Thursday, June 24, 2010

FAEKAH MANGSA TERBARU AnWAR-AZMIN

1. Faekah Husin mula melibatkan diri dgn PKN sebelum PRU 1999. Aktif di PKN Kuala Langat yang ketika itu ketua penajanya ialah Saari Sungib. Kemudian mula mendekatkan diri dengan keluarga AnWAR dengan 'memancing' hati anak-anak AnWAR-Azizah. Sering membawa mereka keluar makan dan menonton wayang, konon mahu menghiburkan anak-anak yang malang.

2. Setelah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Azizah (ketika itu MP Ptg. Pauh), beliau memainkan peranan besar dalam 'hidup' Azizah. Ketika AnWAR ghairah menggunakan Azmin untuk banyak perkara, Azizah pula bertindak perkara yang sama dengan menggunakan Faekah. Maka bermulalah perang dingin AnWAR-Azmin dan Azizah-Faekah!

3. Faekah banyak mendominasi Azizah yang tentunya perkara ini kurang disenangi AnWAR dan Azmin. Semasa AnWAR berehat di Sg. Buloh, Faekah hadir di semua mesyuarat penting PKR, mengiringi Azizah (w/pun tidak perlu), biarpun Faekah bukan ahli kepada mesyuarat tersebut, jauh sekali sebagai ahli undangan. Ini kurang disenangi Azmin!

4. Setelah AnWAR keluar penjara Sg. Buloh, Faekah tetap dengan Azizah, namun peranan dan perhatian kepada Azizah mula berkurangan. Di sini Faekah mula mengenali AnWAR secara dekat. Azmin kembali berperanan dalam keluarga AnWAR. Pabila melihat Azizah semakin akur dengan AnWAR dan Azmin, Faekah juga mengambil langkah yang sama.

5. Faekah tahu betapa AnWAR melayan Azizah dengan buruk! Faekah juga tahu betapa Azmin amat biadab dengan Azizah. Namun dalam politik segalanya serba kemungkinan, tiada kawan atau musuh yang kekal, yang kekal hanyalah kepentingan bersama. Ramai yang kurang menyedari, Faekah kini adalah budak suruhan Azmin.

6. Ahli-ahli PKR sendiri keliru dengan permainan politik berseni AnWAR. Di permukaan, Faekah kelihatan bertentang dengan Azmin, namun ramai yang kurang sedar hidung Azmin dan Faekah telah dicucuk dan dipegang talinya oleh AnWAR! Dan dari segi hirakinya, Faekah tetap 'dibawah' Azmin di mata AnWAR. Banyak bukti menjelaskannya.

7. Di Selangor, biarpun Faekah dilihat mewakili kepentingan Azizah, ianya sekadar mengaburi pandangan penyokong PKR. Pelantikan Faekah sebagai Ahli Lembaga Pengarah UNISEL adalah mewakili kepentingan AnWAR-Azmin. Pada pandangan penulis, FAekah akan tetap berpihak kepada Azizah (AnWAR) biarpun kini berkhidmat dengan TS Khalid.

8. Faekah dihantar bagi memperketatkan pengawasan ke atas TS Khalid. Sebelum ini pegawai khas TS Khalid, Tengku Maraziah Tengku Sulaiman juga adalah orang AnWAR-Azmin. Tengku Maraziah diangkat menggantikan Yahya Sahri yang anti Azmin. Maka cengkaman AnWAR-Azmin terus kukuh ke atas TS Khalid.

9. Inilah yang dikatakan penguasaan 3A itu. Pusing ke manapun, kepentingan mereka bertiga dlm PKR dan kerajaan Selangor tetap terpelihara dengan baik. Kerana itu dikatakan pelantikan Faekah hanyalah kesinambungan survival politik AnWAR-Azmin-Azizah, tidak lebih dari itu! Faekah hanya menanti mangsa untuk dikorbankan, sama seperti Jamaliah Othman yang diabaikan biarpun telah 18 tahun berkhidmat dengan Azizah semasa isteri TPM dan Presiden PKR........

Sekian.

Wednesday, June 9, 2010

JUDI : KAITAN AnWAR DAN KAMARUDIN JAAFAR

Maaf kerana lama tidak bersiaran di arena maya ini. Maklumlah kekangan tugas yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Piala Dunia bolasepak semakin hampir, begitu isu judi bola semakin hangat di'spin' oleh golongan yang hanya tahu mengambil kesempatan, bukannya mahu menyelesaikan isu berbangkit!

1. Jasa AnWAR meluluskan lesen judi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan tidak wajar kita lupakan. Sahabat-sahabat 'judi' AnWAR iaitu TS Vincent Tan, pemilik Berjaya Toto serta memiliki beberapa kasino di luar negara juga tidak harus kita lupakan samasekali. Rapatnya AnWAR dengan Vincent hinggakan sering menggunakan jet peribadi Vincent jika mahu terbang ke mana-mana.

2. AnWAR juga bertanggungjawab meluluskan banyak lesen judi 'jackpot' di Kelab milik Berjaya Group - Tropicana Golf & Country Club. Apa perlu kelab golf mempunyai mesin judi 'jackpot' ini? tanyalah AnWAR jika masih ragu. Adik TS Vincent, Datuk Danny Tan, juga amat rapat dengan Azmin! Malahan, pejabat PKR sekarang pun didiami hasil dari 'deal' jasa AnWAR terhadap Berjaya dahulu.

3. AnWAR juga berjaya menghasilkan seorang usahawan bumiputera yang punya kaitan dengan syarikat judi. Datuk Kamaruddin Jaafar, MP Tumpat, bekas s/u agung PAS adalah bekas rakan bisnes utama TS Vincent Tan dan Datuk Nallakarupan. Kamaruddin adalah bekas rakan sekutu Vincent dalam DiGi Telecommunication Bhd. Saham DiGI. Kamarudin juga pemain utama Vincent dalam projek KLLC.

4. Kuala Lumpur Linear City (KLLC), projek pembangunan ala Venice sepanjang sungai di Lembah Klang bernilai RM2 billion diluluskan AnWAR ketika Menteri Kewangan. KLLC kemudiannya dibatalkan oleh Tun M setelah mengambilalih Kementerian Kewangan. Jika projek tersebut menjadi kenyataan, tak tahulah berapa banyak pula lesen judi yang bakal diperolehi Vincent hasil persengkokolan AnWAR dan kamarudin!

5. Ketika KAmarudin menjadi Pengerusi IKD, beliau tahu bangunan IKD di Bangsar di beli oleh Nallakarupan untuk IKD hasil dari wang Magnum. AnWAr yang arahkan! Sebahagian besar program IKD juga dibiaya oleh Magnum. Hanya AnWAR, Kamarudin dan NAlla sahaja yang tahu. Pegawai tidak tahu, sama seperti pemilikan bangunan PKR skg. Yang tahu ianya punya kaitan wang judi adalah AnWAR, Azmin dan Danny TAn (adik Vincent Tan).

MAka itu, dalam isu lesen judi bolasepak ini, PAS wajar bertanya kepada AnWAR dan KAmarudin bagaimana untuk memujuk Vincent agar menarik balik permohonan lesen judi atau tidak menerima kelulusan lesen itu. Lim Guan Eng juga wajar menarik balik lesen premis Berjaya Toto yang diluluskan PBT di Pulau Pinang. Selangor juga wajar berbuat perkara yang sama, bukannya hanya menghalang judi semasa musim bolasepak piala dunia ini.

PAS juga wajar bertanya kepada AnWAR, kenapa Azmin kerap benar berjumpa DAtuk Danny Tan. Apakah saham-saham AnWAR dan Kamarudin (w/pun mungkin telah dijual?) bersih dari palitan judi Vincent dan Nalla? Mahfuz juga perlu tanya kepada AnWAR, mengapa AnWAR dan Guan Eng bertemu Danny Tan di Singapura baru-baru ini. Apakah ini tiada kaitan dengan sokongan AnWAR terhadap Genting Group sebagai operator kasino di Singapura?.......

Sekian.