Tuesday, June 30, 2009

AnWAR MAKIN GHAFLAH (KUSUT)

1. Menjelang p/raya manek Urai, AnWAR akan bekerja keras berkempen di sana nanti. AnWAR sebenarnya tidak berkempen utk PAS, tetapi lebih kepada kempen menyelamatkan kedudukan Datuk Nik Aziz dan Datuk Husam Musa yang kian tergugat di Kelantan. Saya pernah menulis bagaimana ide putar belit Nik Aziz yang kata ada ahli PAS yang nak bawa PAS masuk UMNO disanggah 80% wakil rakyat Kelantan.

2. Maka itu p/raya Manek Urai adalah medan terbaik AnWAR membantu Nik Aziz dan Husam membaiki imej mereka kembali. Tujuan AnWAR, jika PAS berjaya mempertahankan kerusi Manek Urai, imej Nik Aziz akan kembali naik. Kata-kata Nik Aziz semakin didengari dan dihormati pendokong PAS dan pembangkang lain. Lebih mudah tugas AnWAR mengawal pakatan pembangkang, beliau akan mengguna Nik Aziz dalam hal yang berkaitan Melayu dan Islam, dan menyerang UMNO! (AnWAR sememangnya telah mengawal Nik Aziz sekarang).

3. AnWAR akan memfokuskan tumpuan di Manek Urai bagi mengalih tumpuan kes liwatnya. AnWAR akan 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku ketika perbicaraan berlangsung nanti (jika permohonan AnWAR untuk gugurkan kes tsb gagal). Sekarang pun beliau mencari seribu alasan kononnya beliau 'amat sibuk' di Parlimen, sedangkan kehadirannya di Parlimen terbatas di sesi pagi (1-2 jam) dan lewat petang jika perbahasan berlanjutan.

4. Realitinya, AnWAR gusar berhadapan kesnya kali ini. Dulu semasa kesnya heboh disiasat, beliau masih berjawatan no. 2 dalam kerajaan. Beliau masih punya kuasa mengarah jabatan berkaitan agar mencari saksi untuk berunding. Azizan yang mendakwa diliwat, masih mudah dihubungi oleh AnWAR. Azizan juga tidak pernah menjawab apa juga kenyataan AnWAR serta hanya menurut apa jua kata peguam.

5. Kini, beliau tidak boleh menyalahguna kuasa kerajaan, mengarah jabatan berkaitan berbuat itu dan ini sesuka hatinya. Kerana terdesak dengan situasi ini, beliau mengguna saluran mahkamah (yg beliau sendiri tidak percaya) untuk meminta bukti ASAL dari pendakwa, sesuatu yang beliau sendiri tahu tidak akan memperolehinya. Tindakan ini hanya mahu melebarkan persepsi pendakwa punya konspirasi terhadapnya.

6. Sebaik saja memperolehi sebahagian bukti yang dipintanya, beliau tanpa berlengah mendakwa dirinya tidak bersalah. Perlu diingat, beliau hanya memperolehi sebahagian salinan laporan bukti, beliau tidak memperolehi laporan ujian makmal (kesan DNA), rakaman CCTV yang bakal membutikan beliau memang berada di situ pada tarikh yang disebutkan. Kita pasti pihak pendakwaan tidak akan memberi kesemuanya kerana tidak mahu terperangkap dengan mainan AnWAR yang mahu 'mengotorkan' imej pasukan pendakwa.

7. Lantaran itu, AnWAR cuba taktik lain dengan cubaan menggugurkan kes beliau. Persepsi yang beliau tonjolkan hanyalah jika permohonan beliau gagal, konon memang wujud konspirasi. 'Tape' lama cetaka baru telah mula didendang AnWAR dengan menyamakan kes terkini seperti 1998. Sebagai pendokong prinsip keadilan kononnya, AnWAR harus punya kekuatan berhadapan dengan Saiful Bukhari dan berlawan dengannya di mahkamah. AnWAR harus memberi peluang Saiful mengemukakan bukti berkaitan apa yang didakwanya. Apakah AnWAR takut berhadapan dengan Saiful?

Kepada AnWAR, saya ingin bertanya, di mana kata-kata keramat saudara memanipulasi pemikiran rakyat, "LAWAN TETAP LAWAN"? Apakah pula slogan retorik saudara agaknya selepas ini.........

Sekian.

10 comments:

Media Siber said...

mmg dia mengawal tapi pas sendiri yang taksub sampai tak sedar mereka telah dikawal.

PAS hari-hari kutuk BN/UMNO .. tak sahlah kalau dalam sehari kenyataan dalam harakah tu tak kutuk umno/bn.dah jdi rutin dorang.

kalau tak bersalah, tak perlu ler mintak bukti, pergi jer bicara terus. dah mintak itu ini. nampak benarlah dia dah meliwat anak orang.

sian...

najamarine said...

salam bro x-pkr..

tgk la putar belit si munafikunzir ni..sebenarnye ramai ahli PKR,pemimpin2 PKr dan PAS dah sedar akan hal ni..

macam biasa la,bende buruk yg penah dia buat dulu kepada pemimpin2 UMNO/BN pada setiap PRK tuhan balas pula pada si peliwat tegar ni..

ingat la penyokong2 gay seMALAYsia,keburukan dan kezaliman yg di lakukan di atas bumi Allah ni akan tuhan tunjukkan juga untuk pengajaran kepada umat2 terkemudian supaya lebih taat kepada perintah Allah dan takutkan azab yg amat pedih jika melanggar perintah Allah.

wallahualam..

Piggy Singh said...

Salam X-Man,

Budaya fitnah puak-puak PAKATAN semakin menjadi-jadi. Kini calon BN Manek Urai menjadi mangsa kepada tuduhan tak berasas.

Saya telah cuba menjawab tuduhan yang dibuat oleh Malaysiakini san Satu Malaysia, kalau tidak keberatan tolong link.

http://mu-speaks.blogspot.com/

Thanks in advance and Wassalam.

x-pkr said...

media siber,,,

golongan PAS yg sedar taktik kotor AnWAR kini dianggap sesat oleh pendokong PAS sendiri....dahsyat kerosakan yg dibawa AnWAR...

Mr. Singh,,,

will do.....keep up good work!

Piggy Singh said...

Salam Mr X-Man,

Atas nama agama, bangsa dan kebenaran, jangan berundur walaupun selangkah ke belakang.

Thanks a lot for the link and Wassalam.

P.BANGSA said...

Ini REAL punya!! Mrk yg nk tgk dgn real bgmana nuaq putau isu amerika 180 drjah.tgk KOMEN artkel 'revolusi 1699' yg ke14 rasanya..blog GAP Gerakan Anti PKR.. Penulis itu bkn smbarngan..silap2..adalah anuar sndri.! The REAL ANUAR?? https://www.blogger.com/comment.g?blogID=8967104577391350146&postID=7478491463874594993

sai said...

Salam saudara. Jika apa yg saudara dakwa ini betul, jika Anwar terlepas hukuman di dunia, selayaknya Allah yang akan menghukum dia di akhirat kelak. Tetapi jika apa yang saudara dakwa ini sekadar fitnah dan pembohongan, maka jika saudara lepas hukuman dunia, maka Allah juga akan menghukum saudara di akhirat kelak. Takutlah pada Allah. Sekarang ni manusia dah tak takut pada Allah, mungkin kerana kita tak nampak berapa byk dosa kita lakukan dan tak nampak pedihnya siksaan Allah, tetapi igtlah dosa dan pahal itu beanr, nikmat syurga dan siksaan neraka juga benar. Wallahua'lam

x-pkr said...

sai,,,

janji Allah itu benar, kita dan AnWAR sama darjatnya di sisi Allah. Perancangan Allah itu maha hebat!

Sai said...

Kurang tepat tu saudara, darjat kita di sisi Allah kita tidak tahu, hanya Allah Maha Mengetahui, sama ada kita ni mulia atau hina di sisi Allah. Allah boleh letakkan kita hina di dunia tetapi mulia di akhirat, mulia di dunia (mcm Qarun, Firaun) tetapi hina di akhirat, mulia di dunia dan mulia di akhirat (seperti para anbia, aulia dan tabiin) dan hina di dunia dan hina di akhirat. Allah saja Mengetahui apa yang kita buat ni betul atau tidak (walaupun kita percaya kita betul dan keluarkan pelbagai dalil menyokong hujah kita). Saya hanya menyokong pemimpin yang betul-betul ingin laksanakan syariat Islam, bukan pemimpin yang pergunakan Islam utk kepentingan sendiri, bukan ulama yang sayang dunia dan tidak berani tegur pemimpin dan pemimpin yang tolak hukum Allah di dunia ini dan bukan juga pemimpin berpura-pura baik. Tiada pemimpin yang terbaik di dunia ini selain Rasulullah SAW. Semua pemimpin ada kelemahan hatta yang bertaraf ulama. Tetapi InsyaAllah saya akan sokong orang yang ingin tegakkan syariat Islam di dunia ini sehingga terlaksana di Malaysia atau sehingga ajal saya tiba. Jika apa yg saya sokong ini salah sebenarnya, dan saya hanya di tipu oleh pemimpin2 tersebut, sewaktu bicara di padang masyhar kelak, biarlah pemimpin tersebut yang jawab di hadapan Allah Rabbuljalil. Wallahua'lam

x-pkr said...

sai,,,

saya setuju dgn sdra! maksud saya kita semua hamba di sisi Allah, manusia yg nasaya (pelupa), tidak lekang dari kesalahan andai tali Allah tidak kita pegang seteguhnya..

kita dituntut agar berhati-hati dgn tipu daya sesama manusia. InsyaAllah pesanan sdra ini akan kita jadikan panduan bersama!

Salam.