Tuesday, February 8, 2011

AnWAR MMG PANDAI DAN SUKA MENYANYI

DARI KIRI: KHALID JAAFAR, FAIZ ABDULLAH DAN AASIL KAZI AHMAD


1. Heboh AnWAR menyumbangkan suara dalam album tajaan Ahli Parlimen Kelana Jaya (laporan mstar/hiburan). Siap berduet dengan Elizabeth Wong lagi! Ini bukanlah senario luar biasa bagi Ketua Pembangkang itu. Azizah tahu AnWAR gemar berduet dengan Shamsidar menyampaikan lagu Endless Love, setiap kali meraikan harijadi AnWAR.

2. Di rumah AnWAR juga dalam program-program tertentu, mereka akan berduet. Setiap kali berduet, muka Azizah akan mencuka.Menurut sumber, AnWAR ada 'think-tank' yang yang dikenali sebagai "Guitar Group". Antara ahlinya ialah Faiz Abdullah (gambar), seorang peguam dan bekas proksi AnWAR di NST.

3. Yang lain ialah Rahman Adnan, bekas Pengarah IKD, juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik di Parlimen Malaysia (tidak pasti masih ada atau tidak) dan beberapa lagi teman rapat mereka di IKD seperti Abu Bakar Hashim (ex NST). Bila AnWAR memanggil kumpulan ini ke rumah, maknanya beliau mahu relaks dan bersantai.

4. AnWAR akan bernyanyi sambil Faiz bermain piano dan Rahman Adnan/Bakar akan memetik gitar. Mereka bernyanyi riang sambil bertepuk tangan. Tanpa segan silu, AnWAR akan menjemput Shamsidar menyanyi bersama beliau. Azizah mencuka, manakala Azmin diam sahaja melihat isterinya menjiwai lagu-lagu bersama AnWAR!

5. Antara lagu kegemaran AnWAR ialah It's Now or Never (Elvis Presley) dan Beautiful Maria of My Soul dendangan Los Lobos. Endless love (spt yg dikatakan tadi) adalah lagu 'istimewa' duet AnWAR dan Shamsidar. Hanya mereka sahaja yang menyanyi dengan penuh minat dan teruja. Tetamu lain hanyalah anak-anak AnWAR dan 'senior staff' AnWAR.

6. Ini adalah penceritaan dari mereka yang rapat dengan AnWAR. Banyak yang terkejut mengetahui 'perangai' seorang bekas Presiden ABIM yang begini. Dalam video-video yang kita lihat dlm khazanah, lagak nyanyian dan tarian AnWAR tidak canggung langsung. Langkah tarian diatur amat bersahaja dan penuh pengalaman.

7. Jangan terkejut jika AnWAR kata beliau kekok menyanyi dan menari. Itu hanya putar alam beliau menunjukkan kepada PAS dan ulama' beliau dipaksa melakukan perkara-perkara demikian, walhal beliau gemar dan rela melakukannya. Jangan tertipu apabila buka mulut menyatakan beliau sungguh kekok untuk menyanyi....

Jika ada sebarang keraguan, bolehlah dirujuk tentang kepandaian AnWAR ini kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.......

Sekian..

Tuesday, February 1, 2011

AnWAR TERUS MERANGKA STRATEGI

1. Tahniah buat semua jentera BN di Tenang. Kemenangan dengan majoriti 3707 adalah jumlah yang baik. Pertambahan undi Melayu dan India juga menunjukkan tanda positif. Indikasi kemenangan BN di 2 peti undi mjoriti Cina menunjukkan ada perubahan dari pengundi Cina yang dikatakan cenderung kepada pembangkang.

2. Namun AWAS! Jentera BN usah leka dengan kemenangan ini. Jumlah undi 2992 yang diperolehi PAS, separuhnya disumbang oleh pengundi Cina. Suka kita mengingatkan semasa PRK Ijok April 2007, TS Khalid Ibrahim tewas ketika itu dengan majoriti 1850, namun memenangi kembali kerusi tersebut pada PRU Mac 2008 dengan cukup selesa!

3. Ketika PRU Ijok 2007, tidak ada impak besar jika PKR menang kerusi tersebut. Pemerintahan negeri tetap tidak berubah. Dalam masa kurang setahun 'mereka' merangka strategi dan menumbangkan kerajaan BN Selangor pada Mac 2008. Kini dengan mood PRU 13 semakin panas, tidak mustahil startegi sama bakal berlaku.

4. 'Mereka' mengumpan BN dengan kemenangan selesa di Tenang, dan mungkin juga di Merlimau nanti. Dalam pada itu, sasaran utama 'mereka' adalah PRU 13 nanti. 'Mereka' sedar selepas PRU 12 dahulu, BN bekerja kuat untuk untuk mengembalikan sokongan rakyat dan usaha itu kini mula menampakkan hasil.

5. 'Mereka' tidak suka senario ini, maka dilalaikan BN dengan kemenangan berterusan dalam PRK. Fokus taktikal mereka adalah menumbangkan BN dalam PRU 13. BN jangan sesekali leka dengan kemenangan berterusan ini, sebaliknya kemenangan ini harus dijadikan penyuntik semangat mempertahankan kuasa nanti.

Sementara kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera BN di Tenang, kita juga menyeru jentera BN siap-siaga untuk merampas kembali apa yang telah kita hilang dalam PRU 12 lalu. Ingatlah! Pelanduk sering melupakan jerat tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk!

Sekian...