Thursday, October 28, 2010

AnWAR MASIH MEMPERBODOHKAN ABIM (1)

1. Sempena PRK Galas, PAS masih lagi memperkudakan AnWAR bagi menarik sokongan. AnWAR ketika di Galas, tetap mahu tunjuk macho di depan pemimpin dan penyokong PAS. Konon tanpa PAS sekalipun, AnWAR tetap punya sokongan 'orang agama'. Siapa lagi jika AnWAR tidak merujuk kepada ABIM!

2. Di Kelantan, ada seorang bekas wakil rakyat PKR yang kini telah menyertai PAS. Beliau orang kuat ABIM w/pun tidak lagi duduk dlm kepimpinan utama ABIM. Masih lagi dihormati oleh kawan dan lawan atas peribadi beliau yang sentiasa tawadhu' serta senang berkawan dengan sesiapa saja. AnWAR mendabik dada orang itu adalah orangnya!

3. Sementara AnWAR gah menceritakan orang itu orangnya, personaliti tersebut giat menafikannya. "Ana masih berkawan dengan Pok Syeikh tapi tidak lagi menyokongnya" sanggah personaliti yang dimaksudkan. Semasa di Galas baru-baru ini, AnWAR cuba mencari personaliti ini, namun tidak diendahkan.

4. Salam AnWAR disambut tawar dan sahabat ABIM ini memaklumkan beliau cuba mengelak semaksima mungkin untuk duduk satu pentas ceramah dengan AnWAR. Sambil menegaskan kini beliau adalah ahli PAS tulen, bukanlah dipinjamkan PKR kepada PAS sepertimana didakwa AnWAR dan Azizah!

5. Sahabat ABIM yang bertaraf 'senior brother' ini juga memaklumkan AnWAR harus 'membersihkan' diri beliau dengan segera berhadapan kes liwatnya, bukan berulangkali menangguhkannya. Beliau jelaskan tidak tahu menahu perlakuan AnWAR dan jangan membabitkan pihak lain dlm kes ini.

6. Beliau mendakwa seorang calon dlm pemilihan PKR dari aliran ABIM teraniaya akibat percaturan politik AnWAR yang kotor. Mustafa Kamil yang 'junior' dari sahabat ini mengeluh bhw AnWAR memerangkap dirinya dan akibat itu Mustafa tidak punya pilihan selain mengharungi pemilihan kali ini....

Apa yang diceritakan? Episod pemilihan PKR tetap panas biarpun tumpuan kini terarah kpd Galas dan BAtu Sapi. Akan bersambung dlm siri yang seterusnya......

Sekian.

Tuesday, October 26, 2010

AnWAR BERSUARA?

1. Malaysiakini melaporkan AnWAR berkata Pakatan haram punya peluang di Galas. MAnakala di BAtu Sapi mereka berhadapan ujian berat (sini). AWAS! KAki spin sudah mula bersuara. Tidak sukar membaca apa yang AnWAR kehendaki dari kenyataannya itu.

2. AnWAR mahu memecahkan undi Cina di Batu Sapi. Berdasarkan 'trend' Sibu, masyarakat Cina akan kekal mengundi calon Cina pembangkang. AnWAR juga mengharapkan masyarakat melayu akan menyokong CALON PILIHANNYA di BAtu Sapi iaitu Ansari Abdullah.

3. BN kini dalam dilemma kerana undi masyarakat islam dan bumiuputera belum pasti, manakala undi Cina juga entah dimana w/pun BN-PBS meletakkan calon Cina. W/pun tidak yakin dgn taktiknya, AnWAR mengharapkan kemenanmgan di BAtu SApi.

4. Kerana itu beliau 'main wayang'. Konon pakatan haramnya selesa di Galas. Beliau mahu jentera BN bertumpu di Galas. Di Batu Sapi, konon pakatan berdepan cabaran berat, maknanya BN ada kelebihan serta abaikan gerak kerja.

5. Penulis memperolehi gtambaran di Galas, BN telah berada di trek yang betul. Cuma terus kerja kuat dan perkemaskan jentera. Di BAtu Sapi sebenarnya BN berdepan cabaran berat. W/pun nampak tenang, ianya seba kemungkinan.

6. Batu Sapi adalah pertembungan taktikal di mana AnWAR hanya menunggu BN melakukan kesalahan. BAginya jika SAPP yang menang, peluang untuk 'memancing' tetap ada. MAka BN harus mengambil berat setiap situasi di BAtu Sapi dan Galas! Jangan leka.....

TQ

LIVE DARI GALAS...

1. Masa bantahan telah ditutup! Pegawai pengurus sedang melakukan persiapan mengumumkan calon-calon yang bertanding. Kita menanti dengan penuh debar! NAmun berdasarkan cakap2 di luar sini, beberapa bantahan yang dibuat ditolah oleh pegawai pegurus p/raya.

MAknanya ia kekal BN (UMNO) lawan PAS (PAkatan tidak berdaftar PR). Sejurus selesai nanti, dikhabarkan calon2 akan terus ke Bilik Gerakan utama sebelum menyambung kempen dgn makan tengaharai dan solat Zohor!

Ketemu lagi nanti..

Tuesday, October 19, 2010

AZMIN MERENGEK MANJA KAT AnWAR.

1. Selesai proses menghantar borang untuk bertanding jawatan dalam PKR, khabarnya Azmin mengadakan pertemuan tertutup dengan AnWAR. Pertemuan berlangsung di Bukit Segambut. Azmin hanya dapat 30 minit pertemuan dan diberitakan Azmin amat tidak berpuashati dengan masa yang diperuntukkan AnWAR.

2. Bertuah sungguh anak emas AnWAR ni. Di saat ramai calon dan penyokong datang ke KL menghantar borang, ramai penyokong kepingin bertemu AnWAR. Wujud cakap-cakap AnWAR tidak mahu bertemu sesiapapun konon takut disalaherti menyokong calon-calon tertentu. Butanya pandangan penyokong taksub AnWAR.....

3. Orang lain tak boleh jumpa AnWAR, Azmin boleh! Bukankah Azmin secara terbuka kata AnWAR adalah pengurus kempen beliau. Maknanya Zaid nanti akan berhadapan dengan keseluruhan jentera AnWAR bagi jawatan Timbalan Presiden PKR! Itupun penyokong PKR masih tidak nampak AnWAR memang tidak neutral dalam pemilihan PKR.

4. Bukan setakat pertemuan di rumah AnWAR, khabarnya pertemuan dilanjutkan dalam kereta Azmin selepas itu dalam perjalanan yang tidak diketahui di mana. Katanya AnWAR ada program petang itu. 'Private programme' katanya, entah apa yang 'private'nya, sumber yang memberitahu pun tidak jelas mengenainya.....

x-pkr kata :
Sudah terang lagi bersuluh AnWAR akan melakukan apa saja demi memastikan Azmin menang nanti. Usaha mengugut Zaid Ibrahim menarik diri gagal. TS Khalid Ibrahim dah masuk perangkap 'offer' AnWAR. Dijanjikan jawatan MB kekal hingga habis penggal p/raya. Next round pindah pergi pusat dan ditawarkan jawatan menteri kanan (kalau PKR membentuk kerajaan...)

Mustafa Kamil Ayub tersangat lah perasan. Kata dirinya kuat, namun AnWAR menggunakan beliau untuk pecahkan undi kelompok anti AnWAR-Azmin. Mustafa dijanjikan AnWAR proses demokrasi yang telus konon....

Itu pun penyokong PKR kata yang pemilihan ini akan berjalan dengan baik dan telus dan AnWAR akan kekal tidak berpihak..... PORAHHH !!!!

Thursday, October 14, 2010

AnWAR MARAH-MARAH LAGI DI PARLIMEN SEMALAM

1. Lepas satu, satu. Kini muncul Rashid pulak! Bab Rashid ni x-pkr dah sentuh lama dulu. Akhirnya Rashid keluar membetulkan kesalahan lalu. Mengulangi kata-kata Rahimi, "bukan semua orang boleh dibeli dengan wang, beliau masih ada harga diri membezakan yang benar dan yang batil". Ini juga yang berlaku pada Rashid, tampil membetulkan kesalahan lalu.

2. Di sebalik insiden Rahimi dan Rashid, AnWAR pula yang gundah gulana. Khabarnya AnWAR marah-marah lagi di Parlimen semalam. Ketika ditanya wartawan sebaik kedengaran Rashid bakal membuat laporan polis, AnWAR mula menyinga! Beliau menjawab "tak tau" berulang-ulang kali sambil membeliakkan matanya yang tanpa kacamata itu.

3. Makin terserlah kekedutan di raut wajahnya! Apabila diasak lagi dengan soalan-soalan seterusnya, beliau makin meninggikan suara dengan jawaban "tanya peguam" berulangkali lalu terus beredar memasuki dewan (mahu mengelak wartawan sebenarnya! hehe..). Ketika sidang media bersama Lim Kit Siang dan Datuk Hj. Hadi, AnWAR mengelak dan memberitahu sidang media tsb hanya mengenai Galas sahaja.

4. Seperti yang dikatakan penulis dahulu, AnWAR memang takut dengan wartawan jika ada komunikasi dua hala, beliau memberi kenyataan kemudian wartawan bertanya. Dalam kes RAshid, beliau masih terkejut!. Lebih-lebih lagi dalam pengakuan bersumpah Rashid ada menyebut "AnWAR mengarahkan petugas PKR yang mengawal Rashid memastikan Rashid TIDAK BERTEMBUNG DENGAN WAN AZIZAH di hotel Quality Shah Alam......

5. Kini sudah kedengaran bunyi-bunyi di kalangan PKR " kau nak percaya cakap si banduan tu (rashid)?". Barangkali mereka sudah lupa atau sengaja tak mahu mengingati, bahawa AnWAR juga bekas banduan. Tambah berat AnWAR meringkuk di penjara atas perbuatan jijik meliwat. Kalau dah kelabu asap tu, memang bertambah gelaplah jawabnya.....

Ini mungkin hikmah di sebalik penangguhan bicara AnWAR yang terlalu banyak kali. RAshid awalnya menyebut, beliau hanya mengharapkan agar perbicaraan kes liwat AnWAR selesai segera dan mahu meneruskan hidup seperti biasa, namun AnWAR berulangkali menangguhkan kesnya. Lantas terbuka hati RAhimi dan Rashid tampil membetulkan kesilapan dan inilah jadinya.

BArisan peguam AnWAR pasti akan menggunakan isu ini untuk menangguhkan lagi kes. Kita akan melihat lagi pertunjukan 'sarkis' dalam mahkamah oleh AnWAR dan peguamnya. Namun satu benda yang menarik untuk difikirkan, apakah perasaan Azizah mengenai isu RAhimi dan Rashid? MAhu melindungi AnWAR lagikah? Sama-sama kita tunggu komen Azizah yang entah bila itu.....

Tuesday, October 12, 2010

AnWAR NI PENAKUT SEBENARNYA !!

1. Memang dasar politikus hipokrit, apabila air terpercik ke muka sendiri, AnWAR akan membisu seribu bahasa dari mengulas kemelut yang melanda dirinya. Namun percayalah, jika ada program ceramah 1-2 hari ini yang melibatkan AnWAR, beliau tetap memilih untuk mengulas kemelut PKR di pentas-pentas ceramah.

2. Apabila membaca kandungan akuan bersumpah kedua Rahimi yang menceritakan betapa AnWAR pucat lesi setelah diberitahu Saiful baru saja membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat, saya mengandaikan AnWAR juga takut sebenarnya untuk mengadakan sidang akhbar dan menjawab soalan secara berhadapan dengan sekumpulan wartawan.

3. Mungkin AnWAR takut 'bahasa badannya' nanti ditafsir macam-macam. Maklum saja sebelum ini pun kita telah melihat bahasa badan AnWAR yang gelisah menjawab persoalan tentang diri dan parti yang dipimpinnya. Atau mungkin AnWAR takut tidak dapat mengawal perasaan apabila menghadapi soalan provokasi wartawan.

4. Banyak dibuktikan dari sidang media sebelum ini AnWAR gagal mengawal emosinya. Perlakuannya yang memarahi dan mengherdik wartawan adalah gambaran sebenar dirinya yang sering mendakwa terbuka dan sedia menerima teguran. Hakikatnya beliau seorang yang tidak boleh menerima sindiran apatah kritikan terhadap beliau dan Azmin.

5. Jika di pentas ceramah, komunikasi hanya berjalan satu hala sahaja. Hanya beliau yang bercakap, tanpa ada gangguan-gangguan soalan yang bersifat provokasi atau mahu menanyakan kebenaran. Disulami dengan lawak jenaka, nyata AnWAR hanya hebat dalam dunianya yang tersendiri yang tidak memerlukan pertanyaan.

Kerana itu, kini, AnWAR diam, Azizah diam, Azmin lagilah diam! Saifuddin juga dah mula diam. Tidak langsung mahu bersuara mengenai kemelut AnWAR dan Rahimi. Disebalik wajah yang kelihatan 'tua' ini, AWAS! AnWAR mahu berselindung menagih simpati untuk melindungi sifat penakutnya itu......

Monday, October 11, 2010

GILIRAN MUSTAFA KAMIL PULA 'DIMAIN' AnWAR

1. Saya sempat meneliti selangordaily yang telah menyiarkan akaun bersumpah kedua Rahimi Osman. Jika ia benar sperti dicerita, kita harus mengutuk perbuatan AnWAR, Saiful Izham, Latheefa Koya serta Yusmadi Yusuf atas tindakan tidak beretika mereka. Tambahan pula mereka mengetahui bahawa AnWAR sememangnya penipu besar!

2. Khabarnya, sekembali saja AnWAR dari luar negara, beliau terus memanggil beberapa personaliti dalam PKR secara berasingan. Antaranya adalah Mustafa Kamil Ayub. AnWAR mahu Mustafa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kemasukan Rahimi Osman ke dalam PKR bagi menimbulkan persepsi Rahimi memang sengaja dihantar oleh UMNO/BN.

3. Kenapa Mustafa Kamil? Ini kerana pimpinan tertinggi lain dalam PKR telah tercalar reputasi mereka. Saifuddin yang diharapkan telah gagal dalam misinya memujuk bapa Rahimi, bahkan Saifuddin kini dilihat tidak lebih dari pecacai pencuci najis yang ditinggalkan AnWAR. AnWAR perlukan imej 'orang baik' bagi menyerang kredibiliti Rahimi.

4. Mahu bersandar kepada sahabat ABIM yang senior, nanti banyak pula soalan kepada AnWAR. Sahabat-sahabat JIM boleh dipersoalkan kesetiaan mereka kepada AnWAR kerana mereka tetap mendengar cakap ketua mereka yang kini berada dalam PAS. Maka Mustafa adalah calon terbaik, selain Mustafa sendiri ghairah mahu mendapat sokongan PKR.

5. Kerana ghairah mahu 'dilihat' kuat mempertahankan AnWAR, Mustafa Kamil bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan. Malaysiakini yang pro AnWAR giat memberi ruang kepada Mustafa hingga beliau 'naik syok'. Mustafa barangkali lupa beliau banyak kali telah 'dimainkan' oleh AnWAR dan sekutunya dalam percaturan politik PKR.

6. Jika beliau mahu mempersoalkan Rahimi, maka Mustafa juga wajar mempersoalkan kemasukan Annuar Tahir dan Dr. Ghazali Basri dari ABIM yang terlebih dahulu meninggalkan PKR kerana tidak yakin dengan perangai AnWAR. Annuar Tahir (kini menyertai PAS) hingga kini secara ikhlas menceritkan perangai putar belit AnWAR sebagai ahli politik!

7. Bagaimana AnWAR-Azmin tidak boleh dipisahkan tetap menjadi topik Annuar Tahir apabila bercerita tentang PKR. Ini adalah pengalaman beliau semasa menjadi Setiausaha Agung PKR yang pertama. Kenapa Mustafa tidak mahu mengatakan Annuar Tahir dihantar oleh UMNO untuk menyertai PKR dan kemudian keluar lalu mencerita perangai AnWAR?

8. Buat Mustafa Kamil, percayalah, diri saudara kini sedang dimanipulasi sepenuhnya oleh AnWAR dan Azmin. Azmin jauh sekali mahu menjawab dakwaan Rahimi kerana tidak mahu kebenaran semakin terbongkar. AnWAR juga mahu berlagak 'macho' walhal sudah menggelabah mencari alasan menepis dengan Azizah.

Hanya Mustafa Kamil saja di kalangan imej 'orang baik' yang sudi menyerang Rahimi, itupun dengan harapan bakal meningkatkan sokongan ahli PKR terhadapnya kerana kuat membela AnWAR dalam isu ini......

Sekian.

Friday, October 8, 2010

SAIFUDDIN NASUTION DAH CAKAP DGN BAPA RAHIMI?

1. Sah! Juak-juak PKR tenggelam punca akibat laporan polis oleh Rahimi Osman, bekas pegawai khas AnWAR yang menyatakan beliau dipaksa menantangani dua akuan bersumpah dengan pengawasan peguam Saiful Izham dan Latheefa Koya. Tindakan mereka yang berselerak menyerlahkan betapa mereka tidak pernah jujur terhadap perjuangan mereka sendiri.

2. Masing-masing cuba bertindak 'hero' bagi memenangi hati AnWAR atau cuba mencari undi pada pemilihan tertinggi PKR nanti. Syed Husin Ali menafikan tindakan samseng menghalang sidang media Rahimi berpunca dari PKR, sedangkan terang-terang mereka yang membuat kecoh itu dikenali dari zaman reformasi 1998 lagi bersama AnWAR dan PKR.

3. Salah seorang dikenali sebagai Pushpa, cukup sinonim dengan demo jalanan anjuran PKR. Sebutlah dimana saja demo memprotes kerajaan, maka akan kelihatanlah wajah Pushpa ini. Kini beliau dilantik oleh Khalid Ibrahim sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Wajarkah seorang perusuh jalanan dan samseng dilantik sebagai ahli MAjlis?

4. Saifuddin Nasution juga tidak habis-habis ditugaskan mencuci najis yang ditinggalkan AnWAR-Azmin. Sejurus laporan polis Rahimi dibuat, sumber dalaman memberitahu Saifuddin diarah AnWAR untuk mencari bapa Rahimi. Misinya adalah memujuk bapa Rahimi supaya menyerang kredibiliti anaknya!

5. Pastinya ada habuan untuk bapa Rahimi berbuat begitu. Sehingga kini bapa Rahimi tidak termakan pujukan itu. Apakah ini bukan rasuah pada pandangan mereka? Ataupun AnWAR cukup terdesak hingga tidak memikir halal-haram asal saja kredibiliti Rahimi hancur. Apakah Saifuddin juga terdesak mahukan sesuatu dari AnWAR hingga sanggup berbuat begitu!

6. Pastinya susah menjadi setiausaha agung PKR kini. Segala-galanya terpaksa dilakukan hatta mencuci najis tinggalan AnWAR-Azmin sekalipun. Calon-calon lain juga terkehadapan menyerang Rahimi untuk memenangi hati AnWAR sekaligus dipilih Azmin bagi menaiki 'kapal' yang sama semasa pemilihan nanti.

Jika Saifuddin tidak puashati dengan artikel ini, maka ambillah tindakan sewajarnya. x-pkr punya asas kukuh menamakan beliau dalam insiden ini. Sementara itu juga kita menuntut agar Pushpa digugurkan keanggotaanya sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam atas perangai samseng beliau. Syed Husin jangan cakap saja, bertindaklah sewajarnya......

Sama-sama kita tunggu apakah Syed Husin semakin dijangkiti penyakit 'denial syndrome' yang telah lama melanda AnWAR. Apakah Syed Husin juga sudah jadi seperti Saifuddin yang hanya cakap tak serupa bikin! Kita nantikan tindakan seterusnya dari PKR........

Sekian.

Thursday, October 7, 2010

JANGAN TERIKUT RENTAK AnWAR

1. Portal yang cenderung memburukkan negara, Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung UMNO sebagai berkata telah menegur Utusan Malaysia kerana bersikap rasis serta mendedahkan kepincangan pembangkang dengan keterlaluan. Menurut Ku Nan lagi, UMNO sebagai salah satu pemegang saham Utusan akan terus menegur Utusan atas sikap mereka.

2. Bagi x-pkr, Ku Nan terkhilaf menyatakan pendapatnya semasa diwawancara Malaysiakini. Apakah tujuan Ku Nan berkata demikian? Mahu mengambil hati kaum Cina yang mendominasi Malaysiakini? Atau mahu menggambarkan keterbukaan beliau terhadap media dan pendapat awam? Atau beliau keliru antara kebebasan dan mempertahankan hak?

3. Akhbar The Star secara jelas dikuasai oleh MCA! The Star telah berulangkali memainkan peranan yang boleh menyemarak apai perkauman di negara ini. Betapa laporannya terang-terang menghina institusi raja atau menyokong pembangkang. Namun pernahkan kita dengar MCA menyatakan telah menegur atau memberi amaran kepada The Star?

4. Pemimpin UMNO tidak perlu terlalu 'apologetic' menangani isu ini. Utusan Malaysia yang dipunyai Utusan Melayu adalah benteng umat melayu islam di Malaysia. Tidak pernah akhbar lain seberani Utusan mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Utusan juga begitu teguh memperlihatkan mereka komited menyatakan kebenaran.

5. Serangan demi serangan ditujukan terhadap Utusan. AnWAR yang pernah 'menguasai' Utusan melalui Datuk Johan Jaafar kini menyerang Utusan apabila kehilangan 'kuasa' itu. PAS juga semakin mengikut rentak AnWAR. DAP tidak pernah seberani sekarang mempertikaikan Utusan, malahan mereka kini bersatu menganjur kempen memboikot Utusan.

6. Mereka ini marah kerana Utusan menyiarkan kebenaran tentang mereka. Bagi AnWAR, PKR, DAP dan PAS, kebenaran hanyalah untuk mereka sahaja, biarpun apa yang dilaporkan akhbar mereka itu tidak benar samasekali. Utusan menyiarkan berita dan gambar tentang perbicaraan kes liwat AnWAR mengikut transkrip perbicaraan mahkamah!

7. Apakah ini tidak betul? Utusan melaporkan agenda Malaysian Insider, Malaysiakini melanyak kepimpinan negara, apakah ini juga tidak benar? Jika tidak benar, ambillah tindakan undang-undang. Sebenarnya mereka marah apabila Utusan mendedahkan segala niat jahat mereka mahu menjahanamkan negara!

8. Utusan juga sering melaporkan kepincangan yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Penyelewengan Pos Malaysia, Sime Darby malahan kes salahlaku seorang menteri kanan juga dilaporkan di Utusan. Apakah ini tidak cukup adil bagi pembangkang? Seperti yang dikatakan tadi, pembangkang hanya marah kerana kebobrokan mereka didedahkan.

9. Bukannya mereka ikhlas menyatakan kebenaran. Dalam hal ini, Utusan Malaysia jauh lebih mulia dari pembangkang kerana telus dan bertanggungjawab serta tidak hipokrit. Utusan melaporkan kepincangan yang berlaku tanpa mengira status. Utusan juga sanggup menghadapi risiko undang-undang tentang apa yang telah mereka laporkan.

10. Maka itu, tidak perlulah kita semua terikut-ikut dengan rentak AnWAR. Biarlah PKR, DAP dan PAS sahaja yang menjadi 'pak turut' kepada ANWAR. Kita wajar mempertahankan Utusan bukan kerana ianya Utusan, tetapi kerana ia menyatakan kebenaran tentang musuh yang mahu menghancurkan dan sikap kita sendiri yang sering alpa.....

Wednesday, October 6, 2010

CERITA AZMIN-AnWAR SEMALAM

1. Masih berkisar tentang pemilihan tertinggi PKR. Bukanlah teruja sangat nak tau sapa yang menang kerana keputusan sudah boleh diagak w/pun gelanggang belum lagi dibuka. Azmin masih terus menjaja nama AnWAR w/pun AnWAR sendiri konon memberi amaran jangan dilibatkan dirinya. Untuk Azmin, apa saja pasti boleh...

2. Menurut sumber dalaman, Azmin ghairah menceritakan kepada penyokongnya AnWAR menyokongnya dan akan memastikan kemenangannya. Seolah-olah ini amaran kepada ahli PKR yang tidak menyokong pakatan Azmin-AnWAR agar segera menukar fikiran atau berhadapan risiko kesukaran di dalam PKR nanti.

3. Sana-sini nama AnWAR dijaja Azmin. Bukan sahaja isu pemilihan, isu Tun Dr. Mahathir pun Azmin menjaja nama AnWAR. Azmin memberitahu penyokongnya, beliau telah mendapat 'green light' dari AnWAR untuk menyindir Tun M. Dalam satu majlis semalam, Azmin menjawab satu panggilan talipon dihadapan khalayak PKR dan PAS.

4. Kemudian beliau berundur di satu sudut dan bercakap kira-kira 10 minit. Kemudian beliau kembali dengan senyum simpul memaklumkan AnWAR di talian sebentar tadi. Azmin maklumkan AnWAR menyokong penuh pendirian beliau terhadap Tun M, malahan menggalakkan Azmin meneruskannya!

5. Isu begini pun Azmin nak guna AnWAR bagi menyelamatkannya. Bayangkan saja Azmin tanpa AnWAR. AnWAR suka orang yang begini, bergantung 100% kepadanya. Tambahan pula ada 'sesuatu' yang mengikat Azmin dan AnWAR. Kepada sahabat PKR yang masih menaruh harapan, lupakanlah saja niat itu kerana selagi ada pakatan Azmin-AnWAR, selagi itulah Azizah akan menjadi presiden boneka terbaik dalam PKR......

Sekian.

Tuesday, October 5, 2010

SAIFUDDIN AKAN BERMATIAN UTK AZMIN DAN AnWAR

Sekadar gambar hiasan

1. Tamatlah sudah pemilihan peringkat cabang PKR yang menyaksikan pimpinan
Justify Full'lidah bercabang' PKR bercakaran sesama mereka. Konon merekalah pengamal demokrasi tulen serta mempraktikkan kehendak rakyat. Realitinya, merekalah sebenarnya perosak imej demokrasi dengan bertopengkan rakyat!

2. Yang ada bagi mereka, hanyalah mengawal kepentingan diri dan kroni bagi kesinambungan untuk memunggah kekayaan sesama mereka. Kepentingan ahli jauh sekali untuk diutamakan, apatah lagi kepentingan rakyat. Bagi mereka ahli PKR peringkat bawahan hanyalah alat yang digunakan untuk memelihara kepentingan diri.

3. AnWAR yang berserabut hanya bersuara dari luar negara. Mungkin takut ditanya tentang kepincangan pemilihan PKR yang begitu jelas dalam negara. Manakala Azmin hanya bersuara bagi meraih publisiti murahan. Tidak sekalipun menyentuh kepincangan PKR. Azizah jauh sekali untuk bersuara, hanya mengangguk seperti burung belatuk!

4. Yang membersihkan najis tinggalan 3A (AnWAR, Azmin dan Azizah) kini adalah Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR yang pernah meletakkan 3A ini dibawah tapak kakinya ketika merajuk suatu ketika dahulu akibat dihalau AnWAR dari bilik rawatan AnWAR di Munich kerana datang lambat ke biliknya.

5. Azmin dan Azizah diberitakan tersenyum lebar melihat AnWAR memaki Saifuddin ketika itu. Manakan tidak, antara penyebab AnWAR mudah naik angin dengan Saifuddin adalah kerana rengekan Azizah yang berulang kali menyatakan betapa Saifuddin tidak menghormati beliau sebagai Presiden PKR dan isteri AnWAR.

6. Kejadian berlaku 2004 semasa AnWAR menjalani rawatan di Munich. Azmin yang 'opportunist' juga mengambil kesempatan mengapikan AnWAR menyerang Saifuddin. Maka merajuklah Saifuddin menyertai PAS hinggalah AnWAR terdesak 2007 mahu mencari 'nama besar' dalam PKR.

7. Entah ayat apa yang diguna AnWAR, Saifuddin kembali menyertai PKR dan diberi jawatan tinggi yang tidak langsung bernilai dalam PKR. Setelah pengaliran keluar besar-besaran pemimpin kanan PKR 2009, Saifuddin dilantik sebagai setiausaha agung PKR dengan kaki dan tangan beliau diikat rapi AnWAR dan Azmin.

8. Malahan hidung Saifuddin juga dicucuk dan dipegang talinya oleh AnWAR dan Azmin. Maka melalaklah Saifuddin menyalahkan orang lain atas apa yang dalam PKR kini, dengan skrip disediakan oleh AnWAR. Maka tidak hairanlah jika selepas ini Saifuddin akan terus menyalahkan orang lain dan mempertahankan AnWAR-Azmin.

9. Jangan diremehkan apa yang AnWAR-Azmin ada. Keupayaan mereka menawarkan sesuatu bagi memperoleh manfaat darinya usah dipandang enteng. Apakah Saifuddin juga sudah terkena tempias itu? Kerana menurut teman-teman lama bekas PKR, agak sukar untuk Saifuddin memaafkan AnWAR-Azmin atas insiden di Munich itu........

Sekian.