Wednesday, January 27, 2010

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP (II)

1. Dalam posting yang lepas, telah dihuraikan bagaimana AnWAR cuba 'masuk jarum' dengan bakal-bakal presiden Filipina. Semuanya dilakukan demi mencari populariti agar serta jalan yang lebih parah, mahu pentadbiran negara berkenaan menyatakan bantahan tentang kes liwat beliau seperti yang telah dilakukan Joseph Estrada suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, AnWAR pasti cuba mengaih apa jua bantuan dari sana.

2. Kali ini saya cuba menyelusuri Indonesia pula. Di sana nama 'Pak AnWAR' memang terkenal. Setiap kali kehadiran AnWAR di Indonesia, pasti media di sana akan memberi liputan terhebat terhadapnya. Jangan terkeliru, 'kehebatan' AnWAR di sana disokong oleh beberapa teman rapatnya yang mengatur liputan media serta protokol bagi membuatkan kehadiran AnWAR tampak hebat. Semuanya 'ongkos' pak......

3. Sejak zaman muda lagi AnWAR mendapat latihan (tamrin) di sana. Perkenalan beliau dengan Amien Rais, Gus Dur, Habibie, Adi Sasono dll adalah semasa berguru dengan negarawan Indonesia, Pak Natsir. AnWAR juga amat rapat dengan pengasas Islam Liberal di Indonesia iaitu Nurcholish Majid. Asas persahabatan AnWAR dengan sahabatnya di Indonesia 'penuh warna'. Semasa zaman Soeharto, sebahagian nama-nama yang disebut tadi adalah pembangkang.

4. AnWAR yang membina kekuatan hingga menjadi pemimpin Malaysia sering meminggirkan sahabatnya di sana. Hingga ke akhir hayatnya, 'guru' AnWAR di sana, Pak Natsir sering menyebut tentang AnWAR yang telah lupa diri hingga sanggup 'melonggarkan' persahabatan demi mengejar kuasa (saya pernah menyebut bagaimana Gus Dur sering dipinggirkan oleh AnWAR). Dengan Amien Rais juga AnWAR berbuat begitu.

5. Di saat Amien Rais menjadi 'power broker' tahun 2000, barulah AnWAR berani berterus terang beliau bersahabat baik dengan Amien. Namun AnWAR di Sg. Buloh ketika itu. Amien ketika itu Ketua Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) berperanan besar menjatuhkan Habibie (juga sahabat mereka). Wan Azizah juga beberapa mengunjungi Amien RAis ketika itu memohon bantuan. Apa yang dibantu, kita tidak tahu...........

6. Setelah 'gagal' bergantung dengan Jusuf Kalla dan Prabowo Subianto dalam PEMILU Presiden Mac 2009, AnWAR tercari-cari ruang untuk membina jambatan dengan pimpinan Indonesia. AnWAR tidak mengharapkan Naib Presiden Boediono yang dilihat benar-benar menjadi orang nombor dua di Indonesia. Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani yang sering merujuk kepada AnWAR juga kini bergelumang dengan skandal.

7. Beliau diasak hebat ekoran penggunaan wang negara bagi menyelamatkan Bank Century Indonesia. Langkah ini mirip pembelian Talam Corp. oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelamatkan syarikat tersebut. Spekulasi kuat menyatakan beliau bakal digugurkan dari kabinet Presiden SBY nyata menggusarkan AnWAR. Banyak rakannya kini hanya 'bekas menteri' spt Fahmi Idris, Adi Sasono dan Yusril Ehza.

8. Dengan Presiden SBY, AnWAR tiada ruang langsung! Harapannya kini hanya kepada jutawan Abu Riezal Bakrie yang juga Ketua Umum GOLKAR. Namun Abu Riezal juga bergelumang dengan pelbagai skandal rasuah yang boleh menutup peluangnya pergi jauh dalam politik Indonesia. Lain-lain sahabat AnWAR di Indonesia hanyalah tempelan yang beliau perlukan ketika beliau 'susah' nanti.

Indonesia sebagai negara penganut Islam yang terbesar amat penting bagi AnWAR menjayakan misinya. Samada sebagai jalan berbaik Barat atau platfom untuk memburukkan imej Malaysia di kacamata dunia. Beberapa percubaan menghuru-harakan hubungan Malaysia-Indonesia sebelum ini jelas tidak berjaya. Nyata pemimpin kedua-dua negara rasional menghadapi kemelut ini, namun ia cuba dikeruhkan oleh 'mereka' yang akan mendapat manfaat dari krisis ini. Siapa dia? Sama-sama kita renungkan..................

Monday, January 25, 2010

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP

1. Disamping tetap cuba mencari simpati di merata dunia, AnWAR tidak pernah melupakan ASEAN yang disifatkan lokasi strategik serta kaya dengan hasil bumi. Kesatuan Eropah (EU) menganggap ASEAN sebagai rakan strategik manakala Amerika Syarikat sering menganggap SElat Melaka adalah 'terowong emas' penghubung Timur-Barat dengan AS tangan ghaib yang mengatur segalanya.

2. Maka itu AnWAR juga tidak pernah mengabaikan ASEAN dalam rangka membina popularitinya. Umum mengetahui Indonesia sehingga kini merupakan 'pangkalan' AnWAR bagi melancarkan serangannya terhadap negara. Status Indonesia sebagai negara yang bebas serta terbuka nyata dimanipulasi AnWAR. Namun kita bangga kerana Kerajaan Indonesia tidak pernah meny0kong pandangan=pandangan NGO di sana.

3. Kini AnWAR mencari ruang untuk bertapak semula di Filipina, mencari ruang yang kosong setelah Gloria M. Arroyo dikatakan lebih rapat dgn Abdullah Badawi (kini Tun). Menyelusuri sejarah, AnWAR cuba membina pengaruhnya di Filipina sejak tahun 70-an lagi. Bermula dari sokongan beliau terhadap Nur Misuari (Mindanao) semasa dalam ABIM hinggalah ke zaman bintang filem Joseph Estrada.

4. Zaman 70-80an, AnWAR menyokong Nur Misuari bersama Tentera Pembebasan Filipina melawan rejim Marcos yang menindas rakyat. Setelah MArcos jatuh akibat 'suara rakyat' di sana, Corazon (Cory) Aquino bangkit atas semangat mendiang suaminya Benigno menjadi presiden Filipina. Ketika ini AnWAR masih lagi berhempas pulas membina imejnya di dalam negara, khususnya UMNO.

5. Selepas Cory, tampuk pemerintahan beralih kepada seorang Jeneral bersara iaitu Fidel Ramos. Dizaman pemerintahan Fidel Ramos, AnWAR menggerakkan IKD mempopularkan Jose Rizal sebagai tokoh 'pembaharuan' yang ternama. AnWAR menggunakan Penasihat Majlis Keselamatan Negara Filipina, Jen. Jose T. Almonte untuk rapat dengan Presiden Fidel Ramos. AnWAR rapat dengan Almonte hingga kini.

6. tahun 1996, AnWAR melalui IKD mengadakan seminar mengenai Jose Rizal. AnWAR juga telah dianugerah ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) dari D'Ateneo University Manila konon atas jasanya mengabadikan Jose Rizal sebagai sumber inspirasi beliau dalam memperjuangkan pembaharuan. Presiden Fidel Ramos juga pernah menyifatkan AnWAR sebagai 'young asian tiger' di era kegemilangan AnWAR.

7. Dipenghujung karier AnWAR sbg TPM, Filipina menerima presiden baru setelah Fidel Ramos tidak boleh bertanding setelah dua penggal sebagai presiden. AnWAR merupakan antara orang yang awal mengucapkan tahniah kepada Joseph Estrada. Setelah AnWAR ke penjara, Wan Azizah membina hubungan yang cukup akrab dengan Estrada dan juga Cory Aquino. Konon atas semangat Cory yang berjuang setelah suaminya ditembak mati oleh rejim Marcos.

8. Kini, anak Cory, Benigno Aquino Jr bakal memasuki gelanggang bertarung untuk menjadi preseden Filipina seterusnya. Beliau kini dikatakan calon 'favourite' memenangi jawatan tersebut (mungkin atas semangat bapa dan ibunya). Turut memasuki gelanggang kali ini adalah Joseph Estrada yang mahu mencuba nasib kali kedua (setelah pernah menang). Beliau berada ditempat ke-3, dibelakang seorang lagi calon presiden, jutawan Manny Villar.

9. AnWAR telah mula masuk jarum, beliau telah mula membuat kerja-kerja yang biasa dilakukannya iaitu membina 'hubungan awam' yang baik. Siapa pun yang menang antara Benigno Jr. atau pun Estrada, beliau pasti beroleh manfaat darinya. Tentang Manny Villar, tidak mustahil AnWAR telah cuba membina jambatan dengannya (tidak diketahui hubungan AnWAR dgn beliau).

10. Filipina punya banyak kepentingan strategik AS dalam negera mereka. Filipina adalah 'acuan' Amerika di ASEAN w/pun tidak semaju Amerika. Presiden Filipina tetap punya tempat di hati Presiden AS yang melihat hanya Filipina shj yang sanggup mempertahankan kepentingan AS di rantau ASEAN. Apakah AnWAR ada agenda tertentu di sebalik pemilihan presiden Filipina yg bakal berlangsung? Keluarga Aquino juga amat rapat dengan pimpinan gereja di Filipina, apakah AnWAR mendapat sumber ilhamnya di sana semasa bersetuju kalimah ALLAH digunakan pihak kristian? Semua ini serba kemungkinan....................




Wednesday, January 13, 2010

AnWAR SESATKAN MELAYU-ISLAM DI M'SIA

1. Umum mengetahui guru AnWAR yang hebat dalam soal Melayu-Islam adalah Prof. Dr. Syed Naquib Al Attas. AnWAR menjadikan buku Syed Naquib "Islam dan Kebudayaan Melayu" sebagai teks wajib untuk dibaca dan disyarahkan oleh pimpinan tertinggi ABIM. Hingga ada yang menyatakan untuk menjadi pemimpin tertinggi ABIM, 'benchmark'nya adalah kebolehan memahami buku Syed Naquib ini.

2. AnWAR menjadikan asas melayu-islam ini sebagai tunjang perjuangannya dari zaman mahasiswa (60-an), ABIM, pra-politik (70-an), menyertai kerajaan hinggalah beliau dipecat pada 1998. Dinilai evolusi perjuangan AnWAR, asas melayu-islam tidak beliau tinggalkan w/pun perlakuan beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui personalitinya yang kontras terutamanya dengan ulama'ulama' PAS.

3. AnWAR mengawal kegiatan 'islamic'nya melalui ABIM dan kegiatan 'sekular'nya melalui Institut Kajian Dasar (IKD). Melalui IKD beliau mempromosikan Muhammad Iqbal, Mahatma Gandhi,, Jawaharlal Nehru, Jose Rizal, Confucious dan Rabindranath Tagore. Titik pertemuan kesemua tokoh ini, mereka adalah 'reformis' tulen di negara masing-masing dan AnWAR mendapat pengiktirafan anrtarabangsa hingga digelar "Renaissance Man".

4. Hubungannya dengan ABIM diteruskan w/pun mulai longgar pada pertengahan 80-an hinggalah dipecat. Dalam ucapan aluan sempena Muktamar Sanawi (Tahunan) ABIM 1997 di Holiday Villa (setelah sekian lama tergelincir dari program ABIM), AnWAR menyatakan ABIM lah satu-satunya organisasi yang memperjuangkan konsep melayu-islam yang begitu praktikal di Malaysia dan sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia.

5. Setelah keluar dari penjara 2004, AnWAR dilihat telah mencabut akar melayu-islam dari perjuangannya. Tidak diketahui sebabnya. Mungkin terlalu banyak membaca Kitab Injil (spt yg beliau dakwa di Australia, ada video di bbrp laman lain)? Apakah juga AnWAR terlalu membaca banyak kitab tafsir spt yg beliau dakwa dlm ceramah-ceramah PAS? Atau apakah AnWAR memang sengaja merancang strategi demi dirinya?

6. Sejurus keluar dari penjara dan memimpin PKR secara langsung, AnWAR mengubah asas perjuangan PKR dari parti pelbagai kaum berteraskan melayu kepada parti pelbagai kaum shj. Kini tiada lagi hujah-hujah AnWAR yang menyatakan dalam konteks Malaysia, Melayu itu Islam dan Melayu itu pribumi dan ketuanan Melayu (Islam). Yang keluar dari mulut beliau sekarang adalah semua bangsa di Malaysia adalah sama, tiada ketuanan Melayu (islam) di Malaysia!

7. Terkini, AnWAR kata agama kristian boleh berkongsi "ALLAH" dengan umat islam Malaysia. Hujahnya, ia dipraktikkan di banyak negara lain. Hujah dari kitab rujukan AnWAR dulu iaitu buku Syed Naquib telah beliau abaikan. Syed Naquib merumuskan Melayu-islam ini begitu sinonim di Nusantara. Jadinya sekian lama 'budaya' melayu itu memartabatkan ALLAH sebagai Allah yang mereka sembah, ianya wajar dipelihara!

8. Belum lagi bicara soal 'aqidah jika kita berkongsi "Allah" dengan umat Kristian. Penulis serahkan kepada ulama' membahaskannya w/pun kita tahu akibat atas perbuatan ini. Dr. Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM selepas AnWAR juga tidak bersetuju samasekali dengan pegangan AnWAR. Hujahnya, dalam konteks Malaysia ianya tidak boleh dibenarkan kerana ianya membawa lebih banyak kerosakan (fasad) daripada kebaikan. Hujahnya diperincikan dalam laman WADAH (sila cari dalam google) dengan begitu akademis sekali.

Di mana AnWAR kali ini? Gurunya dalam peradaban Melayu-islam awal-awal lagi menolak pendapat AnWAR jika mahu dihujahkan. Temannya yang dipanggil ustaz (Dr. Siddiq) juga menolak hujah AnWAR dan Dr. Mohd. Nur Manuty. Nik Aziz juga telah menolak saranan AnWAR dalam konteks Malaysia! Soalnya kini, siapa guru AnWAR yang membuat beliau beria-ia menyokong penggunaan Allah oleh Kristian? Apakah Confucius, Tagore atau Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan IMF) yang kini menjadi Paderi di Vatican City? Mungkin juga AnWAR dipandu oleh nafsu amarahnya yang mahu mengejar kuasa, mahu menutup kesalahannya dan membalas dendam terhadap sesiapa yang menyanggahnya selama ini........

Sekian.

Friday, January 8, 2010

IKHLASKAH AnWAR KE MAHKAMAH SYARIAH?

1. Qazaf adalah pertuduhan fitnah seorang tertuduh kepada pengadu dalam sesuatu kes, yang akan dibuat oleh pihak tertuduh. Dengan kata lain, pihak yang dituduh akan memfailkan permohonan meminta pengadu menyediakan bukti-bukti lengkap bagi menyikong pengaduannya. Beban mengemukakan bukti diletakkan kepada pengadu meyokong pengaduannya. Bermakna juga dalam Qazaf, pihak pengadu yang akan dibicarakan (tertuduh tetap dibicara dlm kes yang lain). Demikian adilnya islam membela manusia sejagat.

2. Dalam perbicaraan yang melibatkan mahkamah sivil, SAiful Bukhari sebagai pengadu manakala AnWAR dipihak yang tertuduh. Setelah berhempas pulas membuat helah menangguhkan perbicaraan, kini AnWAR cuba mengaburi pandangan umum dengan memfailkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful Bukhari. Kononnya mahu mencari keadilan di Mahkamah Syariah. SEmentelah, AnWAR juga mempertikai "sejak bila mahkamah syariah berada dibawah telunjuk mahkamah sivil dlm sebarang kes", lanjutan jawapan menteri JPM di parlimen.

3. AnWAR mendabik dada konon beliaulah yang mula-mula mengusulkan mengasingkan mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara. Perkara itu konon dilakukan bersama Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim ( Al Marhum, mantan Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA). Kerana itu sekarang mahkamah sivil dan mahkamah syariah merupakan dua entiti yang berbeda dan tidak berhak mencampuri urusan masing-masing. Namun lagak AnWAR seperti ayam jantan kokok riuh sekampung tapi ekor bergelumang tahi!

4. Sesuatu yang tidak pernah ANWAR jelaskan kepada umum sedangkan beliau tahu faktanya adalah dalam undang-undang Malaysia, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Sistem perundangan negara adalah warisan 'Westminster' British yang digubal melalui Suruhanjaya Reid dan Cobbold sebelum Malaysia diberi taraf negara 'merdeka' oleh British. Bermakna sebarang undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan negara adalah terbatal dengan sendirinya. Klausa ini masih kekal hingga sekarang.

5. Inilah yang tidak dikehendaki oleh TS Ahmad Ibrahim apabila mengusulkan pengasingan antara mahkamah sivil dan syariah. Beliau tidak mahu pengasingan ini hanya kosmetik yang akan diguna oleh AnWAR untuk menjaja beliaulah 'juara' perundangan islam negara. Kerana itu AnWAR tahu, apabila Kelantan dan Terengganu (semasa pemerintahan PAS) mahu melaksanakan hukum hudud, pelaksanaan itu tidak akan kemana. Malah inilah jawapannya kepada 'non-muslim' (hatta semasa dalam kerajaan), berkaitan isu ini.

6. "Mereka (K'tan dan T'ganu) tidak boleh pergi jauh, undang-undang hudud tidak akan mengatasi perlembagaan negara dalam konteks Malaysia", kata AnWAR. Kerana itu juga Zaid Ibrahim berani menyaman kerajaan Kelantan kerana mahu melaksanakan hudud. Zaid tahu beliau akan menang mudah kerana perkara itu akan dibicara di mahkamah sivil. Selagi mana klausa "perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara", maka selagi itulah mahkamah syariah tertakluk kepada mahkamah sivil secara tidak langsung.

7. Ini hakikat yang perlu diakui dalam pelaksannaan undang-undang Malaysia. Kerajaan skg perlu pertimbang cara terbaik jika mahu mahkamah syariah benar-benar 'bebas' dari mahkamah sivil. Bagi AnWAR, jika benar beliau mahu berlandaskan syariah, mengapa beliau tidak membuat permohonan di mahkamah Tinggi sivil untuk memindahkan kesnya ke mahkamah syariah? Saya pasti bukan saja pendakwa dari Jabatan Peguam Negara akan membantah, malahan AnWAR akan menghadapi bantahan dari barisan peguamnya sendiri seperti KArpal Singh dan Sankara Nair.

8. Amat jelas AnWAR cuba membina persepsi di kalangan penyokongnya beliau akan dibebaskan jika dibicarakan di mahkamah syariah. Hujahnya pihak Saiful akan gagal mengemukakan 4 orang saksi yang 'adil bagi menyokong pengaduannya. Kenapa AnWAR tidak menyatakan konsep 'Qarinah' yang membolehkan bukti-bukti lain juga diambil kira bagi mensabitkan kesalahan terhadapnya. Saya percaya pihak Saiful bersedia mengemukakan bukti-bukti bagi mempertahankan aduannya jika dibicarakan di mahkamah syariah nanti.

9. Dalam kes Qazaf yang dikemukakan AnWAR terhadap Saiful, beliau tidak jujur memberitahu penyokongnya bahawa pelaksanaan syariah yang beliau mahukan hanyalah 'kosmetik' semata-mata. Jika benar beliau mahukan keadilan syariah, beliau harus memohon di mahkamah sivil bagi memindahkan kes sekarang ke mahkamah syariah. Barulah kes 'Jinayah' dan 'Qazaf" beliau akan berjalan seiring di mahkamah syariah.

Kita juga mahu tahu apa pendapat pendapat Karpal Singh nanti. Yang pasti beliau tidak boleh 'beraksi' di Mahkamah Syariah nanti kerana pra syarat melayakkan bergelar peguam syar'ie di Malaysia ialah lulusan Undang-undang UIA (menyediakan kursus undg2 sivil dan syariah) serta ijazah syariah dari mana-mana universiti namun diwajibkan mengambil Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Syariah dari UIA. Bagi AnWAR pula, beliau tahu ada ruang kelemahan dalam sistem perundangan negara dan sentiasa mengambil kesempatan demi memenuhi kepentingan diri. Dan kerana itulah juga kita tertanya-tanya, apakah AnWAR benar-benar ikhlas mencari kebenaran di mahkamah syariah, atau ianya lanjutan drama beliau sebelum ini................

Sekian

Wednesday, January 6, 2010

AnWAR PERNAH ANGGAP KRISTIAN SBG. ANCAMAN

1. Isu bantahan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian belum reda. Momentum perlu diterus dan disuarakan oleh umat islam menyatan bantahan, namun harus mematuhi undang-undang negara. Namun tiada satupun kenyataan keluar dari pihak pelaksana yang menerima penghakiman tersebut serta pembuka ruang perkara begini terjadi.

2. x-pkr bukanlah lulusan dari Temple University (spt Dr. Muhd. Nur Manuty) untuk merasionalkan penghakiman tersebut. Juga tidak pernah bergurukan Dr. Ismail Faruqi seperti AnWAR. Jauh sekali memiliki sarjana dari Universiti Al Azhar seperti Datuk Hj. Hadi Awang. Pendidikan formal mengenai pengajian islam hanyalah dari universiti tempatan namun bersifat antarabangsa.

3. Meneliti afidavit yang difailkan oleh pihak gereja menyokong permohonan mereka boleh menceritakan segala-galanya. Mereka menggunakan sepenuhnya pendekatan undang-undang bagi mencapai hasrat mereka. Tiada langsung unsur-unsur kerohanian penerimaan kalimah Allah bagi pihak mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan penggunaan kalimah Allah dalam buletin terbitan mereka yang konon untuk edaran ahli sahaja.

4. Tiada langsung hujah pihak gereja mereka menerima konsep "rabbul 'alamin" ( Tuhan sekelian alam). Jadinya kepada pihak PKR dan 'Erdogan' dalam PAS, tidak perlulah bersusah payah berhujah hendak merasionalkan penghakiman tersebut. Sampai mati pun pihak gereja tersebut tidak akan menerima konsep rabbul alamin spt yang dihujahkan Dr. Muhd. Nur Manuty.

5. Berkaitan hujah perkataan Allah dibenar untuk kegunaan agama-agama Samawi, ianya harus direnung kembali. Islam juga membenarkan sembelihan oleh penganut agama Samawi dimakan oleh orang Islam. Islam juga membenarkan perkahwinan umatnya dengan penganut agama Samawi ini tanpa perlu menukar agama. HARUS DIINGAT! Itu dahulu, di zaman nabi. Agama Samawi yang wujud sekarang adalah jauh menyimpang dan dianggap kufur.

6. Sembelihan dan perkahwinan dengan penganut agama Samawi tidak lagi dibenarkan oleh Islam kini, kerana mereka dikatogerikan kafir. Saya percaya hujah Datuk Dr. Haron Din bertunjangkan pegangan ini serta lebih mendalam ulasannya. JAdi tidak perlu kita merasionalkan apa yang telah diketahui selama ini bagi kepentingan diri sendiri. Jangan juga mahu menjadi 'jaguh' semata-mata bagi meraih populariti.

7. Di Malaysia, Kristianisasi dianggap sebagai ancaman kepada negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Saya tidak pasti ianya masih relevan atau tidak di pihak MKN. Apa pun ini adalah fakta bahawa penyebar agama kristian tidak pernah berdiam diri dalam mengembangkan agama mereka biarpun undang-undang Malaysia menghalangnya. AnWAR sendiri pernah menjadi jaguh dalam hal ini.

8. Sewaktu memangku jawatan PM seketika dahulu, AnWAR menyifatkan Syiah dan Kristianisasi adalah sama, dan ianya ancaman kepada negara Malaysia! AnWAR mengarahkan Pusat Islam ketika itu menangani isu ini dengan tegas. Kini beliaulah yang membuka ruang untuk penyebar agama kristian mengelirukan umat islam. Beliau juga yang mula-mula menemui semua ketua-ketua agama (selain islam) sejurus kembali ke Malaysia 2005.

Bagi saya yang cetek ilmu ini, baiklah kita mencegah sebelum parah! Majoriti umat islam negara ini adalah pengikut dalam soal islam. Berapa ramai yang spt Dr. Muhd. Nur Manuty (yang digunakan oleh AnWAR) boleh berhujah agar tidak terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian?

Di saat hujah (jika dibenarkan) kita boleh berda'wah kepada penganut Kristian, berapa ramai anak-anak muda Melayu islam spt penagih-penagih dadah, mat rempit, penghuni lorong hitam nanti yang terkeliru dan kemudiannya murtad dek layanan kelas pertama mubaligh-mubaligh kristian ini (diketahui golongan ini sering dihampiri oleh petugas-petugas gereja).

Oleh itu, cegah sebelum parah, jangan sudah terhantuk baru terngadah! Jangan sampai nasi menjadi bubur. Apa pun rasional ynag menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian haruslah disanggah! DAlam konteks Malaysia, lebih banyak keburukan dari kebaikan jika perkara ini dibenarkan berlaku. Kita harus berani menyatakan pendirian kita. JAngan jadi seperti AnWAR yang menjadi 'chameleon' setiap masa demi nafsu membara mahu ke Putrajaya.......

SEkian

Monday, January 4, 2010

LIDAH AnWAR BERCABANG-CABANG

1. Bantahan terhadap kebenaran penggunaan nama Allah oleh penganut Kristiani semakin memuncak. Banyak pihak telah menyuarakan pandangan. UMNO, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Nik Azizi (flip flop?) menentang keputusan hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan. Kita percaya banyak lagi bantahan akan timbul dan momentum ini harus dikekalkan bagi menunjukkan kesungguhan kita! Jangan hangat-hangat tahi ayam dan cuba meraih keuntungan politik dari isu ini.

2. Di mana sang pembuka ruang bagi umat Kristiani mempercepatkan langkah membawa perkara ini ke mahkamah? AnWAR masih membisu seribu bahasa! Beliau yang dikenali sebagai 'juara' isu kali ini agak perlahan dalam mengambil kesempatan terhadap isu ini. Di mana juga pandangan parti pimpinan Wan Azizah dalam isu ini? di mana golongan 'ustaz' dalam PKR terhadap isu ini? Badrul Amin tak nak keluarkan 'fatwa' bahawa sesiapa yang membantah keputusan mahkamah itu adalah golongan 'syaitan'?

3. Khabar terbaru mengatakan w/pun AnWAR diam, sms beliau tetap berjalan melalui balaci politik beliau yang kelabu asap! AnWAR menyatakan keputusan hakim Lau Bee Lan adalah perangkap untuk memecahkan pakatan pembangkang. AnWAR juga menasihatkan ustaz-ustaz dalam PAS agar berhati-hati dengan taktik UMNO yang konon kini sangat 'desperate' meraih simpati rakyat. AnWAR menambah ini taktik yang sama diguna oleh Dr. Mahathir (skg Tun) untuk memerangkap PAS dahulu dalam isu negara islam.

4. Kepada yang rasional dan ikhlas terhadap pembangunan islam di Malaysia, sms AnWAR tidak menjadi 'kudis' pun. Ramai yang dapat menjangka mengapa AnWAR begitu risau sekiranya PAS berpandangan yang sama dengan UMNO dalam isu ini. AnWAR cuba menjadi 'duri dalam daging' berkaitan isu ini. Di hadapan masyarakat Kristian (termasuk ketika pertemuan dengan Pengerusi Majlis Gereja), beliau menyatakan sokongan terhadap pengunaan kalimah Allah oleh Kristiani. Di hadapan umat islam, beliau membantah penggunaan tersebut selain cuba memutarbelit fakta.

5. AnWAR kini dilihat masuk perangkap yang dipasangnya sendiri. Tujuan awal beliau menyokong golongan ini adalah untuk meraih sokongan. Apabila disanggah oleh beberapa penyokongnya ketika itu, jawapan 'standard' beliau, "tak pa, kita selesaikan nanti bila i jadi PM (merujuk tarikh 16 Sept lalu)". Komen sorang sahabat AnWAR yang telah 'mufaraqah' dirinya dari AnWAR, AnWAR terlalu taksub untuk berkuasa, maka itu beliau 'termakan' kata-kata Maciavelli "Tujuan menghalalkan cara" dan Gobbel " Pembohongan yang diulang-ulang, akan menjadi kebenaran".

Anehnya, ini modal AnWAR menyerang Dr. Mahathir dulu dan kini mula terpalit ke dirinya kembali. Hujah AnWAR yang berkoyan-koyan menghalalkan penggunaan kalimah Allah ada asasnya serta boleh diperdebat. Namun dalam konteks Malaysia, ianya mudah. Penggunaan itu dibantah kerana tidak mahu umat islam keliru dengan penggunaan Allah oleh dua agama yang berbeda. Apakah AnWAR juga mahu megelirukan umat islam dalam hal ini...........

Sekian