Wednesday, April 27, 2011

AnWAR PERCAYAKAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA.


1. Tidak sukar menjangkakan tindakan AnWAR mengadakan sidang akhbar semalam. AnWAR nyatakan tiada sebab mahkamah meneruskan perbicaraan (memanggil AnWAR membela diri) melainkan untuk memuaskan hati DS Najib dan DS Rosmah. Mudah sungguh AnWAR bercakap seolah-olah tiada langsung fakta dalam perbicaraan kes liwatnya.

2. Ini taktik biasa AnWAR! Sebelum apa-apa, beliau mesti melontarkan 'bom asap' bagi mengaburi pandangan umum terutama penyokong tegar beliau. Sekiranya 16 Mei ini hakim Dato' Zabidin membuat keputusan AnWAR perlu membela diri, maka AnWAR akan berkokok mengatakan mahkamah dipengaruhi oleh anasir politik.

3. Perbicaraan kes 1998/1999 juga mengalami senario yang sama. AnWAR awal-awal telah menyatakan tidak ada keadilan dalam perbicaraan. Penyokong pun percaya! Namun AnWAR tetap percaya ada keadilan dalam sistem perundangan negara. Beliau telah mengemukakan rayuan demi rayuan hinggalah dibebaskan 2004.

4. Seminggu sebelum 2 September 2004, AnWAR telah mengarahkan 'panglimanya' menyebarkan berita bahawa Dr. Mahathir yang telah meletak jawatan ketika itu cuba campurtangan agar hakim tidak berpihak kepada AnWAR. AnWAR juga menyatakan ini cubaan terakhir beliau dan mahkamah akan tetap tidak membebaskannya.

5. Namun perancangan Allah tiada siapa yang dapat menghalang! AnWAR bebas pada 2 September 2004. Perasaan gembira AnWAR dibebaskan menyebabkan penyokong alpa kenyataan AnWAR sebelumnya yang awal-awal menyatakan beliau tidak akan dibebaskan! Lantas timbul cerita baru dari AnWAR, mahkamah cukup adil serta tiada c/tangan luar!

6. Begitu juga dengan p/raya Sarawak, belum pun habis proses pengundian, konon pakatan telah menang. AnWAR mahu menanamkan perasaan menang kepada penyokongnya. NAmun bila keputusan sebenar diumumkan, mereka tewas! Maka cerita lain pula timbul. SPR dipersalahkan kerana tidak telus serta berpihak dlm menjalankan tugas.

7. Penyokong yang telah dibayangi 'bom, asap' AnWAR akan terus percaya tanpa berfikir panjang. Begitu juga dalam kes liwat ini nanti, jika AnWAR dipanggil untuk membela diri, penyokong akan percaya mahkamah tidak adil kepada AnWAR, walhal sebenarnya AnWAR yang memanipulasi ketaksuban mereka itu.

8. Namun dalam masa yang sama, AnWAR akan terus bersilat meneruskan perbicaraan kerana beliau mengharapkan senario 2004 akan berulang. Jika AnWAR didapati bersalah dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi ini, saya yakin AnWAR akan merayu ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Jika AnWAR sendiri tidak yakin dengan sistem perundangan negara, percayalah, beliau akan lari keluar negara jika didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi nanti. Beliau tidak akan merayu kerana tidak yakin dengan sistem perundangan negara. Namun percayalah, manusia sesumpah hipokrit ini tetap akan merayu sebelum membuat keputusan lari jika rayuannya ditolak........

No comments: