Tuesday, September 29, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (5)

1. Di Munich, segala urusan peribadi AnWAR dikendalikan oleh Azmin. Jadual terapi AnWAR juga diserahkan kepada Azmin sedangkan Wan Azizah adalah seorang doktor yang punya pengetahuan perubatan perihal rawatan AnWAR. Perbincangan dengan Dr. Thomas Hooglaand yang merawat AnWAR di Alpha Klinik, Munich juga tidak melibatkan Azizah. Azizah di Munich hanya mengambil tahu hal anak-anak di hotel penginapan mereka di Munich.

2. AnWAR juga secara halus cuba membawa Shamsidar ke Munich. Isteri salah seorang petugas AnWAR sengaja dijadikan umpan dan diundang ke Munich. Mujurlah petugas tersebut sedar mainan politik halus AnWAR. Azizah juga menghidu taktik AnWAR serta membantah keras cadangan AnWAR. Wan Azizah secara terbuka menyatakan kepada Mat Sabu di Munich bahawa sesiapa juga boleh datang melawat AnWAR hatta Dr. Mahathir sekalipun, tetapi tidak Shamsidar!

3. Wan Azizah sekali lagi menjeruk hati setelah ketibaan Sukma ke Munich, biarpun cuba dihalang beliau. Sukma langsung tidak dibiarkan lepas dari pandangan Azizah serta tidak dibenarkan 'berdua-duaan' dengan AnWAR. Namun Azizah tidak berupaya menghalang Azmin 'berdua-duaan' dengan AnWAR terutamanya di bilik rawatan AnWAR di Alpha Klinik. Menurut AnWAR, ianya urusan kerja dan Azizah tidak boleh mencampuri urusan kerja.

4. Urusan kerja di Munich yang diurus Azmin termasuklah temujanji AnWAR dari pelawat seantero dunia termasuklah Paul Wolfowitz (tika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS). AnWAR cuba mengatur pertemuan Wolfowitz dengan wakil Ikhwanul Muslimin Mesir namun wakil tersebut tidak bersetuju lantas membatalkan pertemuan itu. Selain itu AnWAR juga menerima kunjungan Pengerusi International Crisis Group (ICG), Gareth Evans di Munich.

5. Media Barat, CNN, BBC, CNBC, Bloomberg, Dow Jones, ABC, Washington Post, USA Today memberikan liputan yang luarbiasa tentang rawatan AnWAR. Cerita yang diutarakan adalah tajuk utama atau muka hadapan akhbar tentang AnWAR. CNN juga menerbangkan krew khas untuk wawancara dengan AnWAR bagi slot 'Asia Today'. BBC juga menghantar wartawan kanan untuk menemuramah AnWAR yang konon digambar sebagai 'reformis' dan pejuang rakyat oleh media barat.

6. W/pun sibuk dengan pelbagai aktiviti di Munich, AnWAR masih tidak dapat melupakan Shamsidar. Di penghujung sesi rawatan AnWAR di Munich, beliau sekali lagi cuba membawa Shamsidar ke Munich. AnWAR berhasrat membawa bersama Shamsidar dalam jet eksekutif yang membawa rombongan keluarga AnWAR ke Jeddah untuk umrah. Wan Azizah benar-benar marah dan memberi kata dua beliau tidak akan bersama AnWAR jika Shamsidar turut serta. Keluarga AnWAR juga memihak kepada Wan Azizah.

Azizah wajar bertindak begitu atas sikap AnWAR yang bersikap "1Keluarga, Azmin Didahulukan, Shamsidar Diutamakan". Azmin juga dimaklumkan sentiasa 'merengek' agar beliau dan isterinya turut serta dalam rombongan AnWAR seperti 'zaman dulu-dulu', sedangkan Wan Azizah mahu memandang ke hadapan dengan meminggirkan semua musuh-musuhnya. Biar apapun sikap Azizah membantah, "Azmin tetap Didahulukan" oleh AnWAR.

Sikap AnWAR ini jelas apabila AnWAR mengambil seorang bekas banduan bekerja di rumahnya di Bukit Damansara biarpun dibantah keras Wan Azizah. Kononnya Wan Azizah amat prihatin tentang keselamatan keluarganya apabila seorang bekas banduan bebas keluar masuk rumahnya. Apakah memang ini alasannya Azizah membantah cadangan AnWAR, atau ada sebab lain mengapa Azizah membantah, ikuti sambungan seterusnya esok.........

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARIRAYA

1. Biarpun agak terlewat, x-pkr menghulur salam salam Hari Raya buat semua muslimin muslimat. x-pkr berhariraya di seberang dan talian internet kurang baik di sana. Kini x-pkr kembali menyambung cerita Nona Azizah yang diperlakukan AnWAR seperti sampah dalam kehidupannya. Azizah pula dek kerana keluarga atau jawatan (isteri PM mungkin? spt dijanji AnWAR), terus mengharungi badai rumahtangga bersama AnWAR biar bergelora.

2. x-pkr diberitahu teman-teman bahawa AnWAR ke Amerika Hari Raya ini bersama Azizah. Beliau sempat mencoretkan lagu Al Marhum TS P. Ramlee "Tidurlah Permaisuri" buat Azizah. x-pkr berasa mual yang amat sangat pabila diberitahu cerita ini. Pintar AnWAR menggunakan medium blog bagi menggambarkan konon beliau begitu romantik melayan Azizah. Azizah juga pasti kembang kuncup hidungnya bila dihargai Anwar begitu.

3. Realitinya kehidupan rumahtangga mereka tidak seromantik itu. Azizah tahu kebenarannya, namun cuba terus bertahan dan berselindung. Azizah tahu AnWAR juga tidak pernah memegang tangannya di khalayak ramai selain di depan kamera. Azizah juga tahu AnWAR tidak pernah bercakap baik dengannya melainkan di hadapan penyokongnya. Realitinya, Azizah sentiasa diperlekeh dan diherdik AnWAR. Keluarga AnWAR dan Azizah tahu tentang ini.

4. Kerana itu pabila diberitahu AnWAR cuba berlaku romantik, x-pkr cukup mual kerana isterinya juga dijadikan subjek lakonan mengaburi mata umum. Beliau berlagak demikian kerana mahu menutup gelora kehidupannya dengan Azizah yang sentiasa pasang surut. Padan juga dengan Azizah, mungkin kerana sayang keluarganya, cuba menutup segalanya termasuk kisah 'madunya' yang muncul selepas AnWAR dibebaskan dari penjara.

Ikuti kisah selanjutnya dalam bahagian ke 5 kisah NONA AnWAR - WAN AZIZAH esok.....

Thursday, September 17, 2009

SENDIRI TAK SALAH, AnWAR SALAHKAN ROSMAH LAGI


1. AnWAR diberitakan amat kecewa apabila usahanya melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan ditolak Mahkamah tinggi semalam. Ironinya permohonan AnWAR ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairudin yang didakwa AnWAR dan Azizah akan menyebelahi mereka. Itulah yang diceritakan 'budak pembancuh kopi R' kepada teman x-pkr yang juga bekas exco PKPIM.

2. AnWAR 'confident' sebelum ini kerana Datuk Alizatul Khair pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pualau Pinang ketika AnWAR TPM dan mengetuai UMNO Pulau Pinang. Tambahan pula Datuk Alizatul Khair juga merupakan junior Wan Azizah di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Hubungan AnWAR/Azizah dengan Datuk Alizatul Khair tidaklah rapat sangat, namun seperti biasa, AnWAR menggambarkan dirinya punya hubungan rapat dengan pelbagai orang. Justify Full
3. Menurut teman x-pkr itu, 'budak pembancuh kopi R' beria-ia menyatakan Wan Azizah telah bercakap dengan Datuk Alizatul Khair dan mohon bantuannya untuk 'menegakkan keadilan' bagi mereka sekeluarga. Saya berpandangan ini sama sekali tidak benar dan hanya helah AnWAR mahu meyakinkan penyokongnya beliau tetap hebat punya 'contact' di sana sini. Kemudian kerja menyebarkan dakyah pasukan pendakwaan akan digugurkan dibuat oleh "R" ini tanpa disuruh AnWAR kerana ghairah memperolehi maklumat terkini dari bosnya.


4. Kerana malu apa yang dikatanya tidak terjadi, semalam diberitakan AnWAR menyalahkan DS Rosmah, isteri PM pula kerana campurtangan. DS Rosmah yang juga bekas pelajar TKC, konon telah menekan Datuk Alizatul Khair membuat keputusan yang tidak berpihak kepada AnWAR. x-pkr ingin bertanya kepada AnWAR kenapa isu DS Rosmah tidak timbul bila beliau menjaja sana sini pasukan pendakwaan akan digugurkan. Kenapa pula Wan Azizah seperti burung kakaktua yang hanya angguk sahaja dengan AnWAR.

5. Saya percaya Datuk Alizatul Khair punya prinsip dan intergriti memikul amanah sebagai hakim. Keputusannya semalam adalah keputusan profesional dan tidak memihak. Wan Azizah tahu itu dan beliau dibutakan sikap memihak suaminya yang membabi buta, hingga sanggup mencaci kenalan sendiri. Begitu juga AnWAR, dek tuntutan peribadi mahu berkuasa, beliau sanggup berbuat apa saja biarpun memanipulasi pemikiran orang lain dan memijak kenalan sendiri.

x-pkr mengenang kata-kata Al Marhum Malek Bennabi " sesuatu tamadun bakal musnah jika mereka mementingkan yang remeh dan meremehkan yang penting ". AnWAR sebagai pengkagum Malek Bennabi wajar meneliti kembali tulisan Malek Bennabi. Yang penting adalah menegakkan keadilan (buat beliau dan juga Saiful), bukannya membuat onar dengan pelbagai alasan menangguhkan perbicaraan.....

Sekian.

Wednesday, September 16, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (4)

1. Sepanjang AnWAR di penjara 1998-2004, banyak dana sumbangan disalurkan melalui Wan Azizah dan Azmin. Tidak dapat dibezakan samada ianya untuk parti atau bantuan peribadi buat keluarga AnWAR. Yang pasti Wan Azizah 'menikmati' sumbangan tersebut dengan baik sekali! Jika terpaksa terbang bersama staf atau ahli keluarga yang lain, Wan Azizah akan menaiki kelas ekonomi. Namun jika berseorangan ke Amerika atau London, beliau akan menaiki kelas pertama.

2. Perbelanjaan isi rumah serta kegiatan politiknya dicatu bagi menunjukkan kepada umum beliau (Wan Azizah) seorang yang berhemah dalam perbelanjaan. Wan Azizah bijak mengatur pusingan baju yang dipakai agar kelihatan 'recycle'. Konon segala sumbangan diguna bagi perbelanjaan membela AnWAR. Wan Azizah juga secara terbuka melahirkan perasaan amarahnya jika mengetahui ada sumbangan yang disalurkan melaui Azmin!

3. Setelah AnWAR bebas pada 2 September 2004, segala urusan pentadbiran kewangan dan logistik kembali diambil alih oleh Azmin Ali. Wan Azizah pernah mengherdik seorang petugas di rumah AnWAR tatkala mereka secara bergurau menyatakan 'Azmin back in power'. Apakan daya, segala urusan pentadbiran dan logistik sejurus AnWAR dibebaskan di mahkamah Putrajaya hinggalah AnWAR berlepas ke Munich pada 4 September 2004 diserahkan kepada Azmin.

4. Wan Azizah mengamuk sakan apabila rombongan kumpulan pertama bersama AnWAR yang berlepas dari KL-Frankfurt-Munich mengenepikan anak-anaknya. Turut bersama dalam rombongan ini hanyalah Wan Azizah dan pembantunya, Azmin dan pembantunya, bapa dan ibu tiri AnWAR serta doktor pengiring. Azmin menasihati AnWAR kumpulan ini tidak boleh disertai ramai atas alasan keselamatan. Setelah dibantah keras Azizah, AnWAR hanya membenarkan anak lelaki mereka turut serta dalam rombongan ini.

5. Wan Azizah mempertikaikan kewajaran alasan keselamatan itu. Beliau merungut mengapa bapa dan ibu tiri AnWAR harus turut serta jika keselamatan yang menjadi keutamaan AnWAR. Ternyata beliau amat kecewa dan kebanyakan ahli keluarga AnWAR dan Azizah sedar akan perkara ini. Teman x-pkr memaklumkan, semua ahli rombongan menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penempahan diuruskan melalui agensi pelancongan di Ampang.

6. Rata-rata ahli keluarga Azizah menyalahkan AnWAR kerana mendengar cakap Azmin. Nurul Izzah ketika itu juga lantang menyalahkan Azmin atas apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap beliau dan adik-adiknya yang lain. Tambahan pula Izzah dan adik-adiknya yang diterbangkan secara berperingkat ke Munich diberi tiket menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Munich. Tiket diuruskan oleh Azmin dari Munich menggunakan dana yang diberi oleh AnWAR.

Saya pernah mengulas AnWAR lebih rela anak-anaknya menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh, tetapi tidak Azmin. Kononnya Azmin tidak boleh menaiki kelas ekonomi untuk penerbangan jarak jauh serta harus selesa kerana Azmin sakit buah pinggang. [untuk rekod, Azmin Ali hanya 'survive' dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi sekarang ini].

Apatah lagi jika mereka bercuti ke luar negara, Azmin, Shamsidar serta anak-anak mereka akan duduk di kelas perniagaan bersama AnWAR dan Azizah, manakala anak-anak AnWAR akan duduk di kelas ekonomi. Alasannya anak-anak Azmin masih kecil dan perlu diberi perhatian semasa penerbangan, manakala anak-anak AnWAR cukup besar dan matang menjaga diri sendiri.

W/pun Wan Azizah juga hipokrit dan sentiasa menjaga kepentingan sendiri, wajar beliau menjeruk rasa atas sikap AnWAR yang sentiasa melebihkan Azmin dari keluarga sendiri. Wan Azizah terus memendam duka di Munich tatkala seantero dunia melaporkan kisah rawatan AnWAR di sana........akan bersambung ke bahagian seterusnya.

Monday, September 14, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (III)

1. Selepas berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damansara, Wan Azizah 'meniadakan' bilik untuk Sukma yang ketika itu turut ditahan pihak berkuasa. Setelah dibebaskan, Sukma tidak lagi bebas keluar masuk di kediaman peribadi AnWAR. Wan Azizah memberi alasan anak-anak perempuannya semakin membesar dan Sukma bukan mahram dengan mereka. Wan Azizah bergelut dengan keluarga AnWAR meyakinkan mereka bahawa tindakannya itu betul.

2.Sukma amat kecil hati dengan tindakan Wan Azizah. Beliau juga dilarang oleh Wan Azizah mengunjungi Nurul Izzah dan adik-adiknya di rumah mereka di Bukit Damansara. Namun pembantu rumah yang dianggap ibu saudara AnWAR (?) itu sering campurtangan dengan memihak kepada Sukma. Keluarga AnWAR bahkan AnWAR sendiri menyebelahi Sukma kerana mereka tahu tindakan Wan Azizah hanya bermotif mahu menyingkir Sukma dari keluarga mereka.

3. Ibu saudara (?) yang dipanggil Mak Andak juga turut disingkirkan Wan Azizah. Wan Azizah memasang strategi yang paling halus untuk menyingkirkan Mak andak ini agar tiada bantahan dari pihak keluarga. Wan Azizah mula memasang jerat mencarikan jodoh untuk ibu saudara (?) AnWAR. Setelah mendapat calon yang sesuai, Wan Azizah berusaha sedaya upaya meyakinkan AnWAR (masih di penjara tika itu) untuk memujuk Mak Andak agar berkahwin.

4. Mak Andak yang enggan menerima cadangan itu akhirnya akur setelah dipujuk oleh AnWAR. Wan Azizah mengahwinkan Mak Andak dengan bapa salah seorang rakannya yang merupakan pesara kerajaan bergelar Datuk namun uzur. Maka Mak Andak berjaya 'dikeluarkan' dari rumah AnWAR/Wan Azizah dan hubungan kekeluargaan mereka masih terjalin. Akan tetapi, kuasa 'domestic manager' di Bukit Segambut kembali ke tangan Wan Azizah.

5. Wan Azizah sering menyalahkan Azmin dan keluarganya atas tragedi yang menimpa AnWAR. Hal ini bukan satu rahsia lagi ketika itu. Wan Azizah menyalahkan Umi Hafilda (adik Azmin) yang mula-mula mendedahkan perangai buruk AnWAR itu. Umi mendedahkan kepada Dr. Mahathir (skg Tun). di Seri Perdana. Azwan Ali juga turut menyokong Umi dan menjadi salah seorang saksi pendakwa semasa perbicaraan kes liwat AnWAR kali pertama dahulu.

6. Marahnya Wan Azizah kepada Azmin hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu. Segala kegiatan politik Azmin dalam PKR cuba dicantas Wan Azizah. Tambahan pula isteri Azmin juga turut dikaitkan skandal dengan AnWAR. Wan Azizah melarang keras Azmin dan keluarga-keluarganya melawat mereka di Bukit Damansara. Pemilihan PKR 2001 di Kemaman, ahli parti tahu Wan Azizah (sbg Presiden) tidak berpihak kepada Azmin manakala AnWAR memberi sokongan penuh kepada Azmin.

7. Azmin terus mengembangkan kerjaya politik dalam PKR dengan mengabaikan Wan Azizah. Azmin punya 'direct access' dengan AnWAR yang tidak dipunyai Wan Azizah. Pelbagai cubaan Wan Azizah mahu menyingkirkan Azmin yang sering membayanginya dari AnWAR juga gagal.

Jika dilihat tindakan Wan Azizah, ternyata beliau juga seorang yang hipokrit! Sepanjang pengamatan teman x-pkr spt yg dinyatakan, Wan Azizah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membalas dendam dan sering menyatakan Sukma, Mak Andak dan Azmin adalah sebahagian dari keluarganya.

W/pun berjaya menyingkirkan Sukma dan Mak Andak dan Azmin dari pengaruh keluarganya, pembebasan AnWAR 2004 kembali menyemarakkan pengaruh musuhnya, terutama Azmin dan Sukma dalam diri AnWAR. Ikuti kisah selanjutnya di bahagian seterusnya....

Thursday, September 10, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (II)

1. Kehidupan sebagai isteri menteri buat Wan Azizah tidaklah seindah mana. Naluri perempuan (tambahan pula isteri menteri) yang inginkan peralatan dan jenama yang mahal dihalang oleh sikap hipokrit AnWAR yang konon mahu sederhana bagi mengekalkan imej 'penda'wah' beliau. Wan Azizah akur namun naluri wanitanya memberontak, dan sekali sekala terlepas juga barangan bermutu dan berjenama mahal dibelinya. Ini pasti mengundang kemarahan AnWAR yang ego dan hipokrit itu.

2. Semasa AnWAR menjadi menteri, wujud tiga orang lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumah AnWAR (punya pertalian keluarga bau-bau bacang, berpangkat ibu saudara) yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali. AnWAR lebih mendengar cakap Mak Andak dalam urusan rumahtangga. Anak-anak AnWAR juga lebih mendengar arahan Mak Andak ini dari Wan Azizah. Memang segala urusan rumah diurus oleh Mak Andak ini.

3. Wan Azizah amat mencemburui Sukma kerana AnWAR juga tidak pernah melarang Sukma membeli dan memakai jenama-jenama mahal utk dirinya, manakala untuk Wan Azizah semuanya dilarang! Larangan AnWAR ke atas Wan Azizah hanya kerana beliau isterinya dan "nanti apa kata orang". Dengan Azmin pula, Wan Azizah cemburu kerana AnWAR sering melebihkan Azmin dan keluarganya. Percutian ke luar negara yang sepatutnya untuk mereka sekeluarga, menjadi tawar untuk Wan Azizah kerana AnWAR akan membawa keluarga Azmin bersama.

4. Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema hidup Wan Azizah ini. Mereka tahu Wan Azizah dimarah, diherdik dan ditengking oleh AnWAR. (Kejadian memukul tidak dapat disahkan). Yang lebih penting lagi, mereka juga tahu AnWAR tidak melayan Wan Azizah sewajarnya. AnWAR sentiasa melebihkan 'orang lain'. Setelah AnWAR dipecat, ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis memuji 'bini tu jugak la yang bela dia' dengan merujuk kepada AnWAR dan Wan Azizah.

Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan dan terbuku di hati, tiba-tiba mendapat peluang keemasan untuk berbuat sesuatu selepas AnWAR ditangkap 1998. W/pun terkejut hilang status isteri TPM secara tiba-tiba dan AnWAR pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan 'very political'. Mungkin beliau banyak belajar dari taktik AnWAR yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya.

Ikutinya sambungannya di bahagian ketiga nanti....................


Wednesday, September 9, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak 'ngam'. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan 'orang yang ada-ada'. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda'wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya 'lepas' untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda'wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

artikel akan bersambung kebahagian dua nanti........

Tuesday, September 8, 2009

WAN AZIZAH BERTAMBAH SEDIH & KUSUT

1. Al Fatihah buat YBhg. Tan Sri Mohamed Yaacob yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau adalah bekas MB Kelantan (BN) yang terakhir sebelum PAS mengambil alih pemerintahan hingga kini.

2. Allahyarham TS Mohamed Yaacob juga merupakan 'distance uncle' kepada Wan Azizah dan hubungan keluarga mereka amat rapat. Semasa AnWAR di penjara, Wan Azizah sering mengunjungi TS Mohamed Yaacob di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, KL. Wan Azizah juga amat rapat dan sering menziarahi keluarga anak TS Mohamed Yaacob yang bertugas sebagai juruterbang MAS.

3. Dikalangan ahli keluarga mengetahui TS Mohamed Yaacob sering menasihati Wan Azizah agar menumpukan perhatian kepada keluarga serta tidak melibatkan diri dalam politik. TS Mohamed juga menasihati Wan Azizah agar 'membetulkan' AnWAR kerana menurut TS Mohamed Yaacob, AnWAR telah mula terpesong lantaran keinginan peribadi terlalu menguasai dirinya. Nasihat secara 'keluarga' ini tidak diterima baik oleh Wan Azizah.

4. Buat Wan Azizah, takziah diucapkan kerana kehilangan 'uncle' yang rapat namun tidak pernah dituruti nasihatnya. (Utk. rekod, Wan Azizah rapat dengan bapa-bapa saudaranya kerana bapanya Wan Ismail hanya membela Wan Azizah tika beliau telah dewasa dan kemudian meninggalkan tanahair melanjutkan pelajaran ke Ireland).

5. Pasti Wan Azizah akan menziarahi jenazah TS Mohamed Yaacob. Urutan peristiwa dari kejadian diserang oleh Pn. Shamsiah, kemudian kehilangan pula salah seorang insan yang disayangi, memungkinkan Wan Azizah dalam keadaan sedih yang amat sangat, namun kesedihan beliau wajar dibayar dengan pesanan TS Mohamed Yaacob, iaitu...."betulkanlah AnWAR"................

TAKZIAH BUAT KELUARGA TAN SRI.....

Sekian.

Monday, September 7, 2009

DI RUMAH AnWAR PUN KECOH

1. Kekalutan yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Shah Alam, tempiasnya juga melanda rumag AnWAR di Bukit Segambut! Diberitakan minggu lalu, selain pening kepala dengan TS Khalid Ibrahim, AnWAR juga terpaksa bersoal jawab dengan isterinya Wan Azizah yang telah 'diserang' oleh isteri pemilik kondominium tempat AnWAR melalukan perbuatan terkutuk luar tabi'e.

2. Pemilik kondominium tersebut, Hj. Hasanuddin Hamid dan isterinya Puan Shamsiah merupakan teman keluarga yang rapat dengan keluarga AnWAR sekian lama. Hj. Hasanuddin, bekas ahli Lembaga Pengarah Dialog Group Berhad, sebuah syarikat senarai awam tersohor dalam industri gas dan petroliam. Memperolehi kekayaan yang tiada taranya semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan. Hj. Hasanuddin meninggalkan Dialog Group tahun 1998 dengan pampasan cukup besar dan menjadi aktivis PAS hingga sekarang.

3. Puan Shamsiah amat rapat dengan Wan Azizah, baiknya mereka hingga Puan Shamsiah menjadi tempat mengadu anak-anak AnWAR/Wan Azizah sedikit masa lalu (Wan Azizah dikenali dengan sifat kedekutnya, w/pun punya wang hasil sumbangan sahabat-sahabat koporat AnWAR tika beliau dalam penjara). Kayanya keluarga Hj. Hasanuddin/Pn. Shamsiah hingga boleh terbang ke Itali untuk menempah sebuah Ferari sebagai hadiah harijadi anak mereka.

4. Umum mengetahui Hj. Hasanuddin membataskan hubungannya dengan AnWAR setelah timbul dakwaan AnWAR meliwat di premis miliknya di Bukit Damansara. Puan Shamsiah (mungkin arahan suaminya) juga membataskan perhubungan keluarga mereka dengan Wan Azizah w/pun anak-anak AnWAR cuba meneruskan hubungan seperti biasa. Difahamkan AnWAR dan Wan Azizah yang menggalakkan anak-anak mereka menghubungi keluarga Hj. Hasanuddin bagi menggambarkan kepada umum tiada apa-apa yang berlaku.

5. Minggu lalu, hari Sabtu pagi, tanpa diketahui punca sebenar, tiba-tiba Puan Shamsiah datang ke rumah AnWAR di Bukit Segambut menemui Wan Azizah sambil marah-marah. x-pkr difahamkan pelawaan masuk ke dalam rumah oleh Wan Azizah disambut dengan kata-kata marah oleh Pn. Shamsiah. Diberitakan lagi, sambil bising-bising, Pn. Shamsiah memaki AnWAR yang disifatkannya sebagai manusia lupa diri yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Menurut Pn. Shamsiah lagi, mereka sekeluarga berasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes AnWAR.

6. Mereka juga kini mengalami kesukaran kerana unit kondo tersebut kini adalah 'crime scene' atau tempat kejadian. Hasrat untuk menjual premis tersebut selepas ini juga bakal menemui kesukaran kerana unit tersebut telah terpalit dengan 'perlakuan' AnWAR dan harga mungkin jatum merudum w/pun harga unit-unit lain di kawasan yang sama mungkin terus melonjak naik. Ironinya, Wan Azizah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Pn. Shamsiah (mungkin setuju atau tergamam?).

7. x-pkr difahamkan pemandu peribadi AnWAR, En. Abdullah Sani yang berusaha menenangkan Pn. Shamsiah! AnWAR pula kononnya tiada di rumah ketika itu (diragui kerana pemandu peribadinya sedang menyiapkan kereta).

Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu. Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. Persoalan juga berkisar tentang Wan Azizah apabila beliau berdiam diri apabila dimaki oleh sahabat baiknya. Apakah diamnya tanda setuju dengan makian Pn. Shamsiah itu...............

Sekian.

Thursday, September 3, 2009

AnWAR TUNAI HASRAT DAP


1. Pengumuman keluar PKR oleh YB Mohamed Radzhi, ADUN Lunas disambut dengan serangan peribadi keatasnya. Cuma YB Zulkefli Nordin berani menongkah arus melawan gesaan AnWAR dengan kenyataan dihentikan serangan yangg bersifat peribadi terhadap YB Radzhi. Perkara ini menjadi amalan AnWAR sekian lama demi memastikan siapa yang meninggalkan perjuangannya dimusnahkan karektor peribadi.

2. Ruslan Kassim, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatu Badru, Anuar Shaari, Dr. Chandra Muzaffar semuanya dimomokkan dengan kisah yang direka cipta bagi memusnahkan keperibadian mereka setelah meninggalkan AnWAR. Seperti yang diceritakan oleh sahabat saya yang masih bersama PKR, AnWAR pernah memberitahunya bahawa Dr. Chandra mahu 'mencuba nasib' terhadap Dr. WAn Azizah semasa ketiadaannya. Dr. Chandra yang berkerusi roda itu juga kononnya mahu 'try' Nurul Izzah. Penyokong kelabu asap AnWAR ni mati-matian percaya......


3. DAP telah lama mahu mengisi kerusi EXCO di Kedah, namun terbantut dengan hanya satu kerusi DUN sahaja. Melalui Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan Tian Chua, AnWAR telah lama mendesak YB Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas. [utk. rekod saya pernah menyenaraikan nama YB Radzhi dan YB Badrul Hisham (Selangor) dlm senarai yg bakal disembelih AnWAR]. Pelbagai tekanan diarahkan AnWAR kepada Johari Abdul demi memastikan YB Radzhi melepaskan jawatan. Ketua PKR Kedah Ahmad Kassim ditempelak AnWAR kerana mempersoalkan hasrat AnWAR.


4. Langkah ini adalah sebahagian usaha terdesak AnWAR mahu menunjukkan beliau ada 'say' dalam penrtadbiran kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang. DAP mahukan jawatan EXCO di Kedah, begitu juga PAS di Pulau Pinang. Namun masing-masing punyai hanya satu kerusi DUN di negeri berkenaan. DAP yang lebih tajam pemikiran politik mereka menukar strategi. Mereka tahu AnWAR pasti akan melayan kehendak mereka jika kena caranya. Makanya mereka mendesak AnWAR menggugurkan YB Radzhi walau apa cara sekalipun dan mencadangkan ADUN Kulim YB Lim Soo Nee (PKR).


5. W/pun YB Lim Soo Nee dari PKR, hasrat DAP mahu memartabatkan kaum cina sebagai seorang EXCO di Kedah telah tercapai kini. DAP tahu jika ADUN mereka yang didesak mengisi kerusi EXCO, hasrat mereka susah hendak dilayan AnWAR. MB Kedah juga pasti tidak bersetuju. Maka PKR Kedah dengan 5 kerusi DUN, telah kehilangan seorang EXCO Melayu bagi menjaga kebajikan mereka. 2 EXCO Kedah dari kuota PKR kini diisi oleh seorang Cina dan seorang India. Inilah konsep "Malaysian Malaysia" DAP yang mahu kaum cina memegang kuasa biarpun dari parti mana sekalipun........


6. Bagi PAS pula, AnWAR hanya menawarkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kuasa pelantikannya adalah kuasa DYMM Seri Paduka YDP Agong. Pelantikan yang dijangka Oktober nanti pasti mendapat tentangan hebat kerana YB Salleh Man (Adun Ptg. pasir) bukanlah berkelulusan agama. W/pun bukan kemestian, tradisinya jawatan tersebut dipegang mereka yang berkelulusan agama. Belum lagi diambil kira jika SPYDP Agong menolak cadangan kerajaan negeri menamakan SAlleh Man.

AnWAR mencaturkan perkara ini sesuka hatinya. Dalam keadaan sekarang yang berpihak kepada DAP, AnWAR akan melayan serta berusaha menunaikan hasrat DAP, biarpun terpaksa menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Manakala PAS pula sering menjadi mangsa atas sikap bongkak mereka. Jika dulu PAS menyatakan mereka tidak pernah mendapat tempat di hati UMNO, sekurang-kurangnya UMNO memberi ruang kepada PAS untuk terus merdeka menyuarakan pendapat dan dasar parti mereka. Kini w/pun PAS ada tempat di dalam pakatan pembangkang, mereka tidak dominan, mereka juga tidak merdeka menyuarakan apa yang benar demi menjaga hati rakan pakatan.


Seperti kata seorang kawan PAS yang ditemui di Permatang Pasir baru-baru ini, "tolak pi, tolak mai, yang dapat tetap cina, yang untung tetap DAP pasai AnWAR dok bagi muka kat depa.......". Sekian