1. AnWAR memang tak sedap duduk 1-2 minggu ni. Di saat beliau galak 'menerangkan' di dalam negara konon bukan talibarut Yahudi laknatullah seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman blog luar negara, timbul 2 orang sahabat setia Al Gore dan Paul Wolfowitz menggesa Presiden mereka agar segera campurtangan dalam kes liwat AnWAR.
2. AnWAR tersentak seketika! Usahanya mendapatkan kembali keyakinan umat islam bahawa beliau tidak bersekongkol dengan YAhudi sedikit terbantut. Segalanya berlaku tanpa dirancang dan ianya adalah hasil sikap bermuka-muka AnWAR. AnWAR sering terperangkap dengan langkah yang beliau mulakan sendiri, kemudian menyalahkan orang lain.
3. AnWAR kini galak menyatakan beliau bukan pendokong Yahudi. Ini dinyatakan sendiri oleh sekutu-sekutu Amerika dakwanya. Dalam masa yang sama beliau secara diam masih berusaha bersungguh mahu rapat dengan sekutu Yahudi dan Amerika bagi merealisasikan impiannya menjadi orang nombor wahid Malaysia.
4. Dalam pertemuannya dengan Presiden baru Filipina, Benigno Aquino Jr., beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang didakwa berkonspirasi menganiaya dirinya. Benigno Jr., yang masih baru memegamg jawatan tidak mahu berkonfrontasi dengan Malaysia dan memilih orang ketiga yang berpengaruh untuk bersuara bagi pihaknya.
5. Nyata, Al Gore dan Wolfowitz juga yang menjadi rujukan Aquino. Maka tembelang Gore dan Wolfowitz makin terbuka dalam usaha mereka menjadikan ASEAN dan Asia sebagai simpanan tetap mereka. Wolfowitz juga punya pengaruh besar di Indonesia manakala Gore di Singapura. Alasan ini digunakan untuk 'bargain' dengan Obama agar suara mereka terus didengar.
6. Semua ini berlaku tanpa dirancang. AnWAR berlakon kononnya beliau konsisiten anti Yahudi, namun dalam masa yang sama mengharapkan sokongan mereka mahu menjadi PM di Malaysia. Hipokrasi dan sikap talam dua muka AnWAR terserlah di sini. Menggunakan dan memanipulasi sesiapa sahaja untuk kepentingan dirinya.
7. Namun sikap busuk dalam dirinya sukar ditutup. Tembelangnya kini semakin terbuka ditambah dengan betapa obsesnya beliau mahu menduduki Putrajaya. AnWAR sebenarnya bergelut dengan diri sendiri bagi mencapai impiannya. Penyumbang terbesar dalam kejatuhannya juga adalah sikap sendiri yang gagal menahan nafsu untuk berkuasa....
Tindakan AnWAR berceramah sana dan sini menyalahkan orang lain atas kejatuhannya hanyalah usaha terdesak beliau mahu menutup kelemahan diri sendiri. Sempena Ramadhan ini, beliau wajar memberi perutusan agar bermuhasabah sendiri, menilai dirinya yang semakin hanyut akibat nafsu beliau sendiri yang tidak terbendung...
2 comments:
Aku tinjau kes liwat tkini.. Da merapu habih la.. Nampak sgt yahudi dah mula jual mahal beri instruction.. Time2 ni dia mula pakai iq sebenar. Dah setahun pas kelihatan jadi badut. Now peguam2 dap pulak..tukang catat dituduh main asmara. Pendakwaraya dituduh poligami..hayoyo..PADA PENGIKUT2 TU . HABISKAN PERSOALAN. BAWAK SURAT KHABAR. BG DIA TENGOK AL-QURAN TIBA2..AL-QURAN DIJAGA ALLAH SENDIRI. TAK MUNGKIN BOLEH DIPERMAINKAN OLEH SESIAPA !! APATAH LG BULAN RAMADAN NI !!
Anwar sebenarnya sudah gelap hati , kalbu Anwar sudah diselimuti nafsu dan angan2 melangit , anwar mabuk dalam gelora angan2 mat jeninya ..
Anwar tidak mampu lagi melihat kebenaran , Anwar semakin jauh dari Hidayah ..Anwar terus hanyut dan hanyut , semakin rosak dan rosak ,
Tiada apa lagi yang boleh dipercayai dari Anwar , ketika umur semakin menuju penghujung , kubur kat mari rumah kata pergi , Anwar masih khayal !
akhirnya Anwar semakin menuju kesudahan yang buruk !
Post a Comment