Wednesday, August 25, 2010

KENALI SEBAHAGIAN SAHABAT AnWAR DI INDONESIA.

gambar sekadar hiasan


1. Prabowo Subianto - Let-Jen bersara, menantu Soeharto yang tewas dalam dalam pemilihan Naib Presiden Indonesia yang lepas. Punya cita-cita besar dan sehingga kini masih aktif mengejaar cita-citanya. Amat rapat dengan AnWAR semenjak dari mengetuai KOPASSUS (komando elit Indonesia) serta seorang yang amat kaya hasil 'tempias' Soeharto ketika menjadi Presiden.

Mendapat pendidikan ketenteraan di Port Benning AS serta amat terlatih untuk mensabotaj musuh. Juga punya rekod menyerbu kediaman bekas Presiden Habibie dan mempersoalkan tindakan Habibie yang tidak memilihnya sebagai Panglima Tentera Indonesia yang mungkin membolehkan beliau menjadi Presiden melalui kuasa tentera.

Amat agresif serta seorang yang bercita-cita tinggi di Indonesia. Juga punya hubungan baik dengan Barat w/pun dicap sebagai sorang yang tidak mempunyai rekod hak asasi yang baik semasa mengetuai KOPASSUS 'menghilangkan' ramai penyokong pembangkang di jalanan. Kini dipercayai menggunakan jalanan sebagai langkah untuk berkuasa.

2. Amien Rais - bekas ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia. Tokoh pembangkang yang radikal dizaman Soeharto serta 'power broker' menjatuhkan Habibie dan Gus Dur. Rapat dengan AnWAR sejak tahun 60-an lagi. w/pun sudah 'pencen' namun masih mahu menjadi 'power broker' dalam politik mutakhir Indonesia.

Amien cukup obses dengan demo jalanan ini. Konon baginya itulah lambang demokrasi sebenar, walhal ianya diguna untuk kepentingan diri sendiri. Pernah mencetuskaan kontroversi apabila secara terbuka melawat AS dan memohon sokongan semasa menjadi calon presiden Indonesia. Kini mengajar secara separuh masa di Universiti Indonesia.

'Tidak setuju' dengan Malaysia hanya kerana AnWAR dibawa ke mahkamah untuk tuduhan liwat. Amien merupakan idola mahasiswa Indonesia yang sentiasa mahu suara mereka didengar w/pun ketika menjadi Ketua MPR, belang Amien terbongkar beliau hanya mahu melepaskan diri dan keluarganya sahaja.

3. Taufik Ismail - seorang pujangga dan penyair tersohor di Indonesia. Selain Rendra, Taufik juga terkenal dengan sajaknya yang sentiasa 'anti establisment' seolah-olah pelajar, petani dan masyarakat kelas ketiga sentiasa ditindas. Sajak Taufik yang menceritakan ketakutan pelbagai tingkat masyarakat sering dibacaa AnWAR dalam pidatonya.

Namun Taufik tetap hipokrit dalam setiap syair yang ditulisnya. Bagaimana orang yang terlalu mempersendakan mereka yang punya mobil besar, boleh memiliki banyak mobil besar dirumahnya. Taufik juga idola bagi mereka yang 'anti establishment' di sana, namun berkawan dengan elitis di Indonesia serta memperolehi manfaat darinya.

Sering menulis sajak/syair khusus buat AnWAR dalam kebanyakan lawatan AnWAR ke Indonesia. Karya Taufik juga banyak mempersenda dan mempertikai Malaysia. Lagak ini tidak ubah seperti penyair di zaman Jahiliah yang berkarya memuji pemimpin qabilah mereka sedangkan mereka tahu betapa kotornya kehidupan pemimpin mereka.

Ini hanya sebahagian dari 'circle' AnWAR di Indonesia. Boleh dinilai kebanyakan mereka adalah golongan 'anti-establisment' atau hipokrit yang sentiasa menyatakan tiada langsung kebaikan dilakukan orang kepada mereka. Golongan ini suka akan ketidakstabilan situasi dimana keadaan ini akan dieksploit demi kepentingan mereka sahaja.....

InsyaAllah akan ada lagi nanti.........

Salam Hormat.

Friday, August 20, 2010

HELAH TERBARU AnWAR.

1. Samdol si Shamsul Iskandar telah membuat aduan qazaf terhadap Ezam berkaitan tulisan Ezam dalam laman twiiternya. Sepatutnya si samdol itu terus memfailkan pertuduhan berdasarkan dokumen yang telah beliau kemukakan. Ini bagi membolehkan prosiding mahkamah dimulakan segera membicarakan perkara ini. Amat menarik untuk melihat AnWAR dan Azizah di mahkamah syariah pula!
2. Sebenarnya aduan si samdol ini hanya merupakan helah politik, juga satu tindakan serius mempermainkan kesucian mahkamah syariah. Si samdol itu tahu bahawa dengan 'bukti' di laman twitter Ezam, tindakan qazaf terhadap Ezam tidak dapat dibuat. AnWAR dan Azizah juga tahu dan mereka sebenarnya pun tidak mahu memulakan tindakan qazaf terhadap Ezam. Apa yang dilakukan kini hanya tindakan 'control damage'.
3. Sesuatu perlu dilakukan agar AnWAR dan Azizah nampak serius dalam tindakan mereka. Kambing hitam yang dungu perlu segera dicari. Makanya samdol Shamsul Iskandar terpilih! AnWAR berpesan hanya pergi mengadu, jangan failkan kes. Makanya beban untuk menyabitkan Ezam agar boleh didakwa kini dibebankan kepada mahkamah syariah. Sepatutnya AnWAR dan Azizah bekerjasama dengan mahkamah syariah mendakwa Ezam!
4. Apabila diadu, mahkamah syariah Wilayah Persekutuan serba tak kena. Tidak mahu diterima aduan samdol itu, takut nanti dikata lembab. Bila diterima aduan dan jalankan siasatan dengan 'bukti' yang dibekal samdol itu, awal-awal lagi dah tahu tiada alasan kukuh mahu menyabitkan Ezam dengan qazaf. Bila dikata tiada kes nanti, maka jadilah AnWAR seperti ayam jantan yang berkokok kuat tapi ekor bergelumang taik......
5. Inilah perangkap AnWAR sebenarnya yang mahu menimbulkan persepsi mahkamah syariah juga dikawal oleh kerajaan serta tidak adil dan bebas! Peguam Syar'ie yang lebih berpengalaman dalam PKR seperti Kamar Ainiah pun tidak mahu melakukan aduan ini kerana ia akan kelihatan amat bodoh. Samdol ini sanggup memikul tugas. Tidak diketahui adakah kerana beliau tidak tahu atau demi menambat hati AnWAR yang sering melabelkan beliau 'ketot'.
6. Kita amat berharap mahkamah syariah akan menyiasat dengan terperinci aduan si samdol ketot itu. w/pun di kalangan pengamal perundangan syar'ie tahu 'bukti' yang dikemukakan itu tidak kemana, hendaknya selepas itu nanti ada tindakan mahkamah syariah yang memfailkan saman terhadap pengadu yang tidak serius serta memainkan institusi mahkamah syariah negara ini w/pun pasti akan dikritik hebat pimpinan pembangkang nanti. Namun integriti dan kredibiliti institusi Mahkamah Syariah harus terus dipelihara dan jangan dibiarkan sesiapapun mempermainkannya demi kepentingan politik sendiri......
Salam Hormat.

Thursday, August 19, 2010

AZIZAH MEMANG HIPOKRIT II

1. Difahamkan AnWAR semakin tertekan. Gerak laku beliau di mata umum tidak mencerminkan sikap sebenar beliau di rumah. Katanya di rumah seminggu dua ni beliau cepat naik angin dan marah-marah w/pun di bulan Ramadhan. Marahnya pada Azizah kerana mendedahkan ada panggilan telefon dibuat kepada Ezam. AnWAR benar-benar marah.

2. Banyak yang menyalahkan AnWAR kerana begitu menekan Azizah hingga Azizah jadi begitu. Seperti yang ditulis sebelum ini, di kala Azizah meniti usia 60 tahun, sepatutnya Azizah tahu setakat mana batasan mahu menyembunyikan perkara sebenar! Bukan Azizah tidak tahu Shamsidar bebas keluar masuk rumah dan bilik mereka semasa AnWAR TPM.

3. Bukan Azizah tidak tahu betapa AnWAR sentiasa mengutamakan Azmin dan Shamsidar dari keluarga sendiri. Setiap kali percutian keluarga dirancang, keluarga Azmin pasti akan dibawa bersama. Azizah tahu dan pasti bermasam muka setiap kali Farah Afifa (anak Azmin) memanggil AnWAR dengan panggilan papa.

4. Bukan Azizah tidak tahu dalam hidup AnWAR dulu (sebelum dipecat TPM), Azmin, Sukma dan Mak Andak (konon ibu saudara AnWAR) sering berkomplot hingga meminggirkan diri beliau sebagai isteri. Kerana itu apabila AnWAR di penjara, Azizah merancang konspirasi untuk mengeluarkan mereka dari kehidupan AnWAR!

5. Sukma w/pun pada zahirnya sudah diketepikan dari kehidupan keluarga AnWAR, bukannya Azizah tidak tahu AnWAR masih lagi menemui Sukma di Jakarta setiap kali kunjungan AnWAR di sana. Azizah juga tahu ada yang mengikut AnWAR (w/pun berseorangan) dengan penerbangan lain semasa kunjungan AnWAR ke Australia pada tahun lepas.

6. Azizah juga tunduk kepada AnWAR untuk memberi satu bilik di dalam rumah mereka di Bukit Damansara pada tahun 2005 kepada Rashid w/pun tidak merestuinya. Kemudian Azizah sendiri yang memberontak meminta AnWAR mengeluarkan Rashid dari rumah mereka dengan alasan RAshid bukan mahram dengan mereka.

Selain berfahaman "tujuan menghalalkan cara", Azizah kini juga mengamalkan politik "ugut dan saman". Kita tidak pasti samada penafian melalui kenyataan Azizah (yang dipaparkan dlm blog AnWAR) itu atas kemahuan beliau sendiri atau mengikut tekunjuk AnWAR, namun yang pasti Azizah sendiri secara perlahan-lahan telah mendedahkan 'sisi lain' di sebalik sikap beliau yang bertudung dan sentiasa berlakon memegang tasbih itu.........

Salam Hormat.

Tuesday, August 17, 2010

AZIZAH MEMANG HIPOKRIT!

inilah orangnya yang dimaksudkan Azizah apabila berpesan kepada Ezam agar 'menjaga abangnya'. (Gambar ehsan blog theunspinners)


1. Azizah pastinya dimarahi AnWAR sepanjang minggu lepas. Dari temuramah dengan Agendadaily sehinggalah penyiaran kenyataan Azizah di laman blog AnWAR, semuanya menceritakan ada yang tidak kena dengan hubungan AnWAR-Azizah yang mahu ditutup. 'Lakonan' di mahkamah hanya hipokrasi mereka berdua!

2. Bukan AnWAR sahaja yang hipokrit, Azizah juga pandai w/pun tidak sehebat AnWAR. Di saat Azizah 'pusing cakap' menyatakan bahawa pernah menghubungi Ezam menyuruh untuk 'menjaga' AnWAR, ternyata Azizah juga seorang pelakon. Cuma lentok kepala serta suaranya saja yang membezakan beliau dengan AnWAR.

3. Azizah kini sudah tidak mampu menahan keghairahan rakyat yang mahu tahu apakah beliau tahu tentang nafsu songsang AnWAR. Seingat penulis, Ezam telah menyuarakan keraguannya dari tahun 2008 lagi. Ezam masih belum keluar dari PKR lagi namun dikira tidak aktif ketika itu. Temubualnya dengan Pak Habib juga diceritakan perkara sama.

4. Pak Habib (Syed Hussein Al Atas), telah menyiarkan temubual beliau dengan Ezam yang telah meragui AnWAR berpunca dari Wan Azizah. Ianya BERCETAK! Buku 2009 itu boleh dijadikann bahan bukti sekiranya Azizah beranggapan Ezam telah memfitnahnya. Juga banyak rakaman ceramah bekas ahli PKR lain yang 'membelasah' Azizah.

5. x-pkr pernah menulis, Azizah ini seorang manusia yang tidak punya pendirian, hipokrit serta mementingkan diri sendiri. Sejarah kehidupannya yang kurang kasih sayang semenjak kecil menjadikan beliau berfahaman matlamat menghalalkan cara. Semasa kecil mencemburui adik-adiknya yang dibela ayah dan ibunya sendiri.

6. Setelah berkahwin, terpaksa pula berebut dengan Sukma, Azmin, Syamsidar dan Mak Andak demi mendapatkan kasih sayang AnWAR dan anak-anak. Selepas itu keliru semasa AnWAR di penjara. Sebelah menyatakan bahawa padan muka AnWAR kerana di penjara, sebelah lagi pula bersedih kerana suami di penjara.

7. Kerana itu bagi yang mengenali Azizah, beliau tidak pernah konsisiten. Tanyalah kepada Datin Tuan Sabariah (isteri Nik Aziz), Pn. Sabariah (isteri Syed Husin), Puan Shamsiah (isteri pemilik tempat AnWAR dituduh meliwat) dan juga kepada isteri pemimpin UMNO. Saya pasti jawaban yang diperolehi akan sama biarpun mereka dari parti yang berlainan!

8. Mungkin pengalama lepas menjadikan Azizah begitu, namun ketika usia beliau menghampiri 60 tahun ini, Azizah cukup matang membezakan baik dan buruk serta halal dan haram! Kerana itu ada yang menyatakan Azizah kini berjuang untuk memelihara kepentingan dirinya sendiri. Beliau tahu, tanpa AnWAR beliau bukan lah sesiapa. Maka itu dituruti saja apa perintah AnWAR.

Oleh itu, wajar kita semua bermuhasabah diri, termasuk Wan Azizah! Renungkan terjemahan Kalamullah Surah An Nisa', ayat 135, yang membawa maksud kita perlu sentiasa tegakkan kebenaran biarpun di kalangan keluarga kita. Panjang jika kita mahu bersyarah ttg ayat ini, namun saya kira Wan Azizah perlu sekurang-kurangnya mempertahankan kenyataan beliau memang ada menghubungi Ezam menyuruh lelaki lain keluar dari rumah mereka kerana panggilan telefon tersebut memang berlaku, bukannya taat membabi buta kepada suami yang bernafsu songsang itu......

Salam Hormat.

Friday, August 13, 2010

TAKTIK AnWAR PROMO CHUA JUI MENG

gambar dipetik dari blog GAP

1. Sudah terang lagi bersuluh. Benarlah seperti apa yang dikata teman-teman PKR yang bangga mencanangkan PKR memang berhasrat benar merampas Johor dalan p/raya akan datang. PKR dan sekutunya melihat Johor sebagai tunjang UMNO yang perlu dirobohkan bagi membuka laluan mereka menuju Putrajaya.
2. Selagi BN/UMNO bertahan di Johor agak sukar mereka mengimpikan Putrajaya kerana sentimen tempat kelahiran UMNO pasti mengimbau semangat pahlawan orang melayu yang masih sayangkan bangsanya. Tambahan pula ia berdekatan dengan Singapura, pasti banyak benda yang perlu dicongak.
3. Kerna itu AnWAR menyasarkan Johor bagi meruntuhkan ego dan semangat juang UMNO (biarpun semangat itu kian pudar dikalangan UMNO sendiri). Banyak kerusi p/raya di Johor dalam congakan AnWAR untuk dirampas. Pastinya kerusi yang pengundi melayu sekitar 50-60%. Ini taktik AnWAR mahu merampas Johor.
4. Bola telah mula digolekkan oleh AnWAR. Sebagai manipulator isu, AnWAR melihat isu pelucutan darjah kebesaran dari Chua Jui Meng mampu menaikkan sentimen perkauman. Maka AnWAR mengambil kesempatan mempromosi Chua Jui Meng yang konon tidak mendapat keadilan di negara sendiri. Konon juga Chua dianiaya oleh seorang raja melayu!.
5. Anwar mewar-warkan boleh 'mencipta' seorang lagi MB/KM cina. Jasa BN yang pernah 'mencipta' KM cina ditutup. Mengharapkan angin Sibu terus bertiup, AnWAR menyasarkan pengundi Cina akan memberi sokongan padu kepada Chua dan DAP. Dicampur pula dengan sokongan melayu PAS yang semakin angkuh, impian ANWAR bakal tercapai.
6. Singapura juga pasti amat berminat dengan isu ini w/pun mereka amat tidak berminat dengan AnWAR. Pastinya kempen membawa balik pengundi berdaftar Malaysia yang tinggal di Singapura akan dijalankan selepas ini. Sekian lama pengundi ini tidak pernah mengambil kisah akan p/raya di Malaysia, kini akan pulang mengundi dengan harapan baru.
7. Permainan AnWAR ini AMAT bahaya. Ia bisa meruntuhkan apa yang telah terbina 53 tahun lalu. Perpaduan kaum atas semangat toleransi yang tersemai sekian lama kian hancur. Sayangnya orang yang menghancurkan itu berselindung di sebalik nama keadilan. Keadilan apakah yang akan kita dapat nanti jika segalanya telah hancur dan punah akibat nafsu untuk berkuasa.....
Sekian

Thursday, August 12, 2010

AnWAR DAN MALAYSIAKINI TETAP BIADAB


SIASAT JUGA PENGGUNAAN GAMBAR INI OLEH MALAYSIAKINI DGN TAJUK 'CHUA : BEKAS MB DALANG KAIN RENTANG'. BERITA DILAPOR OLEH HAZLAN ZAKARIA - 11 OGOS 2010, 6.01PM.
DIPERCAYAI GAMBAR INI ADALAH ILLUSTRASI MALAYSIAKINI. INI ADALAH PENGHINAAN SEKALI LAGI KERANA MELETAKKAN GAMBAR TUANKU SEBARIS DGN PEMIMPIN PKR!!!!

Monday, August 9, 2010

AnWAR, GORE, WOLFOWITZ DAN BENIGNO Jr.

1. AnWAR memang tak sedap duduk 1-2 minggu ni. Di saat beliau galak 'menerangkan' di dalam negara konon bukan talibarut Yahudi laknatullah seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman blog luar negara, timbul 2 orang sahabat setia Al Gore dan Paul Wolfowitz menggesa Presiden mereka agar segera campurtangan dalam kes liwat AnWAR.

2. AnWAR tersentak seketika! Usahanya mendapatkan kembali keyakinan umat islam bahawa beliau tidak bersekongkol dengan YAhudi sedikit terbantut. Segalanya berlaku tanpa dirancang dan ianya adalah hasil sikap bermuka-muka AnWAR. AnWAR sering terperangkap dengan langkah yang beliau mulakan sendiri, kemudian menyalahkan orang lain.
3. AnWAR kini galak menyatakan beliau bukan pendokong Yahudi. Ini dinyatakan sendiri oleh sekutu-sekutu Amerika dakwanya. Dalam masa yang sama beliau secara diam masih berusaha bersungguh mahu rapat dengan sekutu Yahudi dan Amerika bagi merealisasikan impiannya menjadi orang nombor wahid Malaysia.
4. Dalam pertemuannya dengan Presiden baru Filipina, Benigno Aquino Jr., beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang didakwa berkonspirasi menganiaya dirinya. Benigno Jr., yang masih baru memegamg jawatan tidak mahu berkonfrontasi dengan Malaysia dan memilih orang ketiga yang berpengaruh untuk bersuara bagi pihaknya.
5. Nyata, Al Gore dan Wolfowitz juga yang menjadi rujukan Aquino. Maka tembelang Gore dan Wolfowitz makin terbuka dalam usaha mereka menjadikan ASEAN dan Asia sebagai simpanan tetap mereka. Wolfowitz juga punya pengaruh besar di Indonesia manakala Gore di Singapura. Alasan ini digunakan untuk 'bargain' dengan Obama agar suara mereka terus didengar.
6. Semua ini berlaku tanpa dirancang. AnWAR berlakon kononnya beliau konsisiten anti Yahudi, namun dalam masa yang sama mengharapkan sokongan mereka mahu menjadi PM di Malaysia. Hipokrasi dan sikap talam dua muka AnWAR terserlah di sini. Menggunakan dan memanipulasi sesiapa sahaja untuk kepentingan dirinya.
7. Namun sikap busuk dalam dirinya sukar ditutup. Tembelangnya kini semakin terbuka ditambah dengan betapa obsesnya beliau mahu menduduki Putrajaya. AnWAR sebenarnya bergelut dengan diri sendiri bagi mencapai impiannya. Penyumbang terbesar dalam kejatuhannya juga adalah sikap sendiri yang gagal menahan nafsu untuk berkuasa....
Tindakan AnWAR berceramah sana dan sini menyalahkan orang lain atas kejatuhannya hanyalah usaha terdesak beliau mahu menutup kelemahan diri sendiri. Sempena Ramadhan ini, beliau wajar memberi perutusan agar bermuhasabah sendiri, menilai dirinya yang semakin hanyut akibat nafsu beliau sendiri yang tidak terbendung...