Thursday, May 6, 2010

SRI MULYANI DILANTIK, AnWAR YANG GEMBIRA.


1. Saya menerima emel dari sahabat maya RBF memaklumkan berita dalam Utusan Malaysia tentang pelantikan Ibu Sri Mulyani Indrawati sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia berpangkalan di Washington. Sri Mulayani dilantik tatkala dirinya diselubungi kontroversi penyalahgunaan wang awam bagi menyelamatkan Bank Century di Indonesia atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan Indonesia.

2. Saya pernah mengulas tentang 'bail out' tersebut yang hampir menyerupai langkah kerajaan Negeri Selangor membeli Talam Corporation demi menyelamatkan syarikat tersebut dari lingkup. Ini idea TS Khalid yang ditentang hebat oleh Datuk Sallahuddin Hashim (ketika s/u agung PKR) dengan menyifatkan langkah kerajaan negeri Selangor itu hanya dipraktikkan oleh 'penyangak koporat' dan bersifat kapitalis.

3. Sri Mulyani ini amat rapat dengan AnWAR. Memang dalam beberapa hal, AnWAR menjadi tempat rujukan Sri Mulyani. Malahan dalam beberapa kunjungan AnWAR ke Jakarta, Sri Mulyani sering menemui AnWAR. Sri Mulyani yang juga obses dengan Adam Smith yang mendokong pasaran ekonomi bebas. Prinsip inilah yang dipraktikkan oleh Menteri Kewangan Indonesia yang nyata mendapat sokongan barat!

4. Persamaan inilah titik pertemuan AnWAR dan Sri Mulyani. Dasar-dasar mereka mendapat sokongan penuh Bank Dunia dan IMF yang banyak menekan rakyat tempatan. Contoh yang mudah bagaimana desakan Bank Dunia dan IMF untuk menaikkan kadar faedah tatkala negara dilanda kegawatan ekonomi. AnWAR dan Sri Mulyani mengikut saranan Bank Dunia dan IMF menyebabkan banyak peniaga terpaksa gulung tikar.

5. Ada yang sehingga kini terpaksa menanggung beban hutang terlampau malahan diisytiharkan muflis. Ada yang terpaksa memulakan perniagaan dari A setelah semua wang digunakan untuk membayar hutang. Akibatnya rakyat peringkat pertengahan dan bawahan makin sengsara. Yang kaya bertambah kaya. Jurang ekonomi rakyat makin melebar dan meluas. Ini yang terjadi di Malaysia dan Indonesia.

6. Mujurlah Tun Mahathir menurunkan kadar faedah setelah AnWAR dipecat. Bayangkan kesan kadar faedah yang dinaikkan di zaman Anwar dari Oktober 1997 hingga 2 September 1998 dirasakan hingga kini, bagaimana pula di Indonesia yang hingga kini kadar faedahnya antara yang tertinggi di ASEAN. Hujah pendokong pasaran ekonomi bebas seperti AnWAR dan Sri Mulyani, pelaburan akan masuk jika kadar faedah tinggi.

7. Benar, pelabur luar akan masuk jika kadar faedah tinggi seperti di Singapura. Apakah rakyat Malaysia dan Indonesia bersedia menjadi Singapura yang mengenakan pelbagai kekangan ekonomi terhadap rakyat sendiri. Apa guna jika orang luar yang menikmati kadar faedah tersebut sedangkan ia tidak dinikmati hampir 90% rakyat sendiri. Jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Orang luar saja yang untung!

8. Penawaran jawatan Pengarah Urusan Bank Dunia kepada Sri Mulyani dilihat sebagai langkah menyelamatkan beliau tatkala kes rasuah penyalahgunaan dana awam beliau masih berjalan. Salah seorang orang kuat Sri Mulyani, Bapak Herwidayatmo (Pak Herwid) adalah jambatan Sri Mulyani dengan Bank Dunia. Pak Herwid pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bank Dunia 2005-2007 di Washington.

9. Ketika itu Presiden Bank Dunia adalah Paul Wolfowitz, rakan baik AnWAR. Pak Herwid juga berhubungan dengan AnWAR semasa AnWAR dan keluarga tinggal di Washington ketika itu. Pak Herwid juga pernah mengunjungi AnWAR di KL pada 2007. Pak Herwid kini adalah Presiden Direktur (Pengerusi Eksekutif) di salah sebuah bank utama di Indonesia. Malahan mereka masih lagi bertemu hingga kini.

10. Maka itu tidak mustahil AnWAR antara pelobi utama untuk Ibu Sri Mulyani 'diselamatkan' ke Washington. Lagi lama Sri Mulayani berada di tanahair sendiri, maka semakin terbuka tembelang mereka (AnWAR dan Sri Mulyani) yang begitu pro barat dalam dasar ekonimi mereka.Cuma mungkin Sri Mulayani masih belum menjadi talam dua muka seperti AnWAR. AnWAR pasti gembira dengan pelantikan ini................................

Sekian

1 comment:

naDim'IQ said...

dasar PENJAHANAM BANGSA!!! Xtau apa pawang ANU pakai sampai MENTERI AMARAN taku ambil TINDAKAN pada TUA NAK MAMPOS ni..

p/s: so Nurul Izah tu hasil hubungan KEKASIH GELAPKU ke?? bersepah BAKA anu, SHAMSIDAR Xnak pakai lagi??