Saturday, April 18, 2009

'HANTU TETEK'

· Penyokong-penyokong Fairus di Penanti memaklumkan usaha untuk menjejaki beliau terus gagal. Telefon, sms dan emel semuanya tidak berjawab.

· Usaha ini dilakukan untuk mendapatkan pengesahan dari Fairus sendiri beliau meletak jawatan atas kerelaannya sendiri. Pengesahan juga perlu agar AnWAR tidak gunakan surat akujanji yang ditandatangani tanpa tarikh seperti kes di Perak.

· Segalanya mengundang tandatanya. Speaker DUN Pulau Pinang memaklumkan menerima surat perletakan jawatan Fairus yang difaks. Kenyataan Fairus pula dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR, bukan Fairus sendiri. Penyokong Fairus sendiri gagal menjejaki ‘boss’ mereka itu.

· Sivarasa (Naib Presiden PKR) dan Datuk Zahrain Hashim beria-ia mengatakan sebarang keraguan tidak timbul kerana Fairus telah menurunkan tandatangannya tanpa paksaan. AnWAR di Penanti malam tadi membayangkan calon PKR mesti ‘kanan’ dalam hirarki PKR. Nampak segalanya telah dirancang rapi.

· SPR memaklumkan telah menerima surat perletakan jawatan Fairus beserta Surat Akuan Sumpah Fairus bahawa dia menandatangani surat tersebut. Kenapa perlu Akuan Bersumpah? Kenapa tidak Fairus sendiri yang mengesahkan semua ini bagi mengelakkan kekeliruan.

· Saya teringat kisah sewaktu kecil dulu. Setiap kali ingin keluar bermain di waktu maghrib, ibu akan berpesan, “Jangan keluar, nanti disorok hantu tetek”. Kini saya tersenyum membayangkan bagaimanakah rupanya hantu tetek tersebut. Mungkin kini bercermin mata, ha..ha.ha.. Hantu tersebut telah menyorokkan sementara Balasubramaniam, V. Arumugam [telah muncul] dan Fairus, kerana sehingga kini mereka gagal dikesan w/pun oleh ahli keluarga terdekat. Pengamal perubatan alternatif dari PAS sendiri pun gagal mengesan mereka. Ish..ish..ish hebat sungguh ‘HANTU TETEK’ ini…..

Salam.

No comments: