diam-diam, rupanya Anuar Shaari ni boleh tahan orangnya. Namun Anuar Shaari mestilah dedah habis-habis! Jangan simpan je. Mungkin saja Anuar Shaari tak tahan dengan sikap hipokrit AnWAR/Azmin yang menafikan pemilikan saham-saham. Barulah beliau tampil dengan membawa bukti-bukti itu kepada polis. Nasihat buat Anuar Shaari, jika ada, keluarkanlah lagi. Jangan dibuai nostalgia semasa kerja dengan AnWAR dulu!

4. Apa pun kita ucapkan terima kasih dan tahniah atas keberanian beliau. Kebanyakan pemimpin PKR sendiri terkejut Anuar Shaari seberani ini memandangkan beliau kurang dikenali di kalangan PKR sendiri. Kita harapkan Anuar Shaari akan lebih 'keras' menentang AnWAR dan Azmin selepas ini. Jangan lupa Dr. Wan Azizah juga kerana Anuar Shaari pernah bertugas dengan Azizah ini. Pasti beliau tahu serba sedikit.

Drama AnWAR semakin menarik, beliau boleh terus-terusan menafi namun kebenaran akan timbul jua. bagi orang yang mengenali AnWAR, jawapan beliau tentang laporan polis Anuar Shaari memberi maksud yang mendalam! AnWAR TAK BOLEH JAWAB kerana Anuar Shaari mengemukakan dokumen asal. Lantaran itu AnWAR merendah dan memperlekehkan Anuar Shaari untuk menghancurkan karektor beliau. Barangkali AnWAR sendiri tidak pernah menyangka Anuar Shaari akan 'menyerang' beliau sebegini hebat dan bingung memikirkan bagaimana Anuar Shaari memperolehi dokumen tersebut.........

Buat AnWAR, "air tenang jangan disangka tiada buaya", barangkali juga Anuar Shaari ini buaya yang akan menyerang AnWAR dengan lebih ganas lagi..................

Sekian.

Sunday, November 15, 2009

SALINAN BUKTI SAHAM AZMIN

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

KLIK UNTK PAPARAN LEBIH JELAS

1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.


3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).


4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....

TERKINI SAHAM AZMIN & SHAMSIDAR

Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, salinan pertama dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar akan dikeluarkan pagi esok, Isnin 16 Nov 2009 jam 9 pagi. Rundingan masih berjalan bagi mendapatkan dokumen tersebut dan suasana rundingan sangat positif.

Sehingga ketemu esok. Salam Hormat

BUKTI-BUKTI SAHAM AnWAR, AZMIN & SHAMSIDAR

1. Mohon maaf kepada semua 'sepi' seminggu ini lantaran tuntutan tugas. Namun sempat jua saya mengikuti perkembangan politik tanahair. Antara isu panas ialah melibatkan perang mulut antara YB Zulkefli Nordin dan YB Sivarasa Rasiah berkaitan konflik dalaman PKR. Biarlah mereka terus 'berlakon' namun YB Zulkefli perlu membuktikan keyakinan terhadap kata-katanya sendiri tentang islam. Jangan cakap saja YB!

2. Isu bai'ah PAS juga menarik perhatian. Secara rasional, kita dapat menilai komen-komen pemimpin PAS yang makin terpengaruh dengan ajaran songsang AnWAR iaitu NAFI!, dan nafi dengan konsisten. Biar ada bukti yang jelas - ADUN Gunung Semanggol mengakui wujudnya bai'ah talak tiga, pimpinan PAS tetap menafikannya serta cuba memesongkan isu. Memanglah bai'ah itu dibolehkan namun mempertaruhkan rumahtangga tidak dibolehkan.

3. Isu yang paling panas ialah tentang pemilikan saham oleh Azmin yang bernilai RM8 juta. Wow! bukan sedikit nilainya. Difahamkan Azmin tampil dengan kenyataan menafi (nafi lagi, ni taktik AnWAR la). saya sempat meneliti video pendedahan yang disiarkan selama 15 saat oleh TV3. (apa agenda TV3 yg menyiarkan pendedahan ini spt melepas batuk ditangga kita tidak tau, banyak rungutan telah diterima).

4. Namun x-pkr akan cuba hubungi rakan-rakan di tanahair bagi mendapatkan bukti ini. Janji x-pkr, akan mendapatkan bukti tsb (sekiranya relevan) serta mendedahkan dalam blog ini agar masyarakat tahu jenis apa manusia bernama AnWAR, Azmin dan Shamsidar ini. x-pkr berjanji (ini bukan bai'ah aaaaaa), seboleh mungkin akan mempamerkan bukti-bukti tsb dalam blog ini sebagai bukti bahawa Azmin BERBOHONG menyatakan ini fitnah terancang keatasnya.

5. x-pkr difahamkan Azmin ni memang hidup mewah sejak dari zaman mudanya. Shamsidar juga begitu, dibaluti dengan kemewahan melampau biarpun status kerjanya diragui. Apakah ini ada kaitan dengan pengakuan Ezam, Nallakarupan dan Anuar Shaari bahawa AnWAR, Azmin dan Shamsidar merahsiakan sesuatu dari masyarakat umum dan yang lebih parah lagi, mereka merahsiakannya dari Wan Azizah.......

sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti !!!!!!!!!!!!!!

Friday, November 6, 2009

AnWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK

1. Pengumuman PM berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka. Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan "aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang".

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui AnWAR semasa AnWAR Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, AnWAR bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada AnWAR mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya AnWAR sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. AnWAR kembali 'menangguk di air keroh' serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada AnWAR dan undang-undang yang tidak jelas.

5. AnWAR boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik AnWAR mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah AnWAR menyertai UMNO. AnWAR berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita AnWAR tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. 'Ayam sakit' AnWAR di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan AnWAR dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana 'tak masuk poket dia'.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah AnWAR! Bola yang dikembalikan AnWAR untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung! PAstinya 'smash' DS Najib akan terkena muka AnWAR yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena 'smash' itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi 'smash' itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri.................

Sekian.

Wednesday, November 4, 2009

DR. ASRI, AnWAR DAN WAHABI

Ustaz Ubaidillah@Abdullah Yasin

1. Cerita Dr. Asri bekas mufti Perlis masih panas. Dr. Asri pun suka ianya dipanjangkan nampaknya. Mungkin beliau suka akan kontroversi yang melonjakkan namanya. 'Market' beliau makin naik. Sebagai seorang sahabat, saya suka mengingatkan Dr. Asri agar berhati-hati. Pelanduk boleh melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jika benar JAIS punya agenda, tentu saudara juga punya agenda.

2. Bermula dari tangkapan oleh JAIS, salah satu agensi kerajaan Negeri Selangor, kini saudara diheret konflik dengan JAKIM dibawah kerajaan pusat. Imbas saja kes Ustaz Ramlan Poringi yang tiba-tiba mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari walhal Mufti Wilayah Persekutuan mengakui Ustaz Ramlan tidak berkebolehan membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Arab. Namun penyokong pembangkang bersorak gembira!

3. Begitu juga dalam kes saudara, masakan seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia boleh mempertikaikan kelulusan saudara. Penyiasatan salahlaku perisytiharan ijazah palsu ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa di peringkat jabatan, bukannya oleh seorang individu! Maka itu saudara tidak perlu melenting. Tidak mustahil keadaan pegawai tersebut juga sama situasinya dengan situasi Ustaz Ramlan Poringi yang telah dimanipulasi.

4. Saudara banyak berceramah tentang hikmah dan kesabaran. Saudara juga membidas pengagungan berlebihan kepada pemimpin. Kini tiba masanya saudara diuji. Akhlaq ulama' diikuti oleh pengikutnya. Seharusnya saudara yang memimpin pengikut malam saudara ditangkap agar tidak agresif serta memberikan kerajasama, bukannya menuruti arahan pengikut bersembunyi dalam bilik lebih setengah jam!

5. Banyak kekeliruan di sini. Saranan saya saudara harus lebih tawadhu', menuruti sifat Rasulullah yang bijak menangani situasi tanpa berkompromi dengan kawan atau pun lawan. Saudara bisa mengatakan tindakan saudara ini untuk pertahankan maruah diri namun jangan sampai masyarakat menilai saudara juga seperti ahli politik, bersilat sana sini bagi menghalalkan tindakan. Atau apakah mungkin saudara menjurus kearah itu?

6. Berbalik ke soal AnWAR, beliau juga berdamping rapat dengan Ustaz Abdullah Yasin yang tidak pernah mendapat pengiktirafan serta tauliah untuk mengajar di negara ini. Ustaz Abdullah Yasin berkelulusan dari Arab Saudi dan mendapat taraf penduduk tetap negara ini semasa AnWAR berkuasa dalam kerajaan. JAKIM dan Ustaz Ahmad Awang (tika Presiden Persatuan Ulama' Malaysia) pernah mempertikaikan Ustaz Abdullah Yasin.

7. Yang dipertikaikan ialah pembawaan Ustaz Abdullah Yasin menjurus kearah Wahabi. AnWAR sering mengarahkan JAKIM tidak mengganggu Ustaz Abdullah Yasin. Ustaz Abdullah tinggal di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, serta punya tauliah untuk mengajar Indonesia dan Arab Saudi. Ustaz Abdullah sering memberi kuliah di rumah-rumah mewah sekitar Bukit Damansara yang punya hubungan dengan AnWAR dan Wan Azizah.

8. Saya bersetuju bahawa ilmu agama yang diajar itu tidak bergantung kepada tauliah atau tidak, namun sebagai manusia tentunya kita terikat dengan undang-undang. Kita terikat dengan hubungan kepada Allah dan hubungan kepada manusia. Maka JAWI perlu menyiasat perkara ini, jangan biarkan ia terlepas pandang. Jangan biar AnWAR mencatur dan mengheret golongan agama yang dihormati mengikut nafsu dan selera politiknya.

Kepada Ustaz Asri, "ular menyusur akar tetap berbisa". Tidak rugi kita merendah diri dan jangan terlalu mabuk dengan publisiti. Golongan seperti saudara seharusnya memimpin kerana golongan seperti saudara melangkaui batasan 'glamour' dan politik.....

Sekian.

Tuesday, November 3, 2009

AZIZAH - BHGN. AKHIR


1. Kesimpulan dari 9 siri kisah Azizah sebelum ini ialah Azizah 'makan hati' sepanjang perkahwinannya dengan AnWAR dari dahulu hingga sekarang. Sikapnya sendiri yang mahukan 'glamour' serta didikan AnWAR yang menyimpang dari landasan etika hidup berumahtangga mendorong Azizah begitu sinonim dengan perangai AnWAR. Ramai telah tahu tentang sikap 'auta' AnWAR. Sekarang umum perlu ketahui perangai Azizqah yang salin tak tumpah seperti AnWAR, malahan lebih teruk lagi.

2. Azizah seorang yang impikan glamour dalam hidupnya! Seawal hidupnya, Azizah sering diabaikan ibubapanya yang konon sibuk menimba ilmu ketika itu. Kurang perhatian di zaman mudanya membuat Azizah perlu menagih perhatian tanpa mengira siapa. Lantaran itu Azizah begitu tertarik dengan AnWAR yang menjadi ikon 'pejuang' ketika itu, biarpun dihalang keras keluarganya. Keluarga tidak mampu memberikan Azizah perhatian dan sanjungan, namun Azizah fikir AnWAR boleh! Nyata Azizah mendapat perhatian sbg isteri seorang ikon masyarakat.

3. Azizah seorang yang sangat 'selfish'. Sikap AnWAR yang memandu beliau menjadi begitu namun sebagai seorang manusia, nyata Azizah juga suka menjadi demikian. Setelah memegang tampuk kuasa (Presiden PKR), kekayaan yang dikumpul Azizah begitu banyak. Banyak dana yang disumbangkan kepada Azizah untuk menyokong perjuangan AnWAR dijadikan milik peribadi. Tiada audit dan akaun yang telus kerana sumbangan disalurkan terus kepada Azizah, bukan melalui parti tetapi ianya untuk parti.

4. Bisa saja diungkapkan ini simpanan masa hadapan untuk beliau dan keluarga, namun ini sumbangan penyokong dan mereka yang bersimpati. Sumbangan dengan jumlah yang bukan sedikit membuat Azizah gelap mata. Beliau menjadi begitu kedekut dan 'protective' untuk keluarganya (beliau dan anak-anak). Dalam hal kewangan, Azizah cukup cukup berahsia. Malahan dengan AnWAR pun beliau berahsia kerana Azizah tahu AnWAR pun punya rahsia yang tidak diceritakan kepadanya.

5. Sikap Azizah yang sering berahsia menjadikan beliau seorang yang hipokrit. Mutunya ditambah dengan skil yang diperolehi hasil tunjuk ajar AnWAR. Jika Azizah boleh bermuka-muka dengan AnWAR, apatah lagi masyarakat. Azizah sanggup berlakon di depan umum berpegangan tangan dan berjalan seiringan dengan AnWAR, walhal beliau sendiri tahu ini hanya lakonan mereka berdua. Azizah juga mengheret anaknya kesana kemari meraih simpati walhal beliau seorang ibu yang tidak langsung mengurus anaknya.

6. Begitu juga dalam kes liwat AnWAR. Beliau tampil memberi kenyataan yang berdolak dalik walhal beliau tahu perangai AnWAR. Beliau tahu selingkuh AnWAR dengan Sukma sehingga menghalau Sukma keluar dari rumah mereka. Beliau juga tahu AnWAR dengan Azmin dan Shamsidar dan mengharamkan Shamsidar menjejakkan kaki ke rumahnya hingga kini. Azizah juga turut berada sama AnWAR dan Saiful Bukhari di Singapura dan makan malam bersama mereka. Namun ini semua didiamkan Azizah demi mendapat sanjungan dari penyokongnya.

7. Azizah juga seorang yang pendendam. Sesiapa yang difikirkan menghalang cita-cita beliau, akan disingkirkan. Dalam keluarga, Mak Andak disingkirkan secara halus sedangkan Mak Andak begitu mengambil berat hal anak-anak Azizah. Dalam politik, Dr. Rozhan Othman, Fuziah Salleh, Rahman Othman dan Saifudin Nasution telah disingkirkan Azizah (Fuziah dan Saifudin kembali mendapat tempat setelah kembali berpaut dengan AnWAR dan Azmin). Azizah juga berdendam dengan keluarga AnWAR dan keluarganya sendiri kerana mengabaikannya semasa muda.

Azizah bersikap begini kerana beliau memang begitu! Jangan diperdayakan dengan sikap Azizah yang bercakap lembut gigi dari lidah. Liang lentok kepalanya yang lembut pabila bercakap hanyalah senjata menarik perhatian ramai. Redupan matanya yang konon ayu (sebenarnya sepet), adalah renungan berbisa yang membunuh jiwa kita. Heretan dan pegangan tangan beliau adalah pelengkap kepada drama yang dilakonkan. Senyuman Azizah adalah 'kuasa' yang kian lemah terhadap bateri AAA yang diperkatakan kini........................

Sekian.

Friday, October 30, 2009

AnWAR BUAT APA DI DUBAI?

1. Sah! AnWAR kini di Mesir, bertemu pelajar Malaysia dan Indonesia di Universiti Al Azhar. Seperti dijangkakan, AnWAR mula bermain wayang menjelang 3 November nanti. Konon bersama ulamaa' itu dan ini serta menyebut beberapa prinsip dengan uslub (gaya bahasa) Arab. AnWAR cuba memberi persepsi yang 'bersih' mengenai dirinya menjelang 3 November nanti!

2. Akan tetapi, AnWAR kesana (Kaherah) melalui Dubai. Beliau berlepas dua hari lebih awal dari jadual beliau di Kaherah, Mesir. Kenapa tidak dinyatakan apa yang beliau buat di Dubai? Siapa yang beliau temui di sana? Seperti diketahui Dubai adalah kota metro yang 'ampuh' bagi pertemuan Timur dab Barat! Apa yang beliau cuba sorokkan?

3. AnWAR menyebut 1-2 nama mengiringi beliau ke Kaherah. Jangan dikelirukan oleh mainan minda AnWAR. Mereka yang disebutkan tidak pergi bersama AnWAR (mereka menaiki penerbangan yang berlainan). AnWAR tidak menggunakan penerbangan nasional MAS. Beliau gunakan pesawat negara lain. 1-2 nama itu hanya menjadi 'pelindung' AnWAR.

4. Difahamkan dari sumber terdekat, penerbangan balik AnWAR juga akan melalui Dubai. Mungkin 1-2 malam di sana. Nama yang disebut (Saifudin dan Badrul Amin) akan pulang terus dari Kaherah. Kenapa AnWAR benar-benar mahu menutup cerita persinggahannya di Dubai. Adakah orang lain yang menunggu AnWAR dari Kuala Lumpur atau Selangor?

'A' yang lain mungkin tahu siapa yang menunggu AnWAR di sana, manakala 'A' yang satu lagi hanya bisa melihat dan menangis mengenang nasib dirinya................

AnWAR DAH CABUT?

1. Kalut, ribut dan berkecamuk, itulah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kemelut terbaru yang melanda PKR! Usahlah dinafi ini mainan media arus perdana atau upahan seteru PKR bagi menutup kelemahan mereka. Bangkai gajah tidak akan tertutup dengan pelepah kelapa. Azizah si 'kakatua' (spt kata Azmin) mengakui kemelut ini bakal menghakis sokongan kepada PKR. Nampaknya bateri AAA ini semakin lemah.

2. Persoalan sekarang, kenapa Azizah yang harus tampil memberikan kenyataan berhubung kemelut terkini PKR. Itu pun melalui kenyataan media yang diedarkan tanpa beliau sendiri hadir dalam sidang media. Apakah beliau bimbang tidak dapat menjawab soalan-soalan dari wartawan atau masyarakat umum yang ingin tahu kemelut PKR ini? Atau beliau bimbang menunjukkan 'kebodohan' beliau di hadapan para wartawan?

3. Kelibat AnWAR yang mencetuskan pergolakan ini juga tidak kelihatan! Entah dimana beliau sekarang. Menurut beberapa teman wartawan usaha menjejaki AnWAR gagal sejak kelmarin. AnWAR dijadualkan tidak punya apa-apa program besar sehingga 3 November ini (kes liwat beliau). Pastinya kenyataan Azizah selaku Presiden PKR dikeluarkan atas arahan AnWAR. Azizah juga tidak dapat dipastikan berada dimana sekarang.

4. Ramai juga pemimpin PKR bertanyakan dimana AnWAR ketika ini. Mungkin satu dua yang tahu dimana AnWAR dan Azizah tetapi tidak mahu berkongsi maklumat ini dengan ahli dan penyokong mereka sendiri. Pemimpin apakah ini yang tidak mahu memberitahu dimana AnWAR hatta kepada penyokong mereka sendiri yang bersengkang mata dan kehidupan mempertahankan AnWAR selama ini. Masih berbaloikah mereka menyokong AnWAR?

5. Umum mengetahui, setiap kali AnWAR berak di tengah jalan, Azizah dan pimpinan yang lain akan tampil mencuci tahi AnWAR, sedangkan AnWAR senang-senang berehat dengan tenang selepas berak. Sementelah, beliau akan mentertawakan pecacai-pecacai ini mencuci tahi yang ditinggalkannya. Nanti diberitahu kepada penyokong, saya ke luar negara bertemu pemimpin itu dan ini, berbincangg tentang ekonomi dunia, berbincang mengenai masalah umat islam sejagat!

6. Apakah AnWAR senyap-senyap telah ke Amerika sekali lagi menagih simpati, meminta nyawa bagi meneruskan hidupnya yang bergelumang hipokrasi. Apakah AnWAR ke Timur Tengah agar menjelang 3 November ini, AnWAR bisa memberitahu beliau baru kembali dari bertemu ulamaa' itu dan ini konon memberi persepsi yang baik mengenai dirinya. Barangkali ini juga helahnya nanti yang memebenarkan dirinya tidak mahu bersumpah!

7. Nyata kehilangannya sekarang diragui. Jangan dikesampingkan andaian AnWAR telah bersedia untuk lari dari negara ini meninggalkan penyokongnya nanti. Alasannya nanti, beliau bimbang keselamatan diri serta keluarganya. Penyokong PKR dan pembangkang yang kelabu asap masih bisa percaya kelentong AnWAR ini. Segalanya dirancang rapi oleh AnWAR bagi menjayakan drama terbarunya kali ini.

Azizah sentiasa digunakan bagi menarik simpati umum. Kenyataan Azizah yang 'berbau' rayuan agar peyokong memberi peluang kepada pimpinan menyelesaikan kemelut terkini adalah permulaan kepada episod drama terbaru ini......

Sekian.

Wednesday, October 28, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (9)

1. Umumnya setelah AnWAR kembali ke pangkuannya dari penjara, Azizah memendam rasa yang menjeruk diri atas sikap AnWAR. Manakan tidak, musuh-musuh utamanya (Azmin, Sukma dan Mak Andak) kembali menguasai AnWAR. AnWAR kembali ke tabiat lama intim dengan Azmin dan Sukma serta bertambah panjang langkahnya mengambil pegawai-pegawai baru yang lebih muda. Penghargaan dari penyokong yang sewajarnya kepada seorang Presiden parti tidak lagi dinikmati.

2. Azizah sedar akan perkara ini, namun seperti AnWAR, atas kepentingan peribadi, Azizah merelakan dirinya diperkotak-katikkan AnWAR. Bukan Azizah tidak sedar wujud pakatan dalam PKR yang mahu beliau disingkirkan sebagai Presiden. Usaha ini dipelopori Fuziah Salleh (MP Kuantan), tentunya dengan sokongan kuat dari Azmin dan rakan-rakannya yang lain. Alasan mereka mudah, Azizah tidak bisa berfungsi sebagai Presiden dengan baik! Ada kebenaran di sebalik dakwaan ini.

3. AnWAR bermain tarik tali permintaan golongan ini. Bagi AnWAR, jawatan Presiden PKR akan membuatkan beliau setaraf dengan presiden parti yang lain dalam pembangkang. AnWAR tidak gemarkan situasi ini, namun perlu satu saluran membolehkannya ke parlimen setelah pembohongannya tentang kerajaan 16 Sept terbongkar. Jalan termudah ialah mengorbankan Azizah di Permatang Pauh. Azizah sedar AnWAR mahu mempergunakan dirinya, lantas 'bargain' jawatan Presiden PKR.

4. Secara paksarela, Azizah melepaskan kerusi Ptg. Pauh kepada AnWAR dan habuannya, selagi AnWAR berkuasa dalam PKR, Azizah akan tetap menjadi Presiden PKR biar seluruh ahlinya membantah. Andaian Azizah berkorban untuk suaminya dan AnWAR pula menyatakan amat menghargai pengorbanan Azizah adalah retorik politik, amat memual dan begitu meloyakan! Azizah tahu perangai buruk AnWAR dan tiada guna berkorban untuknya. Apa yang dibuat Azizah hanyalah helah politik demi masa depannya.

5. Sepertimana AnWAR menggunakan Azizah, begitu juga Azizah menggunakan AnWAR. Ini kesan layanan AnWAR kepada Azizah sekian lama. Ternyata 'lambaian' kuasa bisa membuatkan wanita ini hilang pertimbangan rasional. Tanpa AnWAR, Azizah mengimpikan menjadi PM Malaysia yang pertama (inspirasi dari Corazon Aquino). DAP pasti setuju sekali menjadikan Azizah sebagai 'puppet' mereka. Manakala dengan AnWAR pula, beliau mengimpikan menjadi wanita pertama Malaysia.

6. Dengan mengekalkan jawatan Presiden PKR, Azizah menjangka SIMPATI dan sokongan terhadapnya akan kembali jika AnWAR ke Sungai Buloh kali kedua. Amalan 'menabung' Azizah akan memberikan pulangan nanti. Dengan sikap Azizah yang 'kelihatan' lemah lembut serta ketajamannya mengaksikan watak, Azizah merupakan aset terbesar AnWAR menagih simpati rakyat. Azizah dengan 'aset' pelakon bermutu akan menjelajah ke seluruh negara menagih simpati konon untuk keluarganya.

7. Kini Azizah hanya menanti saat itu akan tiba. Sekali sekali beliau akan timbul mencuci 'najis' yang dilakukan oleh AnWAR seperti kes Sabah dan beberapa yang lain sebelum ini. (AnWAR yang buat keputusan, apabila timbul bantahan, Azizah akan digunakan umum perubahan). Jauh di sudut hatinya, beliau semakin bersedia mengulangi episod 1998 dengan rintihan dan simpati. Skil lakonannya dimantapkan lagi dengan kehadiran cucunya yang 2 orang itu.

Ikuti bahagian terakhir episod Azizah ini seterusnya. Pencerita asal telah merumuskan dengan baik sekali tentang apa dan siapakah Wan Azizah ini sebenarnya........

Monday, October 26, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (8)

1. x-pkr telah menyentuh betapa Azizah amat prejudis dengan semua pegawai yang berkhidmat dengan AnWAR. Pegawai yang berkhidmat dengan AnWAR 'diarah' tidak melayan arahan dari Wan Azizah, dan jika mahu melakukannya atas dasar simpati, harus melakukannya secara rahsia. Jika diketahui Azmin, perkara ini akan segera dilaporkan kepada AnWAR. Hanya sebilangan kecil sahaja pegawai-pegawai AnWAR yang tidak sebulu dengan Azmin yang "lebih sudu dari kuah".

2. Setelah AnWAR kembali ke pangkuan Azizah dari penjara, AnWAR mengambil bekas pegawai akhbarnya di Kementerian Kewangan menjadi pegawainya yang bertugas sepenuh masa dengannya. Ia sama sekali tidak disenangi Azmin, namun Azizah selesa dengan pegawai ini biarpun kurang mempercayainya. Pegawai ini juga 'memberi muka' kepada Wan Azizah dengan menuruti beberapa perintahnya.

3. Azmin telah mensabotaj pegawai ini (difahamkan bernama Adlin) hingga pegawai ini kelihatan 'bodoh' dalam setiap tugasan yang diberikan AnWAR kepadanya. Apabila Adlin keluar dari pejabat AnWAR, Wan Azizah yang tidak mahu hilang kawalan ke atas AnWAR, segera menempatkan anak mereka Nurul Izzah sebagai pengganti. Ianya juga tidak digemari oleh Azmin dan Azmin mencari proksinya juga untuk menjaga AnWAR.

4. AnWAR yang 'teruja' dengan Nik Nazmi lantas mengambilnya sebagai pegawai sepenuh masa ditempatkan di pejabat AnWAR di seksyen 16 PJ. Azmin segera 'memikat' Nik Nazmi agar bersamanya lantas Nik Nazmi menjadi 'mata dan telinga' Azmin di pejabat AnWAR. Segala mesyuarat atau temujanji AnWAR akan ditapis Azmin sebelum Nik Nazmi merujuk kepada AnWAR. Azizah kembali hilang kawalan ke atas semua program dan aktiviti AnWAR.

5. Nurul Izzah w/pun masih sebagai pembanyu AnWAR, tidak punya peranan apa-apa. AnWAR sekadar mengambil hati Azizah. Menuju penghujung 2007, Nik Nazmi banyak memperkenalkan 'tenaga-tenaga muda' baru sebagai tenaga penggerak AnWAR. Setelah PRU 2008, Nurul Izzah dan Nik Nazmi, Tsim Tze Sin dan Elizabeth Wong [ratu dedah] yang jadi pegawai Wan Azizah telah bergelar YB dan meninggalkan pejabat AnWAR dan Azizah.

6. Ketika inilah AnWAR mengambil beberapa tenaga muda yang baru seperti Shabrimi, Rahimi, Saiful Bukhari berkhidmat dengannya. Mereka ditempatkan di pejabat AnWAR yang pelbagai dan secara bergilir menemani AnWAR ke program-program. Ini amat tidak disenangi Azizah yang sering merungut perihal AnWAR yang dikelilingi 'tenaga-tenaga muda' yang segak dan bergaya. Kalangan pimpinan PKR juga perasan keadaan ini.

7. Azizah begitu terganggu dengan perkembangan ini. Apakah takut perkara lama berulang kembali? Azmin juga kurang senang dengan fenomena ini biarpun bisa mengawal semua tenaga-tenaga muda ini (yang beliau risaukan tidak dapat mengawal AnWAR). Azizah secara terbuka menyatakan mahu seorang yang senior dan berpengalaman (pemikir) menjadi pegawai AnWAR. Alasannya adalah untuk kebaikan PKR (?).

8. Bagi menyejukkan hati Azizah, AnWAR menempatkan Ibrahim Yaakob (senior, baru sertai PKR) ketika itu menjadi Ketua Staf di pejabat Penasihat PKR. Tenaga-tenaga muda yang menjadi pegawai AnWAR bukan sahaja tidak melapor kepada Ibrahim Yaakob, malah tidak mengindahkannya langsung. Pegawai-pegawai muda ini tetap menjadikan Azmin sebagai rujukan dan Azmin tetap mengawal mereka.........

Wan Azizah semakin hilang kawalan ke atas AnWAR. Situasinya kembali ke keadaan dahulu bahkan lebih teruk lagi! Wan Azizah terpaksa berhubung dengan pegawai-pegawai AnWAR jika mahukan sesuatu dari AnWAR (urusan parti). Lebih parah lagi ia akan ditapis dahulu oleh Azmin...........

Bersambung lagi nanti...........

Tuesday, October 20, 2009

RALAT

Dimaklumkan pembetulan di para 9. Tulisan asal "AnWAR berkebolehan meniru tulisan tangan AnWAR". Tulisan sebenar adalah Azmin berkebolehan meniru tulisan tangan AnWAR. Kesilapan telah dibetulkan di posting.

Segala kesilapan amat dikesali.

Sekian, Terima Kasih.

PERSELISIHAN NALLA-AZMIN DI MUNICH

1. Kasih sayang AnWAR terhadap Azmin amat mendalam, begitu juga sebaliknya. Apa yang mengikat mereka, kita hanya bisa mengandaikan. Andaian sesetengah pihak terhadap hubungan 'terlampau' AnWAR-Azmin ini ada barangkali ada asasnya jika dinilai dari sikap AnWAR yang mempertahankan Azmin keterlaluan hingga mengenepikan saranan dari anak isteri dan adik beradik sendiri!

2. Dalam episod lalu, x-pkr membongkar kelebihan Azmin di mata AnWAR semasa AnWAR dalam kerajaan. Selepas AnWAR tercampak ke Sg. Buloh, Azmin seolah-olah hilang arah. Beliau menjadi amat sensitif. Sering menangis untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Dalam mesyuarat parti, jika disebut nama AnWAR, beliau termenung lalu menghilang sebentar kemudian kembali dengan mata merah.

3. Begitu juga dalam program-program PKR, setiap kali ditayang video mengenai AnWAR ditangkap, Azmin tidak dapat menyembunyikan perasaannya hingga terpaksa ditenangkan oleh ahli yang lain. Timbul juga persoalan, jika Wan Azizah mampu mengawal emosinya di depan umum, kenapa tidak Azmin? Adakah itu 'tangisan politik' atau Azmin benar-benar tidak mampu mengawal perasaannya?

4. Selepas AnWAR keluar 2004, Azmin benar-benar 'tidak melepaskan' AnWAR! Di Munich, Azmin sering 'berkepit' dengan AnWAR atas alasan berbincang mengenai kerja. Datuk Nalla juga telah berkrisis dengan Azmin kerana Azmin telah menghadkan masa untuk Nalla menemui AnWAR di bilik rawatan AnWAR di Alpha Klinik. Nalla meluahkan rasa marahnya kepada AnWAR, namun AnWAR tetap membela Azmin!

5. N. Gobalakrishnan (kini MP Padang Serai) juga dihalang Azmin menemui AnWAR lama-lama. Gobala menyatakan tidak logik menemui AnWAR 15 minit setelah terbang jauh-jauh dari KL. Syed Husin Ali, Xavier Jeyakumar, Mustapa Kamil Ayub menghabiskan lebih banyak masa menemui Azmin dan Azizah dari AnWAR di Munich. Walhal tujuan mereka ke sana adalah untuk menemui AnWAR.

6. Nurul Izzah secara terbuka menyatakan rasa 'meluatnya' melihat Azmin memakai pakaian yang sama dengan papanya (warna dan jenis pakaian) semasa di Jeddah [tahun 2004]. Bahkan Azmin menempah pakaian dari kedai yang sama yang ditempah AnWAR. Di Malaysia memang Azmin menempah pakaian dari kedai yang sama di PJ. Anak-anak AnWAR juga sering menanyakan kenapa warna dan jenis pakaian Azmin sama dengan papa mereka.

7. Solan ini tidak pernah terjawab oleh Wan Azizah! Blogger x-files pernah mendedahkan Azmin akan memeriksa apa warna baju yang dipakai AnWAR dengan pemandu peribadi AnWAR lalu memakainya agar mereka kelihatan 'sedondon'. Kemuncaknya, Aidilfitri 2005, Wan Azizah telah mogok tidak mahu turun melayani tetamu kerana baju melayu yang dipakai Azmin sama warna dan material dengan yang dipakai oleh AnWAR.

8. AnWAR terpaksa memujuk Azizah dan akhirnya AnWAR beralah dengan menukar baju melayu yang lain agar belainan dengan Azmin. Wan Azizah betul-betul 'angin' dan beliau tahu tujuan AnWAR beralah adalah kerana tidak mahu malu di saat melayani tetamu di acara rumah terbuka mereka. Azmin yang 'masam muka' kerana AnWAR telah menukar pakaian tidak menghabiskan masa yang lama di rumah terbuka AnWAR.

9. Blogger x-files pernah mendedahkan Azmin berkebolehan meniru tulisan tangan AnWAR. Perkara ini benar. Pernah seorang bekas pimpinan tertinggi PKR (kini menyertai parti lain dalam pakatan pembangkang) menyuarakan rasa ragu tentang kesahihan surat-surat AnWAR yang konon dari penjara. Apabila di periksa dengan AnWAR, AnWAR mengesahkan ada mengirimkan surat tetapi arahan yang berbeza dengan kandungan surat yang dijaja Azmin!

Sehingga kini Azmin terus menikmati status 'orang pertama' di hati AnWAR. AnWAR terus memberi ruang kepada Azmin melebarkan pengaruhnya dalam PKR dengan mengenepikan Presiden dan Timbalan Presiden PKR seprti tunggul kayu mati yang tidak berfungsi apa-apa. Setiap kali perselisihan besar, Nalla-Azmin, Ezam-Azmin, Husan-Azmin, ABIM-Azmin, Khalid Ibrahim-Azmin, Hassan Ali-Azmin, Azmin tetap dipertahan AnWAR. Logiknya jika banyak yang berselisih faham dengan seorang individu yang sama, siapa yang benar agaknya................

Sekian.

Monday, October 19, 2009

AZMIN ALI DI MATA AnWAR


1. Wan Azizah memang amat memendam rasa dengan kebanyakan pegawai-pegawai AnWAR. Bermula dari zaman awal AnWAR sebagai Timbalan Menteri kebanyakan pegawai-pegawai AnWAR tidak menghiraukan Wan Azizah. Tidak seperti isteri menteri-menteri lain, mereka mendapat penghormatan sewajarnya dari pegawai-pegawai suami mereka. Bahkan ada yang menggunakan pegawai suami mereka seperti pegawai mereka sendiri.

2. Bermula dari era Tn. Hj. Hashim Awang (SUSK Timbalan Menteri JPM), Nasaruddin Jalil (SUS) dan Hj. Rodi, (Pembantu Tadbir), mereka menerima arahan dari Wan Azizah secara diam-diam membantu membuat itu dan ini. Arahan AnWAR jelas, konon tidak mahu mencampurkan urusan rasmi dan peribadi. Namun untuk urusan peribadi bagi keluarga AnWAR, AnWAR seolah-olah memejamkan matanya.

3. Ini yang mengecewakan Azizah. Semasa AnWAR menjadi Menteri Pendidikan, AnWAR tertarik dengan penampilan seorang pelajar semasa sesi dialog di Amerika Syarikat bernama Azmin Ali. Sekembalinya pelajar tersebut ke tanahair, beliau diambil bekerja dengan AnWAR di Pejabat Menteri Pendidikan sebagai Pegawai Khas sebelum 'dinaikkan' pangkat sebagai Setiausaha Sulit dalam masa yang singkat.

4. Semenjak itu Azmin memperolehi pelbagai keistimewaan daripada AnWAR. Azmin juga dibawa AnWAR setiap kali berpindah kementerian sedangkan banyak pegawai-pegawai AnWAR yang lain telah keluar dari pejabat AnWAR. Bermula di Kementerian Pendidikan hinggalah di JPM, Azmin yang mengatur semua program-program AnWAR. Wan Azizah sekalipun tidak dibenar melihat program AnWAR serta harus memohon jika ingin AnWAR hadir programnya.

5. Bukan saja program, malahan hendak menyelesaikan perkara mengenai kewangan juga harus meminta dari Azmin! Perkara berkaitan hal ehwal rumah juga harus mendapat kebenaran Azmin. Ini yang merunsingkan Azizah setiap kali perlu mendapat kebenaran Azmin untuk menempah atau menggantikan barang-barang di rumah mereka. Hinggakan anak-anak pun meninggalkan pesan kepada Azmin setiap kali jika tidak berjumpa papa mereka.

6. Ketika di Kementerian Kewangan di Jalan Duta, Azmin memperolehi pelbagai keistimewaan dalam menjalankan tugasnya. Beliau mendapat lot parkir berbumbung sedangkan gred jawatannya tidak melayakkan beliau mendapat keistimewaan tersebut. SUSK AnWAR di Kementerian Kewangan, En. Yusuf Jusoh tidak mendapat keistimewaan tersebut sedangkan grednya lebih tinggi dari Azmin.

7. Azmin juga mendapat seorang 'steno' yang bertanggungjawab kepadanya, sedang hakikatnya beliau seorang pegawai muda yang belum layak mendapat kemudahan tersebut. Bahagian Pentadbiran Perbendaharaan pernah mempertikaikan segala kemudahan yang diperolehi Azmin dalam menjalankan tugasnya, namun Ketua Setiausaha Perbendaharaan diarahkan AnWAR menurut arahannya dan pegawai pentadbiran yang mempertikaikan itu ditukarkan.

8. Di pejabat AnWAR, hanya Azmin saja yang boleh keluar masuk dengan bebas di bilik AnWAR. Pegawai yang lain akan memasuki bilik AnWAR sekiranya dipanggil atau mendapat arahan tertentu. Azmin juga punya keistimewaan untuk 'berlama-lama' dalam bilik AnWAR atas alasan perbincangan. Azmin juga akan memutuskan dengan segera segala jemputan ke atas AnWAR dan membentangkan jemputan yang telah ditapisnya.

9. Semasa menjadi SUS AnWAR di Kementerian Kewangan, Azmin telah memandu BMW 3 Series bernombor BBM 3, sesuatu yang mewah untuk pegawai yang muda sepertinya. Bila diadukan kepada AnWAR, AnWAR menepis dan mempertahankan Azmin. Apabila AnWAR menjadi TPM, Kompleks Perdana JPM menyediakan parkir lot yang jauh dari pejabat untuk pegawai-pegawai TPM. Namun Azmin memperolehi satu lot parkir berbumbung yang dekat serta yg diperuntukkan untuk pegawai-pegawai PM sahaja.

10. Azmin dibawa AnWAR dari Kementerian Kewangan ke JPM, manakala pegawai atasan Azmin SUSK dibersarakan secara terhormat oleh AnWAR atas desakan Azmin. Di JPM seorang SUSK baru digantikan dengan gred lebih tinggi sebagai SUSK TPM, manakala Azmin kekal dengan gred lama dan jawatan lama. Azmin 'merengek' minta dinaikkan pangkat sama dengan SUSK baru itu dan AnWAR memperkenannya w/pun dibantah JPA.

Ketika di JPM, Azmin telah dihantar mengikuti kursus pendek 3 bulan di London, dibiayai sepenuhnya oleh AnWAR. Jika mengikut gred, Azmin tidak layak langsung kerana kursus tesebut hanya layak dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Namun AnWAR hanya bersilat ketika Dr. Mahathir (skg Tun) menanyakan hal ini ketika selesai mesyuarat kabinet di Jalan Dato' Onn.

Terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi Azmin hingga sekarang dari AnWAR. Cukup sekadar diulangi frasa teman karib AnWAR dalam PKR, "Boleh saja kita memarahi WAn Azizah, tapi jangan sesekali kita memarahi Azmin, AnWAR tidak sukakannya................."

Sekian.

Thursday, October 15, 2009

AnWAR & PHILEO ALLIED BANK

1. Phileo Allied Bank amat berkait rapat dengan AnWAR. Tulisan blogger x-files tentang laporan kehilangan wang tunai berjumlah RM4 juta di rumahnya sendiri menimbulkan banyak syak wasangka. Dakwaan Datuk Nallakarupan tentang banyaknya wang yang dimiliki oleh bekas teman rapatnya itu juga mengundang seribu pertanyaan.
2. Phileo Allied Bank ditubuhkan tahun 1995/96 ketika AnWAR menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Melalui ‘contact person’ AnWAR di Bank Negara, Datuk Murad Khalid, (Penolong Gabenor), beliau telah memulakan segala proses penubuhan sebuah Bank Perdagangan baru di Malaysia dengan AnWAR meluluskan lesennya.
3. AnWAR melalui Murad telah meletak sahabat baik mereka Tong Kooi Ong sebagai orang yang paling berkuasa di Phileo Allied Bank. Phileo sering mendapat keutamaan dalam mengembangkan sayap perniagaan seperti penubuhan Phileo Allied Options & Financial Futures Sdn.Bhd, Phileo Allied Asset Management S/B dan Phileo Allied Unit Trust Management kerana AnWAR yang meluluskan lesennya selaku Menteri Kewangan.
4. Bermula sebagai pemaju hartanah dan syarikat kewangan, Kumpulan Phileo berkembang sedari 6 Julai 1994, Phileo Bhd. melabur untuk menubuhkan Phileo Allied Bank dengan modal permulaan RM733 juta. Phileo Allied Securities menyumbang RM230 juta dan Phileo Allied Finance melabur sebanyak RM22 juta. Jumlah awal RM1 billion menyaksikan Phileo Allied bank tertubuh dengan rasminya tahun 1995/96.
5. AnWAR, Murad dan Tong amat berpengaruh menentukan halatuju Phileo Bank. Bagi mengaburi mata umum, Tong mengambil seorang anak muda melayu yang pintar, En. Zulkefli Sulaiman sebagai Pengurus Besar dengan dibantu En. Nazari Ahmad sebagai penggerak Phileo Bank. Namun segala keputusan penting, dasar dan halatuju bank tetap ditentukan oleh Tong Kooi Ong atas nasihat AnWAR dan Murad.
6. Phileo Allied berjaya muncul sebagai 10 bank paling berjaya selepas tiga tahun penubuhannya atas segala insentif yang diberi AnWAR selaku Menteri Kewangan ketika itu. Segala kepentingan kewangan AnWAR diletakkan di Phileo Allied Bank dengan seliaan Tong. Urusan kewangan dengan agensi-agensi luar juga melalui Phileo Bank. Kebanyakan staf di Phileo bank tahu AnWAR dan Murad punya kepentingan di sana.
7. Azmin juga memperolehi banyak manfaat dari Phileo Bank. Isterinya bekerja di sana dengan gaji RM25,000 + elaun yang menjumlahkannya hampir RM30,000. Shamsidar juga mendapat keistimewaan kereta pejabat berjenama Audi yang mewah serta pemandu peribadi. Shamsidar hanya berjawatan Eksekutif Hal-Ehwal Koporat dan menikmati pelbagai kemudahan Phileo Bank sedangkan Pengurus Besar tidak mendapat kereta pejabat berjenama Audi!
8. Hampir kesemua pegawai di pejabat AnWAR d JPM dan Kementerian Kewangan mendapat kemudahan ‘handphone’ pejabat sedangkan bilnya dibayar melalui Phileo Bank. Bekas staf AnWAR pernah mendedahkan hal ini. Syarat untuk mendapatkan h/p ini haruslah sebulu dengan Azmin. Jika diluluskan oleh Azmin, barulah pihak Tong dan Murad akan berurusan mendapat h/p dan selebihnya ditanggung beres! (tahun 1994-98, h/p masih dianggap benda mewah).


AnWAR amat berkuasa dan memanipulasi keadaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Beliau menggambarkan dirinya kuat menolak rasuah, sedangkan dirinya yang bergelumang dengan rasuah! Beliau memprojekkan dirinya pejuang rakyat sedangan beliaulah yang paling banyak merompak harta rakyat! Hingga kini beliau masih terus-terusan hidup dengan cara begitu. Sebilangan ahli PKR tahu bagaimana AnWAR mengurus dana yang diperolehi atas nama sumbangan untuk kepentingan dirinya, namun tidak cukup kuat untuk membongkarnya.


Kita mengharapkan mereka yang punya maklumat terus tampil mendedahkan penyelewengan dan kerja rasuah AnWAR ini. Bekas staf Phileo Allied Bank amat dialu-alukan untuk tampil dengan fakta konkrit mendedahkan AnWAR adalah manusia perasuah nombor satu Malaysia.....
Sekian.