Friday, May 28, 2010

AnWAR PENGECUT !!

1. Saya terbaca dalam akhbar Sinar harian semalam tentang Nurul Izzah yang tiba-tiba muncul dalam perbalahan Ezam- AnWAR-Azizah. Izzah (spt yang dilapor Sinar) amat marah sekali dengan Ezam. Ayat-ayat Izzah kelitan tersusun rapi semasa melancarkan serangan terhadap Ezam, sahabat yang pernah rapat dengan keluarganya.

2. x-pkr mengenali Ezam dan juga Izzah semasa dalam PKR. Mereka adalah dua ikon 'anak muda' ketika zaman kemuncak reformasi w/pun Izzah hanya menumpang populariti bapanya serta wajahnya yang sedikit ayu. Izzah dari dahulu hanya digunakan AnWAR dan Azizah sebagai 'umpan' kepada anak muda dan orang tua agar menyokong mereka.

3. Hingga kini Izzah hanya menumpang populariti bapanya dalam mendaki hirarki politik PKR. W/pun kini menjadi YB Lembah Pantai, beliau masih gagal menunjukkan 'taring' beliau dalam senario politik negara. Segalanya masih bergantung kepada 'binti AnWAR' dalam kad pengenalan beliau. AnWAR sedar akan hal ini.

4. x-pkr bukanlah menyokong sangat YB Ezam ni, malahan tidak diketahui samada YB Ezam mengenali x-pkr atau tidak. NAmun realitinya antara YB Ezam dan YB Izzah, Ezam mampu membina kekuatan beliau sendiri samada dalam PKR ataupun di dalam UMNO. Beliau konsisten serta komited berjuang untuk parti yang dianggotainya.

5. x-pkr tidak pernah menulis tentang Ezam, namun ada benarnya kenyataan YB Ezam spt yang dipetik dari Agendadaily. JIka beliau mengharapkan habuan, apa perlu beliau mengorbankan diri beliau beberapa tahun dalam penjara demi membela AnWAR. Apa perlu beliau menjadi pelarian di luar negara semasa AnWAR dalam penjara?

6. Memetik tulisan Rozaid Abd. Rahman dalam buku 'Di Sini Aku Berdiri' tentang Ezam yang sanggup pulang ke Malaysia dan mengambil risiko ditangkap pihak berkuasa. Ezam menyatakan ini semuanya dilakukan untuk AnWAR demi sebuah persahabatan. Tentunya ada sesuatu yang 'besar' jika Ezam mengambil langkah sebaliknya kemudian.

7. Dalam buku itu juga menyebut, Anuar Shaari (seorang lagi bekas pegawai AnWAR) yang mengiringi kepulangan Ezam dari Jakarta, keadaan cukup tertekan di KLIA, takut-takut mereka ditangkap di KLIA. Azizah dan Izzah hanya duduk di rumah mereka di Bukit Damansara sambil menikmati hidangan minum petang!

8. Ada benar juga tempikan Ezam kepada Izzah yang masih muda. Beliau masih muda, tidak tahu banyak serta hanya menjadi alat kepada bapanya yang bernafsu besar. Sama seperti S. Vell Paari membela Samy Vellu w/pun terang-terangan bapanya tidak betul. AnWAR cuba menimbulkan persepsi dirinya tidak setaraf Ezam mahu menyahut cabaran Ezam.

9. Realitinya AnWAR yang pengecut. Cabaran Ezam tidak pernah disahutnya. Apakah AnWAR takut kerana Ezam tahu banyak lagi 'cerita dalam kelambu' mengenai AnWAR seperti yang dicerita Azizah. Azizah juga tidak mahu tampil menjelaskan keadaan w/pun didesak banyak kali oleh beberapa pihak agar menjelas dakwaan ini.

Tanpa prejudis, Ezam juga ada hak untuk pertahankan dirinya dari difitnah (spt kenyataannya). Natijahnya, Ezam tiada pilihan selain memberitahu apa yang beliau tahu. Beliau juga patut membebaskan dirinya dari sindrom 'tunggu dan lihat' yang menghantui dirinya. Ezam tidak perlu menunggu sehingga dirinya difitnah dan dicabar untuk membongkar sesuatu, mulakan serangan anda sekarang kerana masyarakat juga perlu tahu wajah sebenar rasaksa pelbagai wajah ini.......

Sekian.

Wednesday, May 26, 2010

PAS MAKIN TERPERANGKAP DGN. AnWAR

1. Riuh rakan-rakan bukan Islam mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam PAS. Jika dahulu ia antara perkara mustahil yang kita jangkakan, kini ia berubah samasekali. HUjah yang nyatakan PAS perlu berubah demi perubahan semasa, nyata dangkal! Sebenarnya PAS berubah demi survival politik hingga mengorbankan prinsip parti.
2. Diberi betis, hendakkan peha. Itu ungkapan yang layak diberi berkaitan tuntutan bukan islam yang mahu penyertaan lebih aktif dalam PAS. Bermula dengan Kelab, kini status keanggotaan bukan islam dinaikkan kepada Dewan Harian. Namun itu belum cukup, kini mereka mahukan status yang sama dengan ahli PAS yang lain!
3. Hak untuk mengundi dan memilih pemimpin dalam PAS. Pemimpin PAS kini dilihat semakin terperangkap dengan taktik yang mereka sendiri mulakan semata-mata mahu meraih undi bukan melayu/islam di Malaysia. Di masa hadapan, pemimpin golongan ulama' dari PAS pasti tidak mendapat sokongan dari golongan bukan islam ini.
4. Kepimpinan ulama' dalam PAS sedikit demi sedikit akan terhakis akibat pintu yang mereka sendiri buka, sedangkan pintu rundingan dengan sesama islam ditutup rapat! Ini jarum AnWAR yang dicucuk ke dalam PAS bagi membolehkan beliau menguasai PAS suatu hari nanti kerana diketahui golongan ulama' tidak pro AnWAR.
5. Apabila golongan Erdogan Islam Liberal bergabung dengan kelompok bukan islam dalam PAS, pasti ia mewujudkan 'kuasa beli' yang kuat bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang dilihat ortodoks serta tidak 'moderate'. Selepas berjaya nanti, tidak mustahil bukan islam ini menuntut kerusi naib presiden pula nanti.
6. Saya percaya, sebahagian besar pimpinan PAS menyedari perkara ini dan mula mengeluarkan kenyataan agar kelompok bukan islam ini tidak terburu-buru menuntut itu dan ini. Ketahuilah, dibelakang kelompok bukan islam dalam PAS ialah AnWAR yang sentiasa menunggu peluang terbaik kerana dia belum menguasai PAS sepenuhnya......
Sekian

Tuesday, May 25, 2010

APAKAH AnWAR MAHU KITA LIBERAL BEGINI?


The Jakarta Post, Jumaat 21 Mei 2010 - Muka Hadapan.



1. Gambar-gambar di atas adalah Ibu Sri Mulyani Indrawati, mantan Menkeu (Menteri Kewangan) Indonesia. Beliau merupakan sahabat baik AnWAR yang mengamal fahaman seperti AnWAR yang obses dengan pasaran ekonomi bebas tanpa sempadan dan islam liberal. Sri Mulayani melepaskan jawatannya minggu lepas.

2. Gambar-gambar ini dirakam semasa majlis angkat sumpah Menteri Kewangan baru yang menggantikannya, Agos Martowardojo. Sebelah petangnya pula diadakan jamuan perpisahan Sri Mulayani di Departemen (kementerian) Kewangan. Dalam ucapannya, Sri Mulyani gambarkan dirinya 'mangsa' dalam percaturan politik Indonesia.

3. Sama seperti AnWAR, mereka amat mudah menyalahkan orang lain atas kesalahan yang mereka sendiri lakukannya. Mereka menuding jari ke arah orang lain seperti mereka ini bersih dari kesilapan dan kesalahan. Sri Mulyani disiasat atas penyalahgunaan dana awam untuk menyelamatkan Bank of Century Indonesia.

4. Barat juga mengenalpasti mereka adalah calon terbaik proksi mereka di negara masing-masing. Maka itu 'diselamatkan' AnWAR dan Sri Mulyani seketika di Barat sebelum mereka kembali merebut jawatan nombor 1 di negara masing-masing. Palitan kes moral dan rasuah di dahi mereka tidak dipeduli Barat kerana pasti mereka terhutang budi dengan Barat yang telah menyelamatkan mereka. Maka itu segala arahan Barat pasti dituruti.

5. Merujuk gambar di atas, apakah PAS pernah bertanya kepada AnWAR apakah AnWAR pernah berbuat begitu dengan Sri Mulyani dalam beberapa pertemuan mereka di Jakarta? Wan Azizah juga wajar bertanya demikian kepada AnWAR. Jika perlakuan itu dilakukan atas nama 'biasa', apa agaknya perasaan Azizah jika AnWAR melakukan itu di hadapannya........

Sekian..

Monday, May 24, 2010

SYED HUSIN YG TERSEPIT DEK MAINAN AnWAR.

1. Agak lambat mengulas isu ini kerana kekangan masa. Diberitakan Syed Husin Ali telah memulakan tindakan mahkamah menyaman Utusan Malaysia kerana konon memfitnahnya. Turut dinamakan dalam tindakan itu ialah En. Zamil Ibrahim, mantan ahli PKR. Zamil Ibrahim beberapa kali membelasah Syed Husin hingga Syed Husin 'panas punggung'.

2. Saya telah meneliti apa yang terkandung dalam Utusan yang menyebabkan Syed Husin mengambil tindakan ini. Memetik artikel dalam blog x-pkr, Utusan melaporkan Zamil mencabar Syed Husin membuat laporan polis bagi membersihkan namanya yang dikatakan menerima RM500,000 bagi membubarkan PRM.

3. Difahamkan "notice of demand" yang dihantar agar Utusan dan Zamil Ibrahim meminta maaf dalam masa 7 hari terhadap perkara berkaitan tidak disambut. Syed Husin yang mahu menggertak Utusan dan Zamil dengan undang-undang mendapat malu di pusingan pertama! Kedengaran di kalangan penyokong berkata, apakah benar laporan Utusan itu!

4. Sumber dalaman menyatakan Syed Husin berbincang dengan AnWAR mengenai perkara ini. AnWAR dikatakan tidak berapa mahu melayan lalu menyatakan 'tuduhan' begini perkara biasa dalam politik yang membandingkan dirinya 'dituduh' meliwat. Syed Husin kurang berpuashati lantas menyatakan perkara ini memberi impak terhadap kredibilitinya.

5. Syed Husin yang merasa keseorangan dalam hal ini tidak punya pilihan lain. Demi menjaga air mukanya di hadapan penyokong PKR khususnya dari paksi PRM, Syed Husin meneruskan tindakan undang-undang setelah desakannya diabaikan Utusan dan Zamil Ibrahim. Nyata sekarang Syed Husin pula yang cuba mengalih isu dari perkara pokok.

6. Isunya sekarang, Utusan melaporkan Zamil mencabar Syed Husin membuat laporan polis sekiranya apa yang ditulis x-pkr itu tidak benar. Syed Husin harus membuat laporan polis bagi membolehkan tulisan x-pkr serta diri Syed Husin disiasat. Tambahan pula x-pkr menamakan sekali Datuk Ahmad Nazri Abdullah yang memberikan wang tersebut.

7. Apakah Syed Husin bimbang dirinya disiasat? Apakah juga Syed Husin yang konon penuh intergriti itu secara diam telah mengorbankan harga dirinya sebegitu murah kerana terpengaruh dengan AnWAR. AnWAR memang bijak bermain kata-kata. Syed Husin yang berkelulusan PhD dari London School of Economics (LSE) pun berjaya 'dijual' oleh AnWAR.

8. Jika Syed Husin sering melalak mahukan sesuatu tuduhan disiasat, ini adalah masa terbaik baginya membuktikannya. Relakan dirinya disiasat, jangan hanya menuduh orang lain mendapat habuan apabila melompat keluar dari PKR! Syed Husin jangan hanya berselindung di sebalik imej kemeja tangan pendek dan capalnya sahaja.

Syed Husin pasti malu bagaimana AnWAR yang suatu masa dahulu pernah menjadi pelajarnya dan kemudian hanya memperolehi Ijazah Am di UM, berjaya menghancurkan kredibilitinya yang berkelulusan PhD dari LSE. Untuk makluman juga x-pkr tidak sekali-kali akan menarik artikel tersebut dari siaran blog ini. Moga artikel tersebut dan ini akan mendedahkan Syed Husin juga tiada beza dengan ahli politik dalam PKR yang lain......

Sekian

Friday, May 21, 2010

JGN LUPA! AnWAR JUGA BAGI LESEN JUDI.

1. Maaf, kesempatan menulis agak terhad. Harus segera bersiap utk pulang. Namun sempat juga meneliti isu-isu terkini dalam negara, terutamanya kelulusan judi bola oleh kerajaan kepada Berjaya Group. Yang paling kelakar kenyataan dari pimpinan Pakatan yang 'mempolitikkan' semua isu. Pembankang oh pembangkang....
2. Saya tidak katakan ia harus diberi bahkan menyokong ianya dibantah. Pimpinan DAP pun sekarang ni pun dah bantah lesen judi demi memenangi hati orang melayu. Dulu masa AnWAR jadi Menteri Kewangan dan lulus lesen judi, DAP langsung tak ambil hal sedangkan banyak isu depa balun AnWAR.....
3. Jika isu liwat seperti yang ditimbulkan Karpal dan pembentangan bajet yang konon tidak memberi manfaat kepada rakyat oleh Kit Siang, takkanlah isu judi DAP tak boleh bantah masa tu. Ini kerana masa itu (sebelum 2008), DAP amat bergantung kepada undi Cina, melayu jangan haraplah. KIni situasi berbeda.
4. Cina akan terus menyebelahi pembangkang tak kira parti, asal bukan BN. Melayu dah mula tertarik dengan DAP terutama golongan muda yang buta sejarah! Jadinya, melayu kini harus diutama DAP utk dimenangi hati mereka. PAS agak konsisiten dalam hal ini, tetapi juga banyak main politik. Ikut cakap DAP.
5. Di Pulau Pinang dan Selangor, pusat maksiat tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Tak mereka bantah pun. Pusat maksiat urut hanya untuk riadhah kata mereka. Pusat minum arak untuk bukan islam kata mereka. PAS kini mengulangi ayat-ayat lama BN untuk menjustifikasi perlakuan mereka.
Saya amat berharap ada satu penyelesaian menyeluruh mengenai isu ini. Bukan hanya mengambil kesempatan darinya biarpun dari BN sendiri yang mahu menarik undi bukan melayu. Ini bukan soal menarik undi, ini soal negara yang bisa runtuh jika perlakuan judi ini berleluasa......

Tuesday, May 18, 2010

TERKINI : DR.HARON DIN PENGHALANG AnWAR

Datuk Dr. Harun Din telah tahu tembelang AnWAR.


Berlakon depan Haron Din, lepas tu keluar boleh tersenyum keluar tanpa dipimpin.


1. Dua keping gambar ini menceritakan segalanya. AnWAR 'berlakon' sakit di hadapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang mengunjungi beliau di Alpha Klinik dahulu. Turut sama ketika itu ialah Presiden PAS, YB Datuk Seri Hadi Awang. Ketika itu AnWAR menghebohkan konon kunjungan 2 orang kuat PAS adalah untuk menawarkan kepada beliau jawatan Presiden PAS!

2. Azmin yang jadi tukang 'spin' ketika itu walhal sebenarnya tiada. 2 orang kuat PAS ini sekadar ziarah sahaja. AnWAR 'spin' betul-betul kunjungan tersebut terutama Datuk Haron Din. Ini kerana AnWAR tahu Haron Din masih punya pengaruh kuat di kalangan 'non-partisan' biarpun telah bergiat dalam PAS ketika itu. Sama seperti AnWAR pergi mengaku depan Haron Din dia difitnah meliwat Sukma dan Azizan pada 1998.

3. Walhal AnWAR saja yang bercerita konon dia difitnah, Datok Haron Din ketika itu hanya menceritakan pengakuan AnWAR. Akan tetapi AnWAR punya punya 'spin', konon Datuk Haron Din menyokong beliau. Itu dulu, namun kini, Haron Din umpama duri dalam daging kepada AnWAR. Haron Din adalah halangan besar AnWAR untuk menguasai PAS 100%. Cerita ini bukan rahsia lagu di kalangan pimpinan PAS, PKR dan DAP.

4. Di saat anasir AnWAR menyusup masuk dalam PAS, Haron mula menyatakan agar PAS berhati-hati dengan unsur negatif yang dibawa dari luar oleh 'seseorang'. AnWAR amat terasa lalu menggunakan Nik Aziz menghentam Majlis Syura PAS. Bergolak PAS hingga saksikan pertandingan Timbalan Presiden PAS seperti pertandingan Timbalan Presiden UMNO semasa AnWAR betembung dengan Tun Ghafar!

5. Kini Haron Din tegas menyatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam atas apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan samasekali. Bahkan mana-mana muslim yang menyokong idea ini menghampiri kufur. Haron Din mengulanginya sekali lagi semasa PRK Sibu ketika AnWAR dan PAS Erdogan ghairah memanipulasi isu ini. Kena sebiji kat muka AnWAR dan sekali AnWAR gunakan Nik Aziz untuk 'counter' kenyataan Haron Din.

6. Semasa meraikan kemenangan DAP di Sibu, beberapa kerat PAS Erdogan kelihatan dalam gambar. Ini adalah sebahagian pemimpin PAS yang tidak mahu mendengar kata pimpinan mereka. Hatta jika NIk Aziz nyatakan tidak boleh guna, mereka akan tetap dengar cakap AnWAR dari cakap Bik Aziz. Nyata mereka sanggup gadaikan nama Allah hanya kerana mahu menang satu kerusi parlimen!

AnWAR tahu, kebanyakan pimpinan PAS masih lagi menghormati Datuk Dr. Haron Din. Begitu juga di luar lingkungan PAS yang masih menyintai perpaduan dalam islam. Seperti biasa taktik AnWAR cuba mahu berbaik dengan Haron Din, mahu sering dilihat bersama Haron Din. Namun difahamkan Datuk Haron Din amat berhati-hati.

Beliau tidak mahu sering dilihat bersama AnWAR yang mana nanti AnWAR akan memanipulasi keadaan tersebut, konon Datuk Haron Din kini menyokong AnWAR! Nyata Datuk Harun Din tahu gaya politik 'perangkap' AnWAR dan tidak mahu masuk perangkap. Di pihak AnWAR, beliau sedang memikir bagaimana cara terbaik untuk menghapuskan Haron Din dalam PAS agar PAS dapat dikuasainya 100%..................

Sekian.

Friday, May 14, 2010

HIPOKRASI AZIZAH

1. Lagaknya memang ketara. Azizah kini cuba meraih simpati dari golongan wanita dengan menampilkan imej isteri dan ibu yang baik. Di Permatang Pauh bulan lepas, antara aturcara beliau adalah melawat mereka yang uzur. Mewakili Ahli Parlimen Ptg. Pauh ujarnya, sedangkan semasa menyandang jawatan itu, Azizah amat berkira utk pulang ke kawasan.

2. Kini, pabila ada lagi jemputan buat Azizah selaku Presiden PKR ke luar KL, Azizah memaklumkan beliau sibuk sepanjang bulan ini. Sibuk mengiringi AnWAR ke mahkamah. Setiap kali tiba di mahkamah, maka tergesa-gesalah AnWAR 'menangkap' tangan Azizah untuk menaiki tangga ke bilik perbicaraan........

3. Selesai jurugambar merakamkan sudut-sudut yang menarik, tangan Azizah dilepaskan konon untuk AnWAR melayan para wartawan atau 1-2 orang teman yang hadir mengikuti perbicaraanya. Jika ada anak-anak, berjalanlah Azizah dengan anak-anaknya. Jika tiada, berjalanlah Azizah sendirian diikuti beberapa staf AnWAR dibelakangnya.

4. Azizah ialah saksi alibi utama bagi AnWAR. Namanya telah dikemukakan pihak pembela. Karpal Singh gagal mendapatkan salinan bukti-bukti pendakwa termasuklah rakaman CCTV keluar masuk AnWAR di kondominium tempat berlakunya kes. Azizah pasti 'pening' kerana tidak tahu jam berapa sebenarnya pergerakan AnWAR di sana.

5. Sebagai saksi alibi utama, pasti Azizah akan ditanya (oleh pendakwa) tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan AnWAR berada bersamanya bagi menyanggah masa pertuduhan. Jangan lupa, Sivarasa juga nyatakan AnWAR berada di pejabat PKR mempengerusikan mesyuarat ketika itu.

6. Mana satu yang betul? Azizah atau Sivarasa kerana Azizah nyatakan AnWAR bermesyuarat di rumah. Sivarasa kata pula mesyuarat di pejabat! Kerana itulah AnWAR berhempas pulas mahukan rakaman CCTV tersebut. AnWAR mahu Azizah 'berlakon' sesuai dengan skrip dikarang AnWAR. Azizah hanya mengikut sahaja.....

7. Cukup-cukuplah Azizah. Lebih mulia jika Azizah nyatakan beliau memang tidak tahu apa yang sebenar berlaku antara suaminya dan Saiful daripada terus bercakap tentang konspirasi yang Azizah sendiri 'kelabu' mengenainya. Nama Azizah juga dimasukkan sebagai saksi alibi secara tergesa-gesa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena mengenainya.............

Sekian

Wednesday, May 12, 2010

AZIZAH HIPOKRIT SAMA SPT. AnWAR

1. Minggu ni agak sibuk dengan banyak perkara selain politik. Sempat mengikuti perlawanan badminton Piala Thomas Malaysia-Jepun. Memang sakit hati dan marah betul tengok perlawanan tu. Namun terpaksa juga terima hakikat dah kalah, nak buat mcm mana. Pemain pula dilaporkan cuba menyerang penonton yang mengejeknya. Macam mana pula prestasi pasukan Malaysia di peringkat seterusnya nanti...........

2. Sempat juga meneliti gambar koperal polis yang didakwa atas kes adik Aminulrasyid. Pasti tersenyum hingga ke telinga Karpal Singh dan sekutunya kerana berhasil melaksanakan misinya. Gambar seorang anggota polis yang belum tentu bersalah dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari cukup meruntun jiwa. Apa perasaan keluarga anggota polis yg terlibat? x-pkr merakamkan rasa simpati kepada keluarga anggota polis tersebut!

3. UMNO menyambut ulangtahun kelahiran ke 64 semalam. Selama ini sambutan yang sama tidak diendahkan termasuk ahli-ahli UMNO sendiri. Maklumlah, berada dalam keadaan yang cukup selesa! Sambutan 1-2 tahun kebelakangan ini sedikit berbeza. Ada perasaan insaf dan tawadhu' mahu berubah. Ini yang rakyat Malaysia perlukan. UMNO yang mahu berubah untuk terus memimpin negara. Teruskan lagi mendekati rakyat!!!

4. Tak habis-habis lagi AnWAR ni. KAli ni cerita mandi wajib pulak! Namun yang paling nak muntah tengok bila AnWAR dan Azizah berjalan berpimpin tangan. Bukan jealous, tapi mereka cukup hipokrit. Banyak yang tahu AnWAR tidak pernah seromantik ini. Keluarga, teman akrab, ahli Puteri Islam zaman Azizah semua tahu AnWAR tidak pernah pedulikan Azizah. Hingga kini Azizah sering ditengking AnWAR di hadapan penyokong......

Manusia yang terdesak sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan survivalnya. Siapa pun akan 'dipakai' asal saja hasratnya tercapai....................

Friday, May 7, 2010

PORK SHAKE 'THE SHITVAJI'

PORK SHAKE THE SHITVAJI SEDANG TERSENGIH

1. MELAMPAU! Namun apabila mengenang kembali kata-kata Ustaz Ruslan Kassim, bekas Ketua Penerangan PKR yang bertanya "Apa kerja pembangkang tuan-tuan?" lalu dia sendiri yang menjawab "mem baaaang kaaaaaaang je la kerja mereka, sampai terkangkang", ada benarnya sikap hipokrit Lim Guang Eng ini.

2. Beliau mempertikaikan kredibiliti Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Musa Hassan. Bukan itu sahaja, LGE turut pertikai SPRM, SPR dan banyak lagi institusi kerajaan. Tak sedarkah Suruhanjaya Polis dan pelantikan Ketua P/jaya SPRM di bawah bidang kuasa SPB YDP Agong. Musibat benar anak Kit Siang yg tak malam-malam tu.

3. Semua ni hasil refomasi Pork Shake 'AnWAR' The Shitvaji. Jika dahulu mereka tidak berani mempertikai institusi-institusi spt ini biarpun mereka pembangkang, namun kini senarionya jauh berbeda. Pembangkang 'membedal' institusi ini seolah-olah institusi ini langsung tiada jasa kepada negara.

4. Penulis buku 'Aku Pun Melayu', Zaid Ibrahim pula secara sinikal mengeluarkan kenyataan kita tidak lagi berada di zaman feudal. Ini contoh terbaik bagaimana seorang melayu dipergunakan menyindir institusi raja. Bila ditanya kepada LGE dan Karpal 'sial' Singh kenapa tidak hormat raja, mereka kata melayu pun tak hormat raja!

5. Sekali lagi saya nyatakan, semua ini hasil reformasi Pork Shake The Shitvaji yang telah menghuru-harakan sistem pemerintahan negara. Jika dahulu Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dll etnik boleh hidup aman di dalam negara, namun kini tidak lagi. Cina diajar menuntut dan bersuara berlebihan tentang hak mereka.

6. India juga begitu, namun pabila melayu bangkit mempertahankan hak mereka, dikatakan pula rasis. Masyarakat Kristian pula diumpan dengan kebenaran menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka sedangkan beratus ratus lamanya mereka bebas mengamalkan ajaran kristian tanpa penggunaan nama Allah!

7. Segalanya atas nama perjuangan konon. Pork Shake, jika perjuangan mahu memecah belah masyarakat dan huru-harakan negara yang sekian lama dibina, baik lu belah mohon warganegara negara yang lu kata pengamal demokrasi terbaik iaitu Amerika Syarikat. Sekarang AS pun lu tipu....

Lu selalu kata lagu 'Salut' nyanyian kumpulan Spider ditujukan buat lu. Lu kata Al Marhum Loloq tulis lirik tu buat lu. Sekarang wa mau kasi tau, lu kaki goncang, lu main b***k**g, sampai keluar s**t.

tulisan ini diemel kepada x-pkr oleh wak mustar - wak_mustar@yahoo.com .

Thursday, May 6, 2010

SRI MULYANI DILANTIK, AnWAR YANG GEMBIRA.


1. Saya menerima emel dari sahabat maya RBF memaklumkan berita dalam Utusan Malaysia tentang pelantikan Ibu Sri Mulyani Indrawati sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia berpangkalan di Washington. Sri Mulayani dilantik tatkala dirinya diselubungi kontroversi penyalahgunaan wang awam bagi menyelamatkan Bank Century di Indonesia atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan Indonesia.

2. Saya pernah mengulas tentang 'bail out' tersebut yang hampir menyerupai langkah kerajaan Negeri Selangor membeli Talam Corporation demi menyelamatkan syarikat tersebut dari lingkup. Ini idea TS Khalid yang ditentang hebat oleh Datuk Sallahuddin Hashim (ketika s/u agung PKR) dengan menyifatkan langkah kerajaan negeri Selangor itu hanya dipraktikkan oleh 'penyangak koporat' dan bersifat kapitalis.

3. Sri Mulyani ini amat rapat dengan AnWAR. Memang dalam beberapa hal, AnWAR menjadi tempat rujukan Sri Mulyani. Malahan dalam beberapa kunjungan AnWAR ke Jakarta, Sri Mulyani sering menemui AnWAR. Sri Mulyani yang juga obses dengan Adam Smith yang mendokong pasaran ekonomi bebas. Prinsip inilah yang dipraktikkan oleh Menteri Kewangan Indonesia yang nyata mendapat sokongan barat!

4. Persamaan inilah titik pertemuan AnWAR dan Sri Mulyani. Dasar-dasar mereka mendapat sokongan penuh Bank Dunia dan IMF yang banyak menekan rakyat tempatan. Contoh yang mudah bagaimana desakan Bank Dunia dan IMF untuk menaikkan kadar faedah tatkala negara dilanda kegawatan ekonomi. AnWAR dan Sri Mulyani mengikut saranan Bank Dunia dan IMF menyebabkan banyak peniaga terpaksa gulung tikar.

5. Ada yang sehingga kini terpaksa menanggung beban hutang terlampau malahan diisytiharkan muflis. Ada yang terpaksa memulakan perniagaan dari A setelah semua wang digunakan untuk membayar hutang. Akibatnya rakyat peringkat pertengahan dan bawahan makin sengsara. Yang kaya bertambah kaya. Jurang ekonomi rakyat makin melebar dan meluas. Ini yang terjadi di Malaysia dan Indonesia.

6. Mujurlah Tun Mahathir menurunkan kadar faedah setelah AnWAR dipecat. Bayangkan kesan kadar faedah yang dinaikkan di zaman Anwar dari Oktober 1997 hingga 2 September 1998 dirasakan hingga kini, bagaimana pula di Indonesia yang hingga kini kadar faedahnya antara yang tertinggi di ASEAN. Hujah pendokong pasaran ekonomi bebas seperti AnWAR dan Sri Mulyani, pelaburan akan masuk jika kadar faedah tinggi.

7. Benar, pelabur luar akan masuk jika kadar faedah tinggi seperti di Singapura. Apakah rakyat Malaysia dan Indonesia bersedia menjadi Singapura yang mengenakan pelbagai kekangan ekonomi terhadap rakyat sendiri. Apa guna jika orang luar yang menikmati kadar faedah tersebut sedangkan ia tidak dinikmati hampir 90% rakyat sendiri. Jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Orang luar saja yang untung!

8. Penawaran jawatan Pengarah Urusan Bank Dunia kepada Sri Mulyani dilihat sebagai langkah menyelamatkan beliau tatkala kes rasuah penyalahgunaan dana awam beliau masih berjalan. Salah seorang orang kuat Sri Mulyani, Bapak Herwidayatmo (Pak Herwid) adalah jambatan Sri Mulyani dengan Bank Dunia. Pak Herwid pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bank Dunia 2005-2007 di Washington.

9. Ketika itu Presiden Bank Dunia adalah Paul Wolfowitz, rakan baik AnWAR. Pak Herwid juga berhubungan dengan AnWAR semasa AnWAR dan keluarga tinggal di Washington ketika itu. Pak Herwid juga pernah mengunjungi AnWAR di KL pada 2007. Pak Herwid kini adalah Presiden Direktur (Pengerusi Eksekutif) di salah sebuah bank utama di Indonesia. Malahan mereka masih lagi bertemu hingga kini.

10. Maka itu tidak mustahil AnWAR antara pelobi utama untuk Ibu Sri Mulyani 'diselamatkan' ke Washington. Lagi lama Sri Mulayani berada di tanahair sendiri, maka semakin terbuka tembelang mereka (AnWAR dan Sri Mulyani) yang begitu pro barat dalam dasar ekonimi mereka.Cuma mungkin Sri Mulayani masih belum menjadi talam dua muka seperti AnWAR. AnWAR pasti gembira dengan pelantikan ini................................

Sekian

Wednesday, May 5, 2010

KES AMINULRASYID : DIMANA AZIZAH?


1. Kes adik Aminulrasyid telahpun menjadi kes polis. Sementara pihak berkuasa menyiasat dari segenap sudut, masyarakat pula perlu bertenang serta meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Cuma beberapa kerat yang bahlul gila glamour sahaja yang mahu 'menangguk di air keroh' berkaitan kes ini.

2. Ada yang tanpa segan silu mengumumkan dirinya sendiri sebagai mewakili keluarga Aminulrasyid. Ada yang terang-terang terlibat dengan kes langgar lari tanpa Justify Fullsegan silu konon mahu membela Aminulrasyid. Ada juga yang bapanya bergelumang dengan kes liwat turut tidak mahu 'ketinggalan bas' membela Aminulrasyid.

3. Cuma yang kelihatan tidak berapa mahu 'naik bas' kali ini ialah Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau ada di dalam negara sekarang. Tiada sebarang kenyataan darinya, juga beliau tidak langsung kelihatan melawat keluarga Aminulrasyid. Biasanya Presiden 'gila glamour' ni tidak akan ketinggalan untuk melawat keluarga yang telah dilanda musibah.

4. Seperti kes Nurin Jazlin dan lain-lain, Azizah disertai beberapa orang wanita PKR melawat keluarga terbabit dan kemudiannya mengeluarkan kenyataan menghentam kerajaan seolah-olah kerajaan yang bersalah atas musibah yang terjadi. Konon dengan lagak memperjuangkan keadilan, Azizah terus-terusan salahkan kerajaan.

5. Lain pula kali ini, tiada suara dari Azizah. Tiada juga gambar beliau yang terlentok dan tergedik memberi kenyataan. Khabarnya Azizah punya 'perang dingin' dengan ibu Aminulrasyid. Azizah diberitakan tidak 'berapa berkenan' dengan ibu Aminulrasyid yang lebih cenderung menyokong seorang wanita lain dalam PKR.

6. Wanita yang disokong ibu Aminulrasyid itu juga tidak disukai Azizah dalam politik PKR. Ibu Aminulrasyid juga tidak pernah 'menghambakan' dirinya kepada Azizah. Maksudnya ibu Aminulrasyid tidak pernah menganggap Azizah lebih tinggi kedudukan darinya. Penghormatan kepada Azizah tidak pernah berlebih-lebih.

7. Azizah yang gemar dirinya diangkat, dihormati dan disanjung pasti tidak menyukai karektor seperti ibu Aminulrasyid. Lantaran itulah Azizah tidak langsung mahu menziarahi keluarga Aminulrasyid, juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun dinasihati beberapa orang dalam PKR seperti Animah Ferrar (wanita PKR Shah Alam).

8. Azizah berselindung di sebalik sifat kejinya konon tidak mahu campurtangan dalam kes Aminulrasyid kerana takut menjejaskan siasatan. Sejak bila Azizah prihatin dengan pihak berkuasa. Dalam kes-kes lain, tidak pula beliau mempedulikan kesan kenyataannya terhadap siasatan pihak berkuasa? Hipokrit betul Azizah ni.........

9. Saya hanya menceritakan kes ini dari perspektif dalaman Azizah. Beliau sanggup mengenepikan penyokong demi dendam peribadi yang membara. Ramai yang 'keliru' di sebalik wajah Azizah. Ramai juga yang tertipu di sebalik liang lentok Azizah bila memberi kenyataan. Hakikatnya Azizah adalah manusia yang pendendam

10. Pendirian saya jelas agar kita menyokong pihak berkuasa terutama PDRM menjalankan siasatan. Oleh kerana keluarga Aminulrasyid telah menggunakan Karpal Singh, amat wajar juga jika PDRM menyiasat dan mengumpul bukti-bukti bagi mempertahan intergriti pasukan! Biarkan keluarga Aminulrasyid kerana telah memilih jalan politik bagi menghadapi konflik ini w/pun sebelum ini konon tidak mahu dipolitikkan kes Aminulrasyid.......

Monday, May 3, 2010

BUKTI KAITAN AnWAR, RPK, SOH CHEE WEN & AASIL

klik utk imej yg lebih jelas

klik

klik

klik


1. Saya sekadar ingin menambah apa yang didedahkan oleh blogger unspinners dlm posting ttg RPK dan Soh Chee Wen merajuk dengan AnWAR. Di atas adalah dokumen-dokumen berkaitan menunjukkan komunikasi antara Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Soh Chee Wen. 'Avenger Malaysia' ialah nama samaran RPK untuk berkomunikasi dengan sekutu-sekutu AnWAR.

2. Ianya 'ditangkap' ketika RPK berhubung dengan anaknya Raja Suraya Petra menggunakan alamat emel yang sama. RPK turut berbincang dengan Soh Chee Wen mengenai TS Khalid yang dikira gagal mentadbir negeri Selangor. Ada juga fakta yang diragui kesahihan dan RPK hanya menggunakan nama Sultan Selangor untuk 'jual ubatnya'.

3. Dokumen ini juga dedahkan bagaimana RPK berhubung dengan Aasil Kazi Ahmad, "spinning doctor" untuk AnWAR seperti yang didedahkan oleh Datuk Zahrain Hashim yang telah keluar PKR. Anuar Shaari, bekas pegawai khas AnWAR juga telah beberapa kali menyebut tentang Aasil. Aasil berada dalam senarai teratas di 'chatting box' RPK.

4. Pasti banyak yang telah dibincangkan mereka untuk memburukkan pentadbiran negara sekarang khususnya PM DS Najib Tun Razak. Isu APCO juga telah lama dibincang antara mereka sebelum AnWAR 'membaca' teks ucapannya di Dewan Rakyat April lepas. Semua ini dirancang teliti antara AnWAR, RPK, Soh Chee Wen dan Aasil!

5. Harap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat menyiasat perhubungan emel ini gunakan alamat peribadi. Siasatlah kerana ianya berkaitan keselamatan negara kerana melibat seorang warga asing iaitu Aasil. Siasatlah guna kerana medan ini digunakan untuk menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan negara!