Monday, December 21, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR (2)

1. AnWAR semakin tertekan. Gerakerja beliau kebelakangan ini membuktikannya. Bermula dari arahan ceramah 40 hari oleh AMK, kemunculan semula PI Bala, menumbangkan kerajaan di Parlimen, dan terkini konvensyen PR di Shah Alam. Semuanya mahu memanipulasi pemikiran umum bahawa beliau mahu berkuasa mahu melakukan sesuatu!

2. KAli ini sisa peluru AnWAR adalah menggunakan individu berpengaruh bagi melindungi kelemahan beliau. Beliau kini menggunakan Datuk Nik Aziz melindungi apa saja yang beliau mahu lakukan. Beliau tahu Nik Aziz punya sentimen agama yang mampu mengaburi mata umum. Kerana itu beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Nik Aziz.

3. Beliau tahu tanpa menyatakan apa-apa, bayangan Nik Aziz akan selalu melindungi beliau. Jika timbul sesuatu isu, beliau akan mengadap Nik Aziz di Kelantan. Begitu juga dalam beberapa isu mengenai pakatan pimpinannya, Nik Aziz akan dijadikan perisai melindungi serta menghalalkan tindakan AnWAR. Walhal, AnWAR hanya menggunakan Nik Aziz.

4. DAlam mempertahankan apa yang berlaku sekarang, jelas AnWAR amat mengharap Nik Aziz akan membela beliau dalam isu liwat. W/pun tidak meminta, AnWAR amat mengharapkannya. Namun hingga kini Nik Aziz lebih memberi tumpuan kepada isu pakatan. AnWAR amat mengharapkan Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa AnWAR tidak bersalah dalam hal liwat.

5. Ini sebenarnya tujuan AnWAR, taktik yang beliau guna dahulu dengan menggunakan Datuk Harun Din setelah dituduh meliwat pada 1998. Teman-teman lama dalam PKR mengesahkan taktik AnWAR ini. FAtwa yang dibuat oleh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Taha Jabir kurang diterima pakai di negara ini kerana mereka tidak punya sokongan politik dan golongan akar umbi di Malaysia.

6. Yang diperlukan AnWAR adalah seorang tokoh agama tempatan yang punya pengaruh ke atas masyarakat akar umbi di sini. Maka itu AnWAR harus 'dilihat' rapat dengan mereka. Golongan agama yang neutral dilihat AnWAR kurang memberi impak. Tok-tok Guru pondok hanya berpengaruh terhadap pelajar mereka dan kurang dikenali. W/pun imej Nik Aziz telah tercalar kebelakangan ini, AnWAR melihat Nik Aziz masih mampu mempertahankannya secara tidak langsung.

7. Cuma sekarang AnWAR amat-amat berharap Nik Aziz akan bersuara mengenai kes liwatnya bagi membuat persepsi AnWAR tidak bersalah. Maka itu beliau bersungguh-sungguh cuba menawan hati Nik Aziz. Nik Aziz juga bijak mengambil kesempatan dari sokongan AnWAR! Hingga kini beliau masih belum mahu membicarakan soal liwat AnWAR atau mungkin tidak mahu membicarakannya langsung!

Adat dunia memang begitu. Jika kita sering menanggap diri kita yang paling bijak, maka akan ada orang lain yang lebih bijak dari kita......................

Sekian.

Friday, December 11, 2009

SANTAI HUJUNG MINGGU

Sebuah hikayat dongeng menceritakan perihal ketua dan pembantunya yang tidak diketahui siapa ketua dan siapa pembantunya, biarpun hirarki dalam pemerintahan amat jelas kedudukannya. Al Kisah, pada suatu musim yang berkaitan, si pembantu kepada ketua berhasrat berkunjung ke luar negara bagi satu tempoh yang tidak lama..........

Dihadapan rakyat jelata yang setia menyokongnya, si pembantu mengemukakan permohonan kepada si ketua bagi menyempurnakan tujuannya dan dibenarkan oleh sang ketua dengan hati yang berat. Bukannya apa, sang ketua ini jarang berpisah dengan pembantunya yang amat setia serta mengetahui rahsianya luar dan dalam!

Selepas pembantunya berangkat, rakyat jelata semakin menyedari sang ketua sering memakai baju dan seluar berjenama BOSS. Setelah seminggu di luar negara, si pembantu menalipon teman-temannya di sini dan dia dimaklumkan akan perubahan yang melanda ketuanya itu.....Si pembantu agak marah pabila dimaklumkan perubahan ketuanya itu!

Setelah menyelesaikan urusannya di luar negara, si pembantu ini pulang kembali ke tanahair. Para penyokong yang menyambut kepulangannya amat terperanjat dengan perilaku si pembantu ketua mereka. Si pembantu ini memakai pakaian berjenama BOSSINI semasa pulang dan kekal dengan jenama tersebut w/pun telah lama pulang! Sang ketua pula tidak lagi memakai jenama BOSS setelah si pembantu pulang...............

Bingunglah penyokong memikirkan siapa sebenarnya ketua mereka.........

Sekian.

p/s: saya akan kembali menyambung artikel sisa-sisa 'peluru' AnWAR minggu hadapan. Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut pelbagai undangan SAbtu dan Ahad ini.

Tuesday, December 8, 2009

SISA-SISA 'PELURU' AnWAR

1. AnWAR sekarang sudah boleh menghitung hari sebagai orang yang bebas di bumi Malaysia. Beliau sudah mula menghantar 'signal' kepada rakan-rakan luarnya bahawa beliau bakal dikenakan tindakan atas sikap dendam pemimpin negara terhadapnya yang tidak kunjung padam...kononnya la!!

2. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan orang lain. AnWAR wajar menyalahkan dirinya sendiri atas segala apa yang berlaku. Namun seperti biasa, AnWAR tetap mahu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku bagi menutup sebarang keburukan dan kesalahan yang telah dilakukannya.

3. Saya akan cuba mengulas beberapa 'talian hayat' yang akan digunakan AnWAR bagi menghidupkan sisa-sisa peluang memanjangkan 'talian hayatnya'. Yang terkini AnWAR bakal menggunakan konvensyen Pakatan pimpinannya untuk menyatukan ahli gabungan agar menyokongnya.

4. Isu yang bakal digunakan sebagai 'penyatu' adalah tuntutan royalti minyak oleh Kelantan. AnWAR melihat isu ini menguatkan sokongan PAS kepadanya kerana tidak kira ulama' atau erdogan, PAS bersatu dalam hal ini. Tindakan PAS mendodoikan isu ini sebagai penindasan dan kezaliman juga berkait rapat dengannya.

5. AnWAR langsung saja akan mengaitkan dirinya juga sedang difitnah dan dizalimi oleh pemerintah yang kejam. Sentimen ini akan mengundang simpati dari rakyat yang dikelirukan oleh manipulasi minda AnWAR. Beliau tidak putus-putus menggambarkan kerajaan pusat sebagai kejam.

6. Penglibatan Tengku Razaleigh juga adalah bonus buat AnWAR. Soal Ku Li akan menyertai kaukus itu nanti atau tidak, tidak penting buat AnWAR. Yang penting buat AnWAR, Ku Li telah bercakap nada yang sama dengannya. AnWAR juga akan berkata UMNO/BN sendiri juga sanggup menganiayai Ku Li, ahli mereka sendiri.

7. Isu royalti ini juga bakal memancing minat Sabah dan Sarawak untuk turut serta. AnWAR tahu dari segi undang-undang perlembagaan, mustahil bagi Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk memenangi kes ini. Namun yang penting baginya adalah PERSEPSI bahawa kerajaan pusat itu zalim!

Ini antara sisa-sisa peluru yang akan AnWAR gunakan menyerang kerajaan pusat. Ditambah dengan kepakaran AnWAR menambah pelbagai perasa dalam serangannya (w/pun sering menggunakan bahan yang sudah basi), isu ini bakal menyatukan pakatan dan menarik minat rakyat yang akan terpesona dengan 'ayat-ayat cinta' AnWAR.......

Persoalan yang timbul sekarang, di pihak kerajaan pusat, apa yang mereka buat untuk menangkis dakyah-dakyah AnWAR ini. UMNO, BN sepatutnya sudah kehadapan dalam menjangkakan isu yang bakal dibawa AnWAR! Namun sebaliknya berlaku, kerajaan nampaknya sedang terperangkap dalam beberapa isu kebelakangan ini.......Benarlah kata negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir, "Melayu memang mudah lupa"...........

Sunday, December 6, 2009

KENAPA AnWAR CACI PM AUSTRALIA.

1. Perkembangan terkini sosio-politik tidak memihak kepada AnWAR. Bermula cercaan penyambung lidah Yahudi - Far Eastern Economic Review yang melabelkan AnWAR sebagai 'chameleon', lawatan ke Amerika Syarikat yang dikira gagal, perkembangan politik tanahair yang begitu kucar-kacir bagi pakatan pimpinannya. Paling terkini, penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuik menggugurkan kes liwat dan lawatannya ke Australia yang juga dikira gagal mencapai misinya.

2. Di Australia, AnWAR ditemani Dr. Rahim Ghouse, sang arab celup yang bermastautin di sana. Mengetuai sebuah koperasi 'islam' di Melbourne, Dr. Rahim Ghouse banyak mengatur program-program menaikkan nama AnWAR di sana. Seperti di Amerika Syarikat, AnWAR banyak menyalurkan wang kepada kumpulan pelobi-pelobi bagi menaikkan namanyha di Australia. Dari zaman Gareth Evan menjadi Menteri Luar Australia sehinggalah kepada Alexander Downer di zaman John Howard PM Australia, AnWAR begitu mahsyur di sana.

3. Anaknya Ehsan pernah bersekolah disana dibawah kelolaan Sheikh Umar Hallak, dengan urusan yang cukup mudah. Imigresen Australia begitu bertolak ansur dengan proses kemasukan Ehsan dan toleran dengan Sheikh Umar Hallak yang menguruskan sebuah sekolah di sana (Australia dikenali sebagai negara yang beitu tegas dlm undang-undang Imigresen serta tidak 'muslim friendly'). Rangkaian Gareth Evan dan Alex Downer yang mengatur serta memudahkan segala urusan AnWAR di sana.

4. Tentunya rangkaian ini berkait rapat dengan Gerakan Muslim Liberal serta agenda tersembunyi yang didokong oleh Amerika Syarikat. Ketika itu John Howard adalah sekutu rapat Amerika Syarikat yang diketuai oleh George Bush Jr. yang banyak melanyak islam secara terang-terang. Alex Downer (bekas Menteri Luar Australia) pula adalah keturunan Yahudi yang masih punya keluarga di negara haram Israel. Beliau banyak menyusahkan umat islam di Australia tetapi begitu baik dengan AnWAR.

5. Zaman berubah, w/pun Amerika tetap Amerika dan Australia tetap Australia, namun kepercayaan mereka kepada AnWAR kian pudar. Di Australia, AnWAR sudah hilang tempat bergantung. Pengaruh Gareth Evan dan Alex Downer kepada PM baru Australia adalah 'zero'. Percubaan AnWAR sedikit berjaya apabila Menteri Luar Australia yang baru, Stephan Smith 'memberi muka' kepada Gareth Evan (bekas Menteri Luar Australia) yang memohon beliau menemui AnWAR. Namun PM Kevin Rudd tetap tidak 'beri muka' kepada AnWAR.

6. Bila tidak dapat bertemu, maka dicacilah PM Australia itu. Sebenarnya AnWAR bukan sahaja tidak dapat menemui PM Australia, PM Singapura dan Presiden Indonesia juga tidak dapat ditemui AnWAR! Kenapa AnWAR tidak mengherdik mereka? Ini helah politik AnWAR mengaburi minda penyokongnya. PM Singapura tidak diherdik kerana menjaga sensitiviti masyarakat Cina yang menyanjung Singapura. Presiden Indonesia tidak diherdik bagi menjaga hati rakan-rakan Indonesia yang banyak membantunya selama ini.

7. Di Thailand, AnWAR berjaya menemui Presiden Abhisit Vejajiva atas permintaan Gabenor Bangkok dari Parti Demokrat, Putera Sukhumvand yang punya pertalian rapat dengan Raja Bhumiphol. Mungkin sebagai PM baru, Abhisit harus mencari jalan berbaik dengan raja mereka. Di Australia, tiada apa-apa kepentingan PM Kevin Rudd mahu menemui AnWAR. AnWAR ke sana pun tidak mewakili negara atau Parlimen Malaysia. Beliau ke sana mewakili dirinya bagi program yang tidak diiktiraf kerajaan Australia pun.........

Nilailah sendiri hipokrasi AnWAR ini. Semasa di Manila, Wan Azizah sudi diterima Joseph Estrada dalam lwatan peribadinya, AnWAR menyatakan Estrada sahabat sejati dan menjunjung demokrasi. Duta Malaysia ketika itu DAtuk Arshad Hussein membantah bagi pihak kerajaan Malaysia. AnWAR menyatakan Malaysia mencampuri hal ehwal dalaman Filipina! Ketika Madeline Albright sudi menemui Wan Azizah semasa persidangan APEC di KL, KL membantah secara rasmi namun tidak dihirau Albright. AnWAR mengatakan KL tidak tahu menghormati tetamu.......

Kini AnWAR mencerca PM Kevin RUdd di bumi Australia! Tidakkah ini telah mencampuri urusan dalaman negara Australia. Tidakkah AnWAR begitu biadab sehingga tidak tahu menghormati tuan rumah? Nilaikanlah sendiri.................

Tuesday, December 1, 2009

SERAMPANG DUA MATA AnWAR, AZMIN & DAP

1. ADUN golongan muda yang mendesak Selangor menghentikan program BTN pasti tersenyum sekarang. Manakan tidak, tuntutan yang dilontar disambut pelbagai pihak samada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Kerajaan negeri segera menyambut dengan pengumuman larangan agensi kerajaan negeri terlibat dengan program BTN. Manakala kerajaan pusat pula terlalu 'apologetic', mahu segera merubah kurikulum program!

2. Sumber dalaman yang rapat dengan ADUN tersebut memberitahu, ADUN tersebut telah 'lulus ujian' dengan isu ini. Sekian lama ADUN tersebut berdamping dengan Azmin, baru kini 3A membuka mata terhadapnya. Dengan arahan Azmin (tentunya restu dari AnWAR), ADUN tersebut telah menyerang BTN dengan serampang dua mata. Mahu memalukan TS Khalid Ibrahim dan Datuk Dr. Hassan Ali serta mahu mencari populariti bagi dirinya.

3. Mereka sedia maklum Khalid Ibrahim dan Hassan Ali terlibat secara aktif dengan program BTN sebelum ini. Maka ini ruangan yang baik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan Azmin di Selangor. Khalid dan Hassan Ali perlu dimalukan terus-terusan bagi menghancurkan karektor mereka serta menghilangkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Tentunya DAP yang menjalankan jarum sekian lama!

4. AnWAR, Azmin, Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar telah bekerjasama lama mengkaji dari sudut manakah yang terbaik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan mereka. Khalid Ibrahim w/pun begitu bertolak ansur dengan DAP, tetapi tidak pernah 'memberi muka' kepada Azmin. Manakala Hassan Ali tidak bertolak ansur langsung dengan Azmin dan DAP. Maka itu mereka perlu diserang dalam dalam pakatan pembangkang sendiri.

5. DAP menggunakan AnWAR dan Azmin bagi melenyapkan pengaruh Hassan Ali, manakala Azmin atas arahan AnWAR menggunakan ADUN muda tersebut bagi menghancurkan imej Khalid Ibrahim. AnWAR pasti berdendam dengan Khalid kerana menawarkan beliau gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor. Biarpun bersilat menjawab soal RM1, umum tahu Khalid sengaja mahu memalukan AnWAR dengan tawaran itu. Azmin juga secara terbuka memberitahu penyokongnya, TS Khalid begitu biadab bila mengumumkan tawaran tanpa berbincang dengan AnWAR sendiri!

6. ADUN muda ini tentunya mahu berada dalam lingkungan AnWAR dan Azmin bagi meningkat naik dalam PKR. Dikhabarkan dalam pemilihan PKR selepas ini, beliau ditawarkan bersama 'kapal AnWAR dan Azmin' dengan jawatan nombor dua dalam Angkatan Muda setelah lulus dengan cemerlang melontarkan isu ini. Bonus pula apabila kerajaan pusat memberi maklumbalas akan mengkaji semula kurikulum BTN. Tambah popularlah ADUN tersebut di kalangan penyokongnya.

Inilah yang tersirat di sebalik isu BTN oleh pakatan pembangkang di Selangor. Pulau Pinang yang tidak tahu apa-apa mahu segera mengikut. TKM 1 digunakan untuk menghentam BTN sedangkan beliau juga pernah terlibat dalam program-program BTN. KM P.Pinang hanya tersenyum memerhatikan betapa 'bebal' seorang Melayu menghentam program yang beliau sendiri pernah terlibat.

Namun seperti biasa, AnWAR akan tetap menyalahkan kerajaan pusat nanti, walhal dia sendiri yang mencetuskan keadaan ini. Kerajaan pusat juga tidak perlu 'apologetic' dalam menangani isu ini. Jangan terlalu memberi ruang kepada AnWAR dengan memberi maklumbalas setiap apa yang AnWAR lontarkan. Teruskan dasar yang selama ini terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan jangan terlalu melayan AnWAR kerana manusia ini mempunyai nafsu yang terlampau serta tidak pernah puas dengan apa yang telah diberikan............

Sekian.

Monday, November 30, 2009

AnWAR JUGA GUNA BTN

1. Bercabang sungguh lidah manusia ini demi kelangsungan 'survival' politiknya. AnWAR, Khalid Ibrahim dan Hasan Ali pernah menjadi sebahagian dari Biro Tatanegara (BTN) dan hari ini mereka mencaci organisasi yang pernah mereka beroleh manfaat darinya. AnWAR bukan setakat beroleh manfaat besar dari BTN, malah terlibat merubah dan merangka modul program latihan BTN semasa menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Perubahan Sikap dahulu.

2. Modul Program Bina Negara yang diubah AnWAR menggantikan Program Wira Waja bagi memupuk semangat patriotisma untuk setiap rakyat Malaysia. Modul diubah bagi melindungi strategi AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya organisasi berkenaan. Atas nama 'perubahan sikap' AnWAR memupuk semangat patriotisma kepada negara dan dirinya sekaligus. Mana-mana pegawai BTN yang ingkar serta ikhlas menunaikan tugas dibuang atau ditukar serta-merta.

3. Sesungguhnya AnWAR tahu program-program anjuran BTN adalah program yang baik serta memupuk semangat cintakan negara, terutama di kalangan anak-anak muda. Program-program BTN secara tidak langsung akan mendedahkan tembelang AnWAR yang mementingkan diri sendiri demi mencapai cita-citanya. Ini juga bakal membuka pekung AnWAR yang tidak punya semangat patriotisma kepada negara Malaysia.

4. Maka itulah, petugas-petugas dilingkungan AnWAR dihalang dari mengikuti program BTN bagi menutup kelemahan dirinya. BTN hanya menerapkan semangat cintakan negara dalam programnya, bukannya 'menelanjangkan' personaliti-personaliti tertentu seperti yang didakwa AnWAR. Betullah kata pemerhati politik, AnWAR ibarat 'sesumpah' yang boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.

5. Begitu juga TS Khalid Ibrahim. Beliau pernah menjadi penceramah popular di BTN. Ceramahnya padat dengan isi dan fakta w/pun sering tersasul dan tergagap sejak dari dulu lagi. TS Khalidlah yang mengeluarkan data-data betapa orang melayu jauh ketinggalan di segi ekonomi dari bangsa-bangsa lain di negara ini. Begitu juga apabila BTN menganjurkan program perdana yang melibatkan tokoh-tokoh besar, TS Khalid terhegeh-hegeh meminta nama beliau dimasukkan sebagai penceramah!

Betapa 'sesumpahnya' mereka berdua ini! Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Jika dahulu BTN boleh menaikkan geraf dan mempopularkan diri mereka, maka disanjunglah BTN sebagai sebuah organisasi yang baik tiada tolok bandingnya. Kini program BTN 'menelanjangkan' diri mereka secara tidak langsung, maka dihalang perserta dari menyertainya. Dicaci dan dihina BTN memecahbelahkan masyarakat.

Yang menjadi mangsa adalah pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di BTN dari dahulu hingga sekarang. Mereka ini dilatih menjadi seorang pegawai yang patuh kepada dasar-dasar kerajaan, bukan patuh kepada orang politik yang silih berganti. Sewajarnya kita memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai BTN yang berkorban masa dan tenaga demi memberi kesedaran kepada semua bangsa Malaysia betapa berharganya kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini. Bukan seperti AnWAR yang mahu mencorakkan kemerdekaan kita seperti acuan barat yang penuh muslihat..............

Thursday, November 26, 2009

SALAM IDUL ADHA

Selamat menyambut Idul Adha buat semua teman-teman. Falsafah pengorbanan lahir dari praktik Nabi Ibrahim a.s wajar dijadikan panduan. Patuh kepada perintah Allah atas keinsafan dan tawadhu' yang tiada tolok bandingnya.

Moga falsafah qurban terus dihayati serta menjadi panduan kita dalam perjuangan. Selamat Menyambut Idul Adha dari kami di sini.....