Friday, July 3, 2009

SANTAPAN MINDA

1. AnWAR telah memanggil beberapa 'pemgikut setia' beliau dalam Pakatan Pembangkang malam tadi sejurus Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan perbicaraan liwatnya di Mahkamah Tinggi. Hanya 'wajah-wajah' biasa yang hadir.

2. Menurut sumber, AnWAR memanggil Ustaz Taib Azamuddin, namun Ustaz Taib tidak hadir w/pun ditunggu oleh AnWAR semalam. AnWAR juga menjemput YB Zulkifli Nordin, MP PKR. Dimaklumkan, kelibat YB Zulkifli Nordin tidak muncul hingga perjumpaan berakhir.

3. Dalam perjumpaan tersebut, AnWAR meyakinkan mereka yang hadir bahawa beliau pasti akan didapati bersalah dalam perbicaraan nanti. AnWAR secara konsisten menyatakan ini adalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya. Kononnya AnWAR telah mendapat maklumat dari sumber dalaman badan kehakiman untuk menjatuhkan hukuman bersalah dan memenjarakan beliau. AnWAR juga menerangkan Malaysia akan kembali ke zaman Tun Mahathir di bawah pemerintahan DS Najib.

4. Saya cuma teringat kata-kata pujangga pujaan AnWAR, Goebel, "Pembohongan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran bila orang mula mempercayainya". W/pun pendokong pembangkang sering dimomokkan dengan cerita spt ini, tindakan AnWAR yang konsisten mengulang-ulang cerita konspirasi yang beliau dianiaya akan menebal dan mengukuhkan kepercayaan pengikutnya.

5. Apatah lagi pengikut itu sentiasa menutup minda untuk mencari kebenaran kerana takut dilabel 'pengkhianat' oleh rakan dalam kelompoknya. AnWAR juga manusia biasa spt kita semua. Punya kekuatan dan kelemahan. Apa kekuatan dan kelemahannya, nilaikanlah sendiri. Tapi kita sebagai manusia biasa haruslah meletakkan diri kita sama taraf dengan AnWAR! Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi dan dimanipulasi.

Dalam mencari kebenaran, minda harus bersifat terbuka. Carilah dengan hati yang luhur demi kebaikan ummah/bangsa, bukan dengan dendam dan taksub yang hanya akan menutup pintu hati kita........

Salam Hormat.


10 comments:

Anonymous said...

Memang itu kerja beliau dari dulu sampai sekarang.kelebihan yang ada pada dia mempunyai aura seperti Mawi adalah satu faktor yang menyebabkan ramai manusia di dunia percaya dengan apa yang dituturkan,diucapkan oleh beliau.

hairan bin ajaib,tertanya-tanya kenapa dungu sangat pemikiran orang-orang melayu diluar sana tu.begitu taksub dengan orang yang bernama Anwar bin Ibrahim.

pada pandangan saya, kali ini Anwar takkan terlepas lagi,makin lama dia membongkar kelemahan beliau sendiri dan akhirnya rakyat akan faham dengan pembohongan beliau selama hari ini.

KAIZER.

denaihati said...

BRO 3-4 hari ni saya pun consisten ikut perkembangan AnWAR ni....tumpang copy paste artikel baru ni @ http://1-malaysia.blogspot.com

x-pkr said...

kaizer,,,

mrk sentiasa menutup pintu hati mrk yg pihak lain juga benar. Mrk taksub dgn menyangka kebenaran hanya milik mrk, sdgkan KEBENARAN ITU TIDAK BERPIHAK !!!

denaihati,,,

silakan.....t/kasih krn sudi singgah.

Tungaklangit said...

salam bro x-pkr

teringat juga masa kecik2 dulu...

orang tua2 kata kalau kita asyik kata pokok tu ada hantu maka lama kelamaan memang adalah hantu bertenggek kat situ...

macam anuar nilah...

dia kata dia akan di hukum walaupun tak bersalah... tapi insyallah

yang berkuasa untuk memutar balikkan hati manusia adalah ALLAH

mungkin sudah sampai masanya anuar kena terima atas apa yang dilakukanya sebelum ini...

salam bro

PutraRocker said...

Salaam. Semoga anda terus dirahmati, diampuni dan dipelihara ALLAH dalam ketaatan kepada-Nya sepanjang hayat. Semoga sejahtera dunia dan akhirat. Dunia hanya persinggahan, persiapkan diri untuk akhirat yang kekal tiada penghujung. (^_^)

maskadove said...

awat zul4kulim tak mai... Taib baling pun tak mai... suruhla pengikut anuat pi tanya kat depa... awat tak hormat ketua... dlam islam kita kena hormat ketua (kecuali ketua kita buat salah, kta tak payah ikut la) nampaknya ketua depa macam bersalah saja... pasai tu la depa tak mai jenguk dlm majlis yg penting tu...

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

salam ziarah bro.
saya setuju dgn pendapat bro.selamat berjuang.

x-pkr said...

tungaklangit,,,

perumpamaan yg tepat sekali.... teringat dulu-dulu mas abalik mengaji waktu malam...

Putra Rocker,

t/kasih krn mendoakan saya...amat dihargai. Doa yg sama jua buat sdra dan keluarga...

maskadove,,,

ada pasai la kot....kat parlimen pun lain mcm ja depa ni ngan AnWAR...

RahmanAhchongMuniandy..

TQ krn singgah di sini....

Singh Is Kinng said...

Mr X-Man,

Adakah ini bermakna Taib Azamuddin sudah bersimpati lagi?

Dan adakah juga bermakna Anwar akur dengan tuduhan terhadap beliau. Jika say di pihak yang benar, saya akan lawan habis-habis demi menegakkan kebenaran, pantang berundur walau selangkah ke belakang.

Kita tunggu tayangan seterusnya, jangan kemana-mana.

Wassalam.

x-pkr said...

Mr. Singh,,,

yezza....sama-sama kita nantikan episod seterusnya.