Wednesday, February 17, 2010

KELUARGA LIM YG BARU DI PULAU PINANG

LIM MAN CHOR @ MANSOR OTHMAN


LIM MAH LEK @ MALEK ABUL KASIM


1. Depa lebih DAP dari ahli DAP. Yang ketua tu, memang la, kena kuat jaga hati rakan sekutu, nanti hilang undi bukan melayu. Lagi dua orang tu pulak dok jaga betoi bos DAP depa. Mana-mana ahli PKR yang hentam DAP bakal berdepan dgn dua exco melayu Pulau Pinang yang w/pun ahli PKR tapi lebih DAP dari DAP sendiri....

2. Pi la tanya Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kong Yeow (yang patut jadi KM PPinang), Lim Hock Seng (ahli paling senior DAP PPinang kini Exco Kerja Raya) dan Phee Boon Poh (ADUN Sg. Puyu kini Exco Kebajikan PPinang), adakah depa bising-bising dok bela Lim Guan Eng yang dilabel komunis oleh Datuk Zahrain Hashim?

3. DAP PPinang pun tak pertahan Guan Eng macam dua orang adik beradik Lim yang baru ni yang tentunya arahan abang besar dari keluarga Lim yang baru jugak.........Gambar abang besar LIm yang baru tidak dapat disiarkan atas sebab teknikal, tapi beliau adalah LIm Ah War @ Pak Shake- The Shitvaji @ AnWAR...

Friday, February 12, 2010

ALAHAI AnWAR..........

Hero Tamil Malaya


Kempen Berbudi bahasa, minta izin : can i f*** u...


1. Hari pertama kes dibicarakan hadir dengan kacamata hitam....pehh Pak Sheikh! Rock wa cakap lu..., macho dan gagah la bang nwar ni...

2. Hari kedua tampil dengan kacamata biasa.....tampak biasa saja. Penyokongnya yang suruh gamaknya. Bila AnWAR pakai kacamata hitam, nampak mcm gigolo....

3. Hari ketiga tampil tanpa kacamata hingga kini! pi ceramah kat pejabat PKR mlm tu pun tak dak vermin mata. Awat pak sheikh!! cermin mata pecah kena bedai ngan Azizah ka? Kena papah turun pasai Azizah pukoi pinggang ka?

Tak pakai cermin mata tu ada pakai benda lain ka Pak Sheikh....jangan buat pasai Pak Sheikh! Nanti nampak benda lain.........................

Wednesday, February 10, 2010

JANGAN LUPAKAN AnWAR !!

"Bapa Konspirator Lompat", bini dok sengeh aja..


apasal aku boleh dgr ckp Bapa Konspirator lompat ni...



1. episod di Perak telah tamat. Kini masa untuk bekerja membangunkan negeri Perak! Nizar masih melalak tak puashati. Sepatutnya beliau zahirkan rasa tak puashati beliau kepada AnWAR! AnWAR yang mulakan tidakan 'lompat' parti di Perak.


2. Bermula dengan Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Bota serta beberapa nama lagi ADUN UMNO/BN dikaitkan akan melompat ketika itu. Masa tu bukan main lagi AnWAR, Nizar dan DAP halalkan proses 'melompat' ini.

3. Lepas 3 ADUN PKR dan seorang DAP keluar pakatan, tindakan tu dah jadi 'haram' bagi mereka. 'Haram' itu bukan kerana ianya haram, tapi kerana ianya tidak memberi manfaat kepada mereka. Ini antara ajaran songsang AnWAR! Nizar patut merungut kepada AnWAR kerana menjatuhkan kerajaannya.

AnWAR memang 'membudayakan' lompat parti sekian lama. Di zaman BN, AnWAR menjatuhkan kerajaan PBS Sabah bila ramai ADUN PBS lompat ke BN. AnWAR juga giat mempromosi 'lompat' ahli parlimen BN untuk kerajaan 16 Sept beliau...


Nizar dan DAP patut salah kan AnWAR, bukannya mahkamah, perlembagaan dan institusi raja. Sistem 'monarki mutlak' tidak akan berlaku kerana Malaysia adalah negara demokrasi. Sekali lagi, Nizar patut salahkan AnWAR. Memang terang-terang AnWAR 'Bapa Konspirator Lompat'. Kenapa masih nak pakai cakap AnWAR.................

Monday, February 8, 2010

AnWAR TIPU PENYOKONG SENDIRI

1. Sabtu lalu, dikhabarkan PKR bermesyuarat di Shah Alam mengatur strategi bagi meramaikan penyokong di mahkamah mengikuti kes AnWAR. Bermula Sabtu petang yang lalu, sms mula bertebaran ke seluruh negara meminta seramai mungkin datang ke kompleks mahkamah Jln. Duta.

2. Yang mengendalikan mesyuarat petang Sabtu ialah Saifuddin dan Tian Chua. Tentu saja AnWAR tidak sesekali merayu penyokongnya datang. Kerja ini biasanya akan dikendalikan oleh 'panglima perang' PKR. Khabarnya dikerah ketua-ketua cabang PKR hadir membawa 'orang' masing-masing. Ramai juga yang memberi komitmen akan hadir pagi ini (Isnin).

3. Yang berlaku pagi ini benar-benar 'membodohkan' ketua-ketua cabang dan penyokong PKR. Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan Karpal Singh yang membela AnWAR. Alasannya mahu mengemukakan bantahan dan mohon menukar hakim yang konon tidak serius dalam mengendalikan kes.

4. Ramai di antara ketua-ketua cabang dari luar KL masih dalam perjalanan ke mahkamah Jln Duta seperti dipinta keputusan mesyuarat di Shah Alam. Apabila dimaklumkan perbicaraan ditangguhkan hari ini, ramai yang merungut! Kata mereka, jika ada perancangan mahu menangguhkan sidang, bagitaulah awal-awal !!!!!!!!

5. Ini tidak, menyusahkan orang aja, komen mereka lagi. Seorang kenalan x-pkr dari utara Perak merungut dia sedang dalam perjalanan. Nak patah balik pun tak berbaloi. Nak tunggu esok, kena fikir nak tidur mana malam ni. Dia membawa bersamanya 4 orang penyokong yang perlu beliau 'tanggung' ke KL.

6. Rakan ini memaklumkan beliau tidak memikirkan sangat tentang imbuhan kewangan seperti dijanjikan pimpinan PKR, namun marah dengan sikap AnWAR yang gemar 'mempermainkan' penyokongnya. Beliau menambah, AnWAR pasti tahu atau dia sendiri yang mengarahkan Karpal memohon menangguhkan perbicaraan.

7. "kenapa AnWAR tidak boleh memberitahu penyokongnya bahawa tidak perlu datang pada hari Isnin". Beliau juga maklumkan tidak kisah jika tidak dapat masuk ke dalam mahkamah mengikuti perbicaraan, tetapi mahu pastikan mukanya dapat dilihat oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PKR yang lain terutama Azmin!

Adakah kehadiran di mahkamah sepanjang perbicaraan AnWAR akan menjadi penanda aras pemilihan PKR yang bakal berlangsung tidak lama lagi? Apakah sikap AnWAR yang terus-terusan membohongi pengikutnya masih diterima penyokongnya? Ataupun mungkinkah kerana ini penyokongnya di mahkamah Jln. Duta semakin tidak bertambah, malahan makin kurang? Mungkin AnWAR dan mereka yang seangkatan dengan PKR sahaja yang bisa merungkainya...

Friday, February 5, 2010

SIAPA MOKHTAR DI SISI AnWAR?

1. Mokhtar! Begitulah gurauan yang begitu 'top' sekarang. Barangkali siapa yang bernama Mokhtar sekarang pasti marah dengan AnWAR kerana 'mempopularkan nama mereka. Yang menjadi tandatanya sekarang, kenapa Mokhtar? Siapa Mokhtar di sisi AnWAR? Apakah kekasih baru beliau? Hanya Allah dan AnWAR sahaja yang tahu.....

2. Sumber x-pkr cuba menyelusuri signifikan penggunaan kata laluan 'Mokhtar' oleh AnWAR, namun gagal. Yang dapat dipastikan dan sahih hanyalah dua orang bernama Mokhtar yang rapat dengan AnWAR sekarang. Yang pertama ialah Mokhtar Ibrahim (al marhum), kekanda sulung AnWAR. Ramai yang tidak mengenali beliau.

3. Anak Pak Brahim yang popular dimata umum adalah Rani (al marhum), Idrus, Rosli dan Marzuki. Dua orang lagi ialah perempuan selain seorang lagi adik tiri AnWAR dari bapa yang sama bernama Farizon. Mokhtar ketika hayat beliau merupakan seorang yang 'low profile'. Dikhabarkan AnWAR yang mengarahkannya.

4. Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi AnWAR sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya. Kerana itu AnWAR seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya.

5. Mokhtar yang kedua ialah adik ipar AnWAR, seorang bekas polis pengawal peribadi AnWAR yang bersara pada era reformasi 1998. Kini beliau bertindak sebagai kakitangan pengiring AnWAR, tugas sama ketika beliau dalam perkhidmatan polis. Seorang yang pendiam dan komited dalam kerjanya.

Hanya dua orang 'Mokhtar' ini saja yang diketahui berkait rapat dengan AnWAR. Mungkin tujuan AnWAR menggunakan kata laluan ini adalah secara kebetulan, atau mungkin juga ada maksud tersirat yang mungkin boleh dijelaskan AnWAR nanti..........

Sekian

Thursday, February 4, 2010

AnWAR - "DARI KERANA MATA"

1. AnWAR dan mata cukup sinonim! Azizah isterinya ialah doktor mata, lambang partinya juga berasaskan mata. Beliau muncul kali pertama di mahkamah setelah ditangkap 12 tahun lalu dengan mata lebam. Kali ini (semalam) beliau muncul dengan kacamata hitam. Jarang sekali AnWAR muncul di khalayak ramai berkacamata hitam.

2. Pelbagai tafsiran kedengaran di mahkamah semalam. Bagi yang menentang AnWAR, kedengaran sinis mengatakan AnWAR seperti 'gigolo'. Bagi yang neutral, mereka mengatakan AnWAR seperti 'James Bond' yang macho. Dalam perbualan dengan penyokong AnWAR dari Ptg. Pauh, AnWAR tidak mahu bertentang mata dengan 'kuasa-kuasa jahat' yang cuba melemahkan AnWAR dengan ilmu hitam....???

3. Amat lucu sekali pandangan dari penyokong AnWAR dari Ptg. Pauh itu. Kononnya dengan berkacamata hitam AnWAR boleh melihat 'kuasa-kuasa jahat' yang bergantungan di keliling lobi mahkamah (alahai.....penyokong AnWAR yang kelabu asap !). Di dalam mahkamah, AnWAR dilaporkan tidak mahu bertentang mata dengan mangsa nafsu buasnya. Takutkah ??

4. Kata penyokong AnWAR, AnWAR tak mahu bertentang mata dengan mangsa/pengadu kerana rasa meluatnya yang amat sangat terhadap pengadu. Jika AnWAR melakukannya, pastilah mata yang membuka jalan. Mata adalah kurniaan ALLAH (tidak boleh dikongsi), manusia yang menggunanya ke jalan benar atau salah...

5. Di Pulau Pinang, TKM II Mansor Othman (Bukan Dr. ye), juga telah membeliakkan matanya di depan lensa kamera mengulas kenyataan Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal). Seorang bekas pegawai AnWAR pernah memberitahu "apabila Mansor membeliakkan mata, itu tandanya beliau teramat marah". Semalam matanya telah terbeliak...

6. 'Mata terbeliak' Mansor ini sering menjadi bahan ketawa di kalangan PKR Pulau Pinang. Mansor tidak boleh menerima kritikan. Tanyalah Wan Azizah, bahkan AnWAR pun tahu. 'Beliak' mata Mansor mencerminkan krisis DAP-PKR di Pulau Pinang adalah serius. Mungkin beliau boleh tanya AnWAR dari mana AnWAR dapat kacamata hitam utk melindunginya.

Berbalik kepada AnWAR, rata-rata mengatakan bahawa riak dan lirik mata AnWAR tidak seceria dahulu. Lantas saya teringat bait-bait senikata indah dendangan seniman R. Azmi :

" Dari kerana mata
yang mempunyai kuasa.....

Oh ! Aku tergoda ( 2x)
terkeciwa..... ( lebih baik selepas ini ditukar kepada "terpenjara..)

Sekian.




Wednesday, February 3, 2010

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP (III)

1. Setelah Filipina dan Indonesia, fakta mengenai hubungan luar AnWAR akan dilanjutkan ke Thailand (untuk rekod, AnWAR baru saja pulang dari Manila dan Jakarta sebelum perbicaraan kes liwatnya pada 2 Febuari 2010). AnWAR melihat Thailand begitu strategik kerana Thailand adalah 'syurga' NGO-NGO antarabangsa terutama yang berkiblatkan Amerika. AnWAR bijak menghidu peluang agar jaringan a/bangsa beliau makin mantap.

2. Di Thailand, AnWAR bersandar kepada Gabenor Kota Bangkok, Putera Sukhumvand yang dikenali beliau sejak awal 80-an. Putera Sukhumvand banyak terlibat dengan program-program IKD yang giat memperjuangkan kepentingan ilmu dan dialog antara pemimpin-pemimpin 'reformasi' di negara berkaitan. Putera Sukhumvand juga hadir ke rumah AnWAR di Bukit Damansara sewaktu perkahwinan Nurul Izzah dahulu.

3. Sukhumvand adalah aktivis Parti Demokrat Thailand dan kini telah menjadi Gabenor Bangkok. Hubungannya dengan PM Abhisit Vejajiva adalah rapat kerana mereka punyai banyak persamaan (berpendidikan barat serta pendokong demokrasi terpimpin). Selain itu, mereka tiada masalah dengan keluarga diraja Thailand (Sukhumvand juga berdarah raja). Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh AnWAR.

4. Banyak NGO-NGO yang membiayai program PKR dan pembangkang di Malaysia berpangkalan di Bangkok. International Republican Institute (IRI) dan Frederich Naumann Stiftung (FNS) punya pejabat cawangan di Bangkok dan hanya melantik wakil mereka di Kuala Lumpur. Terdapat banyak juga wakil-wakil media antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok termasuklah dari Jerman, Peranchis dan Argentina.

5. Pastinya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh AnWAR. Banyak juga wawancara beliau dengan media-media antarabangsa dibuat di Thailand. BAnyak juga program-program anjuran NGO-NGO yang membicarakan perkara-perkara sensitif mengenai agama islam dihadiri AnWAR di Bangkok. Termasuklah juga program 'riadhah' dihadiri AnWAR seperti berurut (spt didedah oleh blogger GAP) dilakukan di kota BAngkok! hahaha

6. Seorang lagi yang dijaja oleh AnWAR konon orang hubungannya di Thailand adalah Dr. Surin Pitsuwan, bekas Timbalan Menteri Luar Thailand. Surin, seorang muslim banyak memainkan peranan sebagai 'pendamai' di selatan Thai namun sering gagal akibat konflik politik dalaman. Kini Surin adalah Setiausaha Agung ASEAN yang berpangkalan di Jakarta Indonesia. Beliau dilihat cuba meminima hubungannya dengan AnWAR kini.

7. Dimaklumkan Surin cuba menjaga sensitiviti isu-isu dalaman negara-negara ASEAN, namun AnWAR yang hipokrit menceritakan sebaliknya. Konon Surin sentiasa menyokong beliau walhal ianya tidak benar samasekali. Tambahan pula, penasihat khas Surin di sekretariat ASEAN merupakan bekas 'fellow" IKD. Beliau adalah B. Rajaretnam, seorang warganegara Singapura yang hidup merantau sekian lama.

8. Seorang rakan x-pkr telah mengesahkan Rajaretnam berkunjung ke KL pada 19 Januari lalu dan telah menemui AnWAR atas kapasiti peribadi, bukannya wakil dari Dr. Surin. Namun AnWAR telah mencanangkan kepada penyokongnya bahawa beliau mendapat sokongan dari negara-negara ASEAN tentang kes liwatnya. Lihat betapa putar belitnya AnWAR semata-mata tidak mahu ke mahkamah.

x-pkr menyimpulkan bahawa AnWAR ini teramat opportunist orangnya! Beliau nyata menggunakan apa saja ruang yang ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa demi kepentingan diri. Kepentingan strategik negara-negara luar akan beliau gunakan jika ia membawa kebaikan untuk dirinya. Dalam kes ini, Thailand w/pun tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara di dunia ini, nyata 'dijajah' oleh Amerika sekian lama dari sudut yang lain, dan kerana itulah AnWAR amat berminat dengannya.................

Sekian.