Thursday, July 28, 2011

PENGGANTI AnWAR SUDAH DITEMUI?

SEKADAR GAMBAR HIASAN.


1. Tiada angin masakan pokok bergoyang! Tak tumbuh tak melata, tak tumbuh orang tak kata! Begitulah umpamanya berita yang diterima ini. Pakatan pembangkang sudah menemui calon yang sesuai untuk menggantikan tempat AnWAR sebagai Ketua Pembangkang. AnWAR dijangka berhijrah ke Sungai Buloh dalam masa terdekat.

2. Ironisnya, pengganti AnWAR ini juga dikatakan berasal dari UMNO, serta dijanjikan jawatan PM sekiranya pakatan pembangkang menang dlm p/raya akan datang. Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa mesti datang dari kalangan ahli UMNO? Apakah pemimpin pakatan sedia ada ini tidak berkualiti serta tidak mampu memimpin mereka?

3. Apakah ini satu lagi manipulasi perasaan seorang manusia yang kecewa lalu diambil kesempatan oleh mereka yang sentiasa mahu memanipulasikan manusia lain? Pelbagai jawatan dijanjikan hanya untuk memancing orang yang telah kecewa. 'Penghijrahan' pemimpin UMNO ini jika benar, nyata akan mensucikan dirinya di mata penyokong pakatan pembangkang!

4. Khabarnya beberapa siri pertemuan dan rundingan telah diadakan dan banyak lagi siri bakal menyusul. Pemimpin yang dikatakan itu telahpun mula 'geli' pabila dijanjikan jawatan PM, sesuatu yang diidamkan beliau sekian lama. Beliau juga dikhabarkan mahu 'buy time' agar penghijrahan beliau itu konon tidak mengalami kejutan.

5. Ini taktik biasa seorang yang tidak lagi berada di puncak prestasi tapi mahu menyimpan cita-cita besar! Konon sekarang mengkritik parti sendiri atas nama demokrasi tetapi realitinya itu langkah membuka gelanggang memancing pihak lawan. Konon mahu membuka sebuah NGO bagi bersuara, namun ia umpama duri dalam daging yang membusuk dalam parti sendiri!

6. Kita nantikan episod 'wayang' seterusnya dari pemimpin yang dimaksudkan itu. Beliau kini galak akibat nyanyian merdu sang lawan yang mempersonakan. Apakah dengan 'penghijrahan' pemimpin itu nanti, pembangkang mewajarkan kerusi yang dipegang sekarang tidak perlu dilepaskan. berbeza sekali dengan sikap mrk terhadap Zaharain Hashim, Zul Nordin dll.

Kita menantikan apakah pemimpin ini begitu 'jantan' mengumumkan penghijrahannya dalam masa terdekat. Apapun nampaknya pembangkang semakin menerima hakikat AnWAR telah menjadi liabiliti kepada pembangkang di saat ini.......

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

Dunia kata pergi...kubur kata mari.......Usia yang semakin senja ni usahlah dipersia-siakan.....sudah berpuluh tahun bergelumang di dalam najis politik...sudah penuh kantung diisi dengan kehendak hawanafsu....hartabenda yang bertimbun-timbun.....berundurlah secara kehormat....kosongkan minda dan penuhkan masa dengan amal ibadat....masa mati kita belum tahu lagi....usahlah dikeruhkan lagi air sungai yang sememangnya sudah keruh dengan gelagat orang politik...Kalau diri terasa ingin disanjung dan dimuliakan....berbuat baktilah kepada diri sendiri dengan perkara-perkara yang tidak menyusahkan oranglain....mengapa orang ini tidak mempergunakan pengaruhnya untuk sesuatu yang lebih bermakna di dalam kehidupan sebelum bergelar......ARWAH!!!!!

Anonymous said...

>sudah cukuplah melayu berpecah masa semangat 46 ditubuhkan dahulu??
>nak buat honaq pulak ...pasai apa??

Anonymous said...

Ini pun bercita cita ke Putra Jaya juga. Masih ingat lagi kah Parti Semangat 46. Saya masih ada T Shirt bertulis lambang parti semangat 46 yang dimiliki oleh Allahyarham bapak mertua ku. semasa beliau meninggalkan UMNO yang diperjuangkan begitu lama kerana marahkan PM ketika itu bapa mertua ku ini telah berdiri di pentas parti semangat 46 dan beliau berceramah menghentam UMNO dan PM ketika itu. Saya pernah berkata kepada bapa merutua ku itu, "Parti semangat 46 ini saya rasa tak lama akan berkubur lah" bapak mertua ku tak berkata apa apa. memang betul lah lepas tak berapa lama berkuburlah semangat 46 untuk selama lamanya. yang tinggal hanya T Shirt 46.

warga sebelum merdeka