Thursday, December 31, 2009

HIPOKRASI AnWAR YANG TERKINI

1. Saya terpanggil untuk menulis pada hari terakhir tahun 2009 ini, walhal punya rencana bercuti bersama keluarga di pantai timur tanahair. Runtunan hati melonjak-lonjak untuk berkongsi cerita setelah melayari blog AnWAR. Apa yang saya bakal kongsikan ini tiada kena-mengena dengan yang telah wafat namun punya kaitan rapat dengan yang masih hidup iaitu AnWAR!

2. Khabar duka pemergian Gus Dur mengejutkan kita semua. Baik kawan atau lawan politik Nusantara, Gus Dur punya kontroversi tersendiri. AnWAR mendakwa Gus Dur adalah sahabat beliau dan mereka amat rapat. Barang diingat, AnWAR hanya rapat dengan Gus Dur setelah AnWAR dipecat dari kerajaan tahun 1998, w/pun mengenali Gus Dur sekian lama.

3. Semasa AnWAR dalam kerajaan, dari timbalan menteri hinggalah TPM, AnWAR tidak pernah mahu melayan Gus Dur apatah lagi menemuinya dalam lawatan ke Indonesia atau Gus Dur kemari. Gus Dur dianggap pembangkang di zaman Soeharto dan AnWAR tidak mahu menemui Gus Dur kerana itu, w/pun mereka saling mengenali dari dari tahun 1965 semasa program perkaderan muda Nusantara di Jakarta.

4. Program yang diasaskan oleh Pak Natsir, negarawan Indonesia yang kemudiannya mencambahkan NU (Gus Dur), Muhammadiyah (Amien Rais), ICMI (Habibie) dan ABIM di Malaysia. Ikatan persahabatan antara mereka cukup rapat, namun AnWAR hanya selesa berhubungan dengan Habibie (menteri di zaman Pak Harto) dan Amien Rais yang punya karektor politik sepertinya.

5. AnWAR pernah menyatakan bahawa Gus Dur hanyalah seorang kenalan, bukan sahabat rapat. Beberapa orang bekas pegawai AnWAR boleh mengesahkannya. Tanya juga Azmin Ali (ketika menjadi pegawai AnWAR) yang sering mengutus surat maaf kepada pejabat Gus Dur memaklumkan AnWAR teramat sibuk, walhal AnWAR sebenarnya tidak mahu berjumpa Gus Dur kerana beliau memandang rendah keupayaan Gus Dur.

6. Manusia merancang, Allah menentukan! Keadaan serta-merta menjadi terbalik selepas AnWAR dipecat dari kerajaan dan Gus Dur pula menjadi Presiden Indonesia. Ketika itu, AnWAR berulangkali menyatakan "Gus Dur adalah kenalan lama saya dan kami amat rapat sejak dahulu"! AnWAR mencari 'pintu' bagi membolehkannya berdamping dengan Gus Dur.

7. Ini termasuk Azizah yang dihantar AnWAR menemui Amien Rais di Jakarta bagi membuka ruang agar Azizah rapat dengan keluarga/isteri Gus Dur. Atas semangat persahabatan yang luhur, salam AnWAR disambut Gus Dur. Kunjungan ke Munich, beberapa kali ke KL menziarahi AnWAR membuktikan Gus Dur begitu ikhlas. Namun AnWAR, Azmin dan kelompoknya tidak tahu menghargai persahabatan.

8. Sehingga kunjungan Gus Dur ke Kongres PKR yang lalu, AnWAR dan Azmin sering mempersendakan Gus Dur di belakangnya. Gurauan mengenai fizikal Gus Dur, keletahnya sering menjadi modal AnWAR dan Azmin sebagai bahan jenaka. AnWAR juga menggunakan Gus Dur sebagai 'pelaris' dalam kempennya ke seantero dunia. Orang hubungan AnWAR dengan Gus Dur ialah Datuk Ravi Dharan Abdullah, empunya Daya Group yg banyak kepentingan perniaagaan di Indonesia.

Mungkin saja AnWAR benar-benar sedih dengan pemergian Gus Dur, atas pertimbangan apa, hanya Allah dan beliau saja yang tahu. AnWAR berhak meluahkan kesedihan beliau dalam blognya, namun beliau juga perlu jujur dengan menyatakan mengapa beliau tidak memberi penghargaan kepada Gus Dur sebelum Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, walhal mereka telah lama mengenali.

Al Fatihah buat Pak Gus Dur dan takziah kepada keluarga kerana kehilangan orang yang tersayang!

Thursday, December 24, 2009

KOMENTAR MENGENAI YUSUF QARDHAWI

1. Apa yang dijangka telahpun berlaku. AnWAR memanipulasi sepenuhnya kehadiran Tokoh Ma'al Hijrah negara 1431, Dr. Yusuf Qardhawi. GAmbar dan kenyataan Yusuf Qardhawi sedang bertebaran sekarang bagi mengelirukan pemikiran masyarakat tentang kes liwat AnWAR yang bakal dibicarakan Januari depan.

2. Satu perkara yang perlu kita sedar ialah Yusuf Qardhawi menyatakan pendapatnya atas kapasiti seorang rakan kepada AnWAR. Beliau bukan seorang hakim dalam perbicaraan. Pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan AnWAR memanipulasi beliau. Umat islam Malaysia jangan terkeliru dengan mainan 'licik' AnWAR.

3. Islam itu adil. Apabila seseorang dituduh melakukan sesuatu, orang yang kena tuduh boleh membalas tuduhan dengan menyatakan si penuduh membuat tuduhan palsu. Selepas itu bermulalah perbicaraan di mahkamah. DAlam kes ini, Saiful sedia dibicarakan di mana-mana mahkamah sekalipun. AnWAR yang sering mengelak.

4. JAngan terpedaya dengan helah AnWAR yang sering mewar-war bahawa beliau akan dibebaskan dengan segera jika perbicaraan berjalan di mahkamah Syariah. Belum tentu! AnWAR menyatakan demikian kerana mahu memesongkan isu dan perbicaraan di mahkamah syariah tidak berjalan sekarang. Jika ada, pasti dikatakan mahkamah syariah juga tidak adil nanti jika ada bukti-bukti yang boleh mensabitkan beliau.

5. Islam itu juga amat adil. Bukan soal saksi sahaja yang menjadi persoalan pokok di mahkamah syariah. BAgaimana dengan prinsip keadilan, Qarinah dan lain prinsip ketelusan dalam islam. Saya percaya, SAiful juga telus, kerana itu beliau berani menyatakan kebenaran. AnWAR hanya minta 4 orang saksi kerana beliau tahu pendakwa tidak dapat menyediakannya. Prinsip keadilan dalam islam lebih luas dari itu.

6. Yusuf Qardhawi juga tidak mempraktikkan kemahiran undang-undangnya di Malaysia. SAtu ilmu yang wajar beliau pelajari kini adalah pelaksanaan undang-undang dan kehakiman syariah di Malaysia. Jangan fikir dengan status yang beliau ada sekarang, beliau telah mahir segalanya. Saya tidak berniat menghinanya, namun sebagai seorang yang tawadhu' serta cintakan kebenaran, beliau wajar menerimanya sebagai satu teguran yang membina.

7. Jika dalam keadaan sekarang, Yusuf Qardhawi tidak layak pun menjadi peguam AnWAR dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia. Peguam Syar'ie di Mala ysia perlu lesen praktik di sini selain kemahiran undang-undang negara. AnWAR tahu itu, maka itulah beliau memanipulasi pemikiran rakyat dengan menggunakan Yusuf Qardhawi. Tidak semua fatwa Yusuf Qardhawi diterimapakai di negara ini!

Maka itu, sementara kita menghormati ulama' besar seperti Yusuf Qardhawi, kita juga harus mempunyai ilmu di dada agar kita tahu apa yang kita buat dan siapa yang kita sokong. islam sendiri menganjurkan penambahan ilmu. Jangan biar diri kita diperalat untuk manfaat individu dan mencapai kepuasan diri...................

Monday, December 21, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR (2)

1. AnWAR semakin tertekan. Gerakerja beliau kebelakangan ini membuktikannya. Bermula dari arahan ceramah 40 hari oleh AMK, kemunculan semula PI Bala, menumbangkan kerajaan di Parlimen, dan terkini konvensyen PR di Shah Alam. Semuanya mahu memanipulasi pemikiran umum bahawa beliau mahu berkuasa mahu melakukan sesuatu!

2. KAli ini sisa peluru AnWAR adalah menggunakan individu berpengaruh bagi melindungi kelemahan beliau. Beliau kini menggunakan Datuk Nik Aziz melindungi apa saja yang beliau mahu lakukan. Beliau tahu Nik Aziz punya sentimen agama yang mampu mengaburi mata umum. Kerana itu beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Nik Aziz.

3. Beliau tahu tanpa menyatakan apa-apa, bayangan Nik Aziz akan selalu melindungi beliau. Jika timbul sesuatu isu, beliau akan mengadap Nik Aziz di Kelantan. Begitu juga dalam beberapa isu mengenai pakatan pimpinannya, Nik Aziz akan dijadikan perisai melindungi serta menghalalkan tindakan AnWAR. Walhal, AnWAR hanya menggunakan Nik Aziz.

4. DAlam mempertahankan apa yang berlaku sekarang, jelas AnWAR amat mengharap Nik Aziz akan membela beliau dalam isu liwat. W/pun tidak meminta, AnWAR amat mengharapkannya. Namun hingga kini Nik Aziz lebih memberi tumpuan kepada isu pakatan. AnWAR amat mengharapkan Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa AnWAR tidak bersalah dalam hal liwat.

5. Ini sebenarnya tujuan AnWAR, taktik yang beliau guna dahulu dengan menggunakan Datuk Harun Din setelah dituduh meliwat pada 1998. Teman-teman lama dalam PKR mengesahkan taktik AnWAR ini. FAtwa yang dibuat oleh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Taha Jabir kurang diterima pakai di negara ini kerana mereka tidak punya sokongan politik dan golongan akar umbi di Malaysia.

6. Yang diperlukan AnWAR adalah seorang tokoh agama tempatan yang punya pengaruh ke atas masyarakat akar umbi di sini. Maka itu AnWAR harus 'dilihat' rapat dengan mereka. Golongan agama yang neutral dilihat AnWAR kurang memberi impak. Tok-tok Guru pondok hanya berpengaruh terhadap pelajar mereka dan kurang dikenali. W/pun imej Nik Aziz telah tercalar kebelakangan ini, AnWAR melihat Nik Aziz masih mampu mempertahankannya secara tidak langsung.

7. Cuma sekarang AnWAR amat-amat berharap Nik Aziz akan bersuara mengenai kes liwatnya bagi membuat persepsi AnWAR tidak bersalah. Maka itu beliau bersungguh-sungguh cuba menawan hati Nik Aziz. Nik Aziz juga bijak mengambil kesempatan dari sokongan AnWAR! Hingga kini beliau masih belum mahu membicarakan soal liwat AnWAR atau mungkin tidak mahu membicarakannya langsung!

Adat dunia memang begitu. Jika kita sering menanggap diri kita yang paling bijak, maka akan ada orang lain yang lebih bijak dari kita......................

Sekian.

Friday, December 11, 2009

SANTAI HUJUNG MINGGU

Sebuah hikayat dongeng menceritakan perihal ketua dan pembantunya yang tidak diketahui siapa ketua dan siapa pembantunya, biarpun hirarki dalam pemerintahan amat jelas kedudukannya. Al Kisah, pada suatu musim yang berkaitan, si pembantu kepada ketua berhasrat berkunjung ke luar negara bagi satu tempoh yang tidak lama..........

Dihadapan rakyat jelata yang setia menyokongnya, si pembantu mengemukakan permohonan kepada si ketua bagi menyempurnakan tujuannya dan dibenarkan oleh sang ketua dengan hati yang berat. Bukannya apa, sang ketua ini jarang berpisah dengan pembantunya yang amat setia serta mengetahui rahsianya luar dan dalam!

Selepas pembantunya berangkat, rakyat jelata semakin menyedari sang ketua sering memakai baju dan seluar berjenama BOSS. Setelah seminggu di luar negara, si pembantu menalipon teman-temannya di sini dan dia dimaklumkan akan perubahan yang melanda ketuanya itu.....Si pembantu agak marah pabila dimaklumkan perubahan ketuanya itu!

Setelah menyelesaikan urusannya di luar negara, si pembantu ini pulang kembali ke tanahair. Para penyokong yang menyambut kepulangannya amat terperanjat dengan perilaku si pembantu ketua mereka. Si pembantu ini memakai pakaian berjenama BOSSINI semasa pulang dan kekal dengan jenama tersebut w/pun telah lama pulang! Sang ketua pula tidak lagi memakai jenama BOSS setelah si pembantu pulang...............

Bingunglah penyokong memikirkan siapa sebenarnya ketua mereka.........

Sekian.

p/s: saya akan kembali menyambung artikel sisa-sisa 'peluru' AnWAR minggu hadapan. Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut pelbagai undangan SAbtu dan Ahad ini.

Tuesday, December 8, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR

1. AnWAR sekarang sudah boleh menghitung hari sebagai orang yang bebas di bumi Malaysia. Beliau sudah mula menghantar 'signal' kepada rakan-rakan luarnya bahawa beliau bakal dikenakan tindakan atas sikap dendam pemimpin negara terhadapnya yang tidak kunjung padam...kononnya la!!

2. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan orang lain. AnWAR wajar menyalahkan dirinya sendiri atas segala apa yang berlaku. Namun seperti biasa, AnWAR tetap mahu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku bagi menutup sebarang keburukan dan kesalahan yang telah dilakukannya.

3. Saya akan cuba mengulas beberapa 'talian hayat' yang akan digunakan AnWAR bagi menghidupkan sisa-sisa peluang memanjangkan 'talian hayatnya'. Yang terkini AnWAR bakal menggunakan konvensyen Pakatan pimpinannya untuk menyatukan ahli gabungan agar menyokongnya.

4. Isu yang bakal digunakan sebagai 'penyatu' adalah tuntutan royalti minyak oleh Kelantan. AnWAR melihat isu ini menguatkan sokongan PAS kepadanya kerana tidak kira ulama' atau erdogan, PAS bersatu dalam hal ini. Tindakan PAS mendodoikan isu ini sebagai penindasan dan kezaliman juga berkait rapat dengannya.

5. AnWAR langsung saja akan mengaitkan dirinya juga sedang difitnah dan dizalimi oleh pemerintah yang kejam. Sentimen ini akan mengundang simpati dari rakyat yang dikelirukan oleh manipulasi minda AnWAR. Beliau tidak putus-putus menggambarkan kerajaan pusat sebagai kejam.

6. Penglibatan Tengku Razaleigh juga adalah bonus buat AnWAR. Soal Ku Li akan menyertai kaukus itu nanti atau tidak, tidak penting buat AnWAR. Yang penting buat AnWAR, Ku Li telah bercakap nada yang sama dengannya. AnWAR juga akan berkata UMNO/BN sendiri juga sanggup menganiayai Ku Li, ahli mereka sendiri.

7. Isu royalti ini juga bakal memancing minat Sabah dan Sarawak untuk turut serta. AnWAR tahu dari segi undang-undang perlembagaan, mustahil bagi Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk memenangi kes ini. Namun yang penting baginya adalah PERSEPSI bahawa kerajaan pusat itu zalim!

Ini antara sisa-sisa peluru yang akan AnWAR gunakan menyerang kerajaan pusat. Ditambah dengan kepakaran AnWAR menambah pelbagai perasa dalam serangannya (w/pun sering menggunakan bahan yang sudah basi), isu ini bakal menyatukan pakatan dan menarik minat rakyat yang akan terpesona dengan 'ayat-ayat cinta' AnWAR.......

Persoalan yang timbul sekarang, di pihak kerajaan pusat, apa yang mereka buat untuk menangkis dakyah-dakyah AnWAR ini. UMNO, BN sepatutnya sudah kehadapan dalam menjangkakan isu yang bakal dibawa AnWAR! Namun sebaliknya berlaku, kerajaan nampaknya sedang terperangkap dalam beberapa isu kebelakangan ini.......Benarlah kata negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir, "Melayu memang mudah lupa"...........

Sunday, December 6, 2009

KENAPA AnWAR CACI PM AUSTRALIA.

1. Perkembangan terkini sosio-politik tidak memihak kepada AnWAR. Bermula cercaan penyambung lidah Yahudi - Far Eastern Economic Review yang melabelkan AnWAR sebagai 'chameleon', lawatan ke Amerika Syarikat yang dikira gagal, perkembangan politik tanahair yang begitu kucar-kacir bagi pakatan pimpinannya. Paling terkini, penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuik menggugurkan kes liwat dan lawatannya ke Australia yang juga dikira gagal mencapai misinya.

2. Di Australia, AnWAR ditemani Dr. Rahim Ghouse, sang arab celup yang bermastautin di sana. Mengetuai sebuah koperasi 'islam' di Melbourne, Dr. Rahim Ghouse banyak mengatur program-program menaikkan nama AnWAR di sana. Seperti di Amerika Syarikat, AnWAR banyak menyalurkan wang kepada kumpulan pelobi-pelobi bagi menaikkan namanyha di Australia. Dari zaman Gareth Evan menjadi Menteri Luar Australia sehinggalah kepada Alexander Downer di zaman John Howard PM Australia, AnWAR begitu mahsyur di sana.

3. Anaknya Ehsan pernah bersekolah disana dibawah kelolaan Sheikh Umar Hallak, dengan urusan yang cukup mudah. Imigresen Australia begitu bertolak ansur dengan proses kemasukan Ehsan dan toleran dengan Sheikh Umar Hallak yang menguruskan sebuah sekolah di sana (Australia dikenali sebagai negara yang beitu tegas dlm undang-undang Imigresen serta tidak 'muslim friendly'). Rangkaian Gareth Evan dan Alex Downer yang mengatur serta memudahkan segala urusan AnWAR di sana.

4. Tentunya rangkaian ini berkait rapat dengan Gerakan Muslim Liberal serta agenda tersembunyi yang didokong oleh Amerika Syarikat. Ketika itu John Howard adalah sekutu rapat Amerika Syarikat yang diketuai oleh George Bush Jr. yang banyak melanyak islam secara terang-terang. Alex Downer (bekas Menteri Luar Australia) pula adalah keturunan Yahudi yang masih punya keluarga di negara haram Israel. Beliau banyak menyusahkan umat islam di Australia tetapi begitu baik dengan AnWAR.

5. Zaman berubah, w/pun Amerika tetap Amerika dan Australia tetap Australia, namun kepercayaan mereka kepada AnWAR kian pudar. Di Australia, AnWAR sudah hilang tempat bergantung. Pengaruh Gareth Evan dan Alex Downer kepada PM baru Australia adalah 'zero'. Percubaan AnWAR sedikit berjaya apabila Menteri Luar Australia yang baru, Stephan Smith 'memberi muka' kepada Gareth Evan (bekas Menteri Luar Australia) yang memohon beliau menemui AnWAR. Namun PM Kevin Rudd tetap tidak 'beri muka' kepada AnWAR.

6. Bila tidak dapat bertemu, maka dicacilah PM Australia itu. Sebenarnya AnWAR bukan sahaja tidak dapat menemui PM Australia, PM Singapura dan Presiden Indonesia juga tidak dapat ditemui AnWAR! Kenapa AnWAR tidak mengherdik mereka? Ini helah politik AnWAR mengaburi minda penyokongnya. PM Singapura tidak diherdik kerana menjaga sensitiviti masyarakat Cina yang menyanjung Singapura. Presiden Indonesia tidak diherdik bagi menjaga hati rakan-rakan Indonesia yang banyak membantunya selama ini.

7. Di Thailand, AnWAR berjaya menemui Presiden Abhisit Vejajiva atas permintaan Gabenor Bangkok dari Parti Demokrat, Putera Sukhumvand yang punya pertalian rapat dengan Raja Bhumiphol. Mungkin sebagai PM baru, Abhisit harus mencari jalan berbaik dengan raja mereka. Di Australia, tiada apa-apa kepentingan PM Kevin Rudd mahu menemui AnWAR. AnWAR ke sana pun tidak mewakili negara atau Parlimen Malaysia. Beliau ke sana mewakili dirinya bagi program yang tidak diiktiraf kerajaan Australia pun.........

Nilailah sendiri hipokrasi AnWAR ini. Semasa di Manila, Wan Azizah sudi diterima Joseph Estrada dalam lwatan peribadinya, AnWAR menyatakan Estrada sahabat sejati dan menjunjung demokrasi. Duta Malaysia ketika itu DAtuk Arshad Hussein membantah bagi pihak kerajaan Malaysia. AnWAR menyatakan Malaysia mencampuri hal ehwal dalaman Filipina! Ketika Madeline Albright sudi menemui Wan Azizah semasa persidangan APEC di KL, KL membantah secara rasmi namun tidak dihirau Albright. AnWAR mengatakan KL tidak tahu menghormati tetamu.......

Kini AnWAR mencerca PM Kevin RUdd di bumi Australia! Tidakkah ini telah mencampuri urusan dalaman negara Australia. Tidakkah AnWAR begitu biadab sehingga tidak tahu menghormati tuan rumah? Nilaikanlah sendiri.................

Tuesday, December 1, 2009

SERAMPANG DUA MATA AnWAR, AZMIN & DAP

1. ADUN golongan muda yang mendesak Selangor menghentikan program BTN pasti tersenyum sekarang. Manakan tidak, tuntutan yang dilontar disambut pelbagai pihak samada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Kerajaan negeri segera menyambut dengan pengumuman larangan agensi kerajaan negeri terlibat dengan program BTN. Manakala kerajaan pusat pula terlalu 'apologetic', mahu segera merubah kurikulum program!

2. Sumber dalaman yang rapat dengan ADUN tersebut memberitahu, ADUN tersebut telah 'lulus ujian' dengan isu ini. Sekian lama ADUN tersebut berdamping dengan Azmin, baru kini 3A membuka mata terhadapnya. Dengan arahan Azmin (tentunya restu dari AnWAR), ADUN tersebut telah menyerang BTN dengan serampang dua mata. Mahu memalukan TS Khalid Ibrahim dan Datuk Dr. Hassan Ali serta mahu mencari populariti bagi dirinya.

3. Mereka sedia maklum Khalid Ibrahim dan Hassan Ali terlibat secara aktif dengan program BTN sebelum ini. Maka ini ruangan yang baik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan Azmin di Selangor. Khalid dan Hassan Ali perlu dimalukan terus-terusan bagi menghancurkan karektor mereka serta menghilangkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Tentunya DAP yang menjalankan jarum sekian lama!

4. AnWAR, Azmin, Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar telah bekerjasama lama mengkaji dari sudut manakah yang terbaik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan mereka. Khalid Ibrahim w/pun begitu bertolak ansur dengan DAP, tetapi tidak pernah 'memberi muka' kepada Azmin. Manakala Hassan Ali tidak bertolak ansur langsung dengan Azmin dan DAP. Maka itu mereka perlu diserang dalam dalam pakatan pembangkang sendiri.

5. DAP menggunakan AnWAR dan Azmin bagi melenyapkan pengaruh Hassan Ali, manakala Azmin atas arahan AnWAR menggunakan ADUN muda tersebut bagi menghancurkan imej Khalid Ibrahim. AnWAR pasti berdendam dengan Khalid kerana menawarkan beliau gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor. Biarpun bersilat menjawab soal RM1, umum tahu Khalid sengaja mahu memalukan AnWAR dengan tawaran itu. Azmin juga secara terbuka memberitahu penyokongnya, TS Khalid begitu biadab bila mengumumkan tawaran tanpa berbincang dengan AnWAR sendiri!

6. ADUN muda ini tentunya mahu berada dalam lingkungan AnWAR dan Azmin bagi meningkat naik dalam PKR. Dikhabarkan dalam pemilihan PKR selepas ini, beliau ditawarkan bersama 'kapal AnWAR dan Azmin' dengan jawatan nombor dua dalam Angkatan Muda setelah lulus dengan cemerlang melontarkan isu ini. Bonus pula apabila kerajaan pusat memberi maklumbalas akan mengkaji semula kurikulum BTN. Tambah popularlah ADUN tersebut di kalangan penyokongnya.

Inilah yang tersirat di sebalik isu BTN oleh pakatan pembangkang di Selangor. Pulau Pinang yang tidak tahu apa-apa mahu segera mengikut. TKM 1 digunakan untuk menghentam BTN sedangkan beliau juga pernah terlibat dalam program-program BTN. KM P.Pinang hanya tersenyum memerhatikan betapa 'bebal' seorang Melayu menghentam program yang beliau sendiri pernah terlibat.

Namun seperti biasa, AnWAR akan tetap menyalahkan kerajaan pusat nanti, walhal dia sendiri yang mencetuskan keadaan ini. Kerajaan pusat juga tidak perlu 'apologetic' dalam menangani isu ini. Jangan terlalu memberi ruang kepada AnWAR dengan memberi maklumbalas setiap apa yang AnWAR lontarkan. Teruskan dasar yang selama ini terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan jangan terlalu melayan AnWAR kerana manusia ini mempunyai nafsu yang terlampau serta tidak pernah puas dengan apa yang telah diberikan............

Sekian.