Friday, October 30, 2009

AnWAR DAH CABUT?

1. Kalut, ribut dan berkecamuk, itulah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kemelut terbaru yang melanda PKR! Usahlah dinafi ini mainan media arus perdana atau upahan seteru PKR bagi menutup kelemahan mereka. Bangkai gajah tidak akan tertutup dengan pelepah kelapa. Azizah si 'kakatua' (spt kata Azmin) mengakui kemelut ini bakal menghakis sokongan kepada PKR. Nampaknya bateri AAA ini semakin lemah.

2. Persoalan sekarang, kenapa Azizah yang harus tampil memberikan kenyataan berhubung kemelut terkini PKR. Itu pun melalui kenyataan media yang diedarkan tanpa beliau sendiri hadir dalam sidang media. Apakah beliau bimbang tidak dapat menjawab soalan-soalan dari wartawan atau masyarakat umum yang ingin tahu kemelut PKR ini? Atau beliau bimbang menunjukkan 'kebodohan' beliau di hadapan para wartawan?

3. Kelibat AnWAR yang mencetuskan pergolakan ini juga tidak kelihatan! Entah dimana beliau sekarang. Menurut beberapa teman wartawan usaha menjejaki AnWAR gagal sejak kelmarin. AnWAR dijadualkan tidak punya apa-apa program besar sehingga 3 November ini (kes liwat beliau). Pastinya kenyataan Azizah selaku Presiden PKR dikeluarkan atas arahan AnWAR. Azizah juga tidak dapat dipastikan berada dimana sekarang.

4. Ramai juga pemimpin PKR bertanyakan dimana AnWAR ketika ini. Mungkin satu dua yang tahu dimana AnWAR dan Azizah tetapi tidak mahu berkongsi maklumat ini dengan ahli dan penyokong mereka sendiri. Pemimpin apakah ini yang tidak mahu memberitahu dimana AnWAR hatta kepada penyokong mereka sendiri yang bersengkang mata dan kehidupan mempertahankan AnWAR selama ini. Masih berbaloikah mereka menyokong AnWAR?

5. Umum mengetahui, setiap kali AnWAR berak di tengah jalan, Azizah dan pimpinan yang lain akan tampil mencuci tahi AnWAR, sedangkan AnWAR senang-senang berehat dengan tenang selepas berak. Sementelah, beliau akan mentertawakan pecacai-pecacai ini mencuci tahi yang ditinggalkannya. Nanti diberitahu kepada penyokong, saya ke luar negara bertemu pemimpin itu dan ini, berbincangg tentang ekonomi dunia, berbincang mengenai masalah umat islam sejagat!

6. Apakah AnWAR senyap-senyap telah ke Amerika sekali lagi menagih simpati, meminta nyawa bagi meneruskan hidupnya yang bergelumang hipokrasi. Apakah AnWAR ke Timur Tengah agar menjelang 3 November ini, AnWAR bisa memberitahu beliau baru kembali dari bertemu ulamaa' itu dan ini konon memberi persepsi yang baik mengenai dirinya. Barangkali ini juga helahnya nanti yang memebenarkan dirinya tidak mahu bersumpah!

7. Nyata kehilangannya sekarang diragui. Jangan dikesampingkan andaian AnWAR telah bersedia untuk lari dari negara ini meninggalkan penyokongnya nanti. Alasannya nanti, beliau bimbang keselamatan diri serta keluarganya. Penyokong PKR dan pembangkang yang kelabu asap masih bisa percaya kelentong AnWAR ini. Segalanya dirancang rapi oleh AnWAR bagi menjayakan drama terbarunya kali ini.

Azizah sentiasa digunakan bagi menarik simpati umum. Kenyataan Azizah yang 'berbau' rayuan agar peyokong memberi peluang kepada pimpinan menyelesaikan kemelut terkini adalah permulaan kepada episod drama terbaru ini......

Sekian.

6 comments:

nasdin said...

cerita ni mantap bro, Cerita azizah tu saya anggap makin meleret, agak membosankan.

mmg tengah heboh2 ni, hairan jugak pasal apa Anwar senyap. selalu beliau komen gak macam cerita gaduh Zaid-Azmin.

Tahniah x-pkr kembali menyengat!

Anonymous said...

jgn buruk sangka...tak elok kawan2...dia orang baik la..tak buat mcm tu...PTUUUUUUIIIIII..pnyokong PR MANGKUK boleh la lu tipu...wahai AL JUBURI..ahhhh.....ahhhh...oooohhh

Terserempak.... said...

Bro X,

Memang konpem AnWar ke luar negara... kemana tue sy tak tau la... sy terserempak dgn beliau kat KLIA kul 1 pagi 27 hb oct lepas...

yang pasti beliau baru lepas check in sbb beliau sedang memberikan "taklimat" kepada beberapa org yang menghantar kat "international" nyer area...

hehehe... khabarnyer ke India... ntah la...

yang pasti jgn harap la saya nak tegur... ternampak pon sy dh rasa cukup menyesal... hahahaha... rasa cam nak ludah jer kat dia... hahaha...

Anonymous said...

SLM BRO...DIA NAK LARI JUMPE RPK LA TU. NAK BUAT KOMPLOT BARU. NAK TABUR FITNAH LG KT LUAR SANA KEHKEHKEH...HARKKK PTUIHHH!!

antianwaribrahimdotcom said...

sumber dalaman di ibu pjbt pkr ngri sarawak bgtau anwar sembang panjang dgn setiausaha perhubungan sarawak, piee ling dgn isu pkr di sini.

anwar marah2, bengang dgn apa yg blaku di selangor dan sabah.

lepas berbual panjang, piee ling maki anwar balik dgn berkata "bongok anwar tok, kita kat sitok pun dianok nya!!!"

x-pkr said...

nasdin,

t/kasih atas pandangan, akan diambil perhatian.

anon,,,

haha...

terserempqak,,,

betoi info tuan tu...

bro jeff,,,

dia ngan RPK tu sama 'taste'...

antipkrsarawak,,,

kata brahim ali, lalat hijau ni bawa penyakit ke mana-mana...