Wednesday, August 3, 2011

TIAN CHUA BERPUASA HASIL DIDIKAN PLURALISME AnWAR.

1. Amalan pluralisme berkembang subur di kalangan PKR bagi membuktikan konon mereka parti pelbagai kaum yang cukup bertoleransi antara satu sama lain. Amalan bercampur aduk antara islam dan bukan islam dipraktikkan sesuka hati. Penyalaan lilin, tunduk kepada jenazah bukan islam dan kini puasa menjadi amalan mereka.

2. Saya pasti, golongan 'kelabu asap' dalam pakatan mereka pasti menjerit menyatakan golongan bukan islam kini semakin menerima islam hingga turut mengamalkan puasa. Namun perlu kita sedar, pelbagai cara golongan ini mahu mengelirukan umat islam. Biar mereka tidak menguasai tampuk pemerintahan, tapi mereka yang mengawalnya.

3. Awas! Sebelum ini ramai orang Islam di kalangan penyokong mereka turut sama menyalakan lilin dan berjalan bagi mengingati kematian seseorang atau menunjukkan tanda simpati. Pernah juga AnWAR dan Azmin 'kow-tow' terhadap mayat Teoh Beng Hock tanpa rasa bersalah w/pun pernah ditegur oleh mufti dan mereka yg pakar dalam bidang syari'ah.

4. Kini giliran mereka pula yang mahu menunjukkan bahawa mereka juga prihatin dengan praktis agama islam. Jika orang islam boleh bertoleransi mempraktikkan apa yang mereka buat dalam agama mereka, maka mereka juga harus membalasnya. Secara halus mereka menerapkan bahawa semua agama membawa kebaikan!

5. Jadi mengapa tidak mereka mengamalkan amalan agama masing-masing secara bersama kerana semua agama itu sama serta membawa kebaikan. Maknanya secara tidak langsung mereka (yg cuba menyesatkan) berkata islam itu juga sama kedudukannya dengan agama lain yang tidak membawa sebarang perbedaan melainkan amalan sahaja!

6. MasyaAllah! Mohon dijauhkan dari mana-mana umat islam pemahaman spt ini. Saya bukan bersangka buruk, sekadar berhati-hati dengan mainan halus musuh-musuh islam ini. Tiada siapa yg dapat membuktikan Tian Chua benar-benar berpuasa melainkan di twitter saja. Jika beliau tidak berpuasa tapi 'tweet' yg beliau berpuasa, ini sudah menipu!

7. Adalah lebih baik Tian Chua atau mana-mana pemimpin bukan islam yang mahu berpuasa meneruskan niat mereka itu tanpa mewar-warkan satu dunia mereka berpuasa. Lebih banyak keburukan dari kebaikan terhadap agama islam itu sendiri. Amalan islam sebenar juiga tidak menunjuk-nunjuk ibadah yang telah mereka lakukan!

8. Contoh yang paling ketara, pernah berlaku di rumah AnWAR di Bukit Damansara (rumah lama), seorang bukan islam turut sama berjamaah menunaikan solat asar yang diimamkan oleh AnWAR. Usai solat jamaah, ada sahabat yang keliru telah bertanya samada teman itu telah memeluk islam? Teman itu menjawab TIDAK!

9. Tambah teman itu lagi, aku bersembahyang bersama kamu, namun menyembah tuhan aku (biarpun berada dalam saf yang sama dengan muslimin lain). Teman itu juga memakai dialog yang sama, iaitu, bukan kah semua agama itu sama dan membawa kebaikan? Jadi mengapa harus ada pengasingan dalam melaksanakan ibadah?

10. AnWAR yang menjadi imam ketika itu turut menyokong pendapat temannya yang bukan muslim itu! Satu dua orang makmum yang keliru dan tidak berpuashati segera meninggalkan rumah AnWAR. Kejadian sama juga dilaporkan di Afrika Selatan ketika AnWAR bersolat di sana, teman yang sama ini turut mengulangi perkara yang sama.

Jadinya, saya lebih cenderung melihat dari sudut negatif apabila seseorang bukan islam ini mahu melaksanakan sesuatu yang menjadi ibadah kpd org Islam. Jika benar-benar beliau ikhlas, Tian Chua wajar meninggalkan kepercayaaan beliau sekarang dan segera memeluk islam kerana beliau telah lama belajar mengenai islam dan tahu mengenainya. Saya juga teruja menantikan hari tersebut agar segala kekeliruan dapat dielakkan.......

Sekian


Monday, August 1, 2011

PEMBOHONGAN TERBARU AnWAR DI JAKARTA

1. AnWAR berada di Jakarta pada 29 Julai lalu menyampaikan syarahan umum di ibu pejabat Majalah TEMPO. Npknya gelisah benar akan kedudukannya di Jakarta kebelakangan ini! Dalam bulan Julai lalu, tidak kurang 3 kali AnWAR berada Jakarta. Apa tujuannya? Mungkin saja untuk 'membetulkan' tembelang beliau yang semakin terbongkar di sana.

2. Kali ini AnWAR sekali lagi membangkitkan isu tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Tidak cukup dengan isu sebat bagi pendatang asing yang didapati bersalah memasuki Malaysia secara haram, kali ini AnWAR memainkan isu gaji gai TKI yang bekerja di M'sia. Konon AnWAR mengatakan TKI dibayar gaji satu setengah tahun bagi yang perkhidmatan untuk 2 tahun.

3. AnWAR menggambarkan bahawa majikan Malaysia cukup zalim serta menindas TKI dengan merampas hak mereka. Tambah AnWAR, kerajaan M'sia juga berkompromi dengan isu ini serta tiada apa-apa tindakan diambil kepada majikan yang berbuat demikian. Gambarannya, majikan di Malaysia ini bertindak kejam terhadap TKI dengan restu pemerintah!

4. Hakikat sebenarnya, AnWAR lah manusia lidah bercabang yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada negara! Segala dasar terhadap pekerja asing itu dirangka semasa AnWAR TPM dan menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing! ketika ada bantahan terhadap hukuman sebat terhadap pekerja asing dari NGO M'sia, AnWAR menjawab bukan hanya pekerja haram Indonesia yang dirotan jika didapati bersalah.

5. Selepas dipecat, AnWAR ke Indonesia mengatakan kerajaan Malaysia amat kejam kerana melaksanakan hukuman rotan terhadap pekerja asing Indonesia sedangkan mereka masuk ke Malaysia w/pun secara haram hanya untuk mencari rezeki. Manusia lidah bercabang ini mengatakan beliau tidak setuju samasekali dengan hukuman dan membantah keras semasa dlm kerajaan!

6. Dalam kes Nirmala Bonat yang didera, AnWAR lah yang lantang bersuara di Jakarta menyatakan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah M'sia terhadap majikan Nirmala amat tidak adil kerana nyawa Nirmala telah melayang! AnWAR mengapikan lagi, paling tidak majikan Nirmala itu perlu dirotan spt TKI yang memasuki M'sia secara haram!

7. Terbaru, AnWAR memutar belit fakta ttg gaji pula. AnWAR tahu pekerja asing yg baru masuk ke M'sia, gaji mereka akan diambil secara 'advance' oleh agen sebanyak 5-6 bulan. Ketika perkara ini diadukan kepadanya ketika beliau menjadi Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Pekerja Asing, beliau mengatakan ianya sumber pendapatan kpd M'sia. Ia juga sbg insentif kpd majikan untuk membawa masuk pekerja asing secara sah!

Nyata manusia ini begitu terdesak mahu mengambil untung dari kekeruhan hubungan M'sia-Indonesia. Baru-baru ini juga ada sekumpulan demonstrator berdemo di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta membantah penahanan 6 org pemimpin Parti Sosialis M'sia di bawah Ordinan Darurat. Dipercayai juga punya kaitan dengan AnWAR kerana demo diadakan sejurus sebelum AnWAR tiba di Jakarta. Tentunya ini tindakan 'pemanas badan' bagi AnWAR mengapikan lagi rakyat Indonesia bagi membenci Malaysia pada 29hb Julai itu.

Sekian...