Tuesday, May 24, 2011

AnWAR, LIM GUAN ENG SOKONG MAT SABU?

1. Dilaporkan semalam pimpinan pakatan kerajaan negeri Selangor hadir ke tapak insiden runtuhan tanah di rumah anak-anak yatim At Taqwa. Yang utama adalah kehadiran Mat Sabu bagi mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke majlis tersebut. AnWAR juga dilaporkan turut hadir sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

2. Persoalannya, kenapa Mat Sabu yang mewakili Lim Guan Eng? Apakah kehadiran AnWAR yang turut hadir dipandang hina oleh Guan Eng dan hanya menghantar Mat Sabu sebagai wakil beliau dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Jawapannya tidak! Jelas AnWAR dan Guan Eng berpakat menonjolkan Mat Sabu dalam program yang mengundang perhatian ini.

3. Ini salah satu strategi mereka mahu menonjolkan Mat Sabu yang bakal bertanding Timbalan Presiden PAS di Muktamar PAS Jun nanti. Di majlis penyampaian bantuan itu, bergegarlah ucapan Mat Sabu mempromosi dirinya secara tidak langsung. MAt Sabu memberi kredit kepada penyokong PAS yang prihatin dgn insiden tersebut.

4. Ucapan Mat Sabu besar impaknya kepada penyokong dan perwakilan PAS yang hadir. Pujian kononnya ahli pakatan khususnya PAS yang banyak membantu pastinya membuatkan punggung penyokong PAS terangkat dan menghargai Mat Sabu. Ahli PAS yang selama ini mendokong pakatan juga dihargai MAT Sabu dalam ucapannya.

5. Ini adalah strategi halus AnWAR dan Guan Eng mencampuri urusan pemilihan PAS. Jika mereka telus tiada agenda, sepatutnya YB Salleh Man (ADUN Ptg. Pasir-PAS) yang patut diberi amanah mewakili Guan Eng ke majlis tersebut, tambahan pula YB Salleh adalah Pesuruhjaya PAS P. Pinang serta tidak akan bertanding jawatan tertinggi nanti.

Gerakan untuk menafikan kemenangan penyandang Timbalan Presiden PAS sekarang semakin giat dijalankan oleh AnWAR, Lim Guan Eng serta ahli-ahli PAS yang selama ini berpihak kepada AnWAR dan DAP. Apa AnWAR dan Guan Eng peduli soal perpaduan dalam PAS? Yang penting ialah kepuasan nafsu sendiri bagi mengunakan PAS memecah belahkan perpaduan melayu-islam di Malaysia ini.....

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

apa standard mat sabu? kurang lebih macam pak lah..lembab..cuma mulut ja cepat dari OTAK dia..no class..tengok muka pun dah tau..blur