Friday, July 31, 2009

SANTAI MINDA

UTUSAN M'SIA, M/S 8 31 JULAI 2009

1. Ptg. Pauh dilanda H1N1. SMK Ptg. Pasir yg ditutup dibawah Parlimen Ptg. Pauh, SJKC Jit Sin A & B terletak di parlimen Bukit Mertajam DAP, tapi amat-amat bersebelahan dengan DUN Penanti di Ptg. Pauh.


2. Ada baiknya AnWAR balik Ptg. Pauh dan minta nasihat isterinya ttg kaedah mengawal virus ini dari merebak. Pasti AnWAR akan kata banyak lagi kawasan lain dilanda H1N1, kenapa tak bising! Saya sekadar nak menyatakan, jaga tepi kain sendiri lebih baik.

3. Jaga kain sendiri jangan sampai terlondeh adalah lebih baik dari melondehkan kain orang lain....namun AnWAR tak payah kita ajar ttg londeh melondeh ni, dia pasti tau bila time dia nak londeh dan pakai balikkkk....................

TQ

TAKZIAH KPD KELUARGA PAK HAMDAN & PAS

1. Saya menerima sms dari teman-teman PAS memaklumkan wafatnya wakil rakyat tunggal PAS di P.Pinang, YB Hamdan Abd Rahman (PAS-Ptg. Pasir). Utk rekod, DUN Ptg Pasir adalah dibawah Parlimen Ptg. Pauh....

2. Mewakili teman-teman lain, takziah diucapkan kepada keluarga Pak Hamdan dan seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang keluarga, sahabat serta teman yang sekian lama berjuang dalam parti.

3. Buat warga Ptg. Pauh dan DUN Ptg Pasir khasnya, biarlah jenazah beliau selamat disempurnakan sebelum kita galak membicarakan ttg p/raya kecil yg bakal berlangsung. Kepada ahli PAS, simpan dulu angan-angan mahu menjadi YB di Ptg Pasir kerana PAS kekal di sana sejak 1999. Buat UMNO Ptg Pauh pula, jangan bercakaran mahu menjadi calon, ambil iktibar tentang perjuangan dan akibat yang ditempuhi selama ini.

Al Fatihah buat semua muslimin dan muslimah yg telah meninggalkan kita.......

Thursday, July 30, 2009

ALASAN AnWAR NAK CABUT 1 OGOS....

1. 1 Ogos ini AnWAR dijadual berada di luar KL. Ramai penyokongnya yang tidak menyedari. Namun 'lakonan' AnWAR berjanji untuk hadir tetap 'maintain'. Presiden GMI (penganjur demo anti ISA) telah mewar-warkan kehadiran AnWAR. Penyokong-penyokong pun bertepuk tangan tanpa menyedari ditipu AnWAR.

2. Nanti macam-macam alasan diberi AnWAR. Antara dialog biasa AnWAR nanti, dengan dahi berkerut dia akan kata"I memang nak pi, ni la ...................(pegawainya) tiba-tiba commit satu program dgn orang kampung, takkan i tak pi, nanti depa kecik hati". Azmin pulak nak cover AnWAR akan kata "Kita dapat info dari SB (org kita) yg AnWAR dinasihatkan keluar dari KL. Skg ni AnWAR tak buleh buat silap, nanti depa guna alasan tu nak tangkap AnWAR"

3. Azmin pulak nanti jika di tanya kenapa tak hadir, akan jawab "Tu la, i nak pi sana (demo), tapi bos (AnWAR) suruh i ikut dia, nak bincang pasal parti dalam keta".......

4. 1 Ogos ini AnWAR dgn sikap hipokritnya akan keluar kenyataan dari luar KL menyatakan dia sokong perhimpunan tersebut. Di KL nanti, bertempiaranlah para penyokong demo melarikan diri apabila polis mula bertindak kerana enggan mematuhi arahan. Sedangkan AnWAR di luar KL enak dengan pendingin hawa di dalam kereta bersama Azmin berbincang dan bergelak ketawa........

Tipah tertipu Bang Nwar........................................

Wednesday, July 29, 2009

'TANGAN' AnWAR DISEBALIK BANTAHAN PILPRES INDONESIA

PROBOWO SUBIANTO


1. AnWAR sering merasa dirinya hebat di arena antarabangsa. Pelantikan beliau sebagai 'Visiting Diplomat' di Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Amerika yang berpangkalan di New York mungkin menyempurnakan cita-cita AnWAR menjadi seorang diplomat w/pun tanpa tauliah dari negara sendiri. Bahkan AnWAR tidak memerlukannya, yang penting tauliah dari Amerika dan sekutunya!

2. AnWAR memantau rapat perkembangan di Indonesia kini. Dalam kunjungannya ke Jakarta minggu lepas, selain menziarahi Gus Dur dan Rendra, AnWAR dalam misi mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Tewasnya Pak Ja Ka (Jusuf Kalla) dengan undi yang jauh ketinggalan membuat AnWAR telah mengabaikan saingan dari Jusuf Kalla. Tumpuannya kini beralih ke gandingan Megawati-Prabowo.

3. AnWAR tidak rapat dengan Megawati, namun cukup rapat dengan gandingan Ibu Mega, Prabowo Subianto. Mereka cukup rapat sedari AnWAR Menteri Pendidikan lagi dan tambah akrab ketika AnWAR Menteri Kewangan. Aset Prabowo bernilai jutaan USD yang sebahagiannya di simpan di Malaysia mendapat kelulusan penuh AnWAR tika di Kementerian Kewangan.

4. Prabowo Subianto, mantan Komandan KOPASUS (Komando Pasukan Khusus) dan bersara sebagai Leftenan Jeneral dalam Pasukan KOSTRAD (Komando Pasukan Strategik Angkatan Darat) diketahui umum bercita-cita besar dalam politik Indonesia dari era Suharto lagi. Disaat AnWAR mencaci Suharto kerana mengamalkan kronisme, AnWAR berbaik dengan kroni Suharto atas tujuan politik.

5. Inilah taktik AnWAR, mengata orang punya kepentingan itu dan ini sedangkan dirinya yang bergelumang dengan semua itu. AnWAR tahu keupayaan Ibu Mega setakat mana. Jika gandingan ini berjaya, Prabowo lah yang akan memainkan peranan besar dalam pemerintahan Indonesia w/pun dengan jawatan Naib Presiden. Maka lebih senang AnWAR melebarkan pengaruhnya di rantau ASEAN nanti.

6. Lantaran itu, AnWAR bersungguh-sungguh memberi pandangan kepada Megawati melalui Prabowo bahawa keputusan p/raya presiden Indonesia harus dibantah. Ini akan mewujudkan suasana tidak stabil yang bakal mengundang campurtangan luar! Tentunya Amerika! Jika terjadi p/raya pusingan kedua, pasti kelompok Jusuf Kalla akan memihak kepada Megawati dan menyukarkan peluang Presiden SBY.

7. AnWAR sering gagal membina 'jambatan' dengan Presiden SBY. Di Jakarta, Pak Habibie, Fahmi Ismail (ex-menteri), Adi Sasono (ex-menteri), Yusril Redza (ex-menteri) dan ramai lagi diguna AnWAR untuk membina hubungan dengan SBY. Bila di Jakarta juga, seringkali permintaan AnWAR mahu bertemu SBY tidak kesampaian w/pun Naib Presiden TYT Jusuf Kalla digunakan.

Apakah agenda AnWAR terkini di Indonesia punya kaitan dengan musuh-musuh yang mahu menguasai Indonesia? Indonesia kini dilihat sebagai negara islam yang punya potensi besar dari sudut ekonomi. Mereka bisa menguasainya melalui Prabowo dan AnWAR. Atau, apakah mereka ini punya agenda yang lebih besar. Mungkinkah juga kejadian letupan bom baru-baru ini punya kaitan dengan mereka tapi menuding jari kepada kumpulan lain? Andaian ini tidak boleh kita kesampingkan begitu saja..................

Sekian.

Monday, July 27, 2009

AnWAR JUGA TIPU AFIDAVIT?

1. Dalam laporan polis terkini AnWAR, beliau mendakwa Datuk Razak Musa, Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM menyelewengkan fakta dalam afidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya telah menulis dahulu AnWAR wajar mencabar apa yang didakwanya itu di mahkamah. Barisan peguam beliau seramai 7-8 orang itu pasti bersedia berbuat demikian jika diarah AnWAR.

2. Namun AnWAR memilih mensensasikan hal ini dengan laporan polis. Beliau pasti akan menyalahkan polis nanti mengapa laporannya ini tidak diambil tindakan sewajarnya. Selain mengalihkan tumpuan dari kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, AnWAR akan menggunakan ini untuk mencemar imej polis ketika perbicaraan kes liwat beliau nanti.

3. Tahun 1998, sejurus selepas Datuk Nallakarupan ditahan polis dan AnWAR dipecat, AnWAR telah mengadakan beberapa siri ceramah di perkarangan rumah lama beliau di Bukit Damansara. Antara yang dijawab AnWAR ketika itu ialah mengenai RM60 juta duit Magnum yang diberi kepadanya. AnWAR telah membaca kononnya afidavit Datuk Nalla ketika itu yang menafikan segalanya.

4. Persoalan kini, ketika AnWAR membaca afidavit tersebut, Datuk Nalla telah ditahan pihak berkuasa. Peguam Datuk Nalla sendiri berhempas pulas mengesan di mana Datuk Nalla dibawa. Keluarga Datuk Nalla telah menemui AnWAR bagi membantu mengesan lokasi Nalla. AnWAR sendiri mengakui beliau tidak tahu di mana Nalla dan enggan membantu keluarga Nalla. Keluarga dan peguam Nalla berhasil mengesan Nalla setelah beberapa ketika.

5. 7 September 1998, AnWAR membacakan kononnya afidavit Datuk Nalla yang menafikan Magnum melalui Nalla telah memberi sejumlah wang bernilai RM60 juta kepada AnWAR bagi membiayai kegiatan politik AnWAR. Pada tahun 2008 di p/raya kecil Ptg. Pauh, Datuk Nalla mendakwa telah memberi sejumlah wang RM60 juta kepada AnWAR! Ketika ditanya wartawan tentang afidavit berkaitan, Nalla menyatakan ianya dibaca oleh AnWAR dan ia tidak datang dari pihaknya.

6. Kenyataan Nalla telah diambil oleh SPRM (BPR ketika itu [2008]). AnWAR dengan lagak panglima tempang telah mencabar untuk mengambil tindakan undang-undang. Berkokoklah ia di pentas-pentas ceramah mahu mengambil tindakan undang. Kini 2009, mana tindakan undang-undang itu. Dimaklumkan oleh seorang teman dalam PKR yang masih berhubung dengan Nalla, tiada sebarang saman diberikan kepada Nalla.

7. Sebaliknya hingga minggu lepas, AnWAR melalui Wan Azizah masih cuba menghubungi Nalla melalui keluarganya untuk cuba bertemu Nalla. AnWAR juga menggunakan peguam Manjit Singh untuk bersemuka dengan Nalla bagi 'menyelesaikan' kemelut mereka. AnWAR juga masih menggunakan ibu saudaranya yang dipanggil Kak Jah atau Mak Andak menghubungi isteri Nalla bagi bertemu. Setakat ini Nalla tidak menyahut cubaan AnWAR ini.

AnWAR seperti cacing kepanasan kini. Isu-isu hangat sekarang belum mampu meredakan sakit kepalanya. Kemasukan dua orang tokoh dari MCA dan MIC juga tidak mampu mendinginkan rasa hangat ke atas dirinya. Apa yang telah dituduh AnWAR ke atas orang lain, kini berbalik ke atas dirinya. Dalam hal afidavit tadi, saya percaya pihak berkaitan menunggu masa sesuai untuk memulakan tindakan pemula. Apabila bermula, ianya satu permulaan untuk pendedahan yang lebih besar mengenai taktik 'membelit' AnWAR.

Sekian.

Friday, July 24, 2009

AnWAR HINA ULAMA' LAGI

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira maslahah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menhalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

#: Rasa terkilan AnWAR disuarakan kepada pembantu khasnya yang menjaga hal ehwal Parlimen, bekas seorang ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur. Semalam pembantu khasnya berjumpa dengan seorang ahli Parlimen PKR dari Selangor menceritakan luahan hati AnWAR.

Wednesday, July 22, 2009

SEBAB SULAIMAN ABDULLAH TARIK DIRI DARI AnWAR

1. AnWAR buat laporan polis lagi terhadap Ketua Polis Negara TS Musa Hassan dan Peguam Negara TS Gani Patail. Kali ini tuduhan AnWAR mengandaikan afidavit yang dimasukkan adalah palsu serta berniat jahat terhadapnya! (Macamlah tuduhan AnWAR terhadap pemimpin kerajaan berniat baik serta mahu menaikkan mereka dalam politik!)

2. AnWAR cuba membawa 'mood' 1998 dengan mendakwa TS Musa dan TS Gani menyelewengkan fakta penahanannya pada tahun 1998. Tujuannya hanya mahu menimbulkan persepsi bahawa selagi ada TS Musa dan TS Gani, AnWAR tidak akan mendapat perbicaraan yang adil. AnWAR mengelirukan penyokongnya yang 'kelabu asap' kononnya TS Musa dan TS Gani menguasai perbicaraan sedangkan hakim punya kuasa mutlak menolak atau menerima sebarang bukti yang dikemukakan bersandar kepada prinsip keadilan dan ketelusan.

3. AnWAR juga mengheret Datuk Razak Musa, Pengarah Pendakwaan SPRM kononnya bersubahat membuat 'kenyataan palsu' terhadap dirinya dalam perbicaraan kes liwat kali ini. Ini lah punca mengapa peguam Sulaiman Abdullah menarik diri dari pasukan pembelaan AnWAR. Sulaiman telah mula nampak AnWAR mahu 'mencipta' pembohongan dari afidavit yang dikemukakan pihak pendakwaan.

4. Sejak mendapat penangguhan dalam kes liwat AnWAR terkini, beliau sering mengarahkan pasukan pembelaannya mencari 'lompang' dalam dokumen yang dikemukakan pasukan pendakwaan. kerana itu juga pasukan pembelaan AnWAR diarah mendapatkan bukti dan senarai laporan dari pihak pendakwaan. Apabila AnWAR mahu mengaitkan Datuk Razak Musa atas alasan penyelewengan fakta dalam afidavit pihak pendakwaan, Sulaiman tidak bersetuju!

5. Sulaiman mengenali Datuk Razak dan tahu Datuk Razak tidak akan berbuat demikian. Bukan semua pegawai dalam Jabatan Peguam Negara punya moral rendah yang mahu menganiaya sesama manusia (AnWAR mahu menonjolkan semua di Jab. Peguam Negara itu korup). Apabila Sulaiman menolak hasrat AnWAR itu, Sivarasa diberi peranan menjayakan hasrat AnWAR. Sulaiman terus dipujuk agar terus mengetuai pasukan pembelaan, namun menolak.

6. Jika benar AnWAR punya fakta penyelewengan fakta oleh Datuk Razak, mengapa tidak dicabar kesahihan afidavit pasukan pendakwaan di mahkamah? Alasan AnWAR kepada penyokong 'kelabu asap'nya, mahkamah tidak akan berlaku adil kepadanya. Lebih 'kelabu asap' adalah segelintir penyokong AnWAR yang punya latarbelakang undang-undang tetapi terpedaya dengan 'mantera' AnWAR yang memukau.

Laporan polis AnWAR semalam sebenarnya ditujukan kepada Datuk Razak sekaligus mahu 'menghancurkkan' lagi imej SPRM yang memang sedang diserang AnWAR dan kelompoknya. Kaitan TS Musa dan TS Gani hanya 'serbuk perasa' penambah kelazatan memutar belit isu. AnWAR telah melepaskan 'bom asap' bagi mengelirukan masyarakat. Baginya cukup sekadar masyarakat meragui jabatan berkaitan yang akan mendakwa beliau nanti.........

Saturday, July 18, 2009

SANTAPAN MINDA

1. Setiausaha Politik Exco Selangor mati? Sejak bila Exco ada setiausaha politik? Exco dpt seorang pegawai khas dan steno aje. Bodyguard pun tak layak!

2. Lompat atau jatuh? Tak lompat tak jatuh ! Mak kita selalu pesan dulu, "adik! jangan lompat, nanti jatuh"...... Tapi AnWAR kata lompat parti boleh !

3. Hamil sebelum kahwin! "Itu perkara biasa, jgn pandang serong" kata bapa teman wanita si mati. Boleh ke macam tu? AnWAR nak kata apa ye? Hmmmm....

4. AnWAR pun ada kaitan dengan kongsi gelap/samseng? Macam mana dengan kawan AnWAR Andrew Leong, taiko @ bapak ayam/abang besar di Klang, Selangor? Macam mana pulak ugutan nak guna LTTE (Harimau Tamil Elam Sri Lanka) kepada Datuk Nallakarupan bila dia dedah AnWAR terima RM60 juta duit Magnum?

5. AnWAR kata SPRM nak rampas kerajaan Negeri SElangor! Mmg tak boleh sebab SPRM adalah Suruhanjaya yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan Agong. Sapa kelabu asap boleh la percaya!

Sekadar 'exercise' minda pagi-pagi ni...........

Sekian.

Thursday, July 16, 2009

AnWAR KATA PADAN MUKA PAS

1. Semalam seperti dikatahui umum, hari yang tidak menyebelahi AnWAR. Tuntutan beliau mahu menangguhkan lagi proses perundangan yang bakal membicarakan kes liwatnya ditolak. AnWAR tetap bermuka selamba melayani pertanyaaan pemberita sebelum perbicaraan bersambung 2 petang semalam.

2. Tambah runsing lagi agaknya sokongan untuk AnWAR di mahkamah semalam amat mengecewakannya. Jangan cakap pasal rakyat 5 atau 10 ribu orang la, rakan AnWAR dari Pakatan pembangkang juga tak nampak muka! Hanya TS Khalid Ibrahim yang hadir bagi memberi sokongan kepada AnWAR. Itu pun mungkin mahu menjelaskan kekaklutan yang melanda Selangor sekarang......mungkin !!

3. Semasa berjalan keluar dari mahkamah, sumber dari wartawan lokasi memberitahu, AnWAR secara tiba-tiba mengaitkan keputusan di Manek Urai. Wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris memberitahu, AnWAR tiba-tiba mengatakan padan muka PAS, they should listen to me earlier. Cuba mendapatkan penjelasan lanjut, wartawan tersebut diarah AnWAR bertanya kepada PAS kenapa mereka menang dengan 65 undi sahaja!

4. Bila ditanya lanjut, AnWAR berjalan cepat dan tergesa-gesa menuju ke kereta di lobi. WArtawan tersebut secara sinis memberitahu x-pkr, mungkin AnWAR baru sedar tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS hadir memberi sokongan moral kepadanya. Selalunya Dr. Hatta Ramli atau Datuk Mahfuz Omar hadir mewakili PAS. Ujar wartawan tersebut (melalui telepon) kepada x-pkr, mungkin AnWAR sengaja mahu beliau mendengar kata-kata AnWAR.

5. x-pkr memberitahu wartawan tersebut agar berhati-hati, kerana AnWAR boleh pusing cakap bila-bila masa. AnWAR boleh saja berkata wartawan ini yang membuat fitnah dan sebagainya. wartawan ini menyatakan kata-kata AnWAR tidak boleh disiarkan dalam akhbar atas alasan teknikal.

Selepas menamatkan perbualan dengan rakan wartawan tersebut, x-pkr merenung sejenak, apakah benar AnWAR semakin runsing atau beliau sengaja mahu memancing kontroversi dan menyalahkan orang lain kemudiannya.........ada baiknya jangan dilayan tindakan AnWAR menghulurkan umpan ini, cukup sekadar berkongsi maklumat utk mengetahui perangai AnWAR.

Sekian.

Wednesday, July 15, 2009

AnWAR METROSEKSUAL

Metroseksual didefinisikan sebagai lelaki yang suka kepada kecantikan. Mereka suka berhias, bersolek, sentiasa menjaga potongan badan agar kelihatan menarik serta 'macho'. AnWAR adalah tergolong dalam kelompok 'lelaki sebegini' berdasarkan beberapa amalan AnWAR dari dulu hingga sekarang.

1. RAWATAN MUKA (FACIAL MASSAGE AND TREATMENT)

AnWAR sering melakukannya. Ketika menjadi Menteri hinggalah ke Munich, AnWAR tidak pernah terlepas rawatan muka. Oleh yang demikian mukanya sentiasa kelihatan bersih serta berseri-seri. Teman saya memberitahu, muka AnWAR kelihatan 'bercahaya' dahulu disebabkan rawatan muka.

'Therapist' bagi rawatan muka AnWAR adalah SUKMA! AnWAR akan mengunjungi Sukma di rumah beliau di Bangsar untuk rawatan ini. Turut serta secara tidak berkala untuk rawatan muka ini ialah Azmin! Sehingga di Munich, sumber dalaman memberitahu Sukma tetap mengatur jadual AnWAR untuk 'facial' dengan Spa di hotel penginapan AnWAR.

Sukma kini telah 'dihalau' Wan Azizah lantas pulang ke Jakarta, kerana itulah kini muka AnWAR tidak berseri lagi, kerana rawatan muka dibuat AnWAR kini tidak lagi berkala. Mahu ke spa di Malaysia, malu. Mahu dicari therapist lain, tidak boleh dipercayai. Cuma bila ke Jakarta saja AnWAR menerima rawatan muka dari Sukma.

2. WARNA RAMBUT

AnWAR amat runsing untuk kelihatan tua. Perkara ini sering diutarakan dalam gurauan 'inner circle' AnWAR, manakala dengan 'circle' yang lain pula AnWAR tidak juga mahu mengaku tua, tapi mengakui umurnya kini 62 tahun. Rambutnya sering diwarnakan bagi menutup 'ketuaan' wajahnya kini. Dengan rawatan muka tidak lagi secara berkala, mewarnakan rambut langkah terbaik mengekalkan wajah 'macho' beliau. Warna keperangan untuk rambut AnWAR juga bagi menampakkan rambut yang lebat, walhal sebenarnya rambut AnWAR semakin nipis. Harus diingat, bapa AnWAR telah kehilangan rambut ketika usianya masih muda. Adik AnWAR juga mengalami nasib yang sama. Inilah yang merisaukan AnWAR yang amat mementingkan penampilan diri........

3. RAWATAN URUT (MASSAGE TREATMENT)

AnWAR amat gemar berurut. Blogger GAP yang memulakan pendedahan! Blogger unspinners telah mendedahkan AnWAR gemar diurut Azmin. Info yang saya dapati mengesahkan lagi berita ini. Ketika berjawatan kerajaan dahulu, Azmin sering mengguna alasan berbincang tentang jadual kerja AnWAR untuk berlama-lamaan di bilik AnWAR. AnWAR juga mendakwa pengidap migrain dan satu-satunya orang yang boleh memegang kepala AnWAR ialah Azmin!

Hingga sekarangpun, setiap kali berkunjung ke luar negara, AnWAR akan mendapatkan khidmat therapist atau bahasa senangnya tukang urut bagi mengurutnya. Tentunya tukang urut yang diminta AnWAR adalah lelaki. Alasannya, tidak boleh bersentuhan antara lelaki perempuan..... Di Jakarta baru-baru ini juga AnWAR mendapatkan khidmat tukang urut di hotel penginapannya. Tanyalah ahli rombongan AnWAR termasuk Azmin dan Mustapa kamil Ayub!

4. BARANGAN BERJENAMA.

Lumrah bagi mereka yang berduit menyukai barangan berjenama. AnWAR juga tidak dapat lari dari hakikat ini. Belilah asalkan ianya duit kita sendiri serta memakai untuk keselesaan sendiri, tanpa ada niat yang tersirat!

Antara jenama yang digemari AnWAR ialah BRIONI. Amat terkenal di kalangan 'rich and famous' serata dunia. Dua hero James Bond, Pierce Brosnan dan Daniel Craig menggunakan jenama ini dalam filem mereka. Harga sepasang suit bagi jenama ini boleh mencecah USD 80,000.

Sumber memberitahu AnWAR punya banyak suit jenama ini dan pernah satu ketika pakaian AnWAR dari hujung rambut hingga hujung kaki bernilai RM 200,000 termasuk aksesori. Bayangkan nilainya bagi sebuah rumah kos rendah buat mereka yang tak punya. dan tujuan AnWAR menggemari jenama begini adalah untuk menjaga keterampilan diri agar sentiasa macho dan sedap mata memandang bagi yang mengetahuinya.

Kesimpulannya, gaya hidup begini memang dipraktikkan AnWAR hingga sekarang. Mungkin ada yang beranggapan tiada salahnya jika mampu, saya setuju w/pun banyak yang perlu didebatkan. Cuma bagi AnWAR, beliau hipokrit. Pernah dalam satu majlis koporat dulu, AnWAR bermati-matian menafikan beliau membuat rawatan muka apabila ditanya oleh rakan koporatnya. Golongan koporat ini sedar tidak mungkin muka AnWAR begitu bersih jika tidak dirawat. Untuk mengatakan AnWAR beramal soleh, tidak mungkin juga kerana AnWAR bergelumang dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan yang menjadi kegemarannya....

Begitu juga dengan warna rambutnya, AnWAR sering menafi beliau mewarnakannya. Kenapa dan mengapa beliau beria-ia menampilkan dirinya begitu, nilaikan sendiri. Yang pasti, jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah..........

Sekian.




Tuesday, July 14, 2009

METROSEKSUAL


Nantikan posting terbaru esok jam 10 pagi, kisah lelaki metroseksual dan siapa tukang urut di atas.........

NANTIKAN SIARANNYA !!!!!!!!

x-pkr.

Saturday, July 11, 2009

100 HARI PM NAJIB - AnWAR YANG PENING

1. Genap 100 hari DS Najib menjadi PM. Pelbagai langkah dan strategi telah diumum bagi memaksima usaha pemulihan ekonomi negara. Saya pasti banyak lagi langkah sedang dirangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan negara. TPM TS Muhyiddin setakat ini juga menunjukkan prestasi baik menjadi 'orang nombor dua' yang punya wawasan membawa Malaysia ke hadapan.

2. selama 100 hari ini juga AnWAR terkial-kial mencari rentak lagu baru untuk terus mengaburi mata rakyat. AnWAR cukup tercabar dengan langkah liberalisasi ekonomi DS Najib. Inilah dasar yang dijaja AnWAR untuk dilaksana jika beliau berkuasa semasa fenomena 16 September 'diributkan' AnWAR. AnWAR terlalu obses dengan Adam Smith yang menganjurkan pasaran ekonomi terbuka teruja memburukkan DEB ketika itu.

3. Setelah PM merealisasikan dasarnya, AnWAR tetap tidak mahu mengakui dasar PM itu bakal merubah lanskap ekonomi negara sementara hak-hak bumiputera terus dipelihara. AnWAR tetap mencerca dasar yang dibawa PM sebagai dasar retorik yang tidak akan mengubah apa-apa dalam perkembangan ekonomi negara. AnWAR 'malu mata' gamaknya untuk mengakui dasar positif yang dibawa PM itu.

4. Langkah politik AnWAR juga agak terbatas sekarang. Beliau kini bertemu "buku dengan ruas". Pasti pengalaman menjadi Naib Ketua Pemuda di zaman AnWAR membolehkan DS Najib membaca setiap 'silat politik' AnWAR. Gelanggang persilatan AnWAR kini dipagar tanpa beliau melihatnya. Langkah terbaik AnWAR kini mahu mengumpan lawannya masuk ke gelanggang beliau agar bersilat jurus yang sama juga tidak dilayan!

5. Isu liwat beliau sekadar menambah kekusutan AnWAR. Di sebalik ketidak yakinan AnWAR kepada sistem kehakiman negara (spt ug diucapkan dlm byk ceramah beliau), AnWAR terus 'meliwat' sistem kehakiman negara dengan niat mahu melambat atau menggugurkan kesnya. Pelbagai provokasi cuba dibuat AnWAR agar PM dan kerajaan dilihat mencampuri urusan kehakiman, namun hanya penyokong AnWAR yang tidak rasional itu saja yang mempercayainya.

Inilah antara sebab mengapa AnWAR beria-ia mahu menggagalkan peralihan kuasa kepimpinan negara tempohari. Pelbagai usaha dibuat AnWAR, namun ketentuan Allah itu tetap benar. Kini AnWAR dilaporkan cuba membina 'jambatan' dengan DS Najib. Sementara di depan penyokongnya AnWAR mencaci dan menghina PM, di belakang penyokongnya, AnWAR menghantar beberapa utusan kepada PM.

Sebenarnya niat AnWAR terarah kepada campurtangan cabang eksekutif agar menggugurkan kes liwat beliau. Namun PM sendiri tentunya lebih tahu 'game' yang cuba dimain oleh AnWAR dan PM tahu bagaimana untuk 'react' dari tindakan AnWAR ini. Seperti slogan PM, " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", tentunya PM sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dari mengutamakan kes AnWAR yang merupakan krisis moral beliau sendiri....

100 hari pertama DS Najib sebagai PM benar-benar membuat AnWAR sesak nafas. Mahu maju ke hadapan, berundur ke belakang, bergerak ke sisi kiri atau kanan, semuanya serba tak kena buat AnWAR! Sikap keterbukaan kerajaan bakal mematangkan rakyat untuk menilai siapa AnWAR Ibrahim sebenarnya.....

"SELAMAT 100 HARI SEBAGAI PM YAB DATUK SERI NAJIB"

Sekian.......

Thursday, July 9, 2009

AnWAR OBSES BERBAHASA INGGERIS

1. PPSMI akan kembali ke bahasa Melayu 2012. Menjelang tarikh pelaksanaan sepenuhnya, pelbagai langkah akan dibuat agar kepentingan semua dipelihara. Kerajaan tidak hipokrit apabila akui bahawa PPSMI tidak gagal sepenuhnya. Apa pun, tahniah kerana mengakui dasar yang diperkenalkan itu perlu penambahbaikan dalam pelaksanaannya.

2. Pembangkang pun tumpang sekaki dalam menaikkan 'rating' isu ini. Mereka akan mendabik dada kononnya merekalah yang membuatkan kerajaan merubah dasar yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Sementara itu mereka akan terus menempelak pula nanti kerana usaha kerajaan yang menumpukan penambahbaikan Bahasa Inggeris. Apakah cukup merubah pengajaran dalam Bahasa Melayu sementara Bahasa Melayu terus diabaikan. (asyik bangkang je..)

3. Ketua Pembangkang amat hipokrit dalam isu ini. W/pun ini tampak remeh, tapi sebagai 'pejuang bahasa' kononnya, AnWAR perlu laksana apa yang dikata. Sepanjang perbicaraan kes liwat beliau yang lalu, AnWAR begitu teruja menggunakan Bahasa Inggeris. Barisan pendakwaraya tika itu mencadangkan perbicaraan dalam Bahasa Melayu, namun ditolak AnWAR dengan mengatakan Bahasa Melayu tidak cukup kuat untuk beliau berhujah!

4. AnWAR juga menggunakan Bahasa Inggeris mengendalikan mesyuarat pakatan pembangkang. Kit Siang, Guan Eng, Sivarasa, Tian Chua, Khalid Samad juga selesa menggunakan 'medium' Inggeris mengutarakan pendapat mereka dalam mesyuarat. Sebagai 'Pejuang bahasa' (kononnya la) AnWAR perlu mendidik mereka agar menggunakan Bahasa Melayu. Barulah Sivarasa, Wee Choo Keong, Zaid Ibrahim boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Dengan Syed Husin pun AnWAR lebih banyak bertutur dalam Bahsa Inggeris w/pun Syed Husin lebih selesa berbahasa melayu!

5. AnWAR juga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu dalam keluarganya. Nurul Izzah sehingga hari ini berucap dalam Bahasa Melayu seperti 'terjemahan dari teks Inggeris'. Semua anak-anak AnWAR terdidik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara maksima. Dua anak bongsu AnWAR bersekolah di Sekolah antarabangsa di Mont Kiara yang tentunya menggunakan 'medium' Inggeris. Wan Azizah juga cukup bangga dengan loghat 'Irish' hingga bergulung-gulung lidah bila bicara dalam bahasa Inggeris.

Adalah menjadi hak AnWAR bagaimana mahu mengatur keluarganya, namun setiap kali AnWAR mendakwa dirinya pejuang Bahasa Melayu, saya tersenyum sinis melihat 'lakonan' AnWAR. Saya hanya melihat beliau berbicara menggunakan Bahasa Melayu setiap kali berceramah di tempat umum, bermesyuarat dengan pimpinan PAS (itupun diselitkan juga frasa-frasa Bahasa Arab yang dihafal) dan bicara melalui telepon dengan Nik Aziz dan Hj. Hadi.

Isunya mudah, bagaimana hendak melihat Lim Kit Siang berbicara Bahasa Melayu dengan baik jika AnWAR sebagai ketua mereka tidak menunjukkan contoh yang baik. Apakah nanti jika mereka berkuasa, perbahasan di Parlimen akan dibenarkan dalam Bahasa Inggeris (melalui pindaan undang-undang). Sebagai manusia bermaruah, AnWAR perlu mengotakan apa yang dikatanya. Merenung kata-kata Rendra yang juga sahabat AnWAR, "kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan". Ada benarnya juga AnWAR telah khianat kepada perjuangan yang telah diasaskannya sebagai pejuang bahasa.......

Sekian.

Tuesday, July 7, 2009

AnWAR PKR (PUN KAKI RASUAH)

1. Ketika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR berselindung di sebalik 'Program Kontraktor Wibawa' untuk menganugerahkan banyak projek-projek utama kerajaan kepada kawan-kawannya dlm bidang pembinaan. Lankhorst Pancabumi Sdn. Bhd., TRC Sdn Bhd, Johawaki Sdn Bhd dan Pembinaan Ahmad Zaki Sdn Bhd sering memperolehi kontrak-kontrak besar kerajaan w/pun 'rotation' bagi mendapatkan projek adalah bergilir di kalangan 200 kontraktor binaan.

2. Saya tidak pertikai syarikat-syarikat yang telah disebutkan, kerana mereka 100% bumiputera. Sekarang pun ada antara syarikat tersebut telah gulung tikar dan hidup segan mati tak mahu. Namun ada juga yang berjaya mengharungi rintangan dan kekal bertahan hingga kini. Saya dimaklumkan penganugerahan projek-projek tersebut adalah 100% kuasa Menteri Kewangan serta tidak boleh dicabar w/pun melalui proses perundangan. Ini yang wajar dipertikaikan! KUASA MEMBERI PROJEK!

3. AnWAR juga telah menganugerahkan projek penyelenggaraan sekolah seluruh Sabah dan Sarawak kepada Datuk Sng Chee Hua, jutawan Sarawak, pernah menjadi rakan niaga Datuk Ibrahim Abd. Rahman (bapa AnWAR) dalam SAAG Bhd. Rumah mewah Datuk Ibrahim (2 buah bersebelahan) di Country Heights, Kajang yang bernilai RM?? juta adalah faedah semasa menjadi Pengarah di SAAG Bhd. dan IOI Corp. Bhd, semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan.

4. AnWAR pernah juga menarik anugerah projek pembinaan Hospital Slim River dari Tabung Haji Construction untuk diberi kepada Health Solution Sdn Bhd, sebuah syarikat yang induknya di Singapura. Pengarah Urusan Health Solution, Desmond Teoh sering mengunjungi AnWAR di KL dan Desmond kini rapat dengan YB Malek Kassim (Exco PPinang). Health Solution dalam rangka melobi beberapa projek di PPinang menggunakan AnWAR dan Malek, namun menghadapi beberapa kesukaran teknikal yang berkaitan kuasa kerajaan pusat.

5. Berkaitan penarikan projek Tabung Haji Construction, TS Hamid Othman (bekas Menteri JPM) menyedari dan kesal dengan tindakan AnWAR. Berkaitan dengan Datuk Sng Chee Hua pula, kos hiasan kayu dalam bahagian rumah AnWAR di Segambut ditaja oleh Datuk Sng Chee Hua. Kayu tersebut dibawa dari Sarawak. Perkara ini diurus oleh bekas pegawai AnWAR yangbertanggungjawab dalam media, kini usahawan berjaya.

6. AnWAR masih punya sebahagian adegan video V.K. Lingam yang tidak mahu diserahkan kepada SPRM, w/pun diminta berbuat demikian. Kini beliau menggunakan sebahagian video tersebut untuk 'bargain' pemilikan bangunan PKR yang didaftarkan atas nama 'seorang ahli keluarga yang dipercayai'. 'Deal' tersebut amat mudah, pemilik premis (Tropicana) harus bersedia 'memudahkan' urusan pemilikan dan AnWAR tidak akan mendedahkan sebahagian lagi isi kandungan video tersebut, sekurang-kurang buat masa ini. (Sudahlah sumber pembiayaan pejabat PKR dari wang judi, prosesnya pula dari kegiatan RASUAH....)

Apakah tindak-tanduk AnWAR itu bukan rasuah namanya. Jika orang lain buat itu rasuah, jika AnWAR yang buat, mahu disebut apa ? AnWAR ini licik orangnya, dipercayai segala perlakuannya ini tidak meninggalkan kesan, ahli PKR sendiri tahu AnWAR mengamalkan ini, namun sering terpedaya dengan alasan remeh AnWAR, namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kan jatuh ke tanah jua.................

Sekian.

Saturday, July 4, 2009

AnWAR PERLU SALAHKAN DIRI SENDIRI !

1. Krisis Pakatan Pembangkang mewarnai kancah politik tanahair minggu ini. PAS, PKR dan DAP sedang mengalami saat-saat sukar dalam 'ikatan' pembangkang. Perasaan tidak puashati sesama sendiri tidak dapat dibendung lagi!

2. Lim Kit Siang kedengarannya amat bersetuju dengan tindakan DAP Kedah setelah pertemuan 2 jam dengan Pengerusi DAP Kedah, w/pun cuba berlapik mengatakan keputusan penuh akan dibincang di peringkat j/kuasa tertinggi DAP minggu depan. Hj. Hadi dan Nik Aziz masih berdiam diri w/pun desakan dari ahli PAS agar segera bertindakbalas!

3. Ketua Pakatan Pembangkang menyalahkan media atas apa yang berlaku. "Sudah terang lagi bersuluh", dan "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa". Itulah pepatah tepat ditujukan kepada AnWAR. Di Pulau Pinang sendiri DAP dan PKR kini saling menyindir dan mempertahan parti masing-masing.

4. Sekadar berkongsi pengalaman, inilah perangai AnWAR, enggan mengakui kelemahannya dan sering menunjuk pihak lain atas kelemahan dirinya. Selain tidak ikhlas untuk berpakat, AnWAR tidak menyelesaikan perbalahan ketika mengurus krisis. Beliau lebih senang mengalih tumpuan dan mencari isu lain untuk diperbesarkan. Tanyalah mantan-mantan pengikut AnWAR yang telah meninggalkan beliau!

5. Masalah yang sekarang melanda adalah hasil "Pakatan Pilihanraya" yang terbentuk dalam mas yang singkat. Fundamental perjuangan mereka juga amat berbeda. Jenama 'AnWAR' yang menyatukan mereka hanyalah sementara kerana mereka saling memperguna antara satu sama lain, tidak ikhlas menyokong dan mendokong sesama mereka.

6. Belum pun lama, bibit perpecahan antara mereka kian ketara, biarpun pemimpin mereka cuba menutupnya. Hubungan mereka "nampak tenang di permukaan, tetapi bergelora di bawahnya". Mereka cuba berbuat apa yang dibuat oleh BN dalam pakatannya, namun lupa muafakat BN dihasilkan atas rasa murni, luhur dan toleransi manakala pakatan pembangkang diasaskan dari rasa dendam, kebencian dan manipulasi antara mereka.......

Salam Hormat.

Friday, July 3, 2009

SANTAPAN MINDA

1. AnWAR telah memanggil beberapa 'pemgikut setia' beliau dalam Pakatan Pembangkang malam tadi sejurus Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan perbicaraan liwatnya di Mahkamah Tinggi. Hanya 'wajah-wajah' biasa yang hadir.

2. Menurut sumber, AnWAR memanggil Ustaz Taib Azamuddin, namun Ustaz Taib tidak hadir w/pun ditunggu oleh AnWAR semalam. AnWAR juga menjemput YB Zulkifli Nordin, MP PKR. Dimaklumkan, kelibat YB Zulkifli Nordin tidak muncul hingga perjumpaan berakhir.

3. Dalam perjumpaan tersebut, AnWAR meyakinkan mereka yang hadir bahawa beliau pasti akan didapati bersalah dalam perbicaraan nanti. AnWAR secara konsisten menyatakan ini adalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya. Kononnya AnWAR telah mendapat maklumat dari sumber dalaman badan kehakiman untuk menjatuhkan hukuman bersalah dan memenjarakan beliau. AnWAR juga menerangkan Malaysia akan kembali ke zaman Tun Mahathir di bawah pemerintahan DS Najib.

4. Saya cuma teringat kata-kata pujangga pujaan AnWAR, Goebel, "Pembohongan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran bila orang mula mempercayainya". W/pun pendokong pembangkang sering dimomokkan dengan cerita spt ini, tindakan AnWAR yang konsisten mengulang-ulang cerita konspirasi yang beliau dianiaya akan menebal dan mengukuhkan kepercayaan pengikutnya.

5. Apatah lagi pengikut itu sentiasa menutup minda untuk mencari kebenaran kerana takut dilabel 'pengkhianat' oleh rakan dalam kelompoknya. AnWAR juga manusia biasa spt kita semua. Punya kekuatan dan kelemahan. Apa kekuatan dan kelemahannya, nilaikanlah sendiri. Tapi kita sebagai manusia biasa haruslah meletakkan diri kita sama taraf dengan AnWAR! Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi dan dimanipulasi.

Dalam mencari kebenaran, minda harus bersifat terbuka. Carilah dengan hati yang luhur demi kebaikan ummah/bangsa, bukan dengan dendam dan taksub yang hanya akan menutup pintu hati kita........

Salam Hormat.


Thursday, July 2, 2009

AnWAR BERKOMPROMI DGN MAKSIAT

Gambar dipetik dari muka hadapan Utusan Malaysia 2/7/09 dan sekadar hiasan sahaja.

1. Seorang teman akrab dalam PKR yang ditemui di KL semalam meluahkan rasa yang amat kecewa terhadap AnWAR semalam. Beliau memaklumkan satu nota bantahan telah dihantar kepada AnWAR berkaitan salah laku moral seorang Ahli Parlimen PKR di negeri Pakatan Pembangkang di utara tanahair.

2. Ahli Parlimen PKR tersebut semasa kunjungannya ke Indonesia yang lalu telah dibuktikan mengunjungi Pusat Karaoke dan SPA Alexis di Ancol, Jakarta. Maklumat tersebut telah dikirim melalui pos kepada seorang ahli PKR di utara tanahair, dipercayai oleh rakan Ahli Parlimen tersebut yang sama-sama berkunjung ke pusat tersebut.

3. Pengadu tersebut telah berjumpa AnWAR di Yayasan Aman, Penanti dan menunjukkan 'maklumat' tersebut. AnWAR dengan nada terkejut melahirkan rasa terkejutnya serta berjanji akan menyoal Ahli Parlimen tersebut. Namun hingga kini perkara itu masih tiada apaa-apa tindakan dari AnWAR.

4. Pengadu telah tiga kali membawa perkara ini kepada AnWAR dan yang terkini beliau (di Yayasan Aman) memaklumkan kepada pengadu tersebut adalah perkara biasa orang muda mengunjungi SPA (bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam he..he..he) dan karaoke. Pengadu menyanggah saranan AnWAR dan menyatakan ini adalah persoalan moral.

5. AnWAR terus mengarahkan pembantunya di Yayasan Aman memanggil temujanji yang seterusnya. Menurut pengadu, beliau amat kecewa dengan saranan AnWAR yang mengambil mudah persoalan moral salah laku Ahli Parlimen PKR.

Pengadu menunjukkan 'maklumat' tersebut kepada penulis, namun enggan menyerahkan kepada penulis 'maklumat' tersebut mahupun salinannya, w/pun puas dipujuk! Pengadu memberi izin kepada penulis menyiarkan cerita ini dengan harapan ianya menjadi pengajaran kepada semua agar sentiasa menjaga sahsiah walau di mana sekalipun. (difahamkan oleh seorang ahli PKR lain, maklumat tersebut didedahkan berkaitan dengan pemilihan di Kongres PKR nanti....)

Sekian.

Wednesday, July 1, 2009

AnWAR PERNAH LULUS LESEN JUDI

1. Antara isu yang bakal dibawa AnWAR ke Manek Urai tentunya BN menggunakan wang judi haram membiayai operasi kempen mereka. Manek Urai adalah pentas terbaik AnWAR memutar belit kenyataan kerana pengundi Melayu Islam sana amat sensiitif dengan isu haram halal yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pengundi di sana. Atas nama Islam, AnWAR pasti menyerang BN/UMNO kerana rapat dengan taukeh-taukeh judi di KL.

2. Sebenarnya AnWAR lah yang amat rapat dengan taukeh-taukeh judi ini. Tika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR cukup rapat dengan Datuk T.K. Lim, tuanpunya Magnum Berhad. AnWAR juga meletakkan Datuk Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad sebagai 'orang hubungan' beliau di Magnum. Menurut sumber sahih Magnum Berhad, AnWAR adalah RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi! (AnWAR masih tidak teruskan saman ke atas Nalla yang dakwa Nalla telah beri AnWAR RM 60 juta wang Magnum secara tidak berkala)

3. Semasa Menteri Kewangan juga, AnWAR amat rapat dengan Raja Judi Genting TS Lim Goh Tong (mendiang). AnWAR akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat AnWAR dari pejabat Genting sendiri. Seperti di Magnum, AnWAR juga boleh meminta apa saja dari Genting, nescaya kemahuannya dipenuhi. (Sekarang AnWAR giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara).

4. AnWAR juga amat rapat dengan pemilik banyak kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan AnWAR bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Mereka tidak terbang bersama dan selalunya wakil ini akan menunggu AnWAR di destinasi lawatan AnWAR. Hingga sekarang AnWAR masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibupejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent) mengenai pemilikan bangunan tersebut. bayaran yang dikenakan hanyalah 'token'.

5. UMNO/BN tidak pernah mengeksploitasi isu ini! Bagaimana AnWAR boleh menuduh UMNO/BN mendapat biayaan dari taukeh judi tanpa bukti sedangkan ibupejabat PKR sendiri adalah hasil dari sumber judi yang haram (dlm Kelab Tropicana terdapat beberapa mesin slot yg diluluskan lesennya tika AnWAR Menteri Kewangan). Bagaimana AnWAR boleh berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi sedangkan kuasa melulus adalah kuasa menteri? Tebal sungguh muka AnWAR yer........

6. Begitu juga dengan kelulusan lesen judi syarikat Olympia Berhad di Sabah. AnWAR telah meletakkan seorang rakannya berketurunan Melayu berasal dari Perak sebagai Pengerusi syarikat tersebut sebagai syarat tambahan kelulusan. Benar bukan AnWAR yang meluluskan lesen tersebut kerana ianya dibawah kuasa kerajaan negeri Sabah. AnWAR bijak, beliau meletakkan rakannya sebagai Pengerusi, dan pengerusi inilah utusan AnWAR memaksa kerajaan negeri meluluskan lesen tersebut....

AnWAR adalah manusia HIPOKRIT yang sering menutupi perangai sebenar dengan lakonannya. Di Manek Urai nanti, tentunya pakaian rasmi beliau adalah kain pelikat berbaju melayu dan berkopiah putih. Beliau juga bakal menonjolkan dirinya dengan lakonan 'orang kampung' yang tidak pernah terdidik dengan kekayaan dan kemewahan bagi memikat hati rakyat.......berhati-hatilah dengan manusia ini !!!!

Sekian.