Thursday, October 7, 2010

JANGAN TERIKUT RENTAK AnWAR

1. Portal yang cenderung memburukkan negara, Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung UMNO sebagai berkata telah menegur Utusan Malaysia kerana bersikap rasis serta mendedahkan kepincangan pembangkang dengan keterlaluan. Menurut Ku Nan lagi, UMNO sebagai salah satu pemegang saham Utusan akan terus menegur Utusan atas sikap mereka.

2. Bagi x-pkr, Ku Nan terkhilaf menyatakan pendapatnya semasa diwawancara Malaysiakini. Apakah tujuan Ku Nan berkata demikian? Mahu mengambil hati kaum Cina yang mendominasi Malaysiakini? Atau mahu menggambarkan keterbukaan beliau terhadap media dan pendapat awam? Atau beliau keliru antara kebebasan dan mempertahankan hak?

3. Akhbar The Star secara jelas dikuasai oleh MCA! The Star telah berulangkali memainkan peranan yang boleh menyemarak apai perkauman di negara ini. Betapa laporannya terang-terang menghina institusi raja atau menyokong pembangkang. Namun pernahkan kita dengar MCA menyatakan telah menegur atau memberi amaran kepada The Star?

4. Pemimpin UMNO tidak perlu terlalu 'apologetic' menangani isu ini. Utusan Malaysia yang dipunyai Utusan Melayu adalah benteng umat melayu islam di Malaysia. Tidak pernah akhbar lain seberani Utusan mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Utusan juga begitu teguh memperlihatkan mereka komited menyatakan kebenaran.

5. Serangan demi serangan ditujukan terhadap Utusan. AnWAR yang pernah 'menguasai' Utusan melalui Datuk Johan Jaafar kini menyerang Utusan apabila kehilangan 'kuasa' itu. PAS juga semakin mengikut rentak AnWAR. DAP tidak pernah seberani sekarang mempertikaikan Utusan, malahan mereka kini bersatu menganjur kempen memboikot Utusan.

6. Mereka ini marah kerana Utusan menyiarkan kebenaran tentang mereka. Bagi AnWAR, PKR, DAP dan PAS, kebenaran hanyalah untuk mereka sahaja, biarpun apa yang dilaporkan akhbar mereka itu tidak benar samasekali. Utusan menyiarkan berita dan gambar tentang perbicaraan kes liwat AnWAR mengikut transkrip perbicaraan mahkamah!

7. Apakah ini tidak betul? Utusan melaporkan agenda Malaysian Insider, Malaysiakini melanyak kepimpinan negara, apakah ini juga tidak benar? Jika tidak benar, ambillah tindakan undang-undang. Sebenarnya mereka marah apabila Utusan mendedahkan segala niat jahat mereka mahu menjahanamkan negara!

8. Utusan juga sering melaporkan kepincangan yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Penyelewengan Pos Malaysia, Sime Darby malahan kes salahlaku seorang menteri kanan juga dilaporkan di Utusan. Apakah ini tidak cukup adil bagi pembangkang? Seperti yang dikatakan tadi, pembangkang hanya marah kerana kebobrokan mereka didedahkan.

9. Bukannya mereka ikhlas menyatakan kebenaran. Dalam hal ini, Utusan Malaysia jauh lebih mulia dari pembangkang kerana telus dan bertanggungjawab serta tidak hipokrit. Utusan melaporkan kepincangan yang berlaku tanpa mengira status. Utusan juga sanggup menghadapi risiko undang-undang tentang apa yang telah mereka laporkan.

10. Maka itu, tidak perlulah kita semua terikut-ikut dengan rentak AnWAR. Biarlah PKR, DAP dan PAS sahaja yang menjadi 'pak turut' kepada ANWAR. Kita wajar mempertahankan Utusan bukan kerana ianya Utusan, tetapi kerana ia menyatakan kebenaran tentang musuh yang mahu menghancurkan dan sikap kita sendiri yang sering alpa.....

7 comments:

Anonymous said...

KU Nan patut letak jawatan SU UMNO kerana tidak lagi mendokong agenda melayu.

patutnya beliau selalu turun ke bawah mendengar suara hati orang melayu dan bukannya menutup mulut media yang banyak berjasa kepada melayu

Padiyappa said...

Salam...

Minta jasa baik tuan untuk masukkan link blog saya dalam bloglist tuan demi menegakkan kebenaran...

http://suaramelayubaru.blogspot.com

tq

Bingai @ Bangang said...

Utusan Melaysia! Dulu dan selamanya tetap menjadi pilihanku!
Sesiapa yang nak bakar Utusan tu belilah banyak-banyak edisi terkini. Kalau setakat edisi lapuk Paper Lama buat apa? Tak mencapai matlamat!

semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

Aku Yang Bingai
PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

Anonymous said...

ATAU KUNAN INI BUAT DUA KERJA?

masalodeh said...

ku nan bukan dari spisis melayu...nama saja kemalayuan...samanagt tarak...jati diri tarak...melayu hanay berani dengan melayu dalam satu kelompok yang sama di bawah tempurung....

masalodeh said...

ku nan bukan dari spisi melayu....nama saja kemelayuan...semangat, jati diri tarak....melayu hanya berani dengan melayu dalam satu kelompok di bawah tempurung yang sama...

Anonymous said...

1-pak angkat saya org jati KL. membesar di sekitar kampung baru.dia terkejut bila tgk ku nan pakai nama tengku sebab setahu dia ayah ku nan tu tadak pun tengku dedulu...maybe ada sesapa boleh check!!tengku palsu kot.
2-mengikut informer, masa najib umumkan pelantikan ku nan sbg su agung dalam mesyuarat MY, ayat najib gini :"saya tak tahu kenapa saya kekalkan ku nan, mungkin sebab dia kawan saya". ayat najib disambut gelak ketawa semua MT. skrg rasanya dah tak perlu ketawa2 lagi, singkirkan ku nan, dia tadak jati diri melayu pun...