Saturday, May 23, 2009

AnWAR CUBA MERASUAH?

1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.

2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.

4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.

6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.

Salam Hormat.

20 comments:

Anonymous said...

bro,

kalau dah rasa hebat sgt, kenapa takut! kerja merasuah ni dah jadi darah daging al -jub sjk dlm krjn lg!

Senjaliza said...

AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

MANA SPRM??---CEGAH SEBELUM PARAH

x-pkr said...

senjaliza,,,

setuju !spt biasa, nanti SPRM kata kami bertindak atas laporan !!

anon,,,

org jer pandanga dia hebat, tapi AnWAR tahu sangat keupayaan diri dia takat mana!

tu yg dia promote diri sendiri lebih2 tu...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

bro,

sokong senjaliza cadangkan kpd aminah buat laporan kepada SPRM. Baru nampak rasmi. Kalau dalam kempen org susah nak percaya. Sapa-sapa boleh cakap
Tak gitu bro?

pisau said...

agak nya la.. kes fairus tu lebih kurang sama ker bro? boleh cerita skit tak?

sedangkan fairus mengugut nak dedahkan kepincangan pkr,tapi akhirnya seems notting happen, fairus kena beli jugak ker?

GAP KEMBALI said...

apa kata kita merasuah anwar dengan secawan kopi ?

pasti banyak rahsia peribadi keluar berlori-lori.

tapi aku tak sanggup menjadi budak kopi.

ada sesiapa yang sudi ?

Anonymous said...

harap Pn Aminah ini akan gunakan isu ini ketika berkempen..gunakan juga bukti2 yg bole menggoncang keyakinan rakyat pada Anwar...

Anonymous said...

banyaknya duit si anwar ni ye..musykil jugak mana datangnya duit banyak2 ni..kasi dedah la bro..

Licik betul permainan anwar..mana ada ruang & lubang, dia akan masuk..no wonder la..hehehe

Yus

Lin said...

SALAM BRO X-PKR

SAYA RASA KEDUDUKAN MANSOR AGAK CEMAS JUGAK KALAU BEGINI HAL NYA

NANTI KALAU MANSOR KALAH SURE ANWAR AND THE GENG TUDUH AMINAH DITAJA OLEH UMNO...

DAH HAFAL SKRIP ANWAR AND THE GENG NI...

ANYWAY ALL THE BEST TO U BRO

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Hohoho... mengapa tak rasuah pengundi hantu kat Penanti nanti? Pengundi hantu kan ke ramai...
Boleh pengaruh undi rakyat lagi...Hahaha.

Opps.. lupa lak, Penanti dah bersih seratus peratus dari pengundi hantu, mungkin tu komen dari Fariz Musa.

Anonymous said...

Mr. x,

biar betik mr., berat dakwaan tu. jgn nak sensasi jer...

non-partisan

x-pkr said...

amirhamzah,,,

setuju, biar ada laporan, yg baerkaitan harus guna fakta memberi tekanan kpd AnWAR dan PKR.

megat,,,

AnWAR jaguh memujuk rayu, byk yg 'cair' dgn kata-kata manis AnWAR. Fairus salah seorang.

GAP,,,

cubit-cubitan, senggol-senggolan! dlm misi memujuk, AnWAR pasti ckp, mai secawannnn !!!!

2 anon,,,

selain dari isu ini nanti, Penanti akan sepi. AnWAR boleh meraung sorg2 la.

AnWAR main redah jer, desperado ler katakan...

tungaklangit,,,

ada benarnya, namun raelitinya Mansor agak selesa. AnWAR sdg berusaha naikkan jumlah undi yg PKR dpt sebelum ini.

shonzu,,,

hantu pun takut tgk AnWAR..hahaha

non-partisan,,,

saya bukan 'pet' AnWAR yg byk fantasianya! Sumber yg tepat makanya saya berani menulis!

ladybird said...

teruskan menulis mr X

**cIk KoBiS** said...

huhuhu setuju dgn senjjaliza.....SPRM cegah sebelum parah...kangg nantii lagii ramai yanggg jadii mangsa al jubri.....

pKr banyak modalll alih2....kata UMNO yanggg buatt padahalll nakk tutup burukk sendriii tp tuduhhh UMNO....huh....

Anonymous said...

bro, boleh ke mansor tu jadi wakil rakyat kat penanti? dulu bukan main refuse, penanti ni kampunglah, tarak kelaslah.nak bertanding kat bandar je.

skrg hanya krn nak jadi TKM1, sanggup je. org penanti jgn jadi bodoh, kalau fairus tak leh jadi wakil rkyt yang baik, mansor ni lagilah, jangan harap nak turun penanti!

*3some*

BiarAkuBerterusTerang said...

salam bro x-pkr.

Rasuah mememang darah daging AnWar tu,dia ngorat dan kawin gan Zizah pun guna rasuah,ke depan dlm kerajaan dulu pun guna rasuah,puaskan nafsu pun guna rasuah,pimpin fuckatan haram pembangkang pun guna rasuah..memang dia bapak insan madani PERASUAH..

Dlm kubur nanti cuba la bagi rasuah kan Malikat Mungkar&Nangkir kalau bolehhh.....

x-pkr said...

ladybird,,,

thnx!

clk kobis,,,

BN perlu pasukan khas, monitor crmh2 pembangkang, yg mana fitnah, perlu dibuat repot polis beserta bukti

masa tu nanti, polis/sprm pasti byk keja nak buat...

3some,,,

mansor dah byk berubah, dulu dia pakai kot turun kwsn,,,dlm politik apa pun boleh buat demi kuasa.

rauna,,,

tau takpa!

nasdin said...

bro x,,,

AnWAR ni byk memperguna org, sume org dia janji, dari utusan, mangsa, org keliling, penyokong. tapi depa sumer nie tak npk2 lagi...

pakai bomoh aper si nwar nie????

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Sama-sama kita tunggu bukti yang Kak Min bakal dedah

Anonymous said...

rasuah memang kerja AnWAR...dalam UMNO dia mulakan..sekarang kat PAS pun dah kena tempias...hairan kenapa SPRM tak dapat siasat dari mana datangnya dana kat PKR nie?? Bongkar lagi bro ...patut hantar AnWAR ke Sg Buloh jer...