Thursday, April 29, 2010

ZAID MAKIN TERTEKAN, AnWAR TAK PEDULI...

1. Zaid makin tertekan. Tindak tanduk beliau selepas kalah makin tidak dipedulikan pimpinan PKR. Pimpinan PAS dan DAP nampak lebih prihatin dengan Zaid. Dikhabarkan Lim Guan Eng dan Mahfuz telah menghubungi Zaid memberi kata-kata peransang. Guan Eng juga dikhabarkan mahu Zaid berperanan aktif dalam PRK Sibu nanti.

2. Berang dengan sikap pimpinan PKR yang tidak memperdulikannya, Zaid mengambil langkah sendiri. Tindakannya mengemukakan writ saman bagi mengisytiharkan PRK tidak sah dan membatalkan kemenangan BN diambil tanpa mengemukakannya kepada Biro politik PKR. Latheefa 'Koyak P*^i' hanya sekadar penutup malu.

3. Manakan tidak, Zaid memanggil Syed Husin agar hadir ke sidang akhbarnya. Pelbagai alasan diberi Syed Husin untuk tidak muncul di sidang akhbar Zaid. Saifudin s/u agung langsung tidak menjawab jemputan Zaid. Azmin jauh sekalilah mahu hadir! Tian Chua yang diharapkan untuk hadir juga tidak muncul.

4. Alasan logik mereka tidak mahu hadir ke sidang akhbar Zaid adalah kerana tidak mahu terheret ke persengketaan Zaid dengan Azmin dan tentunya melibatkan AnWAR. Mereka masih ingat bagaimana Zaid mengheret Jeffrey Kitingan dalam konfliknya dengan Azmin berkaitan Sabah yang menimbulkan kemarahan AnWAR.

5. W/pun nanti PKR akan mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Zaid, seperti biasa ianya tindakan mahu menutup krisis dalaman parti. Zaid kini keseorangan mengharungi saat pilu kekalahannya. Hanya rakan DAP pengubat duka, itupun hanya mahu menggunakannya semasa di Sibu nanti.

6. Ternyata tindakan Zaid mahu mengheret keputusan PRK Hulu Selangor bukan mahu mencari keadilan. Tindakannya itu adalah untuk memanjangkan talian hayat beliau dalam PKR setelah tidak dipedulikan rakan-rakan dalam PKR sendiri. Sekurang-kurangnya hingga keputusan dibuat terhadap permohonannya nanti, masih ada setahun dua lagi nama Zaid Ibrahim dikenang dalam PKR, w/pun Zaid sendiri tidak dapat memastikan kedudukannya selepas ini.......

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau menang disanjung, kalau kalah, ditinggalakan bersendirian mengubat hati yang dukalara!
Begitulah nasib kalau menumpang di rumah orang, belum tentu semua ahli rumah akan terima, walaupun ketua rumah mengalu-alukannya..

pakngah santan said...

zaid pun macam anwar juga perangainya. bongkak dan angkuh. semua depa saja betul. cakap tak serupa bikin.

kalau tengok kelulusan depa pun, pasal nak harapkan deb saja. kalau tak ada deb, tak ke mana pun. itupun masih tak bersyukur. tak sedar diri punya manusia.

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

tak sangka akhirnya zaid jadi sampah sarap botol arak dlm pkr

baru dia tau tinggi rendah langit tu

ekekeke