Tuesday, April 10, 2012

AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH


1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati serta memaksimumkan penyertaan Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Umpan yang baik bagi menarik masyarakat untuk datang serta mendengar sendiri AnWAR bersumpah bagi mem'bersih'kan dirinya yang kotor itu.

2. Taktik ini sering digunakan AnWAR melalui juak-juaknya yang akan menyebarkan berita palsu ini. Seperti yang lalu, timbul saja kes liwat pada 1998, AnWAR segera mengunjungi Datuk Dr. Haron Din membuat pengakuan konon tidak melakukan perbuatan terkutuk tsb di hadapan Haropn Din. Dimomokkan cerita konon AnWAR telah bersumpah di hadapan Haron Din, tetapi tidak mahu menggunakan istilah sumpah.

3. Begitu juga perhimpunan di Masjid Negara pada 20 September 1998 sebelum AnWAR ditangkap pada malamnya. Cerita yang tersebar sehari dua sebelum itu bahawa AnWAR akan bersumpah di Masjid Negara bagi membersihkan dirinya. Maka makin bersemangatlah penyokong-penyokong untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada beliau. Namun sehingga AnWAR ditangkap, sumpah hanya tinggal 'sesumpah' sahaja.

4. Sebelum itu pada 10 September 1998 di Peramu di Pekan, di rumah seorang kenalan AnWAR bernama Wan Jusoh bin Wan Kolok (bekas Ketua PKR Pahang), cerita yang sama juga didendangkan. Maka berduyun-duyunlah penyokong berkumpul bagi mendengar 'sesumpah' mahu bersumpah. Namun yang kedengaran hanyalah sesumpah itu bersumpah tidak melakukan secara umum, tidak mengikut prinsip mubahalah.

5. Sejurus selepas Saiful membuat laporan polis menyatakan beliau diliwat pada 2009, AnWAR bergegas menemui Datuk Nik Aziz dan sekali lagi, memberi gambaran psikologi, AnWAR telah megaku dan bersumpah tidak melakukannya di hadapan Nik Aziz. Penyokong yang taksub dimomokkan lagi dengan cerita bahawa sumpah laknat itu bukanlah cara yang betul di dalam Islam serta tidak menepati kaedah syariat.

6. Kini, cerita 'sesumpah' itu mahu bersumpah timbul kembali. Semua ini hanya mengulangi skrip lama untuk memaksimumkan kehadiran penyokong pada 28 Mei nanti. Lain-lain perhimpunan kecil akan digerakkan sebelum itu bagi mengekalkan momentum sehingga 28 Mei di Dataran Merdeka nanti. Sama juga dengan lain-lain perhimpunan haram mereka sebelum ini. Beberapa orang 'pak angguk' pasti akan berkokok kuat dari biasa!

7. Mengulas perhimpunan BERSIH 3.0 ini, ada baiknya Pengerusi Bersama perhimpunan haram ini iaitu S. Ambiga dan A. Samad Said menggesa AnWAR, Azizah, Azmin dan Shamsidar mem'bersih'kan diri mereka dahulu dari beberapa dakwaan ttg kekayaan dan nasab biologi mereka. Selagi, keempat-empat mereka ini seperti keluarga 69, selagi itulah BERSIH 3.0 tetap kotor biar banyak manapun mereka melaung-laungkan BERSIH !!

Sekian.