Wednesday, May 25, 2011

AnWAR 'DITAMPAR' PAS.

1. Tuan Ibrahim Tuan Man telah umumkan hasratnya secara rasmi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS di Muktamar PAS akan datang. Ini secara tak langsung menjadikan Mat Sabu semakin tidak relevan dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden. W/pun ada yang beranggapan undi kumpulan ulama' akan berpecah, situasi ini tetap tidak memberi kelebihan kepada Mat Sabu!

2. Penyertaan Tuan Ibrahim adalah bagi mengecilkan ruang kumpulan Anwarinas yang bercita-cita menguasai PAS. W/pun Mat Sabu tidak cenderung kepada AnWAR, kemenangan Mat Sabu boleh membuka ruang kepada AnWAR dan gengnya. Mat Sabu seorang 'ayam sabung' PAS, bukanlah seorang yang ada kredibiliti bagi jawatan Timbalan Presiden. Tidak dinafikan Mat Sabu seorang yang popular, dan kesempatan ini akan digunakan oleh AnWAR.

3. Husam yang punya cita-cita tinggi telah diduga akan bertanding jawatan Naib Presiden. Untuk jangkamasa panjang, Husam akan dipastikan menang Naib Presiden sebagai persiapan 'melanggar' Mat Sabu yang disokong oleh Husam, AnWAR dan DAP untuk menjadi Timbalan. Bagi AnWAR, Husam dan DAP, lebih mudah mereka untuk berlawan dengan Mat Sabu kerana mereka tahu setakat mana kemampuan Mat Sabu.

4. Kelompok yang sayangkan PAS sedar akan situasi ini. Penyertaan Tuan Ibrahim adalah langkah 'sabotaj' terhadap usaha golongan Anwarinas dan DAP bagi menguasai PAS. Golongan yang sayangkan PAS juga terpaksa membuat pengorbanan, samada Ustaz Nasharudin atau Tuan Ibrahim. Namun ia jauh lebih baik dari membiarkan Mat Sabu menang dan membiarkan Anwarinas dan DAP menguasai PAS.

5. Nasharudin disokong oleh Hadi Awang dan Mustafa Ali tetapi tidak disukai oleh Nik Aziz. Mat Sabu popular di kalangan ahli PAS, disokong oleh kelompok Anwarinas yang diketuai Husam, namun dilihat rapat dengan DAP terutama Lim Guan Eng. Tuan Ibrahim ditawarkan sebagai calon alternatif yang tidak cenderung dengan kelompok perpaduan dan juga DAP serta tiada bantahan dari Nik Aziz.

6. Memang PAS semakin 'rosak' akibat berkawan dengan AnWAR dan DAP. Adalah malang bagi PAS jika terpaksa mengorbankan Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dilihat mewakili ulama' kontemporari semata-mata bagi menyekat kemaraan 'AnWAR and the gang'. Tuan Ibrahim adalah 'kambing hitam' yang dikompromi bagi memuaskan AnWAR, PKR dan DAP, sedangkan beliau sendiri tidak sepenuh hati untuk bertanding.

Saya tidak terkejut sekiranya selepas ini AnWAR dan DAP mengubah haluannya kepada Tuan Ibrahim setelah Mat Sabu tidak lagi relevan dalan persaingan. Saya simpulkan bidak yang dicatur AnWAR dan DAP seperti berikut:

i) Pilihan pertama adalah agar Mat Sabu dan Husam menang jawatan masng-masing w/pun kini dilihat sukar. Dalam masa sepenggal, Husam akan 'melanggar' Mat Sabu kerana Mat Sabu telah membuka jalan golongan bukan ulama' menjadi timbalan presiden PAS.

ii) Pilihan kedua, Tuan Ibrahim dan Husam menang jawatan masing-masing. Tuan Ibrahim akan dilihat membawa PAS kukuh dengan pakatan, namun imej ulama' ortodoks membataskan peranan beliau. Husam akan mengintai peluang bila masa sesuai untuk 'melanggar' Tuan Ibrahim.

iii) Jika Ustaz Nasharudin menang, ianya tidak disukai oleh AnWAR dan DAP. Nik Aziz akan terus digunakan untuk menekan Nasharudin. Jika Husam menang Naib presiden, Husam akan tampil aktif mewakili suara Anwarinas menghentam Nasharudin. (skg Husam hanya berjawatan AJK Pusat dilantik setelah tewas dahulu)

Pilihan pertama yang palin disukai AnWAR dan DAP dan kedua sebagai alternatif jika mereke merasakan Mat Sabu tidak boleh lagi bersaing jawatan nombor dua. Apapun yang pasti, pertandingan PAS bakal menyaksikan "yg kalah jadi abu, yg menang jadi arang" biarpun mereka bakal mendakwa ini proses demokrasi. Yang tetap tersenyum adalah AnWAR dan DAP menyaksikan PAS semakin lemah untuk terus tunduk serta beresedia 'ditunggangi' mereka....

Sekian

Tuesday, May 24, 2011

AnWAR, LIM GUAN ENG SOKONG MAT SABU?

1. Dilaporkan semalam pimpinan pakatan kerajaan negeri Selangor hadir ke tapak insiden runtuhan tanah di rumah anak-anak yatim At Taqwa. Yang utama adalah kehadiran Mat Sabu bagi mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke majlis tersebut. AnWAR juga dilaporkan turut hadir sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

2. Persoalannya, kenapa Mat Sabu yang mewakili Lim Guan Eng? Apakah kehadiran AnWAR yang turut hadir dipandang hina oleh Guan Eng dan hanya menghantar Mat Sabu sebagai wakil beliau dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Jawapannya tidak! Jelas AnWAR dan Guan Eng berpakat menonjolkan Mat Sabu dalam program yang mengundang perhatian ini.

3. Ini salah satu strategi mereka mahu menonjolkan Mat Sabu yang bakal bertanding Timbalan Presiden PAS di Muktamar PAS Jun nanti. Di majlis penyampaian bantuan itu, bergegarlah ucapan Mat Sabu mempromosi dirinya secara tidak langsung. MAt Sabu memberi kredit kepada penyokong PAS yang prihatin dgn insiden tersebut.

4. Ucapan Mat Sabu besar impaknya kepada penyokong dan perwakilan PAS yang hadir. Pujian kononnya ahli pakatan khususnya PAS yang banyak membantu pastinya membuatkan punggung penyokong PAS terangkat dan menghargai Mat Sabu. Ahli PAS yang selama ini mendokong pakatan juga dihargai MAT Sabu dalam ucapannya.

5. Ini adalah strategi halus AnWAR dan Guan Eng mencampuri urusan pemilihan PAS. Jika mereka telus tiada agenda, sepatutnya YB Salleh Man (ADUN Ptg. Pasir-PAS) yang patut diberi amanah mewakili Guan Eng ke majlis tersebut, tambahan pula YB Salleh adalah Pesuruhjaya PAS P. Pinang serta tidak akan bertanding jawatan tertinggi nanti.

Gerakan untuk menafikan kemenangan penyandang Timbalan Presiden PAS sekarang semakin giat dijalankan oleh AnWAR, Lim Guan Eng serta ahli-ahli PAS yang selama ini berpihak kepada AnWAR dan DAP. Apa AnWAR dan Guan Eng peduli soal perpaduan dalam PAS? Yang penting ialah kepuasan nafsu sendiri bagi mengunakan PAS memecah belahkan perpaduan melayu-islam di Malaysia ini.....

Sekian.

Tuesday, May 10, 2011

SYABAS UTUSAN! AGENDA ISLAM-MELAYU MALAYSIA SENTIASA DIDOKONG!


SYABAS PEMBELA! KESUCIAN ISLAM TERUS DIPERTAHANKAN!


1. KAMI MENGGESA KDN SEGERA MENGUMUMKAN PERKEMBANGAN SIASATAN ISU DAP MENGGUNAKAN PERJUMPAAN PADERI-PADERI UTK MENOBATKAN AGAMA KRISTIAN SBG. AGAMA RASMI PERSEKUTUAN SERTA MENOBATKAN PERDANA MENTERI DARI KALANGAN YANG BERAGAMA KRISTIAN.

2. APAKAH BENAR JEFF OOI BERAGAMA BUDDHA SEPERTI YANG DIDAKWA BELIAU? APAKAH AGAMA JEFF OOI INI HANYA ATAS I/C DAN TELAH LAMA DITINGGALKAN BELIAU? KENAPA JEFF OOI SERING MENGHADIRI PROGRAM-PROGRAM DI GEREJA-GEREJA DI DALAM DAN LUAR NEGARA, TERMASUK SINGAPURA?

3. KELEWATAN KDN BERTINDAK HANYA MENGHAKIS NILAI MURNI AGAMA ISLAM YANG SELAMA INI TELAH BERTOLAK ANSUR DEMI KEUTUHAN PERPADUAN NEGARA! LIM GUAN ENG TIDAK PAYAH BERCAKAP MENGENAI 1MALAYSIA BAGI MELINDUNGI NIAT JAHAT BELIAU MENGHURU-HARAKAN NEGARA.

Sekian...