Thursday, April 8, 2010

AnWAR, HUSAM & PAS.

Mungkin ini lambang jika BN-PAS bergabung. Ianya mimpi ngeri AnWAR


1. Cerita AnWAR dengan PAS masih tak habis-habis bahkan semakin membarah! Entah kenapa marah sangat AnWAR dengan PAS hanya Allah dan kumpulan Erdogan sahaja yang tahu. Tempias pemilihan PAS yang lalu masih menjadi mimpi buruk AnWAR. Pengekalan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak dapat menyejukkan hati panas AnWAR.

2. Cerita kerajaan perpaduan BN (UMNO)-PAS masih topik utama di kalangan pimpinan tertinggi PAS w/pun Presiden PAS sudah 'menutup pintu' terhadap isu ini. Golongan Erdogan suruhan AnWAR masih tidak yakin dengan Presiden mereka sendiri dengan menyatakan Presiden PAS masih belum 'mengunci pintu' w/pun sudah menutupnya!

3. Cerita terbaru di Kelantan, 'lembu peliharaan' AnWAR yang semakin kurus kini bakal diberikan makanan dan vitamin agar kembali gemuk! YB Husam Musa kini diarah AnWAR mengepalai kumpulan menjatuhkan YB TG Hj. Hadi, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mustapa Ali dan YB Hassan Ali dan Dr. Harun Din.

4. AnWAR berjanji dengan Husam beliau akan memastikan Husam bakal diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan secepat mungkin. AnWAR berjanji akan 'memujuk' Nik Aziz berundur bagi memberi laluan kepada Husam. Konon AnWAR telah memaklumkan Istana Kelantan (kepada Tengku Anis) melalui Tengku Razaleigh Hamzah.

5. Janji AnWAR, selepas Husam menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau boleh tumpukan usaha untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS setelah gagal dahulu. Kali ini lebih mudah menurut AnWAR kerana Husam dah jadi MB. Jawatan MB boleh diguna untuk menarik sokongan perwakilan.....

6. Selepas menang Timbalan Presiden nanti, 5 orang utama yang mesti disingkirkan adalah seperti yang disebut tadi. Selain Husam boleh memasang angan-angan untuk jadi Presiden Pas pulak ketika itu, cengkaman AnWAR terhadap PAS semakin mudah. PAS juga akan semakin mudah diatur untuk mendengar cakap DAP dan AnWAR.

7. Nampak sangat AnWAR cuba 'control damage' dengan imej PKR serta dirinya yang semakin tercalar. Cara dia mengumpan kali ini sama juga seperti beliau menjanjikan kerajaan 16 Sept kepada pimpinan PKR dan komponen PR. Penuh dengan penggunaan nama pihak lain seperti istana dan lain-lain yang berkaitan.

Boleh bertanya kepada Timbalan MB Kelantan dan Ustaz Nik Amar berkaitan cerita terbaru AnWAR mahu mencampuri urusan dalaman kerajaan negeri Kelantan.......

Sekian.

6 comments:

Akar Umbi said...

Hahaha tu bukan dacing, tapi bra yang digantungkan kat batang mob! Bagi kat Zaid Ibrahim utk dijadikan lambang Pakatan Rakyat.

x-pkr said...

hehe...logik gak !!

Anonymous said...

Tak mungkin sama sekali PAS bergabung dengan UMNO... kami ahli PAS anggap UMNO adalah musuh kami selamanya....

tamingsari said...

Anwar tidak suka melihat Pas bersatu dan berpadu.Dia lebih senang sekiranya Pas berpuak2. Cara ini dia boleh masuk jarum dan control puak yg lebih berpengaruh.

Dia tidak berbuat sama pada DAP kerana bukan parti melayu dan islam.
Anwar dengan duit yahudi bertindak memecahkan Pas tapi dia tidak berjaya dengan UMNO kerana UMNO dah kenal sangat perangai dia. PAS terlalu bodoh untuk melihat yg tersirat.

Syammil said...

bila la agaknya anWAR ni nak bertaubat?baru la aman n tenang malaysia ni

Anonymous said...

Pas perlu kembali kepada perjuangan yang asal. Anwar tinggalkan orangnya di mana-mana. Dalam UMNO pun ada. konon mereka ini akan berpaling kepadanya bila projek 16 sept menjadi kenyataan. Tapi malang tak jadi. itulah kehendak Allah. Takdir tuhan memihak kepada yang benar. Tuhan lindungi kita dari orang yang berniat tidak baik. Jangan lawan qadak dan qadarNya.