Wednesday, October 6, 2010

CERITA AZMIN-AnWAR SEMALAM

1. Masih berkisar tentang pemilihan tertinggi PKR. Bukanlah teruja sangat nak tau sapa yang menang kerana keputusan sudah boleh diagak w/pun gelanggang belum lagi dibuka. Azmin masih terus menjaja nama AnWAR w/pun AnWAR sendiri konon memberi amaran jangan dilibatkan dirinya. Untuk Azmin, apa saja pasti boleh...

2. Menurut sumber dalaman, Azmin ghairah menceritakan kepada penyokongnya AnWAR menyokongnya dan akan memastikan kemenangannya. Seolah-olah ini amaran kepada ahli PKR yang tidak menyokong pakatan Azmin-AnWAR agar segera menukar fikiran atau berhadapan risiko kesukaran di dalam PKR nanti.

3. Sana-sini nama AnWAR dijaja Azmin. Bukan sahaja isu pemilihan, isu Tun Dr. Mahathir pun Azmin menjaja nama AnWAR. Azmin memberitahu penyokongnya, beliau telah mendapat 'green light' dari AnWAR untuk menyindir Tun M. Dalam satu majlis semalam, Azmin menjawab satu panggilan talipon dihadapan khalayak PKR dan PAS.

4. Kemudian beliau berundur di satu sudut dan bercakap kira-kira 10 minit. Kemudian beliau kembali dengan senyum simpul memaklumkan AnWAR di talian sebentar tadi. Azmin maklumkan AnWAR menyokong penuh pendirian beliau terhadap Tun M, malahan menggalakkan Azmin meneruskannya!

5. Isu begini pun Azmin nak guna AnWAR bagi menyelamatkannya. Bayangkan saja Azmin tanpa AnWAR. AnWAR suka orang yang begini, bergantung 100% kepadanya. Tambahan pula ada 'sesuatu' yang mengikat Azmin dan AnWAR. Kepada sahabat PKR yang masih menaruh harapan, lupakanlah saja niat itu kerana selagi ada pakatan Azmin-AnWAR, selagi itulah Azizah akan menjadi presiden boneka terbaik dalam PKR......

Sekian.

No comments: