Monday, November 29, 2010

AnWAR 'BELASAH' RAKAN ABIM.

Datuk Idris Jauzi


1. Berakhir sudah Kongres PKR. Seperti biasa AnWAR tetap menabur janji. Janji akan memberi tempat kpd yang kalah walhal itu umpan agar mereka tidak lari. AnWAR juga janji akan meneliti setiap aduan oleh ahli-ahli PKR asalkan rakan 'kongsinya' Azmin sudah lepas sebagai orang nombor dua. Janji AnWAR akan tinggal janji nanti.

2. Menariknya sebelum kongres bermula minggu lepas, AnWAR hadir ke satu pertemuan dengan NGO-NGO di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Ahmad Azam Abd. Rahman, bekas Presiden ABIM dan kini Timbalan Pengerusi WADAH. Moderator perjumpaan ialah Datuk Idris Jauzi.

3. Datuk Idris Jauzi, sahabat lama ABIM yang 'opportunist', merupakan orang kanan AnWAR. Bekas seorang guru, pernah ditempatkan di Institut Aminuddin Baki dan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Biro Tata Negara. Semasa di BTN, ketua Datuk Idris ialah ANWAR, bukan Ketua Pengarah BTN.

4. Program yang dihadiri AnWAR dan Datuk Idris sebagai moderator itu menjadi medan mengutuk sahabat-sahabat lama ABIM yang kini tidak lagi atau meragui AnWAR dalam kes moral beliau. Antara yang menjadi sasaran lepas geram Datuk Idris (AnWAR hanya tersenyum mendengarnya) ialah sahabat baik AnWAR dalam ABIM.

5. 'Sahabat' yang dikutuk dan dicerca itu pernah bersama-sama AnWAR semasa awal penubuhan ABIM. Beliau juga pernah melalui pahit getir semasa awal 1999 lagi. Ketika itu Datuk Idris Jauzi dikatakan 'lari' kerana takut, nak mengaku sebagai orang AnWAR ketika itupun beliau teramat takut.

6. Sahabat ABIM yang menjadi sasaran kutukan di majlis ini pernah duduk dalam kepimpinan utama ABIM selain aktif sebagai aktivis masyarakat. AnWAR sendiri secara 'tertutup' sudah mula mengutuk dan mencerca bekas sahabatnya ini hanya kerana sahabat itu tidak mahu bersamanya dalam isu kalimah Allah dan moralnya itu.

7. AnWAR menggunakan seluruh tenaga menghubungi ABIM dan rakan-rakan peribadi untuk memujuk sahabatnya itu tadi. Apabila usahanya gagal (termasuk menggunakan Azizah), beliau mula menyerang peribadi sahabatnya itu di depan sahabat-sahabat lain. Lebih buruk lagi, AnWAR menggunakan sahabat ABIM juga untuk melancarkan serangan.

8. Selidik punya selidik, patutlah Idris Jauzi sanggup kembali menjilat kaki AnWAR. Jika dahulu Idris Jauzi sering mengadap AnWAR meminta projek, konon untuk 'menjaga' kawan-kawan ABIM yang lain walhal setiap benda itu disapunya seorang. Kini diberitakan Idris Jauzi bakal mendapat imbuhan kontrak di Selangor.

9. Patutlah kerajaan Negeri Selangor mengharamkan kursus BTN untuk kakitangan awamnya. Rupa-rupanya Idris Jauzi bakal mendapat manfaat besar apabila Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan agensi latihan mereka sendiri yang mirip fungsi BTN. Tidak mustahil kandungannya nanti juga mirip BTN kerana Idris Jauzi adalah bekas orang BTN.

Itulah AnWAR, sanggup mengkhianati kawan hanya kerana kawan itu tidak mahu lagi bersekongkol bersamanya. Yang untung ialah Idris Jauzi, seorang 'opportunist' yang dulu lari apabila AnWAR dilanda masalah, kini datang menjilat setelah AnWAR kembali menawarkan sesuatu.......

Sekian.

Thursday, November 25, 2010

AnWAR MERASUAH DAN MENGUGUT LAGI.

1. AnWAR khabarnya bakal merasuah lagi. Calon-calon pertandingan tertinggi yang tewas serta membuat bising telah dipanggil AnWAR. Mustafa Kamil Ayub yang tewas dengan majoriti besar kepada rakan kongsi AnWAR sebagai Timbalan Presiden ditawarkan AnWAR untuk menjadi Ketua Penerangan, namun dibantah Azmin.

2. Syarat ANWAR mudah saja, terima jawatan yang ditawarkan dan lupakan segala aduan yang telah dikemukakan mereka kepada J/Kuasa Pemilihan parti (JPP). Menurut AnWAR, JPP juga berada dibawah telunjuknya. Kelompok ABIM mahu Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden (lantikan) namun itu juga dibantah Azmin.

3. Ketua Penerangan yang dijanji AnWAR kepada Mustafa juga belum terjamin kerana ada bantahan dari Azmin. AnWAR pun tidak kisah ttg jawatan. Beliau boleh adakan 1001 jawatan kepada Mustafa asalkan diam serta tidak bising lagi mengenai penyelewengan pemilihan PKR. Apakah menawar dan mengugut agar Mustafa diam bukan RASUAH?

4. Calon Ketua AMK juga mengalami nasib yang serupa. Aduan BAdrul Hisham Shaharin (cikgu Bad) kepada Presiden parti telah dibakul sampahkan! Bukan saja Azizah tidak memanjangkannya ke JPP, malahan mengugut pula agar Badrul Hisham menutup mulutnya dan dijanjikan ganjaran jika berbuat demikian.

5. Badrul Hisham juga ditawarkan jawatan jawatan Ketua Penerangan PKR oleh AnWAR dengan syarat Badrul tidak bising-bising lagi mengenai aduannya. Taktik ini sama seperti AnWAR menjanjikan jawatan TPM kepada semua yang berkepentingan semasa berbohong mengenai peristiwa 16 September. Azmin juga tidak senang dengan hai ini.

Apakah jika hal ini dilakukan oleh orang selain AnWAR, ianya RASUAH? Apabila AnWAR yang melakukannya, mahu dikatakan apa? Menawar dan mengugut bagi memperolehi manfaaat darinya bukankah rasuah? Menyalahguna kedudukan bagi memperolehi manfaat darinya bukankah salahguna kuasa?.... AnWAR memang cakap tak serupa bikin.........

Sekian.

Monday, November 22, 2010

SEMPURNALAH KEDIKTATORAN AnWAR

1. Penulis sengaja memilih tajuk di atas. Samada ianya betul dari segi tatabahasa, penulis tidak pasti. Yang benar-benar pasti, AnWAR memang diktator menerajui PKR. AnWAR memekakkan telinga, membutakan mata melihat apa yang berlaku dalam PKR kini. Suara akar umbi PKR yang mahu melihat demokrasi tulen diabaikan.

2. Semalam berakhirlah proses pemilihan parti politik yang paling kotor dan kontroversi dalam sejarah negara. Azmin menang dengan begitu selesa. Itulah yang AnWAR mahukan. SElepas ini AnWAR mengatakan isyarat jelas dari ahli mahukan Azmin sebagai orang nombor 2 parti walhal prosesnya diselubungi pelbagai isu dan kontroversi.

3. HAsrat AnWAR menobatkan 'buah hatinya' kini lunas. Betapa AnWAR senyum puas berjaya memenuhi hasratnya dan Azmin. Betapa juga AnWAR tersenyum puas melihat sahabat-sahabatnya dalam ABIM PKR yang berjaya dimanipulasinya. Betapa juga AnWAR ketawa terbahak-bahak melihat semua orang dalam PKR tunduk kepadanya.

4. Yang lebih penting mesej AnWAR kepada pendukung PKR, "siapa yang melawan aku akan disembelih dalam PKR". Polisi AnWAR dalam PKR, 'ikut apa yang aku cakap, jangan ikut apa yang aku buat'. Ini amalan banyak pemimpin munafik dalam dunia sekarang, disaat mereka menyuruh berbuat kebaikan, mereka sendiri yang memulakan kejahatan.

5. Presiden PKR sekarang hanya ibarat 'patung bernyawa'. Suisnya dipegang oleh AnWAR dan Azmin kini. Ini hasil perkongsian bijak AnWAR-Azmin. AnWAR-Azmin berkongsi banyak 'subjek' dalam kehidupan mereka dengan pengetahuan Azizah yang ibarat melukut di tepi gantang. Ada atau tidak sama saja..

Semalam adalah hari gelap bagi demokrasi dalam PKR. AnWAR yang menegang suis utama dalam PKR bertindak mengawalnya sesuka hati beliau. Ini adalah manifestasi betapa AnWAR memerintah PKR secara kuku besi. Disaat AnWAR melalak seantero dunia tentang demokrasi (perasan pulak tu tu beliau sama dengan Aung San Su Kyi..hahaha), beliau mengendalikan partinya umpama seorang diktator yang langsung tidak boleh menerima teguran....

Sekian.

Tuesday, November 16, 2010

AnWAR TETAP 'DI BELAKANG' AZMIN.

1. Saat artikel ini ditulis, AnWAR dikhabarkan masih berada di Australia, tiada ahli keluarga atau PKR yang mengiringi beliau. Atas biaya apa AnWAR di sana? Apakah melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor? ADUN BN Selangor harus menggunakan sidang DUN sekarang untuk menanyakan soalan ini kepada MB Selangor!

2. Kemelut yang melanda PKR kini langsung tidak diendahkan AnWAR. Beliau membisu seribu bahasa mendepani bantahan ahli-ahli PKR sendiri samada secara terbuka atau senyap terhadap diri beliau dan 'perkongsian' istimewa beliau bersama Azmin Ali. Ibarat orang pekak dan bisu, AnWAR diam seribu bahasa terhadap isu ini.

3. Kasihan Saifuddin Nasution, setiausaha agung yang benar-benar mahu mengambil hati AnWAR dengan melaksana apa jua arahan AnWAR biarpun menyerlahkan kebodohan beliau! Jelas Saifuddin nampak letih menjawab semua persoalan di sebalik keraguan terhadap undi yang diperolehi oleh Azmin. AnWAR tetap lepas tangan.

4. Manakala Azizah kekal menjadi Presiden 'boneka', malahan semakin teruk. Boleh disifatkan Azizah kini adalah presiden 'patung' kerana jika boneka beliau masih boleh bergerak. Kini beliau menjadi patung kerana tidak mampu langsung untuk bersuara mengenai kemelut PKR biarpun AnWAR berada di luar negara meninggalkan Azizah di sini!

5. Personaliti yang bersungguh mahu meniru AnWAR 100%, Mustafa Kamil Ayub juga semakin terjerat dengan politik licik AnWAR. Bermula dengan garang memberi tempoh 48 jam intuk parti melakukan perubahan, akhirnya akur setelah 'terpedaya' lagi dengan ayat-ayat cinta AnWAR kepada beliau. Penulis pernah menyatakan Mustafa memang tidak berani.

6. Mustafa Kamil hanyalah 'umpan' untuk membuktikan Azmin memang dikehendaki akar umbi PKR apabila dijangka menang besar nanti serta menguasai sekitar 90% undi. Hasrat Saifuddin pula dimanipulasi AnWAR untuk mencuci segala 'najis' yang dibuang oleh 'perkongsian' AnWAR-Azmin yang teramat memualkan itu.

7. Begitulah AnWAR, sering lari untuk mendepani isu secara serius. Membiarkan orang lain menjawab segala persoalan bukanlah pemimpin yang 'jantan'. Mungkin jantan AnWAR hanya jantan palsu, itu pun mungkin ketika bersembunyi dibelakang Azmin. Manakala Azizah terus dibiarkan diam biarpun sudah mengadap AnWAR akibat tekanan terhadapnya kini.......

Sekian.

Wednesday, November 10, 2010

KAWAN & MUSUH AnWAR DLM PKR

1. Nama-nama yang bakal disebut berkaitan tajuk di atas adalah pandangan peribadi penulis berdasar pengalaman bersama mereka suatu ketika dahulu.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail - isteri AnWAR yang dipermainkan perasaanya. Sering diherdik AnWAR serta tidak boleh membuat keputusan. Diletak sebagai Presiden oleh AnWAR hanya sebagai 'simbol' bagi menagih simpati masyarakat. Banyak tindakan AnWAR yang tidak dipersetujuinya, namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Dr. Syed Husin Ali - Timbalan Presiden yang juga burung kakaktua seperti Azizah, hanya menurut cakap AnWAR w/pun tahu kepincangan yang berlaku dalam PKR. Menggambar dirinya penuh moral dan intergriti walhal mengutamakan 'tembolok' sendiri dengan mengorbankan PRM demi mengejar cita-cita peribadi.

Azmin Ali - Kesetiaannya kepada AnWAR melebihi segalanya. Memetik kata-kata Datuk Nalla, teman baik AnWAR dahulu, "Tiada siapa dapat menandingi kesetiaan Azmin terhadap AnWAR w/pun ahli PKR sendiri kerana dihalang prinsip agama, nilai dan moral". Begitu sekali kesetiaan Azmin hingga dinilai begitu sekali.

Lee Boon Chye - Dilihat rasional dalam parti, namun sering akur dengan AnWAR. Sebarang penyelewengan AnWAR tidak akan disanggah. Sangat terhutang budi dengan AnWAR dan PKR yang membawa namanya begitu 'besar' dalam kancah politik negara. Tidak berpotensi untuk melawan kerana lebih mementingkan kedudukan sendiri dlm PKR.

Mustafa Kamil Ayub - Sering dipergunakan oleh AnWAR di saat terdesak. Sanggup mendekati Azmin bagi mendapatkan perhatian AnWAR, biarpun diketahui Azmin tidak langsung menyukai beliau. Kini jelas mengetahui putar-belit AnWAR dalam PKR. Dijangka tidak membuat keputusan mengejut w/pun kelihatan serius kali ini.

Tian Chua - Kurang digemari AnWAR dan Azmin kini kerana sering gagal dalam misi jalanan arahan AnWAR. Tambahan pula terpalit dgn pelbagai masalah mahkamah spt gigit polis dan langgar hingga sebabkan kematian. Ahli PKR yang setia namun tidak cukup setia kepada Azmin dan AnWAR. Agak vokal dalam mesyuarat PKR.

Saifuddin Nasution - 'froggy politician' yang dari PAS (zaman pelajar di UPM) ke UMNO, kemudian ke PAS kembali dan kini bersama PKR. Memang tidak sebulu dengan Azmin dari dulu lagi malahan menyebut Azmin punca masalah PKN/PKR dari 1999 lagi. Seorang yang oppurtunist, sanggup korbankan prinsip demi penuhi cita-cita peribadi.

Shamsul Iskandar - Ketua AMK 'by accident'. Naik gantikan Ezam yang keluar PKR. Sangat berusaha untuk mendekatkan diri dgn AnWAR dan Azmin. Beliau berjaya w/pun tahu dirinya dipergunakan. Mendapat 'tempat' di geng Azmin w/pun AnWAR tidak menyukai beliau. Berperanan sebagai pengampu AnWAR dan Azmin saja saat ini.

Zuraidah Kamaruddin - Juga dikenali sbg 'Taliban' krn pakaian beliau. Kini dah berubah dan kelihatan lebih 'ranggi'. Azmin 'loyalist' semata-mata mahu kekal mendapat perhatian AnWAR. Tidak berpotensi langsung untuk menyanggah AnWAR. Zuraidah juga tidak boleh pergi langsung dengan Presidennya sendiri, Wan Azizah.

Akan bersambung nanti.......

Tuesday, November 9, 2010

AnWAR MASIH MEMPERBODOHKAN ABIM (III) [MUSTAFA KAMIL DIPUJUK TIDAK TARIK DIRI]

1. Roda PKR kini makin berputar ke bawah sederas putaran pimpinan PKR membelit tentang isu Zaid Ibrahim. Biasa bagi mereka untuk terus menyalahkan siapa juga yang meninggalkan perjuangan AnWAR yang songsang itu. Bagi mereka AnWAR tetap 'maksum' dan 'suci, malahan mufti-mufti yang menegur AnWAR juga akan di tempelak.

2. Mustafa Kamil ketika menjadi setiausaha politik TS Muhyiddin di Kementerian Belia dan Sukan mahu melawan Ketua UMNO Pasir Salak. AnWAR seperti biasa main tarik tali. Setelah Mustafa tewas, AnWAR menyatakan Mustafa tidak pernah mendapat restunya malahan beliau melarang Mustafa melawan Ketua UMNO bahagian.

3. Begitu juga ketika Mustafa berhasrat mahu melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden baru-baru ini, AnWAR melarang setelah Mustafa beria-ia serta mendapat sokongan fraksi ABIM dalam PKR. Malahan Mustafa telah dimaki oleh AnWAR! Sumber x-pkr memaklumkan, En. Romli Ishak yang menceritakan kepada beliau.

4. x-pkr tidak mengenali En. Romli Ishak, cuma dimaklumkan En. Romli adalah orang kanan Datuk Dr. Wan Ismail, bapa kepada Azizah. Menurut ceritanya lagi, fraksi ABIM dlm PKR telah bermesyuarat dan mahu menarik balik sokongan mereka kepada AnWAR. Namun seperti biasa AnWAR mudah saja mengendalikan mereka melalui pujukannya.

5. Tak tahu apa ayat-ayat cinta yang diguna AnWAR bagi mengaburi pandangan mereka. BAgi AnWAR, fraksi ABIM dalam PKR terlalu mudah dikendalikan. Panggil datang rumah, makan-makan, tunjuk muka kesian sikit, tepuk-tepuk bahu, selesai! Nyata AnWAR memanipulasi ketaksuban fraksi ABIM terhadapnya.

7. Setelah Zaid menggegar AnWAR dengan penarikan diri beliau, tindakan pertama AnWAR adalah memastikan Mustafa Kamil juga tidak berbuat demikian! Ini bagi menunjukkan imejnya bahawa ada demokrasi dalam PKR biarpun diselubungi penipuan. Yang penting bagi AnWAR, proses pertandingan jawatan no. 2 mesti berlaku.

8. Jika Mustafa juga tarik diri, maka hancurlah imej AnWAR di mata dunia. Beliau malu kerana saingan Azmin menarik diri kerana tidak percaya dengan sistem 'pertandingan' ciptaannya dalam PKR. AnWAR mahu sistem ciptaan beliau itu diteruskan kerana ia amat bergantung pencapaian beliau nanti.

9. Tidak kira b/mana perjalanan sistem itu nanti, yang penting bagi AnWAR adalah hasilnya. Beliau akan mendabik dada menyatakan Demokrasi tetap wujud dlm PKR. Kecacatan dalam sistem adalah tohmahan mrk yang cemburu atau masih boleh diperbaiki. Maka nanti sistem ciptaannya akan dicanang yang paling baik untuk demokrasi.

Jika Azmin menang percuma, ia tamparan hebat bagi AnWAR. Azmin juga begitu, beliau mahu besar bagi beri gambaran beliau diterima memang diterima ahli. Yang jadi mangsa serta dipijak-pijak adalah Mustafa yang jadi kambimg hitam menyelamatkan imej AnWAR. Sehingga cerita ini ditulis, Mustafa masih terus dipujuk oleh agen-agen AnWAR agar terus bertanding menentang Azmin biarpun AnWAR sendiri pada mulanya tidak mahu Mustafa bertanding........

Monday, November 8, 2010

AnWAR MASIH MEMPERBODOHKAN ABIM (II)

1. Sah! Zaid Ibrahim bakal mengundurkan diri dari persaingan kerusi nombor 2 PKR. Tidak puashati barangkali. Telah ada ura-ura Zaid bakal melompat lagi ke parti berbilang kaum yang sangat 'telus' serta bersistematik DAP. Kita tunggu saja pengumuman Zaid nanti. Apa yang boleh disahkan mmeamng trelah ada rundingan membvawa Zaid ke DAP.

2. Kini tinggal Mustafa Kamil Ayub yang terlebih perasan boleh menyaingi Azmin dalam kerusi nombor 2 PKR. Mustafa Kamil akan diprojek untuk membayangkan demokrasi masih lagi wujud dalam PKR. Ini strategi AnWAR setelah imej PKR tercalar teruk dari amalan baling kerusi hingga ke penjualan kertas undi kepada calon yang diterajui Azmin Ali.

3. Geng-geng ABIM masih dibelai AnWAR bahawa mereka adalah pejuang 'demokrasi' sebenar, kononnya la. Konon juga geng-geng ABIM ini pejuang setia yang komited kepada perjuangan walhal AnWAR memanipulasi kesetiaan mereka yang membabi buta. Mereka masih dibuai nostalgia ketika AnWAR meminpin ABIM walhal AnWAR telah jauh menyimpang.

4. Ketika AnWAR dipecat 1998, ABIM dilobi oleh Azizah (tentunya arahan AnWAR) untuk menyokong AnWAR melalui Persidennya ketika itu, Ahmad Azam. Tambahan pula Azam adalah menantu Allahyarham Puan Salmiah Ahmad, bekas Ketua Wanita UMNO Ptg. Pauh zaman AnWAR menjadi Ketua UMNO bahagian di situ.

5. Maka dihantarlah Mohd. Annuar Tahir, Dr. Mohd Nor Nawawi, Dr. Muhammmad Nur Manuty, Dr. Ghazali Basri, Mustafa Kamil dan ramai lagi. Pemilihan pertama PKR (PKN tika itu) menyaksikan geng-geng ABIM dikhianati AnWAR apabila AnWAR menyokong Abd. Rahman Othman menentang Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai Timbalan.

6. Selepas itu tahun 2003, Mohd Annuar Tahir digantikan sebagai s/u agung PKN apabila AnWAR menyifatkan Annuar Tahir hanya layak menjadi s/u agung NGO sahaja, bukan parti politik, sedangkan Annuar Tahir berkorban sejak awal lagi. Manakala Kamaruddin Jaafar diarah AnWAR menyertai PAS untuk kepentingan dirinya.

7. Mustafa Kamil juga pernah dikhianati ANWAR apabila AnWAR mengarahkan Mustafa KAmil dikalahkan dalam pertandingan Timbalan Ketua AMK semasa 2001 di Kemaman (berlawan dengan Saifuddin ketika itu). Arahan adalah melalui nota dari penjara Sungai Buloh yang sentiasa dicanangkan Azmin sebagai 'wahyu' dari AnWAR.

8. Kini Annuar Tahir, Dr. Ghazali Basri, Dr. Yusri Mohamed, Dr. Sidek Baba telah meninggalkan AnWAR dan PKR. Yang masih tinggal serta aktif hanyalah Dr. Muhammad Nur Manuty (datang kembali) dan Mustafa Kamil. Mereka meninggalkan AnWAR lantaran sikap AnWAR yang jelas memanipulasi kesetiaan mereka kepada AnWAR.

Selepas AnWAR keluar penjara, beliau sedar banyak sahabat-sahabat ABIM telah meninggalkannya dan ini memberikan imej tidak baik untuk dirinya. MAka misi AnWAR memujuk mereka dimulakan. Ikuti sambungan seterusnya dalam siri berikut nanti....