Tuesday, October 5, 2010

SAIFUDDIN AKAN BERMATIAN UTK AZMIN DAN AnWAR

Sekadar gambar hiasan

1. Tamatlah sudah pemilihan peringkat cabang PKR yang menyaksikan pimpinan
Justify Full'lidah bercabang' PKR bercakaran sesama mereka. Konon merekalah pengamal demokrasi tulen serta mempraktikkan kehendak rakyat. Realitinya, merekalah sebenarnya perosak imej demokrasi dengan bertopengkan rakyat!

2. Yang ada bagi mereka, hanyalah mengawal kepentingan diri dan kroni bagi kesinambungan untuk memunggah kekayaan sesama mereka. Kepentingan ahli jauh sekali untuk diutamakan, apatah lagi kepentingan rakyat. Bagi mereka ahli PKR peringkat bawahan hanyalah alat yang digunakan untuk memelihara kepentingan diri.

3. AnWAR yang berserabut hanya bersuara dari luar negara. Mungkin takut ditanya tentang kepincangan pemilihan PKR yang begitu jelas dalam negara. Manakala Azmin hanya bersuara bagi meraih publisiti murahan. Tidak sekalipun menyentuh kepincangan PKR. Azizah jauh sekali untuk bersuara, hanya mengangguk seperti burung belatuk!

4. Yang membersihkan najis tinggalan 3A (AnWAR, Azmin dan Azizah) kini adalah Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR yang pernah meletakkan 3A ini dibawah tapak kakinya ketika merajuk suatu ketika dahulu akibat dihalau AnWAR dari bilik rawatan AnWAR di Munich kerana datang lambat ke biliknya.

5. Azmin dan Azizah diberitakan tersenyum lebar melihat AnWAR memaki Saifuddin ketika itu. Manakan tidak, antara penyebab AnWAR mudah naik angin dengan Saifuddin adalah kerana rengekan Azizah yang berulang kali menyatakan betapa Saifuddin tidak menghormati beliau sebagai Presiden PKR dan isteri AnWAR.

6. Kejadian berlaku 2004 semasa AnWAR menjalani rawatan di Munich. Azmin yang 'opportunist' juga mengambil kesempatan mengapikan AnWAR menyerang Saifuddin. Maka merajuklah Saifuddin menyertai PAS hinggalah AnWAR terdesak 2007 mahu mencari 'nama besar' dalam PKR.

7. Entah ayat apa yang diguna AnWAR, Saifuddin kembali menyertai PKR dan diberi jawatan tinggi yang tidak langsung bernilai dalam PKR. Setelah pengaliran keluar besar-besaran pemimpin kanan PKR 2009, Saifuddin dilantik sebagai setiausaha agung PKR dengan kaki dan tangan beliau diikat rapi AnWAR dan Azmin.

8. Malahan hidung Saifuddin juga dicucuk dan dipegang talinya oleh AnWAR dan Azmin. Maka melalaklah Saifuddin menyalahkan orang lain atas apa yang dalam PKR kini, dengan skrip disediakan oleh AnWAR. Maka tidak hairanlah jika selepas ini Saifuddin akan terus menyalahkan orang lain dan mempertahankan AnWAR-Azmin.

9. Jangan diremehkan apa yang AnWAR-Azmin ada. Keupayaan mereka menawarkan sesuatu bagi memperoleh manfaat darinya usah dipandang enteng. Apakah Saifuddin juga sudah terkena tempias itu? Kerana menurut teman-teman lama bekas PKR, agak sukar untuk Saifuddin memaafkan AnWAR-Azmin atas insiden di Munich itu........

Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

Salam semua bloggers nak tanya saifuddin ni wakil cabang mana???tak ada senarai dalam nama pencalonan PKR baru-baru ini....macamana orang yang tak ada senarai pencalonan dalam PKR lebih bising menuduh orang lain buat hal...cakap berderai ekor bergelumang dengan taik..

x-pkr said...

wakil dari cabang yg bercabang-cabang, lidah pun bercabang...

AMIR RAOF said...

Saya terbaca yang beliau bertanding atas parti pas. Cam pelik kan dah masuk pkr, naper nak bertanding atas pas..APapun semoga ikatan umat ISLAM tidak terhapus

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut

Anonymous said...

boleh tuan kongsi apa yang anwar katakan kepada saifuddin semasa di munich?