Wednesday, July 1, 2009

AnWAR PERNAH LULUS LESEN JUDI

1. Antara isu yang bakal dibawa AnWAR ke Manek Urai tentunya BN menggunakan wang judi haram membiayai operasi kempen mereka. Manek Urai adalah pentas terbaik AnWAR memutar belit kenyataan kerana pengundi Melayu Islam sana amat sensiitif dengan isu haram halal yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pengundi di sana. Atas nama Islam, AnWAR pasti menyerang BN/UMNO kerana rapat dengan taukeh-taukeh judi di KL.

2. Sebenarnya AnWAR lah yang amat rapat dengan taukeh-taukeh judi ini. Tika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR cukup rapat dengan Datuk T.K. Lim, tuanpunya Magnum Berhad. AnWAR juga meletakkan Datuk Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad sebagai 'orang hubungan' beliau di Magnum. Menurut sumber sahih Magnum Berhad, AnWAR adalah RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi! (AnWAR masih tidak teruskan saman ke atas Nalla yang dakwa Nalla telah beri AnWAR RM 60 juta wang Magnum secara tidak berkala)

3. Semasa Menteri Kewangan juga, AnWAR amat rapat dengan Raja Judi Genting TS Lim Goh Tong (mendiang). AnWAR akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat AnWAR dari pejabat Genting sendiri. Seperti di Magnum, AnWAR juga boleh meminta apa saja dari Genting, nescaya kemahuannya dipenuhi. (Sekarang AnWAR giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara).

4. AnWAR juga amat rapat dengan pemilik banyak kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan AnWAR bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Mereka tidak terbang bersama dan selalunya wakil ini akan menunggu AnWAR di destinasi lawatan AnWAR. Hingga sekarang AnWAR masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibupejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent) mengenai pemilikan bangunan tersebut. bayaran yang dikenakan hanyalah 'token'.

5. UMNO/BN tidak pernah mengeksploitasi isu ini! Bagaimana AnWAR boleh menuduh UMNO/BN mendapat biayaan dari taukeh judi tanpa bukti sedangkan ibupejabat PKR sendiri adalah hasil dari sumber judi yang haram (dlm Kelab Tropicana terdapat beberapa mesin slot yg diluluskan lesennya tika AnWAR Menteri Kewangan). Bagaimana AnWAR boleh berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi sedangkan kuasa melulus adalah kuasa menteri? Tebal sungguh muka AnWAR yer........

6. Begitu juga dengan kelulusan lesen judi syarikat Olympia Berhad di Sabah. AnWAR telah meletakkan seorang rakannya berketurunan Melayu berasal dari Perak sebagai Pengerusi syarikat tersebut sebagai syarat tambahan kelulusan. Benar bukan AnWAR yang meluluskan lesen tersebut kerana ianya dibawah kuasa kerajaan negeri Sabah. AnWAR bijak, beliau meletakkan rakannya sebagai Pengerusi, dan pengerusi inilah utusan AnWAR memaksa kerajaan negeri meluluskan lesen tersebut....

AnWAR adalah manusia HIPOKRIT yang sering menutupi perangai sebenar dengan lakonannya. Di Manek Urai nanti, tentunya pakaian rasmi beliau adalah kain pelikat berbaju melayu dan berkopiah putih. Beliau juga bakal menonjolkan dirinya dengan lakonan 'orang kampung' yang tidak pernah terdidik dengan kekayaan dan kemewahan bagi memikat hati rakyat.......berhati-hatilah dengan manusia ini !!!!

Sekian.

8 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Terima kasih Bro dengan pendedahan ini terutama tentang status pejabat PKR.

Lawyer Garang said...

hi bro,
wonder if u can elobrate more on dato nalla's story gave anwar 60M pls....

frenz told me anwar always instruct nalla "leak" magnum 4D result to umno penang, gerakan penang and they have made tonz of money [duit haram laa], thats why umno penang tak kuat sebab tak berkat masa dulu w anwar dpt duit haram

kucing pembela said...

perghhhhh ~ dasyat.

ni satu lg.. said...

mr x . ini ada sdkit buah tgn utk umno...Aku dah terlalu muak dgr kempen umno Nk beri pmbangunan kt mana2 tmsuk la d manik urai ni. Betul la umno xnk berubah. Pakaila pmbgnan dunia-akhrat ke.. Org kelantan nk dgr bnda ni..!! kita sbnarya kat p.barat pun nk kan benda2 ni jgak..!!

Goh Wei Liang said...

Saya nak tahu ke mana perginya RM 60juta dari dana Magnum yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Datuk Anifah cakap saja, dia saman RM 100juta. Kenapa Anwar tak saman datuk nallakaruppan?

Ini yang saya hairan.

Anonymous said...

Anwar janji nak kasi dengan Repco Lau lesen itu.

Berjuta Repco tolong bantu Anwar.

Sampai masa, dia kencingkan kawan itu dan kasi pada Mycom.

x-pkr said...

cucu tok selampit,,,

TQ

lawyer garang,,,

AnWAR bela GERAKAN Ptg Pauh dgn 'tip' Magnum! Ketuanya Datuk Tan Tee Pin amat rasai kehilangan AnWAR dari jawatan kerajaan di Ptg Pauh.

Anon,,,

kisah Repco n Mycom itu sahih, hrp sdra juga terus dedahkan..

kamarul said...

Memang benar Anwar ini memang tak pernah jujur dan pandai berlakon selama hari ini.

Datuk Y orang perak tu dah teruk sekarang.Apa yang dilakukan semua tak jadi.

Anwar memang licik dan duit haram ini digunakan untuk kepentingan politik beliau selama menjadi TPM dulu.masih ingat lagi dengan RM250K yg diberi kepada bahagian-bahagian yang menyokongnya untuk menjatuhkan Tun dulu.

Inilah Anwar yang sungguh jahat tetapi pandai berlakon macam orang alim dan baik.

Apa nak buat sampai hari ini, masih lagi mempunyai peminat yang bodoh dan dunggu.