Monday, August 24, 2009

AnWAR MAIN BORIA DI PTG. PASIR

1. Salam Ramadhan buat rakan-rakan semua. Maaf agak lama tidak ke udara disebabkan kekangan yang pelbagai. Suasana kempen di Ptg. Pasir kian hampiri penghujungnya. Syabas buat semua rakan-rakan bloggers yang komited membantu jentera parti.Justify Full

2. Kehadiran AnWAR di Ptg. Pasir kali ini umpama biskut, sekejap ada, sekejap tiada. W/pun sebagai Ahli Parlimen di sana, kempen AnWAR jelas kelihatan 'mahu tak mahu' sahaja. Kedengaran rakan-rakan PKR di Ptg. Pasir memberitahu AnWAR mahu PAS menang dengan majoriti yang rendah kali ini. Jika keadaan sama seperti di Manek Urai, ianya lagi bagus ujar AnWAR.

3. Jika BN menang di Ptg. Pasir, ianya lebih baik bagi AnWAR. AnWAR mahu menunjukkan kepada penyokongnya bahawa PAS AMAT memerlukan beliau bagi meneruskan kesinambungan kejayaan bagi PAS. Ujar rakan saya di Ptg. Pasir, kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang membuatkan PAS lebih menumpukan perhatian kepada pengundi Cina, berbanding diri AnWAR!

4. AnWAR meluahkan bahawa PAS hanya mengambil kesempatan dan menggunakan kekuatan beliau bagi meraih undi. Bagi memberi PAS sedikit pengajaran, AnWAR mahu PAS alami sedikit kejutan kali ini. Dulu pun di Manek Urai AnWAR telah menempelak PAS kerana tidak mahu mendengar cakapnya! Kerana itu, jentera PKR di Ptg. Pasir kali ini tidak seagresif dulu. Dihadapan pemimpin PAS, AnWAR akan berkata beliau telah mengerahkan semua jentera PKR membantu PAS.

5. Buat penyokong PAS, hati-hati dengan manusia ini! Ianya adalah spesis yang akan membaham apa dan sesiapa saja demi mencapai agenda peribadinya. Bagi mengelak tumpuan, beliau akan menuding jari menyalahkan orang lain. Taktik AnWAR kini juga menjadi ikutan segelintir pendokong PAS. SAH! Mereka ini lebih mendengar cakap AnWAR dari Presiden mereka sendiri.

Buat pengundi di Ptg. Pasir, pilihlah calon yang bakal mewakili anda dengan bijaksana. Pilihlah atas semangat insaf dan kesedaran yang tinggi. Kita mengharapkan Ptg. Pasir bakal membuka era baru dalam transformasi yang dilakukan oleh UMNO, bukan melakukan kesilapan yang berulang-ulang seperti AnWAR yang kemudian menuding jari menyalahkan orang lain atas kesilapan yang sering diulanginya..............

Sekian.

Thursday, August 13, 2009

KRONI AnWAR III : FARAH AFIFA

1. 10 Ogos lalu adalah ulangtahun kelahiran AnWAR yang ke 62. Kebiasaannya hari bersejarah bagi AnWAR disambut secara eksklusif dengan kehadiran tetamu yang terhad sekitar 10-12 orang dan diadakan di hotel 'bintang 5' di Petaling Jaya.

2. Tetamu yang hadir ialah kroni AnWAR yang disebut sebelum ini iaitu Azmin dan Shamsidar selain AnWAR dan Wan Azizah. Ada dua pasangan lagi yang menjadi tetamu yang mana 1 pasangan itu ialah rakan tenis AnWAR berbangsa Melayu.

3. Selain bersantai dan menikmati majlis tersebut, AnWAR akan dihadiahkan lagu "Endless Love" oleh Shamsidar Taharin dengan nyanyian yang penuh syahdu dan beremosi (tangkap leleh beb). Satu lagi lagu 'hadiah' kepada AnWAR ialah lagu tema filem Titanic "My Heart Will Go On".

4. AnWAR akan hadir tanpa anak-anak, begitu pasangan yang lain. Hanya seorang kanak-kanak sahaja yang hadir bernama Farah Afifa dari pasangan Azmin-Shamsidar. Begitu istimewa sekali anak ini. Pasti dibawa Shamsidar ke mana-mana majlis yang melibat AnWAR.

5. Begitu juga jika ada majlis di rumah AnWAR (kediaman rasmi TPM Jln. Damansara [dulu]), Farah Afifa pasti akan dihulur Shamsidar kepada AnWAR biarpun Wan Azizah yang berdiri di sisi AnWAR masam mencuka dan diam membisu!

6. Farah Afifa akan terus dibawa ke sebuah bilik di tingkat atas rumah AnWAR oleh pembantunya untuk berehat atau bermain. Betapa sibuknya AnWAR melayani tetamu di tingkat bawah, beliau akan nnaik ketingkat atas menjenguk Farah Afifa.

7. AnWAR juga membahasakan dirinya 'PAPA' ketika mengagah Farah Afifa (masih bayi tika itu). Apabila Farah Afifa semakin besar, AnWAR juga mengajar Farah Afifa memanggilnya 'PAPA'. Kenapa? Mungkin AnWAR boleh jawab dlm ceramah nanti.

AnWAR cukup mengambil berat tentang Farah Afifa! Amat bertuah sekali kanak-kanak bernama Farah Afifa ini, punya dua orang bapa. Satu daddy dan satu papa dan punya seorang ibu yang dipanggil mummy. Hidupnya dilimpahi kemewahan serta ditatang bagai minyak yang penuh oleh 'dua' bapanya dan seorang ibu. Adik beradiknya yang lain pun tidak seuntungnya, hanya mendapat kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu.

TAPI, Farah Afifa ini amat tidak disukai oleh Wan Azizah serta semua keluarga AnWAR. Persis ibu tiri konvensional, setiap kunjungan Farah Afifa ke Bukit Segambut akan disambut dingin Wan Azizah. Beliau tidak dapat mengawal perasaannya dengan 'body language' seperti mahu menghalau Farah Afifa setiap kali berhadapan dengannya.

Ini dilema Wan Azizah dan keluarganya! Namun AnWAR seperti tidak memperdulikannya, kerana menurut AnWAR kepada Wan Azizah, beliau menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada anak-anak dan Farah Afifa. Barangkali inilah yang tidak dikehendaki Wan Azizah! Kasih sayang suami hanya kepadanya dan anak-anak sahaja.......

Sekian.

Wednesday, August 12, 2009

AnWAR NAK CABUT LAGI?

1. Ketawa besar x-pkr pabila tahu AnWAR menuding jari kepada UMNO tentang keselamatan dirinya. AnWAR nak PUTAR lagi. Teman-teman PKR yang ditemui semalam telah menyatakan bahawa AnWAR telah meluahkan kebimbangan mengenai diri dan keluarganya sejak tindakbalasnya mengenai kenyataan TS Muhyiddin.

2. Memang AnWAR bijak merancang dan memanipulasi minda penyokongnya. Beliau mengeksploit kenyataan TS Muhyiddin dengan memberi kenyataan balas dan 'menghangatkan' polemik kenyataan TS Muhyiddin. Cadangan mahu mengambil tindakan undang-undang melonjakkan imej dirinya di kalangan penyokong yang 'kelabu asap'.

3. Manakala di kalangan pimpinan pembangkang, AnWAR menyuarakan kebimbangan mengenai dirinya seolah-olah negara Malaysia ini tiada undang-undang. Bara dikipas beliau dengan kaitkan isu Altantuya dan Teoh Beng Hock! Sedikit masa lagi AnWAR bakal keluarkan kenyataan beliau diancam bunuh. Nak sedap lagi, keluarganya juga turut diancam oleh ekstimis melayu kononnya......

4. AnWAR juga hanya perlu memberitahu 2-3 orang pimpinan tertinggi PKR tentang ancaman bunuh terhadapnya. Kerja menyebarkan berita palsu ini akan dilakukan oleh mereka ini yang konon mendapat '1st hand info' dari AnWAR. Mereka akan syok sendiri kerana kononnya AnWAR amat mempercayai mereka. Maka mereka ini akan bertungkus lumus menyebarkan berita konon AnWAR mendapat ancaman bunuh.

5. Apabila ditanya pimpinan tertinggi PAS nanti, AnWAR akan berkata bahawa budak-budak PKR ni saja yang berlebih-lebih! Beliau nanti akan nyatakann bahawa beliau hanya bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, tidaklah sampai berbunuhan. Maka rendahlah kredibiliti 'budak-budak' PKR di mata pimpinan tertinggi pembangkang.

Kita nantikan saja episod seterusnya, drama lama bakal berulang namun dengan plot yang berbeda. Namun mesejnya tetap sama. AnWAR bakal melarikan diri setelah segala usahanya nanti tidak berjaya.......;

Sekian.

Monday, August 10, 2009

KRONI AnWAR II ; AZMIN ALI

1. Ramai yang sedia maklum betapa berharganya Azmin di sisi AnWAR. Mula menyertai AnWAR sejurus tamat pengajian di Amerika Syarikat. Dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah 1988, namun terus diletakkan di Pejabat Menteri Pendidikan (AnWAR tika itu) sebagai Pegawai Khas.

2. Selepas itu Azmin dilantik sebagai Setiausaha Sulit AnWAR hinggalah AnWAR dipecat dari kerajaan. Ketika zaman AnWAR menjadi menteri, Azmin dilihat amat berpengaruh di pejabat AnWAR. Segala jadual kerja AnWAR diatur oleh Azmin. Semua jemputan kepada AnWAR haruslah melalui Azmin.

3. Azmin mengawal segala hal ehwal AnWAR seolah-olah AnWAR itu haknya. AnWAR pula terlalu memberi muka kepada Azmin hingga mengabaikan ibubapa, isteri dan anak-anaknya. Perkara ini disahkan oleh Dr. Wan Azizah yang sering merungut AnWAR lebih mendengar cakap Azmin dari cakapnya. Semua adik beradik AnWAR juga setuju dalam hal ini w/pun mereka tidak setuju dengan Wan Azizah dalam banyak hal.

4. Meniti era reformasi dan AnWAR di dalam penjara, Azmin mengawal segalanya ehwal peribadi AnWAR termasuk kewangan. Banyak ahli PKR tahu Azmin sering melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai ‘kakaktua’ dan mereka sering tidak sependapat. Azmin ‘mengawal’ peguam-peguam AnWAR manakala Wan Azizah boleh terus berjumpa AnWAR di penjara. Hubungan dingin Wan Azizah-Azmin berlarutan hingga kini.

5. Dalam politik dan kekeluargaan, prestasi meningkat Azmin banyak ditunjuk oleh AnWAR. Azmin tidak segan-segan berkempen menyatakan dirinya ‘amat’ diperlukan AnWAR dalam PKR. Dalam keluarga pula, AnWAR rela anaknya naik kelas ekonomi dalam penerbangan tetapi Azmin perlu naik kelas satu atau kelas perniagaan dalam penerbangan. Dalam politik PKR, AnWAR boleh bertolak ansur jika ada rungutan tentang Wan Azizah, tetapi pasti melenting membeliakkan mata kepada mereka yang merungut tentang Azmin!

6. AnWAR mengatur Azmin memperolehi pendapatan dari rakan-rakan luarnya. Azmin perolehi pendapatan dari jutawan media Rupert Murdoch berjumlah ribuan USD secara berkala. Sekarang ianya dibayar melalui ‘pay-roll’ Sky TV milik Rupert Murdoch yang berpangkalan di Hong Kong. Azmin juga bebas menemui mana-mana ‘corporate figure’ meminta jua sumbangan atas nama ‘perjuangan’ tapi dibuat melalui akaun peribadinya.

7. Lantaran itu Azmin memang punya dana yang kukuh untuk perkembangan politiknya. Pemilihan PKR tahun 2001 di Kemaman, Azmin beroperasi seperti pemilihan UMNO! Tahun 2004 dan 2007 juga begitu. Perwakilan diberikan bilik sebagai umpan mengundinya. Hingga kini, semua ahli PKR ditawarkan pakej pembelian kereta Rexton yang cukup menarik bagi mendokong perkembangan politiknya dalam PKR. (Azmin punya perniagaan kereta jenama Ssang Yong dan ‘tuned car’ atas syarikat Bouraq Sdn. Bhd., terletak di sebelah balai Bomba Taman Tun Dr. Ismail KL).

Kedudukan kewangan ‘rahsia’ PKR hanya diketahui oleh AnWAR dan Azmin. Banyak juga perkara lain yang dikongsi oleh mereka berdua. Disaat Azmin ‘merengek’ minta itu dan ini dalam PKR khususnya di Selangor, AnWAR sedang merangka strategi menunaikan kehendak Azmin. Bunga-bunganya telah mula kelihatan sekarang. (Blogger medan-info punya butiran lanjut). Azmin diberi keistimewaan ‘access’ dengan mengetuai j/kuasa yang dianggotai semua kepimpinan tertinggi PKR kecuali Timbalan Presiden, yang tidak punya kuasa sekukuh Azmin serta tidak diberi ruang oleh AnWAR untuk bergerak.

Cukup ‘istimewa’ Azmin di mata AnWAR. Dizaman kerajaan dahulu AnWAR sanggup hilang rakan baiknya dari hilang Azmin! Kini perkara sama berulang, cuma Azmin diberi cukup ruang untuk ‘membeli’ rakan-rakan PKR agar tidak nampak parti berpecah. Muslihat apakah ini? Jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah………………..

Sekian.

Thursday, August 6, 2009

KRONI AnWAR 1 : SHAMSIDAR TAHARIN

1. Shamsidar Taharin, isteri kepada Naib Presiden PKR, merangkap 'nominee' sulit dan selit AnWAR. Berasal dari Taiping, juga dikenali sebagai "Pink Panther" di zaman sekolah menengahnya di 'asrama penuh' kerajaan. Mungkin kerana terjengket-jengket, langkahnya tidak didengari dan dipedulikan. Mula dikenali umum selepas kes 'tilam' AnWAR 1998, w/pun sebelum itu cukup dikenali di kalangan 'rich and famous' Malaysia.

2. Amat berpengaruh dalam kehidupan Azmin. Segala tindakan akan dirujuk kepada Shamsidar terutama yang melibatkan kewangan. Pernah disifatkan 'shadow Finance Minister' ketika AnWAR Menteri Kewangan oleh teman-teman rapat AnWAR. Shamsidar tetap memainkan peranan ini hingga sekarang tanpa menonjolkan dirinya. Shamsidar juga 'de facto leader' PKR kerana mengawal 2 orang penting PKR iaitu AnWAR dan Azmin.

3. Ketika AnWAR Menteri Kewangan, Shamsidar 'bekerja' di Jabatan Perhubungan Pelanggan Phileo Allied Bank (tidak wujud lagi kini). Dengan gaji RM30,000 dan kemudahan kereta Audi beserta pemandu, Shamsidar tidak perlu ke pejabat untuk 'bekerja'. Shamsidar hanya 'bekerja' bila diarahkan oleh AnWAR meliputi tugas-tugas khas. Dunia perbankan ketika tahu yang Shamsidar adalah 'anak emas' AnWAR serta tidak boleh disentuh!

4. Menurut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri, cukai yang dikenakan ke atas saham-saham yang didaftarkan atas nama Puan Shamsidar Taharin dan En. Johan Taharin adalah bernilai lebih kurang RM500,000. Jumlah sebenar pegangangan saham sahaja pasti cukup banyak! Nilai kontrak yang diperolehi atas nama binti atau bin Taharin ini juga cukup banyak! (kerana itulah adik-beradik Azmin cukup marah dgn ipar mereka Shamsidar).

5. Di Munich, Wan Azizah secara terbuka mengatakan semua dialu-alukan untuk menziarahi AnWAR KECUALI Shamsidar! AnWAR juga berusaha bersungguh membawa Shamsidar ke Munich melalui Azmin dan berhasrat membawa Shamsidar bersama ke Jeddah selepas keluar dari Munich. Wan Azizah adalah penentang nombor wahid niat AnWAR ini. Keluarga AnWAR dan Wan Azizah bersatu hati menentang dan Shamsidar tidak muncul di Munich dan Jeddah bersama AnWAR.

6. Hingga sekarang Shamsidar dilarang keras oleh Wan Azizah datang ke rumah AnWAR bersendirian. Jika datang pun, Shamsidar hanya dibenarkan berada di persekitaran luar rumah atau ruang tamu rumah, itu pun bersama Azmin. Kemunculan Shamsidar juga hanya setakat rumah terbuka Hari Raya. (Dahulu Shamsidar bebas keluar masuk rumah AnWAR di Jln. Damansara dan Bkt. Damansara[1998]. Shamsidar juga bebas naik ke tingkat atas serta ruang tidur AnWAR).

Keistimewaan AnWAR terhadap Shamsidar tiada tolok bandingnya. Realitinya hinga kini AnWAR tetap mendengar cakap serta menuruti apa jua kemahuan Shamsidar. Hipokritnya AnWAR dan Shamsidar, mereka bijak menyembunyikan kaitan mereka. Hipokritnya Wan Azizah pula, beliau cuba menutup pekung di dada dan menuding jari menyalahkan orang lain. Nurul Izzah juga tahu betapa 'rapat' papanya dengan 'aunty shida', namun tetap jua mahu menyembunyikan kaitan itu...........

Sekian.

Tuesday, August 4, 2009

AnWAR PASANG JERAT LAGI

1. Awas dengan manusia PUTAR ALAM ini! Dalam satu kenyataan AnWAR bayangkan PKR akan minta letak calon di Ptg. Pasir, w/bagaimana pun beliau kata lebih suka jika PAS yang bertanding atas semangat muhibbah pembangkang.

2. Kenyataan AnWAR disiarkan oleh akhbar Berita Harian semalam. PAS PPinang melalui Dr. Mujahid (Timb. P/Jaya Negeri) telah keluarkan kenyataan bahawa status-quo harus dikekalkan. Ahli-ahli PAS bawahan mula membantah cadangan AnWAR ini.

3. AnWAR sengaja mahu mengundang polemik antara sesama pembangkang, kemudian akan melonjakkan dirinya sebagai penyelesai kemelut. Kononnya nanti beliau akan dilihat sebagai penyelamat lalu mengukuhkan imejnya selaku penyatu pakatan pembangkang.

4. AnWAR sengaja mengumpan agar pimpinan UMNO mengeluarkan kenyataan "Pembangkang semakin rapuh" dan macam-macam lagi. Maka selepas itu AnWAR akan mengeji akhbar arus perdana sebagai alat politik BN dan UMNO yang memutarbelitkan kenyataannya.

5. Kenyataan-kenyataan negatif pimpinan BN melalui provokasi AnWAR hanya menyemarakkan perasaan amarah penyokong pembangkang terhadap BN/UMNO. AnWAR pula akan terus membakar dan menutup minda mereka semasa ceramah kempen nanti.

Taktik ini dilakukan AnWAR bermula 3 hari sebelum p/raya umum 2008. Di Singapura AnWAR mengeji BN hingga pimpinan BN menyifatkan AnWAR pengkhianat negara. PRK Ptg Pauh, TS Khalid sengaja membuka ruang perdebatan UiTM dibuka kepada bangsa asing. Kenyataan ini disambut dgn penuh emosi pimpinan BN. PRK K. Terengganu, Bkt. Gantang, Manek Urai, pembangkang digambarkan telah berpecah! Namun undi mereka tetap konsisten,

Ada baiknya kempen kali ini BN/UMNO menumpukan kepada gerak kerja menawan kembali hati pengundi. Kenyataan-kenyataan AnWAR usahlah dilayan sangat kerana beliau memerlukan publisiti ketika kempem w/pun dilakukan dengan cara murahan. Jika benar pun pembangkang berpecah, itu masalah dalaman mereka. BN/UMNO jangan melatah kerana perkara ini hanya membuat AnWAR tersenyum melihat perengkap yang dipasangnya sudah mengena...... MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA !!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 1, 2009

AnWAR HANYA MUNCUL DI IBU PEJABAT PAS, BUKAN BERDEMO !

Jangan terpedaya dengan helah AnWAR! Kononnya beliau hadir demo ptg tadi. Banyak komen yang menghentam x-pkr [semuanya disiarkan]. Sebenarnya AnWAR hanya hadir ke pejabat PAS. Beliau tidak langsung turun ke jalanan berdemo bersama dengan pengikutnya.

Kehadiran beliau juga setelah diasak oleh Lim Kit Siang yang meminta [mengarah?] AnWAR agar turut sama bagi menunjukkan sokongan kepada penyokong. AnWAR juga turut berucap di perkarangan ibu pejabat PAS. Ini sengaja dirancang AnWAR bagi publisiti kehadirannya di demo, walhal beliau hanya hadir di markas!

Selesai ucapan, AnWAR dibawa pergi dengan tergesa-gesa oleh dengan sebuah motosikal ( sakit pinggang macam AnWAR boleh naik motor ke?, pasti pembawa motor cilok sana-sini bawa AnWAR melepaskan diri! tak sakit pulak pinggang AnWAR....)

Terima Kasih kepada semua yang memberi komen. Namun saya tetap menegaskan AnWAR bijak bermain sandiwara! Kehadirannya hanya di ibupejabat PAS, itupun untuk tujuan publisiti, bukan sama-sama turun dengan penyokongnya di jalanan. Hanya dengan kehadiran 30 minit di HQ PAS Jln. Raja Laut, penyokong pembangkang tertipu kononnya AnWAR hadir semasa demo petang tadi!

Agaknya banyak tertelan asap dari bom yang dilepaskan pihak berkuasa menjadikan penyokong pembangkang 'kelabu asap' lantaran ketaksuban yang membuta tuli....