Wednesday, May 25, 2011

AnWAR 'DITAMPAR' PAS.

1. Tuan Ibrahim Tuan Man telah umumkan hasratnya secara rasmi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS di Muktamar PAS akan datang. Ini secara tak langsung menjadikan Mat Sabu semakin tidak relevan dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden. W/pun ada yang beranggapan undi kumpulan ulama' akan berpecah, situasi ini tetap tidak memberi kelebihan kepada Mat Sabu!

2. Penyertaan Tuan Ibrahim adalah bagi mengecilkan ruang kumpulan Anwarinas yang bercita-cita menguasai PAS. W/pun Mat Sabu tidak cenderung kepada AnWAR, kemenangan Mat Sabu boleh membuka ruang kepada AnWAR dan gengnya. Mat Sabu seorang 'ayam sabung' PAS, bukanlah seorang yang ada kredibiliti bagi jawatan Timbalan Presiden. Tidak dinafikan Mat Sabu seorang yang popular, dan kesempatan ini akan digunakan oleh AnWAR.

3. Husam yang punya cita-cita tinggi telah diduga akan bertanding jawatan Naib Presiden. Untuk jangkamasa panjang, Husam akan dipastikan menang Naib Presiden sebagai persiapan 'melanggar' Mat Sabu yang disokong oleh Husam, AnWAR dan DAP untuk menjadi Timbalan. Bagi AnWAR, Husam dan DAP, lebih mudah mereka untuk berlawan dengan Mat Sabu kerana mereka tahu setakat mana kemampuan Mat Sabu.

4. Kelompok yang sayangkan PAS sedar akan situasi ini. Penyertaan Tuan Ibrahim adalah langkah 'sabotaj' terhadap usaha golongan Anwarinas dan DAP bagi menguasai PAS. Golongan yang sayangkan PAS juga terpaksa membuat pengorbanan, samada Ustaz Nasharudin atau Tuan Ibrahim. Namun ia jauh lebih baik dari membiarkan Mat Sabu menang dan membiarkan Anwarinas dan DAP menguasai PAS.

5. Nasharudin disokong oleh Hadi Awang dan Mustafa Ali tetapi tidak disukai oleh Nik Aziz. Mat Sabu popular di kalangan ahli PAS, disokong oleh kelompok Anwarinas yang diketuai Husam, namun dilihat rapat dengan DAP terutama Lim Guan Eng. Tuan Ibrahim ditawarkan sebagai calon alternatif yang tidak cenderung dengan kelompok perpaduan dan juga DAP serta tiada bantahan dari Nik Aziz.

6. Memang PAS semakin 'rosak' akibat berkawan dengan AnWAR dan DAP. Adalah malang bagi PAS jika terpaksa mengorbankan Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dilihat mewakili ulama' kontemporari semata-mata bagi menyekat kemaraan 'AnWAR and the gang'. Tuan Ibrahim adalah 'kambing hitam' yang dikompromi bagi memuaskan AnWAR, PKR dan DAP, sedangkan beliau sendiri tidak sepenuh hati untuk bertanding.

Saya tidak terkejut sekiranya selepas ini AnWAR dan DAP mengubah haluannya kepada Tuan Ibrahim setelah Mat Sabu tidak lagi relevan dalan persaingan. Saya simpulkan bidak yang dicatur AnWAR dan DAP seperti berikut:

i) Pilihan pertama adalah agar Mat Sabu dan Husam menang jawatan masng-masing w/pun kini dilihat sukar. Dalam masa sepenggal, Husam akan 'melanggar' Mat Sabu kerana Mat Sabu telah membuka jalan golongan bukan ulama' menjadi timbalan presiden PAS.

ii) Pilihan kedua, Tuan Ibrahim dan Husam menang jawatan masing-masing. Tuan Ibrahim akan dilihat membawa PAS kukuh dengan pakatan, namun imej ulama' ortodoks membataskan peranan beliau. Husam akan mengintai peluang bila masa sesuai untuk 'melanggar' Tuan Ibrahim.

iii) Jika Ustaz Nasharudin menang, ianya tidak disukai oleh AnWAR dan DAP. Nik Aziz akan terus digunakan untuk menekan Nasharudin. Jika Husam menang Naib presiden, Husam akan tampil aktif mewakili suara Anwarinas menghentam Nasharudin. (skg Husam hanya berjawatan AJK Pusat dilantik setelah tewas dahulu)

Pilihan pertama yang palin disukai AnWAR dan DAP dan kedua sebagai alternatif jika mereke merasakan Mat Sabu tidak boleh lagi bersaing jawatan nombor dua. Apapun yang pasti, pertandingan PAS bakal menyaksikan "yg kalah jadi abu, yg menang jadi arang" biarpun mereka bakal mendakwa ini proses demokrasi. Yang tetap tersenyum adalah AnWAR dan DAP menyaksikan PAS semakin lemah untuk terus tunduk serta beresedia 'ditunggangi' mereka....

Sekian

1 comment:

Anonymous said...

anwar takut isu kes saiful berjalan serentak dengan muktamar pas.

manakala kes video cina doll masih lagi hangat.

ana tak hairan jika video akan beredar sewaktu muktamar nanti.