Monday, December 13, 2010

AnWAR DAN WIKILEAKS

1. Kasihan dan gelihati pun ada melihat telatah AnWAR mempertahankan diri dari sumber terbaru Wikileaks yang mendedahkan kepimpinan utama Singapura pun percaya AnWAR meliwat. Jika dahulu sumber-sumber dari Barat seumpama ini akan dipuja AnWAR dan penyokongnya, kini dah terbalik. Sumber Wikileaks diragui kata Nik Nazmi.

2. AnWAR pula seperti biasa, tetap akan menyalahkan pihak negara sendiri demi sisa-sisa harapan meraih sokongan barat dlm isu liwatnya. Timbalan Presiden PKR yang baru telah mendahului Presidennya dalam isu ini. Namun kenyataan Azmin tiada yang lain, hanya ikut rentak AnWAR. JIka AnWAR salahkan pihak PDRM, Azmin pula salahkan UMNO..

3. Saifuddin Nasution, pecacai pencuci najis AnWAR-Azmin pun serupa. Skrip karangan AnWAR tetap diikuti tanpa mengubahnya sedikitpun dengan harapan akan masuk 'list' dalam kapal AnWAR-Azmin. Kenyataan-kenyataan bodoh ini hanya menyerlahkan betapa mereka ini hanya membuat 'penafian politik' namun takut berdepan dengan fakta undang-undang.

4. Penulis pernah menulis di ruangan ini betapa beria-ia Lee Kuan Yew menolak apabila AnWAR ingin berjumpa beliau dalam lawatan ke Malaysia yang lalu. Di sebalik itu, LKY beria-ia ke Kelantan dan Pulau Pinang bertemu pimpinan di sana. R. Sivarasa pernah mempertikaikan kenapa LKY tidak mahu bertemu AnWAR, barangkali inilah jawapannya.

5. Penulis optimis AnWAR akan menggunakan isu Islam apabila beliau menyerang LKY di hadapan penyokong melayu. Akan dikatakan LKY lah yang berperanan menjatuhkan Soeharto dan Habibie di Indonesia kerana tidak mahu pemimpin teknokrat dan moderat islam menguasai rantau ASEAN. Lantas orang berfikir AnWAR juga masuk dlm senarai LKY.

6. Ditambah lagi nanti, Singapura dibawah pimpinan LKY lah yang membuatkan Aung San Su Kyi sengsara dibawah pemerintahan junta di Myanmar. Singapura akan dikatakan mempunyai terlalu banyak kepentingan pelaburan 'emas' di Myanmar. Namun pasti AnWAR tidak akan mengatakan ini dihadapan masyarakat Cina di Malaysia.

7. AnWAR tahu beliau akan kehilangan sokongan masyarakat Cina (terutama DAP) jika membelasah LKY secara terbuka. Maka nanti akan dikata di hadapan masyarakat Cina bahawa LKY telah terkhilaf akibat laporan-laporan dari pihak keselamatan Malaysia. LKY akan tetap dipuji biarpun telah menjatuhkan maruah AnWAR kepada Australia dan dunia.

Ini lambang betapa hipokritnya manusia bernama AnWAR ini, depan cakap lain, belakang cakap lain! Dan perkara ini bukan kali pertama terjadi. Kerana itu juga penulis menyatakan penafian AnWAR dan sekutunya hanyalah penafian politik tanpa mahu merujuk kepada fakta undang-undang sebenarnya.......

Sekian.