Tuesday, July 27, 2010

MANJEET : ANTARA LONDON DAN PAKISTAN.

1. Marah benar Manjeet Singh dengan Anuar Shaari kerana mula menggolekkan bola mengaitkan beliau dengan AnWAR. Berniat untuk mengugut, sebaliknya pula yang terjadi. Keceluparan mulut beliau kini ibarat senjata makan tuan! Manjeet kini berada dalam situasi sukar akibat laporan polis oleh Nallakarupan dan kebenaran semakin terserlah.

2. Masyarakat kini dibuktikan dengan pengakuan Manjeet bertemu Nalla untuk 'membaiki' hubungan dua sahabat iatu Nalla dan AnWAR. Persoalan pokoknya, PERTEMUAN MEMANG BERLAKU! PUJUKAN JUGA MEMANG BERLAKU! AnWAR pasti akan memarahi Manjeet kerana mengakui pertemuan tersebut.

3. Seperti biasa, taktik AnWAR, beliau sentiasa menafikan ada usaha memujuk Nalla dari pihak beliau. Kini Manjeet telah mendedahkan pertemuan itu. Saya pasti, AnWAR akan terus berdalih selepas ini. Beliau tidak akan menjawabnya di media tetapi di pentas ceramah nanti, beliau akan mengatakan 'pertemuan tersebut di luar pengetahuannya".

4. Manjeet pasti orang kepercayaan penuh AnWAR kerana diberikan tugas penting membawa kembali Nalla kepangkuannya. Manjeet juga orang AnWAR yang sangat galak mempertahan PI Bala di luar negara serta menjadi pengiringnya semasa di Paris baru-baru ini. Maka itu juga berapa agaknya wang yang dibekalkan untuk mereka di luar negara.

5. Manjeet juga sering ke London, untuk apakah beliau sering ke sana? Membawa utusan AnWAR kah? Atau Manjeet menemui seseorang di sanakah? Lelaki atau perempuan kah? Manjeet juga terlibat menyara 'orang ini' sepanjang kehidupan mereka di kota London. Adakah ini dengan bantuan AnWAR? Manjeet saja yang boleh menjelaskannya.

6. Sama seperti AnWAR, Manjeet mempunyai sisi lain dalam kehidupannya. Beliau berusaha sedaya mungkin untuk menutupnya. Namun lumrah dunia, tutup lubang ini, lubang lain pula terbuka. Kehidupan Manjeet bukan saja berkait di kota London, ia juga berkait rapat dengan negara Pakistan, tempat asal usul, Aasil Kazi Ahmad.

7. Ia juga tempat asal Dr. Munawar Anees dan Dr. Ziauddin Sardar, dua tokoh Islam Liberal yang rapat dengan AnWAR hingga kehari ini. Kenapa Manjeet memilih Pakistan? Mungkin ia punya kaitan dengan AnWAR yang juga sangat gemarkan Pakistan. Makanya, antara London dan Pakistan, Manjeet kini dicaturkan AnWAR terperangkap di tengah-tengah.......

Sekian.

3 comments:

Unknown said...

awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
ikuti saya di www.sambalpedas.com

Anonymous said...

blog langau pengerumun taik ka ni....

Abu Garcia said...

Tak dapat aku bayangkan bila Anwar Ibrahim dan Manjeet Singh berkongsi sel di penjara Sungai Buloh suatu hari nanti ....hehehe (Persoalannya "Siapa tikam siapa?")