Monday, March 28, 2011

AnWAR, RAHIM TC DAN SINDROM PENAFIAN.

GAMBAR ADEGAN SEKS PENGERUSI BIRO AGAMA GOLKAR YG TELAH LETAK JAWATAN.


1. Isu video seks yang didakwa melibatkan AnWAR tetap panas. Beberapa cerita baru timbul ekoran kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR pemimpin PKR mahupun dari TS Rahim (RTC) sendiri. Begitu banyak dakwaan baru yang dibuat, begitu juga banyaknya penafian dari pihak yang dituju dalam isu ini.

2. Teringat teman penulis yang sering bercerita tentang perompak menuduh pencuri mengambil barang tanpa izin! Memang kredibiliti perompak yang menuduh itu dipertikaikan, namun tidak mustahil samasekali pencuri tersebut memang ada melakukannya. Biarpun perompak yang menuduh, pencuri itu harus disiasat dan diadili.

3. Perompak juga perlu diadili jika membuat fitnah. Maka itu fokus sekarang ialah siasatan perlu lakukan, bukan berkata ia fitnah sebelum siasatan dilakukan. Pencuri tidak perlu takut atas dakwaan perompak jika beliau tidak mencuri barangan tersebut. Inilah masa yg tepat pencuri mengatakan kepada perompak yang menuduhnya, "see you in court!".

4. Penulis juga ingin menarik perhatian gambar di atas. Yang tertera ialah Yahya Zaini, bekas Pengerusi Biro Agama, Parti GOLKAR Indonesia. Beliau pernah dituduh punya hubungan seks dengan seorang penyanyi dangdut Indonesia, Maria Eva. Yahya juga pernah menafikan beliau terlibat dengan alasan "ORG ITU PERUTNYA LEBIH BUNCIT DARI SAYA".

5. Namun setelah gambar seks beliau tersebar luas, akhirnya beliau akur dengan kesalahan beliau dengan mengaku beliau adalah 'manusia' yang di dalam video seks itu! Kejadian ini berlaku sekitar 2005 dan akhirnya Yahya meletak jawatan. Ada seorang teman dari 'inner circle' AnWAR bercerita tentang kejadian itu

6. AnWAR yang punya lawatan kerja ke Jakarta ketika itu meminta ditunjukkan adegan seks Yahya Zaini dlm telefon melalui video yg dihantar oleh anak seorang menteri GOLKAR (ketika itu) kepada telefon 'inner circle' AnWAR ini. Sukma juga terlibat sama menonton adegan ini. Komen AnWAR setelah menonton adegan tersebut :

"Yang dia ni pegi mengaku buat apa! Nafi la, jika nafi masih ada peluang orang nak percaya hang, hang mengaku habih la......."

Maka teman itu bercerita kepada beberapa temannya yang lain beliau terpinga-pinga dengan reaksi AnWAR setelah menonton adegan itu. Menurut rakan PKR itu, itu adalah reaksi spontan AnWAR dan mungkin petunjuk sebenarnya tentang perilaku dan tembelang AnWAR yang beria-ia menafikan setiap kes songsang yang melibatkan diri beliau....

Sekian.

Thursday, March 24, 2011

SYAZRYL ESKAY MEMANG KAWAN AnWAR !!


1. Episod video seks AnWAR semakin menarik! Yang menarik, kemunculan Datuk T secara bertiga (dua di PC kelmarin) mengejutkan. 2 veteran UMNO dan seorang ahli perniagaan yang pernah rapat dengan AnWAR. Macam-macam andaian dibuat sebelum, apatah lagi selepas kemunculan mereka bertiga ini.

2. Jangan diabaikan sepenuhnya dakwaan mereka ini, lebih-lebih lagi dakwaan Datuk Syazryl Eskay (gambar) yang pernah rapat dengan AnWAR. Beliau pernah bekerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum melepaskan jawatan untuk bergiat dalam bidang perniagaan. Selepas AnWAR keluar dari penjara 2004, Eskay cukup rapat dengan AnWAR.

3. Eskay pernah mengikut AnWAR hingga ke Oxford, England ketika AnWAR bertugas sbg pensyarah di St. Antony's College, Universiti Oxford. Ketika itu Eskay diperkenalkan kpd teman-teman PKR sebagai juru terapi fisio (physiotherapist) AnWAR yang perlu mengekalkan rawatan fisio sebagai kesinambungan rawatan tulang belakangnya.

4. Sehingga AnWAR pulang ke Malaysia 2005, Eskay tetap mengikut AnWAR. Namun tidak ramai yang mengenali Eskay kerana kemunculan Eskay 'cukup misteri' selalunya waktu lewat senja atau malam setelah selesai program AnWAR. Ketika ini diketahui Eskay mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

5. 2004-2010, Eskay adalah Konsul (Kehormat) Thailand ke Malaysia, satu jawatan yang tiada kena mengena dengan perkhidmatan diplomatik mahupun kerajaan Malaysia. Jawatan tersebut boleh diperolehi melalui hubungan baik seseorang dengan mana-mana individu berpengaruh dari sesebuah negara luar dan pelantikan dibuat oleh negara tersebut tanpa perlu melalui kerajaan Malaysia.

6. Kerana itu juga timbul andaian bagaimana begitu mudah Raja Petra memasuki Thailand setelah meninggalkan Malaysia biarpun tanpa dokumen perjalanan yang sah. AnWAR juga kerap transit di Bangkok sebelum atau mengakhiri perjalanannya ke luar negara semasa Eskay menjadi Konsul Kehormat Thailand di Malaysia.

7. Dikhabarkan banyak janji-janji kepada Eskay tidak ditunaikan AnWAR, bahkan banyak pula wang Eskay diguna oleh AnWAR. Eskay juga terlibat mengatur beberapa 'keperluan' AnWAR yang tidak boleh disediakan oleh orang lain. Pendekata, Eskay adalah orang kepercayaan AnWAR sebelum beliau sedar hanya dipergunakan saja oleh AnWAR.

8. Biar apa pun motif Eskay bertindak begini, yang penting kita fokus kepada perlakuan seks tersebut. Begitu juga apabila PKR mengatakan TS Rahim juga seorang yang tidak bersih moralnya, itu adalah masa lalu TS Rahim. Yang mereka keluarkan sekarang adalah aksi seks masakini, dari seorang pemimpin yang mendakwa dirinya 'cukup bersih'.

9. Maka fokusnya harus kepada perlakuan seks tersebut, samada ianya berlaku atau tidak. Jika benar, maka pelakunya juga sama seperti orang yang beliau kutuk dan keji selama ini. Masyarakat perlu tahu kebenaran adakah orang yang mereka sanjung selama ini hanya seorang pelakon 'airmata' yang juga pelakon seks yang baik!

Maka itu wajar diadakan siasatan terbuka. Semua pihak yang terlibat wajar memberikan kerjasama. Yang mendakwa perlu memberikan video tersebut kepada pihak berkuasa, yang kena tuduh pula jangan asyik menafi dan menuding jari mengaitkan orang lain!

Sekian.....

Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEKS SIAPA PULA SELEPAS AnWAR?

GAMBAR SEKADAR HIASAN

1. Skandal AnWAR kembali menghangatkan senario politik tanahair. KDN melalui menterinya menafikan penglibatan mereka. AnWAR juga segera tampil menafikan dengan Azizah disampingnya. Ini juga bukan kali pertama AnWAR menafikan tuduhan terhadapnya, juga bukan kali pertama Azizah duduk disisi AnWAR semasa penafian AnWAR.


2. Azizah pernah menafikan AnWAR terlibat dengan Saiful. Siap ada sidang akhbar 29 Jun 2009 di Quality Hotel menyatakan AnWAR ada bersama beliau pada tarikh dan masa Saiful mendakwa dirinya diliwat AnWAR di kondo di Bkt. Damansara. Kini tembelang Azizah berbohong pecah apabila CCTV mengesahkan AnWAR berada di kondo tsb.

3. Kerana itu, dakwaan video seks ini perlu disiasat segera. Tanpa atau dengan laporan polis, ianya perlu disiasat. Jangan hanya cukup dengan penafian saja. AnWAR perlu tampil memberi kerjasama. KDN juga perlu siasat segera kerana polis telah dituduh terlibat bagi membersihkan nama PDRM yang tak semena-mena dilibatkan.

4. Jangan diabaikan faktor bahawa ini juga permainan AnWAR yang cuba mengalihkan perhatian dari isu DNA beliau. Mungkin saja beliau tidak tahan dengan desakan yang memuncak mahu beliau menyerahkan DNA bagi membuktikan kebenaran. Mungkin saja ini bagi membangkitkan kemarahan rakyat kpd kerajaan.

5. Khabarnya rakaman video tersebut amat jelas serta berkualiti tinggi. Kerana itu bagi mereka yang telah menonton rakaman tersebut, tidak sukar bagi mereka untuk mengecam wajah yang ada dalam rakaman tersebut. Azizah juga perlu menonton rakaman tersebut untuk mengesahkan siapa sebenarnya dlm rakaman itu.

6. Rakaman tsb telah menjadi bualan umum, maka wajar dituntut siasatan segera dari pihak berkuasa! Disamping semua pihak menafikan rakaman tersebut, dikhabarkan mereka juga mula kecut telur. Sindrom ketakutan mula melanda mereka. Ramai yang dah mula berfikir, "video siapa pula selepas AnWAR?"..................

Sekian.