Tuesday, June 30, 2009

AnWAR MAKIN GHAFLAH (KUSUT)

1. Menjelang p/raya manek Urai, AnWAR akan bekerja keras berkempen di sana nanti. AnWAR sebenarnya tidak berkempen utk PAS, tetapi lebih kepada kempen menyelamatkan kedudukan Datuk Nik Aziz dan Datuk Husam Musa yang kian tergugat di Kelantan. Saya pernah menulis bagaimana ide putar belit Nik Aziz yang kata ada ahli PAS yang nak bawa PAS masuk UMNO disanggah 80% wakil rakyat Kelantan.

2. Maka itu p/raya Manek Urai adalah medan terbaik AnWAR membantu Nik Aziz dan Husam membaiki imej mereka kembali. Tujuan AnWAR, jika PAS berjaya mempertahankan kerusi Manek Urai, imej Nik Aziz akan kembali naik. Kata-kata Nik Aziz semakin didengari dan dihormati pendokong PAS dan pembangkang lain. Lebih mudah tugas AnWAR mengawal pakatan pembangkang, beliau akan mengguna Nik Aziz dalam hal yang berkaitan Melayu dan Islam, dan menyerang UMNO! (AnWAR sememangnya telah mengawal Nik Aziz sekarang).

3. AnWAR akan memfokuskan tumpuan di Manek Urai bagi mengalih tumpuan kes liwatnya. AnWAR akan 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku ketika perbicaraan berlangsung nanti (jika permohonan AnWAR untuk gugurkan kes tsb gagal). Sekarang pun beliau mencari seribu alasan kononnya beliau 'amat sibuk' di Parlimen, sedangkan kehadirannya di Parlimen terbatas di sesi pagi (1-2 jam) dan lewat petang jika perbahasan berlanjutan.

4. Realitinya, AnWAR gusar berhadapan kesnya kali ini. Dulu semasa kesnya heboh disiasat, beliau masih berjawatan no. 2 dalam kerajaan. Beliau masih punya kuasa mengarah jabatan berkaitan agar mencari saksi untuk berunding. Azizan yang mendakwa diliwat, masih mudah dihubungi oleh AnWAR. Azizan juga tidak pernah menjawab apa juga kenyataan AnWAR serta hanya menurut apa jua kata peguam.

5. Kini, beliau tidak boleh menyalahguna kuasa kerajaan, mengarah jabatan berkaitan berbuat itu dan ini sesuka hatinya. Kerana terdesak dengan situasi ini, beliau mengguna saluran mahkamah (yg beliau sendiri tidak percaya) untuk meminta bukti ASAL dari pendakwa, sesuatu yang beliau sendiri tahu tidak akan memperolehinya. Tindakan ini hanya mahu melebarkan persepsi pendakwa punya konspirasi terhadapnya.

6. Sebaik saja memperolehi sebahagian bukti yang dipintanya, beliau tanpa berlengah mendakwa dirinya tidak bersalah. Perlu diingat, beliau hanya memperolehi sebahagian salinan laporan bukti, beliau tidak memperolehi laporan ujian makmal (kesan DNA), rakaman CCTV yang bakal membutikan beliau memang berada di situ pada tarikh yang disebutkan. Kita pasti pihak pendakwaan tidak akan memberi kesemuanya kerana tidak mahu terperangkap dengan mainan AnWAR yang mahu 'mengotorkan' imej pasukan pendakwa.

7. Lantaran itu, AnWAR cuba taktik lain dengan cubaan menggugurkan kes beliau. Persepsi yang beliau tonjolkan hanyalah jika permohonan beliau gagal, konon memang wujud konspirasi. 'Tape' lama cetaka baru telah mula didendang AnWAR dengan menyamakan kes terkini seperti 1998. Sebagai pendokong prinsip keadilan kononnya, AnWAR harus punya kekuatan berhadapan dengan Saiful Bukhari dan berlawan dengannya di mahkamah. AnWAR harus memberi peluang Saiful mengemukakan bukti berkaitan apa yang didakwanya. Apakah AnWAR takut berhadapan dengan Saiful?

Kepada AnWAR, saya ingin bertanya, di mana kata-kata keramat saudara memanipulasi pemikiran rakyat, "LAWAN TETAP LAWAN"? Apakah pula slogan retorik saudara agaknya selepas ini.........

Sekian.

Monday, June 29, 2009

AnWAR SEMAKIN DICENGKAM KUASA ASING.

1. Maaf lagi kerana agak lama tidak bersiaran, blog punya masalah untuk masuk kerana kelalaian sendiri. Sekarang insyaAllah ok.

2. Hujung minggu lalu, AnWAR dan partinya mengadakan seminar kepimpinan di sebuah hotel berbintang di Negeri Sembilan. AnWAR tidak hadir dan program ini diselaraskan oleh Fuziah Salleh selaku Pengerusi Biro Latihan PKR. Kandungan seminar adalah kandungan lama berkisar tentang kesediaan dan pemantapan PKR untuk kekal relevan dalam politik Malaysia.

3. Penceramah-penceramah selain dari pemimpin PKR dan DAP, dua orang penyelaras dari pembiaya seminar telah hadir memberikan pandangan mereka tentang politik Malaysia yang kononnya jauh ketinggalan akibat dasar-dasar kerajaan yang pro penduduk asal (dlm konteks Malaysia ialah Melayu). Menurut mereka Malaysia harus punya dasar global yang merentas perkauman untuk bersaing di arena antarabangsa.

3. Pembiaya seminar kali ini adalah International Republican Institute (IRI), yang berpangkalan di Washington dan punya pejabat cawangan di Bangkok, Thailand. Institut ini berkait langsung dengan Parti Republikan di Amerika dan pembiaya Institut ini adalah jutawan-jutawan Amerika berketurunan Yahudi. Semasa George W. Bush menjadi Presiden AS, institut ini aktif membiayai program-program latihan untuk pemimpin muda.

4. Saya menyimpulkan peranan Amerika (di belakangnya Yahudi) yang sentiasa mahu menguasai dunia melangkaui fahaman politik tempatan mereka. Jika dahulu semasa Parti Republikan menguasai 'White House', Parti Demokrat melalui National Democratic Institute (NDI) memainkan peranan sebagai pengimbang bantuan sosial ke seluruh dunia. Untuk rekod, Nurul Izzah pernah hadir kursus pemimpin muda di AS anjuran NDI.

5. Sekarang Demokrat menguasai Rumah Putih AS. Maka Republikan pula mengambil alih peranan sebagai utusan sosial AS ke merata dunia, walhal pembiaya NDI dan IRI adalah sumber yang sama! Ini memang taktik AS yang mahu mengaburi mata dunia mereka tidak pernah mencampuri urusan dalaman sesebuah negara. Kononnya hanya NGO yang berpangkalan di AS yang berbuat demikian sedangkan NGO itu mendapat dokongan kuat parti memerintah.

6. Selepas ini IRI akan berperanan lebih aktif membiayai program-program politik PKR, DAP mahupun PAS yang 'berselindung' di sebalik seminar ekonomi atau sosial. Tentunya manusia di Malaysia yang menjadi agen untuk mendapatkan pembiayaan adalah AnWAR! Nilaikanlah sendiri apa yang digadaikan AnWAR untuk mendapatkan sejumlah dana demi meneruskan agenda peribadinya........

Salam Hormat.

Wednesday, June 17, 2009

AnWAR GARU KEPALA LAGI !

1. 15 Jun 2009, di bumi Kelantan Darul Na'im, Menteri Besarnya telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.

2. Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Datuk Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.

3. selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Datuk Nik Aziz dengan cukup beradab. Beliau meminta Datuk Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....

4. Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

5. Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.

6. Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.

7. Nyata sekarang, semakin pening AnWAR menanti 1 Julai bagi kes liwatnya, semakin pusing lagi beliau bila kini pemimpin PAS tidak lagi boleh beliau caturi. PAS semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada AnWAR. Bila memikirkan ini, AnWAR makin garu kepala yang mungkin menyebabkan rambutnya gugur sehelai demi sehelai.......

Sekian.

Tuesday, June 16, 2009

AnWAR - ISU TERKINI

Saya mohon maaf kerana agak lama tidak update blog ini lantaran menyelesaikan beberapa perkara, namun saya tetap mengikuti perkembangan di tanahair. Saya ringkaskan beberapa perkembangan mengenai AnWAR di sana.

1. Lawatan TYT Lee Kuan Yew ke Malaysia.

Selama 8 hari di Malaysia, Lee Kuan Yew telah menemui hampir kesemua pemimpin parti politik di Malaysia dari kerajaan dan pembangkang. Namun Lee Kuan Yew tidak menemui AnWAR w/pun ada usaha dari PKR membuat temujanji dengan Lee Kuan Yew.

PKR bersungguh-sungguh mahu mempertemukan AnWAR dengan Lee Kuan Yew. Sivarasa telah menemui Lim Kit Siang mohon bantuan agar AnWAR dapat menemui lee Kuan Yew. Manakala Saifuddin Nasution telah menemui pegawai di Kedutaan Singapura cuba mengaturkan pertemuan AnWAR-Kuan Yew, tentunya atas arahan AnWAR.

Difahamkan, Lee Kuan Yew tidak mahu menemui AnWAR kerana Kuan Yew sejak sekian lama tidak pernah mengkagumi AnWAR. Ketika AnWAR di puncak kuasa, kunjungan AnWAR ke Singapura juga tidak mendapat layanan sewajarnya dari Kuan Yew. Khabarnya Kuan Yew enggan menemui AnWAR kerana beliau tahu AnWAR seorang bernafsu songsang serta tahu sikap opportunist AnWAR.

Sivarasa yang berang telah menuduh DAP sengaja tidak membantu AnWAR agar bertemu dengan Kuan Yew sedangkan Presiden PAS juga bertemu dengan Kuan Yew!

AnWAR menerangkan kepada penyokongnya bahawa beliau tidak menemui Kuan Yew seperti Tun Mahathir. Seperti biasa AnWAR control macho lagi. Hakikatnya AnWAR terhegeh-hegeh menghantar utusan mahu menemui Kuan Yew bagi membuktikan dirinya penting di kalangan penyokongnya, namun tidak dilayan Kuan Yew. Ini berbeda dengan Tun Mahathir yang tidak pernah meminta menemui Kuan Yew.

2. Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)

Pasukan ini ditubuhkan sejurus selepas AnWAR ditangkap 1998 dahulu. Antara perintis pertubuhan ini ialah Anuar Wahi, seorang ‘berpangkat’ Leftenan Kolonel dalam PKPM tahun 1998. Anuar Wahi adalah aktivis PKR semasa era reformasi dan berpangkalan di Wangsa Maju.

Anuar selalu kelihatan di Bukit Damansara serta merujuk apa jua tindakan PKPM kepada Dr. Wan Azizah. AnWAR juga sering menghantar nota dari penjara kepada pemimpin pertubuhan ini menyokong segala tindak tanduk mereka membenteras jenayah (kononnya).

Kemuncak sokongan AnWAR kepada pertubuhan ini ialah pelantikan Datuk Dr. Wan Ismail (bapa mertua AnWAR) sebagai penasihat kepada PKPM. Anuar Wahi juga mendakwa beliau adalah penasihat ketenteraan kepada Dr. Wan Azizah serta bertanggungjawab merekrut ahli-ahli PKR sebagai anggota kerahan PKPM (spt askar wataniah dlm ATM).

Sekumpulan pendokong PKR yang rasional bersemuka dengan Dr. Wan Azizah untuk mengesahkan perkara ini namun tidak pernah dilayan. Begitu juga yang terbaru, AnWAR tidak pernah menafikan penglibatan PKR dalam pertubuhan haram ini.

AnWAR menyatakan bahawa tidak perlu dihalang untuk berbuat kebaikan sedangkan pertubuhan haram ini mencanangkan penggunaan senjata api kepada anggotanya. Anggotanya dilatih mengangkat senjata untuk melawan kezaliman dan AnWAR menggambarkan kerajaan kini adalah ZALIM!

Saya percaya AnWAR tahu kewujudan pertubuhan haram ini serta mahu mengeksploit kewujudannya. Mudah membaca sokongan AnWAR terhadap pertubuhan ini. Ianya tidak lahir dari sokongan yang ikhlas membenteras kezaliman tetapi lahir dari dendam kesumat beliau yang mahu melihat negara huru-hara. Inilah belang sebenar AnWAR……

Salam Hormat

Monday, June 8, 2009

AnWAR BELUM PUTUS ASA DENGAN PAS

1. Husam masih tak puashati dengan kekalahan beliau tempohari. Kata-kata bahawa beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka hanya manis mulut sahaja. W/pun kalah dengan majoriti yang besar, payah untuk Husam menerima kekalahan, tambahan pula dinyanyikan oleh AnWAR bahawa Husam memang boleh menang!

2. 7hb malam, di salah sebuah hotel 'berbintang banyak', Husam mengadakan pertemuan dengan penyokongnya dari lewat malam hingga awal pagi. Perbincangan berkisar cadangan Presiden PAS tentang "kerajaan perpaduan". Husam secara terbuka dan terang mengatakan bahawa cadangan itu mesti dihalang!

3. Dengan bangga Husam menyatakan bahawa YB Ustaz Nasharudin tidak menang kerana mereka masih ada Datuk Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS serta AnWAR yang akan menggerakkan pakatan pembangkang ke arah kemenangan. Husam juga menzahirkan perasaan amarahnya kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din yang disifatkannya sebagai 'lupa diri' setelah diberi tempat dalam PAS.

4. Husam juga melepaskan kemarahannya terhadap Datuk Mustapa Ali, yang disifatkan beliau sebagai 'dalang' di sebalik kemenangan Ustaz Nasha dan golongan ulama'. yang menarik dalam perbincangan tersebut, Husam membawa salam AnWAR dan mengatakan AnWAR tidak merestui kemenangan Ustaz Nasha serta memaklumkan AnWAR berjanji membantu kelompok mereka (Husam) bangkit semula dalam kepimpinan PAS nanti.

5. Entah apa yang di'nyanyi'kan AnWAR kepada Husam sehingga Husam tidak menghormati pimpinan atasan PAS. Jika dahulu, PAS mengatakan UMNO tidak menghormati, malahan mencaci ulama', kini keadaan sebaliknya! Pemimpin PAS sendiri yang menghasut ahlinya agar membenci dan melawan ulama' dalam parti mereka, tentunya dengan hasutan dan percaturan AnWAR yang sentiasa mahu PAS menuruti arahannya.

6. Setelah PAS enggan patuh kepada arahan AnWAR, maka AnWAR tidak punya jalan lain selain menghuru-hara dan melemahkan PAS. Panglimanya dalam PAS, w/pun tumbang, misainya belum mencecah tanah! Kuasa sebagai Exco Kelantan masih berbisa menarik sokongan. Anwar juga akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat sedangkan PAS telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun......

Ini strategi AnWAR. Beliau pasti akan 'all out' di Manek Urai nanti bagi mengambil hati orang PAS di Kelantan. Apabila AnWAR kembali diterima oleh penyokong PAS, maka beliau akan berusaha kembali 'menguasai' PAS biarpun terpaksa berhadapan dengan golongan ulama' yang lebih mantap di masa hadapan.......

Salam Hormat.

Thursday, June 4, 2009

PUPPET AnWAR DLM PAS II

HUSAM MUSA

1. Setelah Husam kembali ke negeri pada p/raya 2004 dengan menjawat jawatan Exco kanan di Kelantan, hubungan AnWAR-Husam kian rapat. Husam dengan kuasa yang ada pada beliau telah banyak membantu AnWAR melalui Saifudin Nasution. Saifudin ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif di Yayasan Tok Kenali, sebuah NGO tajaan Husam sbg Exco Kelantan.
2. AnWAR setelah keluar dari penjara berpendapat Husam perlu 'dipancing' ke kelompok beliau beliau kerana Husam seorang pemimpin muda yang lantang, berkarisma dan yang lebih penting, BERKUASA ke atas MB Kelantan dan pentadbiran negeri. AnWAR bijak mencatur, maka Saifudin digunakan sepenuhnya bagi mengeratkan hubungan AnWAR-Husam.
3. hujung 2006, dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang ketika itu, Husam yang mula merasa AnWAR mahu mengawal PAS sepenuhnya 'melenting' dan mengherdik AnWAR ketika dalam mesyuarat. Kata Husam " You nak apa lagi ni AnWAR!", merujuk kepada AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya perjalanan mesyuarat.
4. Azmin bingkas bangun membela tuannya "You shut up, you tak hormat PKR, you kurang ajar", katanya kepada Husam. Husam amat marah dan ketika itulah muncul kata-kata yang Husam memang tahu perangai AnWAR, namun hanya nak menggunakan AnWAR untuk menang p/raya.
5. AnWAR segera mencari jalan mengambil hati Husam. Selepas itu, AnWAR sering membawa Husam sebagai 'ahli rombongan' ke rantau Timur Tengah menyampaikan pidatonya. Husam juga dibawa bertemu dengan masyarakat perniagaan di Timur Tengah dengan AnWAR memperkenalkan Husan sebagai 'orang yang sangat berkuasa di Kelantan'.
6. AnWAR membuat Husam merasa dirinya amat penting. Sebarang keputusan yang melibatkan pembangkang juga akan dirujuk AnWAR kepada Husam, sedangkan keputusan telah dibuat. AnWAR 'mengkhayalkan' Husam kononnya beliau adalah tempat rujukan AnWAR membuat keputusan.
7. Begitu juga apabila AnWAR berjanji memberikan Husam jawatan menteri kewangan apabila beliau menjadi PM. Banyak rakan-rakan dalam PAS menasihati Husam agar tidak bertanding. AnWAR berkata " i boleh bagi u Menteri kewangan, tapi ini jawatan kanan, krn itu u kena jadi Timbalan Presiden".
8. Husam telah masuk perangkap AnWAR biarpun beliau tahu perangai AnWAR sebenar. Ini kerana nafsu Husam untuk berkuasa amat besar, seiring dengan keinginan AnWAR yang mahu meluaskan empayarnya dalam PAS. datuk kamarudin Jaafar diguna AnWAR bagi mengawal Husam dari jatuh ke tangan golongan ulama'.
Husam perlu ditolak dalam muktamar ini kerana Husam membawa agenda peribadi dalam perjuangan PAS. Beliau juga membawa aspirasi AnWAR dalam PAS, bukannya aspirasi Presiden PAS.
Salam Hormat.

Wednesday, June 3, 2009

'PUPPET' AnWAR DLM PAS

DATUK KAMARUDDIN JAAFAR (KJ)-S/U AGUNG

1. Bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Amat rapat dengan AnWAR dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta s/u politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri.

2. Selepas meninggalkan sektor kerajaan, Datuk KJ menyertai dunia koporat dengan bantuan AnWAR. Datuk KJ menjadi pengerusi Lankhorst Sdn. Bhd., syarikat pembinaan kelas A bertaraf kontraktor wibawa. Peranan beliau ketika itu lebih banyak melobi mendapatkan projek-projek besar bagi Lankhorst serta mendapat faedah darinya.

3. Datuk KJ pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat awam (listed company) dengan memegang 30% syer kuota bumiputera dalam syarikat Westmond Berhad, yang dipunyai oleh Joseph Chong, salah seorang pembiaya AnWAR hingga kini. ( Syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham perlu mempunyai 30% pegangan bumiputera dan AnWAR cadangkan KJ kepada Joseph Chong tika AnWAR menteri Kewangan, lalu AnWAR sendiri luluskan penyenaraian syarikat tsb.) Adakah ini bukan rasuah?

4. Datuk KJ juga pernah menjadi Ahli Lembaga pengarah DiGi Bhd., syarikat telko 016 kepunyaan TS Vincent Tan, atas cadangan AnWAR. TS Vincent punya cabang perniagaan lain yang melibatkan perjudian. Semasa di DiGI, datuk KJ sering mendapatkan tajaan bagi program-program IKD yang dipengerusikannya. Persoalan di sini, apakah AnWAR menggunakan wang judi membiayai program-program ilmu IKD? Ahli PAS kena tau itu!

5. Datuk KJ juga pernah menjadi sebahagian dari projek Kuala Lumpur Linear City (KLLC) yang dibatalkan oleh Tun Dr. Mahathir selepas mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari AnWAR. Projek tersebut bernilai RM 2 billion yang mencadangkan pembangunan di sepanjang sungai di Kuala Lumpur. Projek ini dibatalkan selepas kajian semula harga dan mendapati ianya tidak semahal itu. Utk. rekod, projek ini diluluskan ketika AnWAR Menteri Kewangan.

W/pun telah melepaskan semua jawatan tsb. selepas 1998, manfaat yang diperolehi oleh Datuk KJ masih terasa hingga kini. Tatkala hampir semua sahabat ABIM AnWAR menyertai PKR pada 1999, AnWAR mengarahkan Datuk KJ menyertai PAS bagi membolehkan AnWAR menguasai parti tu kelak.

Kini PAS bakal menghadapi pertandingan paling sengit dalam Muktamar Tahunan di Stadium Malawati. Tentu saja Datuk KJ mempertaruh dan membiayai Datuk Husam sebagai calon pilihan AnWAR kali ini. Datuk KJ mempersiapkan Husam seperti UMNO beroperasi pemilihan parti, lengkap dengan bilik operasi, jentera bahagian, pusat dan negeri bagi menghadapi golongan ulama' yang tidak menyenangi pengaruh AnWAR dalam PAS.

Kebanyakan dari perwakilan PAS kali ini mendapat 'durian runtuh' hasil pertarungan Timbalan Presiden kali ini. Sumber 'durian runtuh' itu tentunya datang orang di sebalik tabir yang meletakkan Datuk KJ sebagai org harapannya dalam PAS. Jika Datuk KJ, dulu, kini dan selamanya dengan AnWAR, tidak mustahil sumber-sumber syak semakin menguasai PAS. Pasti hubungan dengan Joseph Chong, Vincent masih terjalin baik!

Kita optimis golongan ulama' menyedari perkara ini dan berusaha keras membendungnya. Cuma yang perlu kita renungi di saat UMNO/BN berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, PAS kini bergelut dengan kerenah ahlinya sendiri yang lebih mempercayai AnWAR dari Presiden mereka sendiri............

Salam Hormat.