Thursday, July 28, 2011

PENGGANTI AnWAR SUDAH DITEMUI?

SEKADAR GAMBAR HIASAN.


1. Tiada angin masakan pokok bergoyang! Tak tumbuh tak melata, tak tumbuh orang tak kata! Begitulah umpamanya berita yang diterima ini. Pakatan pembangkang sudah menemui calon yang sesuai untuk menggantikan tempat AnWAR sebagai Ketua Pembangkang. AnWAR dijangka berhijrah ke Sungai Buloh dalam masa terdekat.

2. Ironisnya, pengganti AnWAR ini juga dikatakan berasal dari UMNO, serta dijanjikan jawatan PM sekiranya pakatan pembangkang menang dlm p/raya akan datang. Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa mesti datang dari kalangan ahli UMNO? Apakah pemimpin pakatan sedia ada ini tidak berkualiti serta tidak mampu memimpin mereka?

3. Apakah ini satu lagi manipulasi perasaan seorang manusia yang kecewa lalu diambil kesempatan oleh mereka yang sentiasa mahu memanipulasikan manusia lain? Pelbagai jawatan dijanjikan hanya untuk memancing orang yang telah kecewa. 'Penghijrahan' pemimpin UMNO ini jika benar, nyata akan mensucikan dirinya di mata penyokong pakatan pembangkang!

4. Khabarnya beberapa siri pertemuan dan rundingan telah diadakan dan banyak lagi siri bakal menyusul. Pemimpin yang dikatakan itu telahpun mula 'geli' pabila dijanjikan jawatan PM, sesuatu yang diidamkan beliau sekian lama. Beliau juga dikhabarkan mahu 'buy time' agar penghijrahan beliau itu konon tidak mengalami kejutan.

5. Ini taktik biasa seorang yang tidak lagi berada di puncak prestasi tapi mahu menyimpan cita-cita besar! Konon sekarang mengkritik parti sendiri atas nama demokrasi tetapi realitinya itu langkah membuka gelanggang memancing pihak lawan. Konon mahu membuka sebuah NGO bagi bersuara, namun ia umpama duri dalam daging yang membusuk dalam parti sendiri!

6. Kita nantikan episod 'wayang' seterusnya dari pemimpin yang dimaksudkan itu. Beliau kini galak akibat nyanyian merdu sang lawan yang mempersonakan. Apakah dengan 'penghijrahan' pemimpin itu nanti, pembangkang mewajarkan kerusi yang dipegang sekarang tidak perlu dilepaskan. berbeza sekali dengan sikap mrk terhadap Zaharain Hashim, Zul Nordin dll.

Kita menantikan apakah pemimpin ini begitu 'jantan' mengumumkan penghijrahannya dalam masa terdekat. Apapun nampaknya pembangkang semakin menerima hakikat AnWAR telah menjadi liabiliti kepada pembangkang di saat ini.......

Sekian.

Monday, July 11, 2011

KUNG FU PANDA VS AnWAR


1. Tatkala KL dilanda musibah akibat sikap pengotor politik yang mendakwa diri mereka BERSIH 2.0, saya meluangkan masa menonton Kung Panda 1 & 2 bagi mengisi masa terluang. Tontonan adalah kali yang keenam kali bersama keluarga. Nyata sifat amarah dan dendam hanya membinasakan diri sendiri lantaran beban yang tidak tertanggung.

2. Tiba-tiba fikiran saya terlintas kepada manusia yang 'anunyadigerah'. Selalunya beliau sering berfalsafah dari cerita-cerita ringan sebegini, konon mahu dilihat merakyat dan tunduk ke bumi. Kali ini beliau terlepas pandang barangkali, mungkin kusut dengan kes liwatnya atau cuba mengingat di mana jam tangan OMEGA diletakkan,..

3. Dalam Kung Fu Panda 2, Shen si burung merak begitu bongkak dengan kekuatan senjata yang bisa membunuh. Dendamnya kepada Panda tidak pernah padam dan kesumat sekali. Dibabak terakhir, setelah Paul menguasai 'inner peace' dan cubaan membunuh panda sering gagal, Shen bertanya kepada si panda Paul....

4. "Bagaimana anda melakukan itu, sedangkan aku telah membunuh ibubapamu (dan mengganggu ketenanganmu". Jawab si panda Paul, parutku telah pulih (aku telah membuang segala kepahitan itu). Shen menempelak tidak bersetuju dan mengatakan hanya luka yang boleh sembuh namun tetap meninggalkan parut (ingatan).

5. Paul menjawab ianya tergantung pada diri sendiri dan lebih baik berfikir utk masa depan yang lebih baik, namun Shen tidak mahu menerima hakikat lalu terus menyerang Paul dan akhirnya tewas akibat dengan nafsu amarahnya sendiri. Wajar sekali AnWAR melupakan parut yang melukai dirinya dan segera berubat merawat hatinya yang KOTOR itu!

6. Selain dari perilaku beliau yang songsang, AnWAR terbukti seorang pendendam w/pun mulutnya sering berkata sebaliknya. Kegagalan menghilangkan parut kelukaan itu yang menyebabkan beliau dihantui amarah luarbiasa hingga sering hilang pertimbangan. Dengan parut itu juga beliau khianat bagi melunaskan nafsu amarahnya.

7. AnWAR tidak punya 'inner peace' kedamaian dalaman yang boleh membentuk jiwa tawadhu'. Melihat wajahnya kini saja telah boleh dibuat andaian bahawa beliau sebenarnya tidak tenang. Wajahnya berkerut, kusut serta dihantui nafsu amarah dari dalam diri beliau. Cakapnya juga tidak konsisten, sering berbohong untuk menutup pembohongan yang lalu.

8. AnWAR juga wajar menonton Kung Fu Panda 1, apabila Master Shifu menjelaskan kepada Paul kenapa beliau dipilih sebagai wira bagi melindungi China. Master Shifu menjelaskan, "there is no coincidence" yang menjelaskan maksud segalanya telah ditentukan. AnWAR gagal menjadi PM kerana ketentuan perilakunya yang tidak melayakkan beliau menjadi PM.

9. Episod BERSIH Sabtu lalu adalah manifestasi api ammarah AnWAR yang tidak pernah padam. Nawaitu AnWAR hanya satu, mahu menjadi PM bagi memadam segala kes salahlaku seks yang terpalit dengan beliau. Berapa pun harganya akan beliau bayar biarpun terpaksa menggadai diri sendiri serta menjual agama, bangsa dan negara!

Antara api ammarah dan 'inner peace" ini, kedamaian pasti menyamankan jiwa dan akan memadamkan api ammarah, dan nyata Shen yang bergantung kepada kekuatan senjata tidaklah kuat seperti yang dijangka, berbanding Paul yang menerapkan kedamaian dalaman sebagai asas tunjang kekuatan sendiri dengan kawan-kawanya yang lain sbg penyokong kekuatan beliau....

Sekian.