Tuesday, December 1, 2009

SERAMPANG DUA MATA AnWAR, AZMIN & DAP

1. ADUN golongan muda yang mendesak Selangor menghentikan program BTN pasti tersenyum sekarang. Manakan tidak, tuntutan yang dilontar disambut pelbagai pihak samada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Kerajaan negeri segera menyambut dengan pengumuman larangan agensi kerajaan negeri terlibat dengan program BTN. Manakala kerajaan pusat pula terlalu 'apologetic', mahu segera merubah kurikulum program!

2. Sumber dalaman yang rapat dengan ADUN tersebut memberitahu, ADUN tersebut telah 'lulus ujian' dengan isu ini. Sekian lama ADUN tersebut berdamping dengan Azmin, baru kini 3A membuka mata terhadapnya. Dengan arahan Azmin (tentunya restu dari AnWAR), ADUN tersebut telah menyerang BTN dengan serampang dua mata. Mahu memalukan TS Khalid Ibrahim dan Datuk Dr. Hassan Ali serta mahu mencari populariti bagi dirinya.

3. Mereka sedia maklum Khalid Ibrahim dan Hassan Ali terlibat secara aktif dengan program BTN sebelum ini. Maka ini ruangan yang baik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan Azmin di Selangor. Khalid dan Hassan Ali perlu dimalukan terus-terusan bagi menghancurkan karektor mereka serta menghilangkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Tentunya DAP yang menjalankan jarum sekian lama!

4. AnWAR, Azmin, Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar telah bekerjasama lama mengkaji dari sudut manakah yang terbaik untuk menyerang paksi yang tidak sehaluan dengan mereka. Khalid Ibrahim w/pun begitu bertolak ansur dengan DAP, tetapi tidak pernah 'memberi muka' kepada Azmin. Manakala Hassan Ali tidak bertolak ansur langsung dengan Azmin dan DAP. Maka itu mereka perlu diserang dalam dalam pakatan pembangkang sendiri.

5. DAP menggunakan AnWAR dan Azmin bagi melenyapkan pengaruh Hassan Ali, manakala Azmin atas arahan AnWAR menggunakan ADUN muda tersebut bagi menghancurkan imej Khalid Ibrahim. AnWAR pasti berdendam dengan Khalid kerana menawarkan beliau gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor. Biarpun bersilat menjawab soal RM1, umum tahu Khalid sengaja mahu memalukan AnWAR dengan tawaran itu. Azmin juga secara terbuka memberitahu penyokongnya, TS Khalid begitu biadab bila mengumumkan tawaran tanpa berbincang dengan AnWAR sendiri!

6. ADUN muda ini tentunya mahu berada dalam lingkungan AnWAR dan Azmin bagi meningkat naik dalam PKR. Dikhabarkan dalam pemilihan PKR selepas ini, beliau ditawarkan bersama 'kapal AnWAR dan Azmin' dengan jawatan nombor dua dalam Angkatan Muda setelah lulus dengan cemerlang melontarkan isu ini. Bonus pula apabila kerajaan pusat memberi maklumbalas akan mengkaji semula kurikulum BTN. Tambah popularlah ADUN tersebut di kalangan penyokongnya.

Inilah yang tersirat di sebalik isu BTN oleh pakatan pembangkang di Selangor. Pulau Pinang yang tidak tahu apa-apa mahu segera mengikut. TKM 1 digunakan untuk menghentam BTN sedangkan beliau juga pernah terlibat dalam program-program BTN. KM P.Pinang hanya tersenyum memerhatikan betapa 'bebal' seorang Melayu menghentam program yang beliau sendiri pernah terlibat.

Namun seperti biasa, AnWAR akan tetap menyalahkan kerajaan pusat nanti, walhal dia sendiri yang mencetuskan keadaan ini. Kerajaan pusat juga tidak perlu 'apologetic' dalam menangani isu ini. Jangan terlalu memberi ruang kepada AnWAR dengan memberi maklumbalas setiap apa yang AnWAR lontarkan. Teruskan dasar yang selama ini terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan jangan terlalu melayan AnWAR kerana manusia ini mempunyai nafsu yang terlampau serta tidak pernah puas dengan apa yang telah diberikan............

Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

NIk Nazmi ye? Nampak je baik dia tu tapi....

Anonymous said...

APOLOGETIC? ini kerja si Nazri, tiap kali timbul benda mcm ni pasti dia nyanyi suara sumbang. kalau tak silap minggu lepas dia kata SPRM tak akan siasat N Ajis kerana tiada aduan rasmi. dari dulu aku tengok dia ni selalu jadi tikus baiki labu. aku jadi bingung tiap kali dia buat press statement sebab selalunya tak bernas.dulu masa zaman Pak Lah dialah jugak yg kuat hentam dan biadap pd Tun Mahathir.
kalau disimpan lama dia ni akan jadi liability pd BN.

ice.

Anonymous said...

SETUJU BAHAWA PRGM BTN BAGUS DAN HARUS DIKEKALKAN TERMASUK KURIKULUMNYA.JIKA NAK UBAH SEKALIPUN BUKANNYA SBG RESPON KPD ISU INI.

antianwaribrahimdotcom said...

silap besar ketika kerajaan mahu merombak silibus btn!!! nampak sangat takut!!

Jeepers Creepers said...

Menyeru kepada seluruh orang melayu islam di negara ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berserta seluruh rakyat Malaysia. Doakan semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati kita semua.

Tidak lupa juga doakan supaya Nik Aziz dan seluruh orang melayu islam di dalam Pakatan Rakyat mendapat hidayah dan dan keampunan dari Allah s.w.t

Anonymous said...

fitnah tak habis2... klu berani bersemukalah dengan geng2 anwar atau anwar sendiri. pengecut.