Thursday, January 27, 2011

KUAN YEW BANTU PAS DI TENANG? AnWAR SENYUM!

1. Mungkin dirancang atau secara kebetulan, tiba-tiba meletup isu Menteri Mentor kepada PAS dan DAP? menggalakkan umat islam melonggarkan amalan mereka demi perpaduan di Singapura. Sesuai dengan proses demokrasi di Tenang, kita tidak dapat mengelak membicarakannya. Ikhlas atau tidak respon harus segera diberi.

2. Tentunya reaksi kita akan menentang kenyataan biadab Lee Kuan Yew itu. PAS melalui Nik Aziz menyokong kenyataan Menteri Mentor PAS dan DAP itu. Ikhlaskah beliau berbuat begitu atau semata-mata DEMI UNDI? DAP seperti biasa akan diam membisu dalam isu membabitkan Lee Kuan Yew, namun penyokong nombor wahid LKY.

3. Dalam diam, DAP membangkitkan kemarahan kaum Cina kerana orang Islam Malaysia telah menghina Lee Kuan Yew. Kenyataan Nik Aziz diguna sebagai senjata memujuk kaum Cina mengekalkan undi mereka kepada PAS. Ingat! BN kalah di 4 peti undi bandar yang diwakili kaum Cina di Tenang pada 2008, manakala menang 8 di kawasan luarbandar melayu.

4. Tidakkah ini mengiyakan dakwaan wujud kerjasama langsung PAP di Singapura dan DAP di MAlaysia, manakala PAS pula hanya dipermainkan dalam gabungan dengan taktik halus dan 'berseni' DAP itu. Maka benarlah juga dakwaan bahawa mengundi PAS itu adalah mengundi DAP. Manakala PKR berperanan sebagai orang tengah dalam hubungan PAS-DAP ini.

5. Sudah terang lagi bersuluh! Masyarakat harus bijak menilai, slogan 'Membangun Bersama Islam PAS' kini hanya terletak di tayar-tayar buruk yang dicat hijau putih serta diletakkan di tepi-tepi jalan sahaja. PAS kini semakin teruja dengan 'umpan' kuasa yang dijanjikan oleh AnWAR dan DAP dalam gabungan mereka.

6. Ternyata di sebalik dakwaan angkuh Kuan Yew itu, beliau akan menggunakan apa sahaja ruang untuk memperlekehkan melayu-islam di Malaysia. Bagi mengukuhkan cita-citanya, beliau menggunakan sekutunya di negara ini. Taktik mereka secara halus menggunakan orang melayu-islam sendiri bagi mengelirukan masyarakat melayu-islam yang akhirnya menjuruskan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini, dan akhirnya, siapa yang untung dari perpecahan ini.....

Sekian

Wednesday, January 26, 2011

AnWAR MEMANG 'KUKU BESI' DLM PKR

Dr. Muhd. Nur Manuty dlm kenyataan menyokong perkataan Allah diguna oleh agama-agama lain.


1. Mustafa Kamil Ayub telah diberi surat tunjuk dalam usaha PKR untuk menyingkirkan beliau. Mustafa bukan pemimpin biasa dalam PKR. Beliau pernah jadi Timbalan AMK dan Naib Presiden. Rekod kepatuhannya dalam PKR juga bersih. Cuma dosanya dalam PKR bermula apabila beliau mahu bertanding Timbalan Presiden.

2. Sejak itu Mustafa ibarat sampah dalam PKR. Beberapa kerat pemimpin PKR yang ditemui Mustafa hanya berlakon menyokong beliau termasuklah AnWAR dan Azizah. Yang lain hanya mampu bersimpati dan memohon nyawa politik dari Azmin agar tidak menjadi seperti Mustafa. Azmin kini melunaskan dendamnya terhadap Mustafa.

3. Melalui AnWAR, Dr. Muhammad Nur Manuty digunakan bagi menyingkirkan Mustafa. Di Perak, Mustafa menang bagi jawatan Ketua Perhubungan PKR Perak melalui proses demokrasi. Akan tetapi AnWAR dan PKR menafikan kemenangan Mustafa dengan melantik Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai ketua di Perak.

4. Dalam PKR, suara ahli boleh diketepikan begitu saja jika Presiden tidak berkenan siapa yang menang. Dalam kes di Perak, Mustafa telah menang mengalahkan Dr. Muhammad Nur Manutydalam perebutan jawatan Ketua di Perak. MAKNANYA ahli PKR mahukan Mustafa sebagai ketua di Perak!

5. Perlembagaan PKR dipinda bagi kepentingan AnWAR. Asalnya jawatan ketua negeri perlu dipilih secara pengundian (mcm DAP). Akan tetapi AnWAR pinda (tentunya dgn sokongan sekutu dan pengampu) dan memasukkan klausa Presiden juga boleh melantik ketua negeri w/pun setelah berlaku proses pengundian!

6. AnWAR mengawal Presiden PKR. Apabila pengumuman dibuat, AnWAR lepas tangan konon itu keputusan Presiden walhal beliau yang mengarahkan Presiden menggunakan kuasanya. Benar telahan rakan-rakan bekas PKR yang katakan Presiden PKR adalah tunggu kayu mati yang senang dipatah dan dipijak oleh tuannya.

7. Ini juga jawabannya mengapa AnWAR tidak mahu orang lain mencabar jawatan Presiden dalam PKR. Azizah dia cucuk hidung, Azmin dia berkongsi segalanya, Izzah anaknya pasti akan menurut perintah! Beliau tetap kekal sebagai tangan hitam yang memegang 'remote control'. Konon PKR pengamal demokrasi tulin.....pooraaah !!!!

Thursday, January 20, 2011

JGN SANGKA AIR 'TENANG' TIADA AnWAR.

1. Tenang sudah memasuki fasa terakhir sebelum memasuki zon 'perang' secara rasmi Sabtu ini. AnWAR masih terkedu bila cubaan campurtangan beliau dalam PAS ditolak mentah-mentah. Bukan apa, AnWAR telah berjanji dengan bakal calon PAS yang ditolak kepimpinan parti sendiri bahawa beliau punya kuasa untuk memnentukan calon.

2. Memang AnWAR suka meletakkan dirinya konon tinggi dari orang lain sehingga boleh 'overule' keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden parti lain dalam pakatan mereka. Puas juga AnWAR mengelak apabila pemimpin PAS ini mahu mendapatkan penjelasan dari AnWAR. Pelik juga apabila ahli PAS cuba melobi orang luar PAS mahu menjadi calon PAS.

3. Namun AWAS ! W/pun diberitakan AnWAR dan PKR dilarang secara halus oleh PAS ke Tenang, idea, pemikiran serta gagasan AnWAR akan tetap berada di Tenang. personaliti PAS seperti Khalid Samad (org Johor), Mahfuz Omar dan beberapa yang lain akan hadir membawa aspirasi AnWAR, tanpa perlu AnWAR sendiri hadir ke Tenang.

4. Apapun tujuan PAS yang tidak mahu kehadiran AnWAR di Tenang, BN/UMNO jangan mengambil ringan da'yah ini. Pastinya gambar AnWAR akan tetap ada di Tenang, VCD ucapan AnWAR akan diedarkan dan 'modal' AnWAR untuk menarik simpati yang PAS pasti akan gunakan, Wan Azizah pasti akan datang bersama Nurul Izzah.

5. Oleh itu, jentera BN/UMNO harus terus bekerja macam biasa, berusaha secara ofensif menjawab tuduhan-tuduhan pembangkang namun dalam masa yang sama bekerja secara bijak dan berhemah menawan hati pengundi di Tenang. Seorang blogger telah mewujudkan laman khas http://tenangprk.blogspot.com utk maklumat terkini tentang Tenang. Sama-sama kita menyokong laman ini untuk kesejahteraan Tenang di masa hadapan.

Monday, January 17, 2011

LAGI 'PENGKAGUM' AnWAR.

AZMI MAT NAYAN

1. Azmi MAt Nayan, berasal dari Permatang Pauh juga. Lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa semasa AnWAR menjadi Presiden UIA. Selepas menamatkan pengajian, menjadi proksi Datuk Ishak Ismail (Pak 'Aq), bekas pemilik Idris Hydraulic Bhd, IWK dan KFC.

2. Pak 'Aq diketahui menjadi kaya-raya ketika AnWAR dalam kabinet. Pak 'Aq juga mendakwa beliaulah yang menyelesaikan semua bil penginapan AnWAR dan rakan-rakan semasa AnWAR menjalani rawatan di Munich pada tahun 2004.

3. Azmi berperanan sebagai orang tengah antara AnWAR dan Pak 'Aq. Azmi juga berperanan sebagai talam dua muka untuk kepentingan perniagaan beliau. Suatu masa dahulu cukup intim dengan bbrp org Kepala Batas ketika Pak LAh menjadi PM.

4. Dalam pada masa yang sama juga bertindak sebagai penggerak Yayasan Aman pimpinan AnWAR dan Azizah di Ptg. Pauh. Masih sering menghadiri mesyuarat Yayasan Aman, namun sudah meninggalkan sahabat di Kepala Batas. Kini berusaha kuat mencari kawan-kawan di Pekan.

5. Menghampiri usia 40, Azmi masih bujang w/pun cukup berkemampuan untuk berumahtangga. Terkini, beliau menjadi Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat berorientasi sukan dan menggunakan bintang sukan negara sebagai strategi promosi.

6. Tiada halangan utk beliau berniaga, cuma jangan jadi gunting dalam lipatan. Mengaut keuntungan dari DEB, pada masa yang sama mencaci dasar itu dan menyokong AnWAR hapuskan keistimewaan org melayu. Selain itu kita juga mahu mendengar Azmi mengistiharkan apakah hubungan sebenar beliau dengan AnWAR......

Sekian

Wednesday, January 12, 2011

AnWAR MEMANG PUTAR ALAM, PELACUR POLITIK

1. AnWAR kata dalam twitternya pertemuan beliau dengan rakan bekas pimpinan ABIM, 2 Januari 2011 berjalan baik dan lancar. "Kawan-kawan faham" menurut AnWAR lagi. NAmun Dr. Yusri Mohamad katakan bahawa AnWAR tidak berkata benar (Kenyataan Dr. Yusri disiarkan oleh Malaysian Insider).

2. Pendedahan blog AIDC tentang pertemuan malam itu memang memeranjatkan. AnWAR sebenarnya disanggah oleh beberapa orang rakannya yang tidak bersetuju dengan perilaku beliau selama ini. Pluralisme, meyokong murtad menjadi modal AnWAR berceramah di luar negara. AnWAR nafi tapi ucapannya punya rakaman video.

3. Pertemuan tiada konklusi kerana AnWAR tidak menjawab isu yang dikemukakan, sebaliknya bertepis dan menyalahkan pihak lain pula. Sudah la datang lewat ke pertemuan tersebut, membiarkan rakan-rakan berselisih pendapat sesama sendiri. Bila datang terus menyerang rakan-rakan yang tak setuju dengannya sebagai alat Utusan dan kerajaan.

4. AnWAR yang memulakan serangan, apabila diserang kembali, beliau gagal untuk menjawab isu, asyik bersilat dan bertepis. Habis pertemuan, boleh pula mengomel dalam twitternya "pertemuan baik dan lancar, kawan-kawan faham!". Tidakkah munafiq namanya kerana menyembunyikan hakikat sebenar?

5. Semalam AnWAR memuji Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang. Entah apa pula muslihat kali ini. Khabarnya AnWAR rasa ketinggalan kerana beliau tahu mengenai pertemuan PM/TPM dengan Datuk Nik Aziz dan Datuk Hadi Awang melalui orang lain. AnWAR juga tidak dimaklumkan mengenai hasil pertemuan dalam majlis santapan di raja itu.

AnWAR malu, konon beliau ketua Pakatan, namun tidak dijemput dan tidak diberitahu hasil pertemuan itu. Namun AnWAR tetap 'control macho', konon tahu tapi tak mahu cakap. Itulah AnWAR, tak habis-habis nak berlakon, putar alam dan akhirnya menjadi pelacur politik.

Ramai yang tahu Lim Kit Siang yang mula-mula mengunjungi AnWAR sejurus beliau dipecat, tapi kenapa AnWAR tak memuji Kit Siang tahap tertinggi sepert beliau memuji HAdi dan Nik Aziz semalam. Barangkali belum masanya lagi ataupun AnWAR tahu Kit Siang tidak perlukan pujian yan sedemikian rupa......

Tuesday, January 11, 2011

AnWAR BAGI KENYATAAN SELAMAT!

1. Setelah berdiam diri dan mengelak mengulas isu INTERLOK, AnWAR tampil memberikan kenyataan tentang INTERLOK. Jujurnya, x-pkr dimaklumkan itupun setelah ANWAR bimbang banyak orang kuat dalam GAPENA dan PENA mula menyuarakan di mana AnWAR dalam isu ini.

2. AnWAR tahu bahawa airmata SN Abdullah Hussein bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. AnWAR kenal siapa Abdullah Hussein w/pun AnWAR mendakwa novel INTERLOK itu bukanlah sebuah karya yang bagus ( spt dlm malaysiakini).

3. Airmata jernih Abdullah Hussein mengundang banyak sokongan dan simpati terhadap dirinya. Jika AnWAR terus mendiamkan, beliau bakal kehilangan kepercayaan dalam PENA dan GAPENA biarpun kedua-dua pertubuhan ini adalah 'non-partisan'.

4. Jangan sekadar cakap, AnWAR perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang membakar novel INTERLOK itu. Terang-terang mereka adalah sekutunya dalam pakatan haram itu. Hantarlah nota bantahan kepada DAP dan PAS yang mana 2 wakil rakyat mereka hadir ketika pembakaran berlaku !!

5. Tunjukkan saudara seorang yang tegas menolak ketidakadilan biarpun melibatkan sekutu sendiri. Bukankah ini pegangan "Maqasid Syar'iyyah" (prinsip2 syariah) yang dianjurkan saudara iaitu berlaku adil terhadap yang berlaku zalim biarpun dari kalangan sendiri......

MANA SUARA 'SASTERA' AnWAR?


1. x-pkr juga teringin nak menyampuk tentang novel INTERLOK karya SN Abdullah Hussein, 40 tahun yang lalu. Perbuatan membakar karya bermutu seperti itu amat biadab dan hanya 'lembu' yang dicucuk hidung sahaja yang sanggup membuat atau hadir ke acara seperti itu. Tidak perlu berdolak dalih lagi kerana ia amat biadab.

2. Dimana suara raksasa pelbagai wajah yang 'pernah' menjadi apa saja termasuk pemuisi yang begitu mencintai sastera? AnWAR suatu ketika dahulu pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Jangan ada yang mengusik bahasa dan nilai sastera Melayu ketika itu, pasti akan dikerja AnWAR dan PBMUM.

3. Ketika memimpin organisasi belia, medium sastera melayu ini diguna untuk melonjakkan namanya. AnWAR bisa menjadi penyair, penyajak, panelis diskusi sastera mempertahankan karaya sastera Melayu dari diinjak orang lain. Mungkin kini AnWAR terlalu sibuk dengan jurus sastera baru iaitu lakonan dan mengarang skrip membuat beliau lupa ttg jurus sastera yang lain.

4. Ketika menjadi menteri sehingga TPM, beliau sentiasa mahu mendekatkan diri dengan golongan ini. Hadiah Sastera Utusan kerap dihadiri AnWAR tanda menyokong novelis berkarya. Ketika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR gemar membuat acara membaca puisi di pejabatnya. Janggal melihat CEO bank perdagangan membaca puisi ketika itu....

5. Namun kini, suara pembelaan AnWAR terhadap karya-karya sastera telah tiada. Sudahlah tiada, dihenyak pula karya-karya bermutu seperti INTERLOK ini dari sudut politik. Bayangkan apabila karya yang hasilkan itu dicaci, dihina dan dibakar dengan sokongan dari bangsa sendiri. Kerana itu saya melabelkan mrk yang terlibat itu adalah lembu-lembu yang dicucuk hidung, hanya menurut arahan tuan mereka.

6. Tuan mereka 'DRAMA KING' yang gemar berlakon dan mengarang skrip itu sering mengeksploit apa saja situasi yang boleh menghuru-hara dan mengalih tumpuan terhadap nafsu songsang beliau. AnWAR tidak peduli biarpun satu masa dahulu beliau (konon) cukup rapat dengan golongan ini.

Begitulah gambaran kepada AnWAR apabila KUASA "beraja di mata, bersultan di hati". itulah yang dikejarnya biarpun terpaksa menjual agama sendiri, menghina bangsa sendiri dan juga memijak kawan-kawan sendiri..................

Tuesday, January 4, 2011

AnWAR PUN TAK MAHU DATUK KHUSRIN

PEGAWAI KEWANGAN SELANGOR BERSAMA PIMPINAN SELANGOR

1. Masih tentang kemelut terbaru yang dicetuskan MB Selangor. Saya cuba menyusuri kenapa beria-ia MB Selangor tidak mahu menerima pelantikan Datuk Khusrin dan siapakah yang dimahukan mereka. Selain MB Selangor yang didalangi tidak mahukan Khusrin, AnWAR juga secara peribadi tidak mahukan Khusrin.


2. 3 nama yang disenaraipendek oleh MB Selangor juga adalah pegawai dari Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Bermakna, mereka juga adalah adalah pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat di negeri Selangor secara pinjaman. 3 nama itu adalah pegawai kewangan sekarang dan 2 Datuk Bandar Majlis Bandaraya di Selangor.

3. Kenapa TS Khalid begitu hipokrit sedangkan mereka juga mencadangkan 2 nama Datuk Bandar tersebut yang masih bertaraf Jusa 'C'. Cuma pegawai kewangan yang dicadangkan itu berjawatan Jusa 'B'. Logiknya, pegawai kewangan sekarang lebih senior dan MB Khalid mahukan pegawai kewangan sekarang menjadi SUK Selangor.

4. Pegawai Kewangan Selangor sekarang khabarnya pernah berkhidmat Unit Penyelarasan & Pelaksanaan JPM sebelum ke Kementerian Kewangan semasa AnWAR menjadi menterinya. Khabarnya juga mereka saling mengenali dari UM lagi. Pegawai Kewangan Selangor ini bercita-cita tinggi dalam perkhidmatan awam.

5. Selepas di Kementerian Kewangan, beliau ditukar sebagai Pegawai Daerah Sepang, sebelum menjadi YDP Majlis Perbandaran Sepang dan kemudian ke Majlis Perbandaran Subang Jaya sebelum melobi kuat untuk dilantik ke jawatan sekarang ketika zaman DS Dr. Khir Toyo sebagai MB. beliau dikenali sebagai orang kuat Khir Toyo ketika itu.

6. Cerita 'panas' di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengatakan Pegawai Kewangan Selangor ini melobi kuat untuk menjadi SUK dan menyingkirkan SUK Datuk Ramli Mahmood sebelum waktunya. Selepas pakatan menerajui negeri Selagor, pegawai kewangan selangor ini dengan mudah menyesuaikan dirinya dengan kepimpinan baru Selangor.

7. Disifatkan serangan kepada Datuk Khusrin adalah helah AnWAR dan TS Khalid meletakkan orang mereka sebagai SUK Selangor. Cerita Datuk Khusrin tidak fasih berbahasa Inggeris hanyalah alasan kerana calon yang dikemukakan MB Selangor juga tidak fasih berbahasa Inggeris. Mereka juga mengemukakan calon yang masih bertaraf Jusa 'C', sama gred seperti Datuk Khusrin.

Lain-lain serangan peribadi terhadap Datuk Khusrin hanyalah penambah perisa memburukkan peribadi orang yang baik, sedangkan calon mereka dikenali sebagai kaki 'karaoke' suatu masa dahulu. Pasti AnWAR dan Khalid Ibrahim punya agenda mahukan 'orang tertentu' sebagai SUK dan orang yang kuat mahukan jawatan itu mungkin boleh berkompromi dengan agenda pakatan di Selangor...................

Sekian.