Thursday, April 28, 2011

AZMIN 'PERIOD', AnWAR GELABAH, AZIZAH MURUNG.


1. Klip video pelaku seks yang didakwa AnWAR muncul lagi. Hari ini pula AnWAR akan diambil keterangannya berkaitan kes video ini. Selama ini AnWAR mengelak dengan mengatakan beliau sibuk di mahkamah. Saya kira polis yang akan mengunjungi AnWAR hari ini. Mustahil AnWAR mahu ke balai, konon tidak mahu ditangkap ketika memberi keterangan.

2. Azmin pula tiba-tiba 'period' dan sangat 'moody'. Setelah dibelasah tidak punya kekuatan politik seperti AnWAR dan Azizah, hari ini Azmin dibandingkan pula dengan isteri beliau sendiri! Azmin lemah berbanding Shamsidar, maknanya Azmin memang DAYUS kerana tertekan dengan pelbagai tuduhan melibatkan Shamsidar!

3. Yang pening kepala dan murung dari kemelut keluarga 69 ini ialah Azizah. Azizah tertekan mungkin kerana belum menonton klip video II yang melibatkan suami 'anugerah' tuhan itu. Azizah wajar menonton video tersebut bagi menguatkan penafian beliau tentang suaminya. Pasti beliau tidak mahu mengadakan sidang akhbar selepas itu kerana bimbang akan ditanya ttg jam tangan OMEGA lagi...

Sekian.

Wednesday, April 27, 2011

AnWAR PERCAYAKAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA.


1. Tidak sukar menjangkakan tindakan AnWAR mengadakan sidang akhbar semalam. AnWAR nyatakan tiada sebab mahkamah meneruskan perbicaraan (memanggil AnWAR membela diri) melainkan untuk memuaskan hati DS Najib dan DS Rosmah. Mudah sungguh AnWAR bercakap seolah-olah tiada langsung fakta dalam perbicaraan kes liwatnya.

2. Ini taktik biasa AnWAR! Sebelum apa-apa, beliau mesti melontarkan 'bom asap' bagi mengaburi pandangan umum terutama penyokong tegar beliau. Sekiranya 16 Mei ini hakim Dato' Zabidin membuat keputusan AnWAR perlu membela diri, maka AnWAR akan berkokok mengatakan mahkamah dipengaruhi oleh anasir politik.

3. Perbicaraan kes 1998/1999 juga mengalami senario yang sama. AnWAR awal-awal telah menyatakan tidak ada keadilan dalam perbicaraan. Penyokong pun percaya! Namun AnWAR tetap percaya ada keadilan dalam sistem perundangan negara. Beliau telah mengemukakan rayuan demi rayuan hinggalah dibebaskan 2004.

4. Seminggu sebelum 2 September 2004, AnWAR telah mengarahkan 'panglimanya' menyebarkan berita bahawa Dr. Mahathir yang telah meletak jawatan ketika itu cuba campurtangan agar hakim tidak berpihak kepada AnWAR. AnWAR juga menyatakan ini cubaan terakhir beliau dan mahkamah akan tetap tidak membebaskannya.

5. Namun perancangan Allah tiada siapa yang dapat menghalang! AnWAR bebas pada 2 September 2004. Perasaan gembira AnWAR dibebaskan menyebabkan penyokong alpa kenyataan AnWAR sebelumnya yang awal-awal menyatakan beliau tidak akan dibebaskan! Lantas timbul cerita baru dari AnWAR, mahkamah cukup adil serta tiada c/tangan luar!

6. Begitu juga dengan p/raya Sarawak, belum pun habis proses pengundian, konon pakatan telah menang. AnWAR mahu menanamkan perasaan menang kepada penyokongnya. NAmun bila keputusan sebenar diumumkan, mereka tewas! Maka cerita lain pula timbul. SPR dipersalahkan kerana tidak telus serta berpihak dlm menjalankan tugas.

7. Penyokong yang telah dibayangi 'bom, asap' AnWAR akan terus percaya tanpa berfikir panjang. Begitu juga dalam kes liwat ini nanti, jika AnWAR dipanggil untuk membela diri, penyokong akan percaya mahkamah tidak adil kepada AnWAR, walhal sebenarnya AnWAR yang memanipulasi ketaksuban mereka itu.

8. Namun dalam masa yang sama, AnWAR akan terus bersilat meneruskan perbicaraan kerana beliau mengharapkan senario 2004 akan berulang. Jika AnWAR didapati bersalah dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi ini, saya yakin AnWAR akan merayu ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Jika AnWAR sendiri tidak yakin dengan sistem perundangan negara, percayalah, beliau akan lari keluar negara jika didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi nanti. Beliau tidak akan merayu kerana tidak yakin dengan sistem perundangan negara. Namun percayalah, manusia sesumpah hipokrit ini tetap akan merayu sebelum membuat keputusan lari jika rayuannya ditolak........

Tuesday, April 26, 2011

AnWAR AJAR AZMIN KURANG AJAR?


1. Mustafa Ali telah menjadi Naib Presiden PAS ketika Azmin masih lagi di bangku sekolah. Cikgu Pa ini juga telah menjadi Timbalan Menteri di saat Azmin masih lagi budak hingusan merengek minta ibunya wang belanja untuk ke sekolah. Namun kini, Azmin cukup kurang ajar dengan setiausaha agung PAS itu.

2. Komen AnWAR depan penyokong PAS, "Azmin mmg kasar, kurang ajar, maklum saja orang muda". Di hadapan Azmin dan juak-juak PKR, " bagus Azmin bantai PAS macam tu, PAS memang kurang ajar!". Dua komen yang berbeda ekstrimnya keluar dari seorang tokoh yang amat dikenali dengan perwatakan sesumpahnya!

3. Azmin memang kurang ajar. Saya percaya ibubapa Azmin tidak pernah mengajar beliau bersikap begini. Yang mengajar Azmin bersikap begini ialah AnWAR! Tanya kepada Dr. Siddiq Fadzil, Kamaruddin Jaafar, Ustaz Ghani Shamsuddin dan Ustaz Ahmad Awang betapa kurang ajarnya Azmin kepada mereka hingga sekarang.

4. Jangan ditanya kepada sahabat-sahabat lama AnWAR yang cenderung kepada kerajaan, nanti dikata ini semua konspirasi kerajaan mahu menganiaya AnWAR dan Azmin! Kisah Azmin kurang ajar ini bukan cerita baru, namun yang memeranjatkan ialah kesediaan Mustafa Ali membuat 'U-turn' dan menyalahkan pihak media pula.

5. Maka dipersalahkan pula Utusan Malaysia! Sudahlah masyarakat Cina kini agresif 'menyerang' Utusan Malaysia melalui DAP dan MCA, kini ditambah pula dengan sikap PAS yang baling batu sembunyi tangan. Takut sangat ke kehilangan sokongan bukan melayu kerana mengesyaki keperibadian AnWAR?

6. Takut sangat ke dengan pengaruh AnWAR yang kian melebar dalam PAS? Di mana pendirian sayap-sayap PAS seperti Dewan Ulama', Dewan Pemuda, Dean Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS dalam mempertahankan pemimpin mereka? Perkataan Azmin "seorang yang sudah tidak relevan tetapi mahukan perhatian" cukup mengguris hati PAS!

7. Namun tiada ada seorang pun dalam PAS yang bangkit menentang kenyataan habis-habisan. Jika ada yang mempertahankan pun, media arus perdana juga yang disalahkan. Maka benarlah telahan masyarakat, DAP dan PKR tetap beraja di mata dan bersultan di hati PAS! Jangan disalahkan measyarakat kerana melabel PAS sebagai 'pak turut' DAP dan PKR.....

Sekian.........

Thursday, April 21, 2011

AnWAR PULANG HARI INI ?

1. Mengikut rekod perjalanan, AnWAR sepatut kembali ke tanahair hari ini setelah 'melarikan' diri semasa proses p/raya Sarawak berlangsung. Penulis optimis AnWAR akan pulang, mungkin singgah sebentar di kota Singa bagi melempiaskan hajatnya...........bertemu dengan seorang dua personaliti yang punya kepentingan dalam karier AnWAR.

2. Kita juga teruja menantikan kes liwat II yang bakal disambung 25 April ini. Apakah keputusan nanti AnWAR perlu membela diri atau tidak? Kepulangan awal AnWAR juga pasti punya misi untuk membincangkan strategi bagi menghadapi apa jua keputusan mahkamah nanti. Atau apakah ada strategi lagi untuk menangguhkan lagi keputusan mahkamah nanti!

3. Kepulangan AnWAR kali ini tentunya dinantikan banyak pihak. Selain isu jam tangan OMEGA yang ditepis dengan pelbagai alasan oleh AnWAR dan Azizah, masyarakat juga menantikan komennya mengenai hal Raja Petra. AnWAR mengatakan akan membuat ulasan mengenainya selepas p/raya Sarawak.

4. Azizah yang tidak mengikut suami 'anugerah tuhan' itu juga tidak membuat sebarang ulasan mengenai kenyataan Raja Petra. Mungkin AnWAR terlupa atau terlalu sibuk mahu menyediakan skrip buat Azizah. DAP juga barangkali terlupa mahu bercakap mengenai RPK, mungkin terlalu sibuk meraikan kejayaan mereka di Sarawak.

5. Cuma yang 'menyibukkan' diri bagi melupakan kesengsaraan akibat kalah teruk baru-baru ini dengan memberi komen mengenai RPK adalah PAS! Kata Hj. Hadi, isu RPK adalah isu tepi jalan yang tidak perlu diperbesarkan. Manakala Mustafa Ali pula berkata 'kita' tidak akan sekali-kali menerima kembali RPK.

6. Isu ini adalah isu fitnah, mana boleh dikata isu remeh tepi jalan yang tidak wajar diperbesarkan! Mustafa Ali pula bercakap atas kapasiti apa mewakili 'kita' itu? Kasihan juga melihat telatah pemimpin PAS ini! Mungkin saja setelah dilabel liabiliti oleh penyokong sendiri, kumpulan hadi dan Mustafa mahu kembali mendapatkan kepercayaan 'boss' besar pakatan.

7. Seperkara yang menarik lagi, kita nantikan adakah AnWAR akan mengulas panjang isu RPK, atau seperti biasa menuding jari kepada pihak lain menutup kelemahan sendiri. Juga apakah DAP terlalu sibuk pula selepas ini berkempen di Singapura membantu PAP di sana, dan tidak mustahil juga PAS akan turut serta di sana membantu DAP, bagi meyakinkan orang melayu singapura bagi mengundi PAP nanti..... yang akhirnya akan menenggelamkan kepanasan pengakuan RPK ini!

Sekian.

Tuesday, April 19, 2011

AnWAR: LAGI MAU CAKAP BAIK KA?

Waterfornt: pandangan dari depan Hotel Hilton Kuching

RAkyat Sarawak sudah bersuara!

DAP menang 12 dari 15 kerusi iaitu 80% menepati sasaran.
PKR menang 3 dari 49 kerusi iaitu 6.12% mencapai sasaran.
PAS tewas kerusi yang ditandingi! 0% - tidak mencapai sasaran langsung.

Etnik Melayu/Melanau semua menolak AnWAR dan sekutunya. PBB menang semua 35 kerusi.

Masyarakat Iban, Bidayuh, Dayak dan Orang Ulu juga majoriti menolak AnWAR :
PRS menang 8 dari 9 kerusi yang ditandingi!
SPDP menang 6 dari kerusi yang ditandingi!

Majoriti di kalangan mereka juga penganut Kristian Protestan, sekaligus menolak pendirian Persekutuan Kristian Malaysia (didominasi oleh Katolik) yang berpihak kepada AnWAR dan sekutu. Lim Guan Eng juga seorang penganut Kristian Katolik!

SUPP (mewakili masyarakat Cina) tewas dan menang 2 dari 19 ditandingi.

Lain-lain etnik seperti India Muslim dan lain-lain juga berpihak kepada BN serta peyumbang kepada kejayaan besar BN.

Nilaikan sendiri pecahan data yang tidak seberapa ini. Itupun AnWAR masih boleh kata pencapaian 'kita' masih membanggakan! Penyokong pembangkang harus buka mata siapa 'kita' yang dimaksudkan AnWAR.

Nak pertahankan PKR, Azmin kata undi popular PKR meningkat! Itu memanglah, jika dah bertanding 49 kerusi, pasti akan dapat biarpun satu undi. Barangkali ini tujuan PKR bertanding sampai 49 kerusi, mahu mendapat undi popular, bukan nak menang sangat....

BN (khusus PBB) harus akui undi popular mereka merosot biarpun menang. Sesuatu perlu dilakukan kerana BN harus menang lebih bergaya di masa hadapan. Menang undi dan populariti. Sekali ditekankan, demi memenuhi kehendak masyarakat Cina, keluarkanlah mereka dari pentadbiran negeri. Adalah lebih baik penghargaan diberi masyarakat Melayu/Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu serta Dayak yang setia menyokong BN.....

Sekian.

Monday, April 11, 2011

OHH !! NO NO.... AnWAR

1. Kali ini AnWAR pula yang melompat! Sidang akhbar beliau semalam menyerlahkan sikap Punai sihat Ekonomi Negeri Selangor, negeri yang telah membentangkan Akta Kebebasan Maklumat di sidang DUN baru-baru ini. Akta ini diluluskan bagi rakyat memperolehi maklumat secara terus bagi wakil rakyat di Selangor atau mereka yang berkepentingan di Selangor!

2. Namun apa dah jadi semalam? AnWAR marah-marah bila ditanya tentang jam tangan Omega. Sekali lagi Utusan Malaysia jadi sasaran walhal yang bertanya adalah seorang wanita dari 8 TV di bawah naungan Media Prima. Yang mula-mula membawa isu jam tangan Omega ini pula adalah akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew Jit Poh dan Oriental Daily!

3. Mengapa AnWAR tidak menyerang mereka? Takut kehilangan undi kah? Pertanyaan dari wartawan TV3 juga tidak dijawab, hanya cemuhan dilontar dari mulut AnWAR sambil keningnya berkerut (menahan amarah barangkali). Apakah ini kebebasan akhbar (media) yang dilaung beliau selama ini? Apa jadi dengan Akta Kebebasan Maklumat pula?

4. Kita tahu taktik AnWAR yang terus 'memancung' soalan-soalan maut kepadanya kerana tidak mahu ada soalan lanjutan dari masalah perbadinya. W/pun nampak 'demokratik' kerana memberi peluang wartawan yang bertanya menghabiskan soalannya, AnWAR sebenarnya menekan wartawan itu agar gugup serta melakukan kesilapan.

5. Tidak masuk akal jika AnWAR jujur mahu polis yang meminta jam tangan tersebut darinya jika benar jam tangan tersebut masih di dalam simpanan Azizah! Sejak bila AnWAR begitu mulia mahu menyanjungi kerja-kerja polis? Sedangkan sebelum ini beliau amat galak menyerang institusi polis setiap kali berhadapan kemelut moralnya.

6. Jika benar jam tangan tersebut ada dalam simpanan mereka, saya pasti tak perlu tunggu diminta oleh pihak polis. AnWAR atau Azizah akan menunjukkan objek tersebut kepada umum dan bersedia menyerahkan kepada polis dengan pengawasan ketat dari peguam mereka terutama KArpal Singh!

Inilah wajah sebenar manusia yang didakwa anugerah Tuhan oleh sang isteri yang juga sama perangai dengan suaminya. Masing-masing bersilat menepis cuba 'menghalalkan' tindakan mereka agar terus mendapat sokongan. Yang penting bagi mereka, matlamat peribadi terus dipelihara manakala rakyat terus dibiarkan dalam keadaan keliru.......

Sekian..

Thursday, April 7, 2011

OHH !! NO NO.... AZIZAH


1. AnWAR ditangkap Sept 1998 dan hanya keluar dari penjara pada Sept 2004. Ke merata sudut negara dan dunia Azizah menjaja yang AnWAR menderita sakit semasa di penjara. Apa yang Azizah tak kata waktu itu, bermula dari suntikan HIV yang konon diberi kepada AnWAR, arsenik dan sakit tulang belakang!

2. 'Trademark' ucapan Azizah ketika itu, "Kami baru saja kembali dari penjara, abang anuar sgt uzur dan kirim salam pada semua, Hana (anak bongsu AnWAR) tak mau berjumpa dengan papanya, pihak penjara tidak benarkan kami berjumpa secara terus, hanya melalui cermin saja". Banyak yang hafal dialog ini biarpun Azizah belum memulakan ucapannya.

3. Boleh tahan juga Azizah bermain dengan emosi penyokong bagi menarik simpati! Riak mata, lentok kepala, lenggok badan dan ucapan yang lemah lembut diguna bagi menarik simpati, w/pun rata-rata mengatakan ucapan Azizah tidak menarik langsung! Berulangkali kali secara konsisten Azizah katakan AnWAR sangat uzur ketika di penjara ketika itu.

4. Kini, 2 hari lepas, Azizah mengatakan AnWAR bersenam semasa di penjara hingga ototnya menjadi kuat! Mana-mana Maharaja Lawak di dunia ini takkan mampu menandingi lawak Azizah dua hari lepas. Betapa dahsyatnya senaman AnWAR semasa 1998-2004 (dlm penjara), mampu bertahan hingga Feb 2011 (spt waktu didakwa dlm video).

5. Otot yang dibina itu pastinya diasaskan dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Manakala AnWAR sering mendakwa makanan di penjara amat tidak menyelerakan selain hanya memakan tamar yang dibekal keluarga terutama ketika Ramadhan! Juga AnWAR mendakwa sering meminum air zam-zam utk mengenyangkan kerana tidak menjamah makanan penjara.

6. Apakah mungkin dengan amalan minum madu asli, AnWAR dapat mengekalkan otot-otot badannya agar kelihatan tegap w/pun sudah menjangkau umur 64 tahun. Azizah sebagai doktor (w/pun doktor mata dan tidak praktis lagi) perlu membuktikan dakwaannya kerana susuk tubuh manusia yang agak berumur adalah normal spt dalam video.

7. Ketika AnWAR kesana-sini, malahan ke seluruh dunia mengatakan beliau punya masalah sakit pinggang yang kronik hingga adakalanya terpaksa memakai bengkung pinggang di luar (spt superman pakai seluar dalan diluar) agar kelihatan kepada umum, beliau masih sempat bersenam berat untuk mengekalkan otot-ototnya.

Jika beginilah gambaran Azizah tentang suaminya, benarlah telahan beliau, AnWAR memang manusia anugerah tuhan!, termasuklah dengan jam tangan OMEGA yang dianugerahkan tuhan kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapakah manusia AnWAR dan Azizah ini......

Wednesday, April 6, 2011

PATUT LA MERAJUK, KENA MARAH LAGI RUPANYA..


1. Dikhabarkan Azizah sudah pun terbang ke Sarawak petang semalam, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Kamik di Sarawak ternanti-nanti kehadiran Azizah di sini bagi bertanyakan hal yang sebenar mengenai sidang media beliau semalam di Bkt. Segambut. Al Maklumlah, katanya teramat emosional semalam!

2. Memang Azizah jika buka mulut saja, pasti ada yang tak kena dengan AnWAR! Jika sebelum ini 'flip-flop' mengenai panggilan telefon kepada bekas orang kuat AnWAR bertanyakan siapa lelaki yang ada bersama AnWAR, hal yang sama berlaku lagi semalam. Kali ini mengundang kemarahan AnWAR yang lebih besar.

3. Azizah menyatakan, "AnWAR dalam lokap dia bersenam, kerana itu ototnya kuat!". Kenyataan ini mengundang kemarahan seorang ahli keluarga AnWAR yang hadir dalam sidang media tersebut, lantas melaporkan pada AnWAR. Jika di penjara AnWAR bersenam hingga otot-ototnya menjadi kuat, ianya senaman yang agresif!

4. Pengidap sakit tulang belakang kronik tidak boleh menjalani senaman yang agresif hingga menguatkan otot-otot dibadannya. Senaman yang menguatkan otot dibuat melalui gerakan 'sit up', angkat berat dan semua ini memerlukan kekuatan pinggang yang stabil. Mustahil pesakit tulang belakang melakukan gerakan ini!

5. Pasti doktor yang waras akan melarang mana-mana pesakit tulang belakang melakukan gerakan ini. Kerana itu, ahli keluarga AnWAR yang berada dibelakang Azizah ketika sidang media semalam amat marah hingga keluar perkataan 'bodoh' terhadap Azizah. Hubungan Azizah dan ahli keluarga AnWAR memang diketahui punya banyak masalah.

6. Azizah dimarahi kerana kenyatannya bakal menimbul keraguan tentang sakit tulang belakang AnWAR! Bagaimana AnWAR yang diberitakan pengidap sakit belakang kronik, memakai bengkung di leher dan pinggang, berkerusi roda, tiba-tiba dikatakan punya otot yang kuat kerana bersenam semasa di penjara!

7. Memang la AnWAR angin satu badan dengan Azizah! Ini kerana bersusah payah beliau berlakon sakit, tiba-tiba Azizah mengatakan AnWAR boleh bersenam di dalam penjara. Arahan kepada Azizah semalam adalah membaca teks yang disediakan dan biarkan Karpal bertindak sebagai jurucakap utama!

8. Amat malang bagi Azizah semalam. Sudahlah isu jam Omega tidak ditangani dengan baik, kini timbul pula beberapa perkara baru. Mungkin ada benar juga telahan YB Datuk Zulkefli Nordin bahawa AnWAR 'berlakon' ketika menggayakan aksesori leher dan berkerusi roda di mata umum, sedangkan begitu sihat dan kuat dihadapan ahli keluarga!

Sekian.....

Tuesday, April 5, 2011

TERKINI: AZIZAH BENGANG, NAK BATAL KE S'WAK

Ini berita yang baru disampaikan oleh sumber dalaman penulis !!!

Wan Azizah sepatutnya berlepas ke Kuching petang ini bagi menghadiri serta mengiringi Baru Bian, Ketua PKR Sarawak. bagi proses penamaan calon esok. Namun kerana didakwa bengang dengan 'orang itu', beliau dikatakan tidak mahu ke Sarawak atas alasan terlalu 'penat'.

Sehingga posting ini ditulis, tidak dapat dipastikan apakah Azizah sudah membatalkan hasratnya itu, namun usaha memujuk sedang giat dilakukan agar Azizah ke Sarawak!

Apakah Azizah 'penat' dengan suaminya? Jika beliau ke sana, apakah Azizah akan menemui AnWAR atau mereka akan berselisih sahaja dan bertemu semula di Bukit Segambut nanti?

Penulis juga berminat utk mengetahui lebih lanjut ttg perkara ini. Sama-sama kita nantikan esok......

AZIZAH DAH TONTON ADEGAN 'PANAS' ITU?

GAMBAR BUKAN LANJUTAN DARI AKSI VIDEO DLM ADEGAN RAMAS MERAMAS

1. Episod AnWAR makin panas dan menarik. Dalam debaran penamaan calon di Sarawak, AnWAR begitu mencuri tumpuan petang semalam dan hari ini. Sebahagian dari rakaman video seks yang didakwa melibatkan dirinya mula diedarkan dalam laman maya semalam. Hampir semua media arus perdana dan alternatif membawa cerita ini.

2. Persoalan buncit atau tidak perut lelaki pelaku dalam video seks itu makin terjawab! Saya pasti ramai yang teruja menantikan 'aksi' seterusnya dalam video itu. Dari rakan-rakan yang telah menonton video itu, pelaku dalam video itu dikatakan amat 'gagah' bertempur di medan. 'Senjatanya' juga diberitakan amat luarbiasa!

3. Namun AnWAR tetap AnWAR, tidak habis-habis menepis dan cuba mengalihkan isu pokok. Di Sarawak, AnWAR khabarnya tertekan dengan pengedaran video tersebut. Teman-teman PKR mengatakan muka AnWAR amat berkerut petang semalam sebaik dimaklumkan sudah ada klip video seks di laman maya.

4. Sama berkerut dan menggelabahnya AnWAR seperti mula-mula dimaklumkan Saiful Bukhari telah membuat laporan polis dirinya diliwat. Sumber menyatakan, kebimbangan AnWAR sebenarnya hanya satu, iaitu TAKUT AZIZAH MELIHAT VIDEO ITU! AnWAR sebenarnya arahkan semua surat dan bungkusan yang diterima ditapis dahulu oleh pegawainya samada di rumah atau pejabat.

5. AnWAR risau akan ada salinan video dihantar melalui pos kepada Azizah atau Nurul Izzah tanpa pengetahuannya. Kerana itu sebelum ini pantang ada bungkusan yang diterima di rumah atau pejabat atas nama Azizah atau Nurul Izzah, ia pasti dibuka oleh petugas dahulu atas alasan keselamatan.

6. Kini AnWAR di Sarawak, Azizah masih di KL dan hanya akan ke Kuching petang nanti. Nurul Izzah tidak dapat dipastikan, namun belum bersama 'papa hebatnya' di Sarawak. AnWAR risau semasa ketiadaan beliau memantau Azizah dan Izzah, apakah mereka tidak cuba menonton klip video tersebut?

7. Apakah tidak ada yang akan memberitahu Azizah dan Izzah bahawa sebahagian dari video tersebut tidak memaparkan adegan-adegan berat dan panas? Maknanya ia belum sampai ke tahap 'geli' untuk menonton bagi mengesahkan bahawa lelaki itu bukan suami yang pernah disifatkannya anugerah tuhan?

8. Apakah anak lelaki AnWAR, Muhammad Ehsan yang kini berada di Amerika Syarikat dijamin tidak menontonnya? Ehsan diberitakan pernah 'confront' bapanya itu dalam isu Saiful, dan sahabat-sahabat terdekat AnWAR mengetahui perkara tersebut! Apakah ahli-ahli PKR juga dijamin tidak akan menontonnya sedangkan capaian dalam laman maya begitu mudah?

Semua perkara ini bakal membuat AnWAR sakit kepala! Namun percayalah, AnWAR seboleh mungkin akan menimbulkan keraguan terhadap video tersebut. Cuma AnWAR tidak lagi boleh menyembunyikan 'bahasa badan' beliau bila berdepan isu ini. Beliau kini amat mudah naik angin, marah-marah biarpun dengan penyokong sendiri. Semuanya serba tak kena buat AnWAR sekarang biarpun masih dilihat cuba untuk mengawal perasaannya sebaik mungkin.....

Sekian

Friday, April 1, 2011

AnWAR ON DIET?

TOWEL PUTIH
(sekadar gambar hiasan)


1. "Wajahnya memang seperti saya, tapi perutnya lebih buncit dari perut saya" (dlm video tersebut). Itu komen AnWAR dlm sidang media pertama beliau mengulas isu video yang dikaitkan dengan dirinya, w/pun beliau belum lagi menontonnya. Penulis juga tidak tahu sejauh mana 'kehadapan' perut lelaki dalam video tersebut.

2. Mengenali AnWAR, beliau memang cukup menjaga penampilannya. x-pkr pernah menulis AnWAR ini metroseksual, lelaki yang cukup menjaga penampilan dirinya. Lantaran itu, penulis tidak terkejut jika ada laporan AnWAR mengunjungi spa. Beliau memang ada berkunjung ke sana terutama bagi mendapat rawatan pembersihan muka (facial).

3. Namun itu dulu, selepas saja AnWAR dikaitkan dengan kes liwat yang melibatkan Saiful, penampilan AnWAR segera berubah. Mukanya yang dulu sering dirawat rapi, kini kelihatan kusam. Rambutnya yang dulu diletak pewarna bagi menghitamkan uban yang kelihatan, kini dibiarkan saja. Juga tiada lagi kacamata berjenama dipakai AnWAR.

4. Konon setelah menjalani rawatan laser di mata beliau. Dimaklumkan AnWAR segera mengubah penampilannya bagi menarik simpati masyarakat. 'Perunding imej' AnWAR mengatakan simpati masyarakat akan berkurangan jika AnWAR terus tampil dengan penuh bergaya. Maka itu gaya penampilan beliau berubah sekarang.

5. Sumber dalaman PKR juga memaklumkan AnWAR sekarang berusaha keras 'mengempiskan' perut yang agak boroi sekarang. Dalam banyak acara-acara yang dianjurkan PKR, AnWAR memilih untuk menjamah sedikit saja makanan yang dihidangkan penganjur terutama waktu tengah malam selepas selesai ceramah.

6. Tidak mahu mengecilkan hati penganjur, AnWAR secara berjenaka menyatakan amat susah berkahwin dengan seorang doktor yang sentiasa mengawal diet pemakanannya. Satu sumber lain pula menyatakan AnWAR secara agresif mula menghentikan pengambilan nasi dengan tujuan yang sama (mengempiskan perutnya).

7. Ini ada kaitan dengan dakwaan AnWAR bahawa org yang didalam video itu lebih buncit perutnya dari beliau. Jika penyiasatan mengambil masa terlalu lama, tidak mustahil AnWAR menyelak bajunya pula selepas ini bagi menunjukkan perutnya yang 'kempis' itu. Jangan dikesampingkan samasekali kemungkinan ini.

8. Bagi orang terdesak seperti AnWAR, beliau berpotensi melakukan apa saja bagi menguatkan penafian beliau ttg kaitan dengan video tsb. Berbohong telah menjadi 'makanan' ruji AnWAR. W/pun bukti saintifik mampu menepis hujah AnWAR, AnWAR tidak peduli. Tujuan beliau hanya satu, membuat kekeliruan di kalangan masyarakat.

9. Maka itu, kepada pihak berkuasa, janganlah mengambil masa terlalu lama menyiasat kes ini. Ada benarnya juga hujah YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) mencadangkan satu badan bebas segera ditubuhkan. Choo Keong tahu AnWAR dan pembangkang tetap menolak hasil siasatan oleh pihak polis dan menjadikan politik sebagai isu nanti.

Maka itu, wajarlah penubuhan sebuah badan bebas disegerakan sebelum perut AnWAR benar-benar kempis akibat diet yang beliau amalkan sekarang ini.........