Wednesday, April 28, 2010

ZAID DIKORBANKAN, AZMIN TETAP MENANG !

1. Rakyat di Hulu Selangor telah berbicara, BN menjadi pilihan mereka. Zaid masih 'meroyan' setelah kalah. Apa yang dikatakan sahabat PKR cabang Hulu Selangor ada benarnya. Zaid ini susah nak menang kerana beliau orang luar. Jika anak tempatan tempatan Selangor w/pun bukan asal Hulu Selangor bolehlah cerita jugak.....

2. Zaid semakin terasa bahang kekalahannya. Petugas-petugas PKR telah maklumkan baucer-baucer pembayaran p/raya masih belum dibayar dan tiada kepastian siapa yang mahu membayarnya. Apabila dirujuk kepada pejabat S/U Agung, mereka diarah merujuk kepada Bendahari Agung.

3. Bila dirujuk kepada Azmin, Azmin memaklumkan bekas calon Hulu Selangor yang akan menyelesaikan semua bayaran tersebut. Bila dimaklumkan kepada Zaid, Zaid pula marah-marah dan menyatakan tidak tau mengenai arahan tersebut. Zaid maklumkan banyak perkara lain yang telah beliau tanggung.

4. AnWAR pula khabarnya masih belum pulang dari Oslo. Sejak kalah 25hb lalu, Zaid masih belum berpeluang bercakap dengan AnWAR, sedangkan Azmin dalam perjumpaan dengan penyokong PKR beberapa kali memaklumkan beliau menerima panggilan telefon dari AnWAR yang meminta para penyokong bertenang.

5. Apa lagi yang diharap Zaid dari AnWAR? Zaid sendiri tahu bahawa beliau adalah korban politik AnWAR kini. Masa depan dalam PKR bagi dirinya ternyata gelap! Langkah TS Khalid melantik Zaid sebagai ketua untuk mengkaji permasalahan FELDA di negeri Selangor juga tidak banyak membantu.

6. LAngkah TS Khalid disambut dengan sinis oleh para penyokong Azmin. Bolehkah seorang elitis seperti Zaid turun padang bercampur dengan masyarakat Felda? Baru-baru ini juga Zaid gagal untuk berinteraksi penuh dengan masyarakat felda. ZAid lebih menumpukan permasalahan kepada golongan bukan melayu.

Nyata Zaid kini tersepit dalan PKR. Para penyokongnya dalam parti telah 'dicuri' oleh Azmin. Azmin mengumpan konon Zaid telah mengecewakan AnWAR kerana gagal mempertahankan Hulu Selangor. AnWAR bermati-matian bekerja untuk Zaid namun Zaid tidak pernah mahu menghormati AnWAR sebagai ketua. Maka itu Zaid perlu dicantas dalam PKR dan langkah permulaannya adalah 'menyembelih' dari pimpinan tertinggi PKR......

4 comments:

Anonymous said...

bijak..bijak..!
analisis yg bijak..!
bravo!!

Singh Is Kinng said...

Salam Mr X-Man,

Beberapa bukti nyata mengenai proses menanam karier politik Zaid oleh Azmin.

1. Tindakan Azmin mencabar BN dan bloggers supaya membuktikan Zaid kaki botol ada satu tindakan yang secara indirectly menghangatkan tuduhan ini pada peringkat Nasional.

2. Azmin tidak muncul pada hari penamaan calon atas alasan yang boleh ditertawakan.

3. Azmin tidak berkempen secara bersungguh di Hulu Selangor.

Wallahua'lam.

x-pkr said...

anon,,,
terima kasih...

Mr. Singh,,,

benar, sudah terang lagi bersuluh! PKR je yg cuba membodohkan masyarakat dgn kata depa tak gaduh...

whiteorange said...

Kalau asyik nak mengurus diri je bila ada masa nak mengurus rakyat apatah lagi negara ..... itu belum berkuasa .. buka mata luas2 la .. sekali kena tak pa mungkin silap , tapi kalau dua kali kena tu bodoh namanya .... Parti Koyak Rabak ...