Friday, May 29, 2009

AnWAR : SOSIALISME DAN KOMUNISME

1. Dr. Syed Husin Ali pasti tahu tentang usaha penubuhan semula Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dikatakan telah dibubar sebaik saja PRM bergabung dengan PKR. Namun menurut penggiat PRM, sdra Hassan Karim, PRM tidak pernah dibubarkan. Sdra Hassan Karim ialah penggiat PRM yang sama-sama berjuang dengan Syed Husin Ali, Razak Ahmad, Dr. Sanusi Osman dan Rustam Sani (almarhum).

2. Syed Husin Ali dan Dr. Sanusi mengambil keputusan bergabung dengan PKN ketika itu lalu menjadi ahli PKR. Sdra Razak Ahmad (almarhum) dan Hassan Karim tidak pernah menjadi ahli PKR serta tidak pernah meninggalkan PRM. Mereka berjuang dari zaman Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sehinggalah PRM berpecah menjadi PKR dan PRM.

3. AnWAR tahu PRM tidak dibubarkan secara rasmi kerana ketika penggabungan, pengumuman PRM dibubar hanya dibuat dalam Kongres Nasional PRM yang bersetuju untuk bergabung dengan PKN (ketika itu). Hingga sekarang pun AnWAR masih melayan sdra Hassan Karim yang aktiif dalam PRM w/pun kurang disenangi Syed Husin Ali.

4. Ketika AnWAR mahu meletakkan Syed Husin bertanding di parlimen Kota Bharu pada p/raya 2004 (AnWAR masih dlm penjara tika itu), cadangan AnWAR dibantah keras oleh YAB Datuk Nik Aziz dengan satu kenyataan keras! Datuk Nik Aziz menyatakan orang sosialis ni sama dengan KOMUNIS, w/pun dah tak pakai nama sosialis, dia tetap sosialis dan sosialis ini sama seperti KOMUNIS!

5. Itulah kenyataan keras Datuk Nik Aziz. Ketika itu juga seluruh warga PAS menyokong Nik Aziz dan sebagai bantahan PAS terhadap cadangan AnWAR, PAS mengambil kembali kerusi Parlimen Kota Bharu yang dimenangi oleh Ustaz Ramli Ibrahim dari PKR pada 1999. AnWAR ketika itu juga terpaksa akur kerana beliau masih dalam penjara dan kumpulan Erdogan juga masih belum timbul ketika itu.

6. Oleh itu, PRM juga perlu diawasi dari segi perkembangan ideologi komunis ini, bukan hanya parti 'chauvinis' Cina yang kian mendapat sokongan PAS sekarang. AnWAR pasti menggunakan PRM kerana setakat ini pimpinan atasan PRM lebih ramai dari kalangan melayu. Pastinya dakyah AnWAR lebih mudah jika beliau 'menunggang' PRM kerana PRM tidaklah kuat dan sepopular mana.

7. W/pun tidak kuat dan popular, ideologi sosialis tetap terpahat di hati penyokongnya dan mereka bergerak secara senyap. Ditambah pula dengan ahli PKR dari PRM yang tetap berpegang kepada sosialis, perkembangan ideologi ini jangan dipandang enteng! AnWAR pasti akan memanfaatkan fahaman ini bagi kepentingan politiknya.

8. AnWAR tidak punya ideologi. Beliau boleh menjadi apa saja mengikut kesesuaian tempat dan masa. Hati-hatilah dengan manusia ini, dan buat semua, ingatlah kata-kata Datuk Nik Aziz - SOSIALIS TETAP SOLSIALIS BIAR NAMA BERTUKAR, SOSIALIS ITU SAMA SEPERTI KOMUNIS!! (harap Datuk Nik Aziz masih berpegang dengan kenyataan beliau ini)

Salam Hormat.

Thursday, May 28, 2009

JANTAN RONGGENG AnWAR

1. Puan Aminah Abdullah yang membahasakan dirinya Kak Min terus membakar 'punggung' AnWAR dan PKR. SEmakin Kak Min membuka mulut, semakin panas la punggung mereka. Turut merasa panas punggung ialah Datuk Zahrain, Ketua PKR Pulau Pinang berikutan dakwaan Kak Min tentang insiden di Jawi, Nibong Tebal berkaitan Datuk Zahrain.

2. Ternyata Kak Min berjaya mencuri perhatian di Penanti. Beliau berani tampil dengan bukti menyokong dakwaannya. tidak seperti seorang 'min' dalam PKR, Azmin yang berlagak hero dengan menggelar Kak Min dengan gelaran yang tidak sedap didengar. Kehadiran Azmin di Penanti hanya untuk berkempen bagi dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR 2010 nanti.

3. AnWAR ternyata merencanakan sesuatu bagi pemimpin dalam parti-parti pembangkang agar terus menyalakan namanya jika beliau terpaksa bercuti panjaang selepas Julai nanti. AnWAR telah merombak kepimpinan PKR bagi memberi lebih ruang kepada Azmin bergerak menonjolkan dirinya, sesuatu yang tidak disenangi oleh banyak pemimpin 'senior' dalam PKR.

4. Namun AnWAR tidak pernah mahu mendengar suara mereka. Dia mencatur kepimpinan PKR atas agenda peribadi agar beliau, atau sekurang-kurangnya nama beliau terus diingati dalam PKR atau pembangkang. Syed Husin Ali masih mahu jawatan no.2 PKR bagi mengimbangi kemunculan semula PRM (Parti Rakyat Malaysia) di Johor.

5. PRM yang asalnya dari fraksi sosialis memang diketahui punya persamaan ideologi dengan komunisme yang hangat diperkatakan sekarang! Hak kesamarataan bagi semua menjadi tunggak perjuangan mereka. AnWAR punya agenda besar merealisasikan prinsip ini, namun beliau bijak dengan menggunakan kenderaan lain sebagai tunggangan. (saya akan ulas lanjut nanti)

6. Berbalik kepada Azmin, semua orang lama dalam kerajaan mahupun pembangkang tahu bagaimana hubungan mereka, hubungan yang teramat rapat hingga menimbulkan sangsi masyarakat serta penyokong AnWAR. Dengan bahasa mudah, AnWAR sanggup menolak KELUARGA, sahabat handai, penyokong setia dan pengikut demi AZMIN! Sebabnya, hanya mereka saja yang tahu selain yang maha Kuasa.

7. Pernah suatu ketika Azmin merajuk tatkala dalam mesyuarat PKR, AnWAR terus 'jem'. Jelas melalui 'body language', AnWAR cukup terganggu apabila Azmin bertindak keluar dari mesyuarat tersebut. AnWAR segera mahu menamatkan mesyuarat tersebut, mahu mengejar Azmin barangkali.......ha..ha..ha!

8. Jelas, disebalik gelaran yang Azmin tujukan kepada Kak Min, ianya berbalik kepada dirinya. Mungkin Azmin yang lebih sesuai menjadi JANTAN RONGGENG untuk AnWAR kerana AnWAR sentiasa memerlukan Azmin dalam apa jua keadaan pun..........

Sekian.

Wednesday, May 27, 2009

PANGGILAN MISTERI...

1. Maaf, agak lambat 'update' post untuk kali ini. perlu disahkan dahulu info yg diterima dari sumber dalaman.

2. Ramai yang sedia maklum, dlm ranvangan Hujah TV9 malam tadi, Ezam berseorangan. Calon Timbalan Presiden PAS w/pun datang, membatqalkan penampilan di saat akhir. ini setelah beliau mendapat panggilan 'misteri' agar beliau tidak meneruskan penampilannnya dalam rancangan tersebut.

3. panggilan dari siapa ya? Bukan Presiden PAS, bukan juga penyandang Timbalan Presiden PAS sekarang! Panggilan misteri tersebut datang dari seseorang yang amat berpengaruh dalam kelompok PAS, tetapi tidak berada dalam kepimpinan PAS pun. Bukan juga ahli PAS pun...

4. Khabarnya, 'nasihat' orang itu kepada YB Datuk Husam agar jangan terperangkap dengan mainan UMNO yang bakal mengurangkan peluang Husam dalan pertandingan semasa muktamar nanti......(tak habis-habis nak salahkan UMNO yer...)

5. Orang itu juga berpesan kepada Husam, sdra Ezam bukanlah lawan anda, anda calon Timbalan Presiden, "Ezam itu siapa", ujar orang itu lagi! Macam-macam alasan bagi membenarkan segala tindakannya.

Salam Hormat!

Monday, May 25, 2009

AnWAR PASANG JERAT LAGI

1. Dalam 'kelesuan' mengharungi kempen di Penanti, AnWAR seolah-olah mendapat tenaga baru semalam. Krisis dalaman PPP kini boleh dijadikan modal untuk AnWAR menjadikan BN lebih parah. Hubungan persahabatan dengan M. Kayveas bakal dieksploit AnWAR menjadikan dirinya tambah popular, sekonyong-konyong buat penyokong pembangkang.

2. AnWAR sebenarnya telah 'merisik' Kayveas sejak beliau keluar dari penjara 2005. Kemuncak acara 'merisik' itu ialah AnWAR menawarkan kerusi Parlimen Taiping kepada Kayveas asal saja Kayveas mahu bertanding atas tiket PKR atau bebas menyokong PKR pada 2007 sebelum PRU 12. menggunakan tawaran AnWAR, Kayveas mula menekan BN, namun gagal.

3. Selepas PRU 12 2008, Kayveas tiada pilihan lalu mencalonkan T. Murugiah sebagai wakil PPP ke Kabinet. Nama T. Murugiah dicadangkan Kayveas secara 'paksarela' demi memenuhi hasrat BN yang mahu muka baru dalam PPP sebagai wakil dalam pentadbiran BN. Kayveas juga menjangka prestasi Murugiah tidak akan 'sebaiknya' dalam Kabinet dulu.

4. Murugiah bijak mencuri perhatian. Beliau bekerja keras dalam p/raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selain 'claim mileage' dalam isu-isu melibatkan pengaduan awam. Kepimpinan baru BN juga lebih menyenangi Murugiah dari Kayveas dalam memperjuangkan kaum India dalam BN. samy Vellu juga terasa bahangnya.

5. Makanya, Murugiah harus dihalang! Kayveas membuat apa saja tindakan bagi menghalang Murugiah mara lebih jauh dalam PPP. Anehnya Kayveas tidak meminta nasihat Pengerusi BN bagi menyelesaikan kemelut. Beliau meminta nasihat penasihat parti pelbagai kaun seperti PPP tapi di Luar BN.

6. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Pastinya AnWAR ingin melihat kemelut PPP bertambah parah bagi memudahkan beliau menjalankan 'jarumnya'. Jika semasa p/raya Bukit Selambau AnWAR berjaya mendapatkan bekas Naib Presiden PPP serta 6000 org ahli PPP (ada ker ahli PPP seramai itu di Kedah?), jangan terkejut AnWAR akan mengumumkan kemasukan bekas Presiden PPP ke dalam PKR semasa p/raya Manek Urai nanti. (PPP punya struktur negeri di Kelantan).

7. Tujuan AnWAR hanyalah mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa beliau masih punya kekuatan membawa masuk pemimpin BN menyertai mereka, w/pun yang dibawa masuk itu hanyalah 'bekas-bekas' yang BN sendiri telah tolak mereka. (*Ini hanya pandangan saya berdasar kepada taktik AnWAR yang sering mengeksploitasi sebarang krisis dalam BN)

Salam Hormat.

BORIA AnWAR SEPI DI PENANTI

1. Penamaan calon bagi p/raya kecil Penanti telah 3 hari berlalu. Suasana di sana amat tenang, tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Tiada provokasi dari mana-mana pihak. Tiada ejek mengejek antara parti. Kehadiran penyokong parti bertanding juga amat sederhana.

2. AnWAR hadir mengiringi calon PKR, En. Mansor Othman. Seperti biasa, beliau tetap tersenyum dan melambai ke arah penyokong. Cuma bezanya kali ini, AnWAR hanya melambai dan tersenyum ke arah penyokong sendiri. Kali ini AnWAR tidak dapat ‘menyeberang’ ke kawasan BN dan bersalaman dengan peyokong BN.

3. W/pun tersenyum girang, jauh di sudut hati AnWAR terasa tiada ‘kemeriahan’ pada hari penamaan calon kali ini. Tiada ruang untuk AnWAR mempamerkan mutu lakonan beliau yang ‘1st class’ itu. Tiada orang BN tempatan yang dapat disalam dan dipeluk AnWAR semata-mata mahu menonjolkan dirinya.

4.Tiada gurauan AnWAR dengan ketua-ketua UMNO cawangan tatkala ketua-ketua PKR cawangan memaki hamun BN sewaktu penamaan calon. Tempoh kempen selama seminggu pasti dirasakan terlalu lama buat AnWAR. Pasti AnWAR tidak ghairah mencabar BN membuat itu dan ini.

5. AnWAR berhempas pulas mencari isu bagi memancing liputan media. BN juga yang terus diserang w/pun tidak menurunkan calon. AnWAR tahu, tiada nikmat ‘membelasah’ calon bebas. Bagi membenarkan tindakannya, calon bebas pula dikata tajaan BN. Penyokong ‘buta’ AnWAR terus bertepuk tangan.

6. Tiba-tiba, tumpuan kini telah beralih ke p/raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Secara prinsipnya BN akan bertanding di sana. Gendang perang di Kelantan telah mula dipalu. ‘Dikir Barat’ Kelantan lebih merdu dan enak didengar serta menarik perhatian. Tukang karut PAS dan BN telah mula mengarang cerita.

7. Ianya meninggalkan alunan ‘irama boria’ Penanti yang sumbang dengan AnWAR memutar ‘tape’ lama bagi menarik perhatian umum. Pasti juga pekan Penanti tidak sesak sepertimana p/raya yang lalu. Kebanjiran orang orang luar juga hanya berkisar di kalangan PKR sahaja. PAS juga lebih tertumpu ke Kelantan sekarang.

8. Semerdu manapun cubaan AnWAR mengalunkan irama di Penanti, ianya pasti sumbang. Pidatonya laksana mantera kali ini tidak memukau lagi. Pasti AnWAR tercari-cari jumlah pendengar yang kononnya ‘puluhan ribu’ setiap kali ceramah beliau. Pasti juga apa jua cabaran AnWAR dalam setiap p/raya tidak disambut kali ini.

9. Kesimpulannya, apa jua tindakan dan provokasi AnWAR di Penanti tidak akan bersambut. Kasihan! Umpama anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh, cuma anjing yang kepenatan…..tepuk ajelah sebelah tangan tu ya Pak AnWAR, entah kapan akan berbunyi………

Saturday, May 23, 2009

AnWAR CUBA MERASUAH?

1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.

2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.

4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.

6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.

Salam Hormat.

Friday, May 22, 2009

SANTAI AnWAR DI JAKARTA

1. Pak AnWAR ke Jakarta ya? dibilang dalam blog ketemu teman-teman lama ya? Pak Fatwa, pimpinan Hidayatullah. Ada ketemu sama Sukma Pak AnWAR? Juga ke kadei carpetnya yang besar?

2. Ketemu sama Pak Rahmat Ismail ya Pak AnWAR, juga nginap di Hotel Sahid? di mana itu ya? Kurang tahu saya! Enggak mengapa. Yang penting ketemu sama Pak Rahmat. Apa Pak Rahmat ngatur pijatnya. Yang buta atau yang celik kali ini? Gimana serbisnya? Bagus ya pak AnWAR?

3. Nanti ditanya sama temen-temen, nafi aja ya Pak AnWAR? Bisa buat orang percaya jika terus-terusan dinafi........

PAMIT YA PAK AnWAR, SAMPEI KETEMU LAGI !!!!

Thursday, May 21, 2009

AnWAR KENA BALING BATU?

Moral AnWAR kini berada di tahap paling rendah dalam sejarah kerjaya beliau. Selain jeratnya tidak menjadi di Penanti, tembelang AnWAR makin terbuka. Satu demi satu wakil rakyat yang pernah ditawar AnWAR untuk melompat tampil mendedahkan ‘politik kotor’ AnWAR.

2. Saya percaya, masih ramai lagi yang akan tampil di masa hadapan, namun janganlah serentak. Sebagaimana AnWAR merancang p/raya kecil satu demi satu, pendedahan mengenai ‘politik kotor’ AnWAR juga akan dibuat satu persatu. Kesan pendedahan satu demi satu ini pasti ‘memeritkan’ AnWAR.

3. Disamping “bertemu buku dengan ruas” dengan lawannya kini, AnWAR juga semakin runsing dengan perkembangan PAS yang cuba dikuasainya. Terbaru semasa dalam perjalanan ke selatan Thai, AnWAR cuba menemui pimpinan PAS pantai timur bagi menjelaskan konon beliau tidak campur tangan dalam pemilihan PAS.

4. Malangnya, hasrat AnWAR gagal. Yang hadir menemui beliau hanyalah ‘muka biasa’ yang memang menyokong AnWAR dalam PAS. AnWAR cuba ‘kowtim’ dengan PAS pantai timur kerana faktor ‘pantai timur’ akan mencorakkan kepimpinan PAS Pusat. (kebanyakan pemimpin ‘senior’ PAS dari pantai timur).

5. W/pun trend pemilihan PAS Jun ini bakal berubah dengan kemenangan di Kedah, Selangor serta beberapa kemenangan wakil rakyat PAS di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis, AnWAR cuba menambat hati beberapa orang lama dan pengalaman untuk ‘mencengkam’ PAS. AnWAR sedar, jika beliau gagal menguasai golongan ulama’, harapan menguasai PAS pasti sulit.

6. YAB Ustaz Azizan yang diharap AnWAR untuk mengimbangi golongan anti AnWAR telah mengundur diri sebagai calon timbalan, Naib Presiden pun masih samar-samar bagi kelompok erdogan, calon Ketua Pemuda yang popular pun tidak memihak beliau. AnWAR makin runsing!

7. Tambahan pula jika golongan ulama’ menguasai sepenuhnya kepimpinan baru PAS nanti, jawatan Setiausaha Agung pasti akan ditukar secara terhormat. Jika ini berlaku pasti AnWAR akan merayu agar orangnya dikekalkan….campurtangan lagi !!!

8. Saya optimis, golongan ulama’ atau sewaktu dengannya sedar kebangkitan AnWARisme dalam PAS bakal merosakkan PAS. BN juga sudah semakin matang menghadapi AnWAR. Dicongak dari sudut perang, AnWAR tidak boleh menghadapi dua musuh serentak. Maka itu kini AnWAR cuba ‘settle’ dengan satu pihak, sementara cuba mengukuhkan ‘cengkaman di satu pihak yang lain.

9. Sementara AnWAR cuba mempraktikkan taktik “membunuh dua ekor burung dengan seketul batu”, saya percaya beliau akan dibaling berketul-ketul batu dari dua pihak yang berlainan selepas ini kerana taktik kotor beliau yang hanya mahu ‘memperkuda’ orang setiap masa……..

Salam Hormat.

Tuesday, May 19, 2009

AnWAR TERKEDU BEB !

1. AnWAR terkedu dengan tindakan BN tidak meletakkan calon di Penanti. W/pun ada angin-angin menyatakan BN tidak mahu bertanding, AnWAR berulang-kali memberitahu peyokongnya, "at any cost" BN akan tetap meletakkan calon di Penanti. Lawatan Datuk Zahid Hamidi ke Penanti Ahad lalu menyebabkan AnWAR tambah yakin BN akan lawan di Penanti.

2. AnWAR tersentak apabila Pengerusi BN mengumumkan tidak turut serta di Penanti nanti. Secara sinis DS Najib mengatakan banyak lagi keperluan yang perlu didahulukan selain tidak mahu "menari ikut rentak pihak lain". AnWAR benar-benar tidak menyangka BN sanggup mengorbankan kredibiliti sebagai parti memerintah di peringkat pusat dengan tidak meletak calon.

3. Seperti biasa, AnWAR tetap 'control macho'. AnWAR pusing cakap lagi dengan menyatakan BN/UMNO akan menaja calon bebas bagi menghadapi PKR di Penanti. Sekonyong-konyong AnWAR berjaya menutup 'rasa malu' beliau di hadapan penyokong kerana salah perhitungan kali ini. Maka bertepuklah penyokong 'pak turut' di Taman Medan semalam apabila AnWAR berkata begitu.

4. Untuk rekod, BN pernah tidak bertanding dalam p/raya kecil 1975 di Mengelembu, Perak. Pembangkang juga pernah berbuat demikian pada tahun 2006 di Batu Talam. Ketika itu AnWAR mengusulkan pembangkang tidak menyertai p/raya tersebut atas alasan tidak mahu membazir wang rakyat dan macam-macam lagi. Tujuan sebenar AnWAR ketika MAHU mencalar imej BN sahaja.

5. Sekarang imej AnWAR tercalar kerana BN tidak menyertai p/raya Penanti. Ironinya, taktik sama diguna BN mengenakan AnWAR kali ini. AnWAR boleh ke sana ke mari 'melaung' BN tak berani la, takut la atau apapun. Jauh di sudut hati AnWAR pasti mengakui beliau telah terkena kali ini. Lebih perit, AnWAR terkena atas permainan yang dimulakan oleh beliau sendiri.

6. Lawan AnWAR kini semakin matang menghadapi beliau. Tindakan 'luar kotak' BN kali ini membuat AnWAR memikir kembali hasratnya mengadakan beberapa siri p/raya untuk tujuan peribadi. AnWAR pasti runsing memikirkan lawannya kini 'membaca' setiap gerak langkahnya. AnWAR pasti lebih runsing lagi memikirkan apabila beliau kini 'dikepung tanpa pagar' apabila setiap pergerakannya disekat tanpa beliau nampak pagar yang menyekatnya.....

Salam.

Monday, May 18, 2009

AnWAR MELUTUT?

AnWAR semakin terdesak menanti Julai – perbicaraan kes liwat beliau. Kini beliau akan mengguna apa jua ruang bagi melepaskan diri dari perbicaraan terbuka di mahkamah.

1. SAH! AnWAR cuba mengusulkan pertemuan dengan DS Najib, namun AnWAR membuatnya seolah-olah pihak kerajaaan yang terdesak mahu berjumpa beliau. Mainan AnWAR, kerajaan negeri Perak diserahkan kepada BN. Sebagai balasan, AnWAR minta kes liwatnya digugurkan. PAS dan DAP bakal dipermainkan AnWAR demi melepas diri sendiri.

2. AnWAR dengan muka selamba menyatakan kepada penyokongnya, DS Najib yang beria-ia mahu berjumpa beliau bagi menyelesaikan ‘beberapa’ perkara. AnWAR ‘mengkhayalkan’ penyokongnya konon mereka kini di ambang kejayaan dan ‘kuat’ untuk menekan BN di Perak. Atas alasan itulah beliau ‘sudi’ menerima pelawaan DS Najib untuk bertemu…kononnya!!!

3. Selepas dibebaskan dari penjara 2004, AnWAR cuba membina hubungan dengan Tun Mahathir bagi mengalahkan Pak Lah. AnWAR memberitahu penyokong rapatnya, Tun Mahathir yang nak sangat berjumpa beliau dan sebagai seorang yang pemaaf, beliau sudi untuk berjumpa Tun.

4. Sebenarnya AnWAR cuba nak berpakat dengan Tun bagi mencapai cita-citanya menyisihkan Pak Lah. Tun amat mengetahui taktik AnWAR. Beliau menerima ‘utusan’ AnWAR, Andrew Leong. Sebagai seorang yang berpengalaman, Tun mencadangkan AnWAR menulis secara rasmi hasrat menemui beliau.

5. AnWAR enggan, kerana beliau tahu pembohongannya pasti terbongkar jika beliau menulis secara rasmi. Ada bukti mengesahkan AnWAR yang memohon untuk menemui Tun nanti. Saya pasti Tun juga tahu ‘auta’ AnWAR, kerana itu Tun secara sinis mencadangkan AnWAR menulis surat kepada beliau. Akhirnya pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana AnWAR tidak mahu menulis secara rasmi kepada Tun. Kita optimis, DS Najib juga tahu taktik AnWAR ini!

6. Mengenali AnWAR, beliau tidak akan merendah diri meminta sesuatu dari orang lain yang pernah duduk di bawahnya. DS Najib pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO tatkala AnWAR Ketua Pemuda. Tambahan pula sekarang ini, AnWAR mendakwa dalam keadaan yang ‘cukup kuat’ untuk berhadapan dengan BN.

7. Pasti kes liwat ini benar-benar merisaukan AnWAR, jika tidak masakan beliau kini ‘gabra’ dan ‘ghaflah’ merancang itu dan ini sementara menanti Julai yang kian menghampiri detiknya………..

Salam Hormat.

Sunday, May 17, 2009

AWAS PROVOKASI AnWAR

Saya percaya satu dunia teruja menantikan pengumuman BN samada untuk menyahut cabaran di Penanti. Penyokong BN menantikannya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan, manakala pembangkang menanti saat ini bagi 'membelasah' BN menerusi media-media asing tatkala kempen berlangsung nanti.

Semua ini dirancang rapi AnWAR bagi melonjakkan imejnya di mata umum. JANGAN LUPA! Awal Julai nanti AnWAR bakal menghadapi saat getir dalam hidupnya - pebicaraan kes liwat yang beliau cuba tangguhkan beberapa kali atas alasan teknikal.

Bertanding di kawasannya, AnWAR yakin beroleh kemenangan. Bukan itu yang beliau cari sebenarnya. Jika PKR menang, imej beliau di mata umum akan melonjak. 'AnWAR tetap punya sokongan', lapor media pembangkang. Media asing akan melonjakkan imej AnWAR. Jika PKR kalah, akan dilaporkan BN masih dgn perangai lama, penipu dsbnya. SPR bakal dipersalahkan.

Ini yang AnWAR mahu sebenarnya, PUBLISITI (w/pun murahan). beliau tidak peduli itu semua. Publisiti bakal melonjakkan namanya biarpun apa keputusannya nanti, w/pun AnWAR menjangka kemenangan. Publisiti berlebihan terhadapnya nanti akan memberi kesan terhadap masyarakat. Kesannya pada AnWAR, sokongan dan simpati masyarakat kepada beliau akan melonjak.

AnWAR akan menyalahkan kerajaan kerana takut kepada beliau. Perbicaraan itu nanti konon bakal diatur bagi menyekat kemaraannya dalam politik negara. PERSEPSI yang bakal dilontar AnWAR, kerajaan akan mengguna semua agensinya menafikan kebenaran kononnya. AnWAR juga bakal meningkatkan sokongan pembangkang terhadapnya yang mula longgar kini.

Melalui p/raya Penanti, AnWAR akan menggambarkan pembangkang masih bersatu, walhal pakatan pembangkang kian prejudis satu sama lain. Kononnya nanti perpecahan pembangkang hanya mainan media pro-BN.

Bagi menghadapi AnWAR, satu tindakan 'di luar kotak' diperlukan. Tidak perlu terikat dengan taktik konvensional yang sudah lapuk. Perlu tindakan drastik 'luar jangka'. Saya percaya lawan AnWAR semakin matang menghadapi beliau. Usahlah terperangkap dengan mainan AnWAR yang hanya mahukan publisiti bagi melonjakkan dirinya. Rakyat tidak pernah AnWAR dahulukan, yang penting hanya dirinya sahaja.

AnWAR pasti terkedu jika kali ini provokasinya tidak menjadi kerana beliau sememangnya bergantung kepada 'talian hayat' Penanti bagi mempopularkan dirinya!

Salam Hormat.

Friday, May 15, 2009

'DRAMA' AnWAR


Gambar ini di emel oleh seorang sahabat lama yang telah ke Munich menziarahi AnWAR menjalani rawatan di sana. Selama ini kita dimomokkan dengan gambar AnWAR berkerusi roda, dipapah, muka berkerut kesakitan ketika menjalani rawatan di sana.

Sahabat ini menyatakan perasaan terkejutnya apabila AnWAR boleh berjalan tanpa dipegang atau dipapah oleh teman-teman lain. W/pun beliau agak sihat setelah menjalani pembedahan, AnWAR akan menapak perlahan-lahan dan kerut mukanya membayangkan kesakitan.

Gambar ini menceritakan sebaliknya! Menurut sahabat saya itu, beliau rapat dengan doktor peribadi AnWAR yang mengirinya ke Munich. Doktor pakar tersebut telah meninggalkan perjuangan AnWAR sejurus beliau pulang dari Munich.

Gambar ini pernah disiarkan di laman x-pkr.com. Terima kasih buat sahabat saya yang sudi berkongsi bahan koleksi beliau. [Beliau tiada dalam gambar ini]

Salam Hormat.

Thursday, May 14, 2009

'TANGAN GHAIB' AnWAR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.

2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.

4. ‘tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.

5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.

9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!

10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.

11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!

12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….

Salam.

Wednesday, May 13, 2009

AnWAR 'PERIOD'?

1. Semalam AnWAR mula marah-marah! kenyataan media beliau 11 Mei 09 tidak lagi menjadi pegangan. Dalam perjumpaan dengan dua manusia erdogan dalam PAS Selangor, AnWAR dah kata ini semua salah PAS yang terburu-buru menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada DS Nizar.

2. AnWAR 'claim' dia dah tau sejak dari awal lagi ini mainan politik BN yang mahu memerangkap pembangkang bila keputusan mahkamah berpihak kepada Nizar. Bila 2 manusia erdogan PAS Selangor ungkit kenapa AnWAR juga mengeluarkan kenyataan menyokong, siap puji-puji lagi ketelusan mahkamah, AnWAR menyatakan sebagai Ketua Pembangkang beliau wajar berbuat demikian... (isy..isy..isy, ada aja alasannya yer!)

3. AnWAR juga turut pertikai kenapa wakil rakyat PAS Perak tidak turut serta dalam 'drama' mengepung speaker baru. Menurut AnWAR lagi, pembangkang (dia sebut PR) patut mesyuarat segera sebelum masing-masing mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza, "nampak sangat kita tiada kesepakatan, nanti orang confuse (keliru)" tambahnya lagi. PAS sokong gila-gila, DAP ttp nak p/raya semula. PKR menurut AnWAR, masih yang terbaik kerana patuh kepadanya serta tiada kenyataan rasmi selain kenyataannya.

4. Depan 2 manusia erdogan ini, AnWAR turut memperlekehkan DAP yang menurutnya bakal menakutkan orang melayu Perak. Menurut AnWAR memang mereka nak p/raya semula tapi biarlah desakan itu datang dari rakyat, bukannya dari parti politik yang menunjukkan parti ada kepentingan. Desakan DAP itu nampak tak berapa cantik katanya.

5. AnWAR mengarahkan 2 manusia erdogan ini menggunakan 'orang mereka' dalam Harakah bagi menunjukkan keputusan Mahkamah Rayuan berat sebelah, manakala beliau akan arahkan PKR berbuat demikian dalam Suara Keadilan. Tulisan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan harus konsisten dan mantap agar penyokong tidak pertikai kenyataan AnWAR, PAS dan DAP sebelum ini. (AnWAR tidak sebut apa-apa mengenai suratkhabar DAP)

6. AnWAR kini semakin membuka tembelangnya. Mungkin beliau membuatnya dalam keadaan sedar, namun hambatan terkini memaksa beliau bertindak sedemikian. Mungkin juga AnwAR percaya 2 manusia erdogan ini terlalu taksub dengan beliau hingga sanggup berkompromi dalam politik kotor beliau. (Utk rekod, saya optimis masih ada insan dalam PAS yang jijik dengan mainan kotor AnWAR)

Rumusan saya dari tindakan AnWAR ini, nak main politik, mainlah, tapi jangan sampai kita memanipulasi apa ruang jua ruang yang ada mengelirukan masyarakat. Perlu ada etika bagi mengawal kita dari tersesat jauh.

AnWAR kini mula terasa sakit di sendi-sendi beliau, matanya mula berair dan hidungnya mula berhingus. Jika dulu beliau sering menelan ubat "pain killer", sekarang ubat tersebut kurang berkesan kerana virus berkaitan telah 'immune' dengan ubat tersebut......atau apakah AnWAR telah tersalah menelan ubat. Pain Killer utk sakit sendi ialah 'arcoxia' tetapi AnWAR telah menelan pain killer 'synflex' yg dibuat khusus untuk wanita datang bulan bagi menahan kesakitan. Mungkin saja kerana perangai AnWAR begitu 'moody' dan emosinya tidak begitu stabil! Mungkin wajar Wan Azizah memberikan nasihat yang betul....ha..ha..ha

Sekian.

Tuesday, May 12, 2009

AnWAR TELAN LUDAH SENDIRI

“Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan.”

Petikan di atas adalah kenyataan AnWAR berkaitan keputusan mahkamah Tinggi 11 Mei 2009 tentang pengesahan DS Nizar masih MB Perak. Bunyinya amat cantik sekali seolah-olah AnWAR adalah warganegara Malaysia yang paling menjunjung tinggi perlembagaan negara serta prinsip demokrasi berparlimen.

Namun pada hari ini Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi semalam, sekaligus mengekalkan DS Dr. Zambry sebagai MB sekurang-kurangnya hingga proses rayuan selesai.

Semuanya dibuat mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang sah. Saluran mahkamah telah diguna secara telus dan adil! Sebelum ini AnWAR banyak menangguhkan kes beliau di mahkamah dengan mengemukakan rayuan, kini dengan proses rayuan juga AnWAR terkena!

Jangan hairan jika selepas ini AnWAR akan menghentam mahkamah tidak adil, ada campurtangan politik dalam membuat keputusan dan macam-macam lagi. Semuanya bakal dikarang bagi menghalalkan tindakannya.

Jika mengambil langkah berhati-hati, AnWAR tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mahkamah Rayuan hari ini. Sebaliknya beliau akan memilih pentas ceramah dan persidangan di luar negara untuk mempertikai dan menghentam keputusan mahkamah rayuan.

AnWAR kini semakin tersepit! Jika semalam beliau meludah ke langit, hari ini ludahnya jatuh tertepek di mukanya sendiri. Bagi menutup segala kelemahannya yang makin terserlah, dia terpaksa menjilat segala ludahnya serta menelan kembali bagi membersihkan mukanya agar sentiasa kelihatan berseri…..

p/s: saya sendiri loya menulisnya, namun inilah analogi paling tepat menggambarkan keadaan beliau terkini.

Salam.

Monday, May 11, 2009

AnWAR MELUDAH KE LANGIT

1. AnWAR tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan AnWAR untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya.

2. AnWAR sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dgn speaker di tgn BN, pembangkang bakal menemui jln sukar mengekalkan Nizar sbg MB.

3. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan 'double standard' dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik AnWAR adalah mengheret rakyat ke kancah p/raya semula sebelum sidang DUN Perak nanti.

4. AnWAR menerusi DAP dan Nizar sengaja mengajak rakyat ke kancah p/raya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yg punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu p/raya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.

5. Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. AnWAR mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dgn aman, maka AnWAR akan 'spin' isu dgn katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

6. AnWAR kini sedang berkahak dan meludah ke arah langit, dan kahak serta ludahnya bakal terkena di mukanya sendiri.......

AnWAR & 'AUTHAYAKUMAR'

1. ‘authayakumar’ (uthayakumar) yang baru dibebaskan dari ISA berkecimpung dengan AnWAR sejak 1995 lagi. Saya diperkenalkan dengan Uthayakumar oleh bekas SUSK AnWAR, di pejabat TPM ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada tahun tersebut.

2. Uthayakumar yang ketika itu punya masalah dengan firma guaman beliau. Uthaya dikhabarkan mengunjungi pejabat AnWAR beberapa kali untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini ada kaitan dengan pengurangan jumlah cukai perkhidmatan yang harus dibayar oleh firma guaman Uthaya kepada pihak kastam.

3. Saya tidak pasti berapa jumlahnya namun pertolongan AnWAR amat bermakna buat Uthaya. Uthaya melahirkan penghargaan yang amat tinggi kepada AnWAR kerana menurut beliau jabatan Kastam tidak mahu bekerjasama mengurangkan jumlah cukai tersebut. Namun dengan campurtangan AnWAR sbg Menteri Kewangan ketika itu, pengurangan jumlah cukai dapat dilakukan.

4. Saya terpandang Uthaya kali kedua di rumah AnWAR Bkt. Damansara selepas AnWAR dipecat. Ketika itu AnWAR mengarahkan Uthaya menjadi sebahagian dari pasukan peguamnya dengan menjaga penyokong reformasi AnWAR. Kami tidak dibenarkan masuk ke rumah AnWAR atas alasan keselamatan. Adik AnWAR, Rosli Ibrahim yang keluar masuk di rumah AnWAR memaklumkan perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam rumah. Sejurus kemudian Uthaya keluar dan memberikan ucapan ringkas memaklumkan beliau akan membela AnWAR kerana AnWAR pernah berjasa kepadanya. Khidmat yang ditawarkan adalah PERCUMA sebagai membalas jasa AnWAR terhadapnya.

5. Namun selepas beberapa bulan, saya mendengar rungutan dari penyokong reformasi bahawa Uthaya mengenakan bayaran atas khidmat guaman beliau. Yuran guaman yang dikenakan Uthaya juga tanpa diskaun kepada penyokong reformasi yang telah ditangkap pihak berkuasa. Golongan reformis, Nasir, Syed, Nora, Nordin boleh mengesahkannya. Dana sumbangan penyokong disalurkan kepada Uthaya bayaran sbg yuran guaman dan jumlahnya bukan sedikit!

6. Selepas PKR ditubuhkan, Uthaya ‘demand’ jawatan Naib Presiden (wakil India) diserahkan kepadanya kerana beliau mendakwa dapat sokongan kaum India dan banyak berjasa membela OKT (org kena tangkap) reformasi. permintaan beliau tidak dilayan dan Uthaya diserahkan mengetuai satu biro dlm Parti Keadilan Nasional (PKN) ketika itu. Uthaya amat marah ketika itu lantas keluar parti.

7. Tahun 2000, Uthaya menubuhkan Parti Reformasi Insan Malaysia dan cuba membentuk pakatan dengan PKN ketika itu, namun Wan Azizah tidak bersungguh-sungguh menyambut tawaran dari Uthaya. Wan Azizah sedia maklum akan ‘perangai’ Uthaya yang ‘oppurtunist’ serta tahu taktik Uthaya yang tetap mahu jawatan tertinggi dalam pakatan itu nanti.

8. Kewangan parti Uthaya ini juga tidak diuruskan dengan baik. Ada sumbangan dari penyokong namun hanya Uthaya yang tahu kemana dana sumbangan ini disalurkan. Lantaran itu, satu laporan polis dibuat oleh penyokong terhadap Uthaya berkaitan salah guna dana sumbangan pada tahun 2001. Saya sendiri tidak pasti apa jadi dengan laporan polis tersebut. (Jika pembangkang kata laporan polis terhadap pemimpin BN tiada tindakan, perkara ini tidak benar. Laporan terhadap pembangkang juga tiada apa-apa tindakan sewajarnya).

9. Selepas itu Uthaya ‘senyap’ hinggalah AnWAR dibebaskan pada 2004. Beliau kembali bertemu dengan AnWAR dan mereka merancang sesuatu. AnWAR bijak mencatur dan memanipulasi kehidupan dha’if kaum India. Uthaya dicatur agar membakar api perkauman serta perasaan benci india kepada kerajaan. Tahun 2007, pada malam demonstrasi HINDRAF besar-besaran di Kuala Lumpur, AnWAR dan Uthaya bertemu di Hotel Grand Season KL. AnWAR sengaja merancang program PKR di Grand Season agar para penunjuk perasaan HINDRAF senang melarikan diri ke Grand Season mengelakkan dari ditangkap.

10. Selepas ditangkap, AnWAR banyak menasihati Uthaya agar sentiasa menimbulkan kekacauan dan isu-isu sensitif agar ingatan kaum india kepadanya tetap segar. AnWAR memberi nasihat atas pengalamannya mensensasikan isu kesihatan yang nyata memberi kesan simpati yang mendalam terhadap penyokong. Kerana itulah Uthaya sering menyatakan beliau tidak diberi layanan kesihatan yang tidak baik sedangkan pihak berkuasa telah memberi layanan kesihatan terbaik kepadanya.

Sekadar berkongsi pengalaman, nyata Uthaya bukanlah seorang pejuang tulen, sama seperti AnWAR! Mereka adalah ‘oppurtunist’ dan bermuka-muka bagi meraih simpati masyarakat. Maka tidak perlulah rakyat melalak-lalak menyatakan bahawa mereka ini ‘hero’ bagi masyarakat mereka. Bagi saya AnWAR, Raja Petra dan Uthayakumar ini sentiasa mengambil kesempatan dari sikap na├»f kita sering bertolak ansur terhadap isu-isu sensitif.

Wan Azizah dan sebilangan besar pemimpin pembangkang amat mengetahui ‘belang’ sebenar mereka, namun buat diam saja kerana mereka berpayung di bawah bendera yang sama. Jika orang dari ‘bendera lain’ yang melakukannya, satu dunia mereka akan menghebohkannya.

Jika pembangkang mengatakan pemimpin BN tidak bersih dan perlu ditolak, maka pembangkang juga perlu menolak pemimpin pembangkang yang tidak bersih. Jangan hanya pandai bercakap saja. Apa yang kita cakap, perlu kita laksanakan! Memetik kata pujangga, “kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan!”

Fikir-fikirkanlah……Salam Hormat.

Sunday, May 10, 2009

'PET' AnWAR

Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.

2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.

3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.

4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.

5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.

6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.

7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.

8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….

Salam Hormat.