1. Agak lambat mengulas isu ini kerana kekangan masa. Diberitakan Syed Husin Ali telah memulakan tindakan mahkamah menyaman Utusan Malaysia kerana konon memfitnahnya. Turut dinamakan dalam tindakan itu ialah En. Zamil Ibrahim, mantan ahli PKR. Zamil Ibrahim beberapa kali membelasah Syed Husin hingga Syed Husin 'panas punggung'.
2. Saya telah meneliti apa yang terkandung dalam Utusan yang menyebabkan Syed Husin mengambil tindakan ini. Memetik artikel dalam blog x-pkr, Utusan melaporkan Zamil mencabar Syed Husin membuat laporan polis bagi membersihkan namanya yang dikatakan menerima RM500,000 bagi membubarkan PRM.
3. Difahamkan "notice of demand" yang dihantar agar Utusan dan Zamil Ibrahim meminta maaf dalam masa 7 hari terhadap perkara berkaitan tidak disambut. Syed Husin yang mahu menggertak Utusan dan Zamil dengan undang-undang mendapat malu di pusingan pertama! Kedengaran di kalangan penyokong berkata, apakah benar laporan Utusan itu!
4. Sumber dalaman menyatakan Syed Husin berbincang dengan AnWAR mengenai perkara ini. AnWAR dikatakan tidak berapa mahu melayan lalu menyatakan 'tuduhan' begini perkara biasa dalam politik yang membandingkan dirinya 'dituduh' meliwat. Syed Husin kurang berpuashati lantas menyatakan perkara ini memberi impak terhadap kredibilitinya.
5. Syed Husin yang merasa keseorangan dalam hal ini tidak punya pilihan lain. Demi menjaga air mukanya di hadapan penyokong PKR khususnya dari paksi PRM, Syed Husin meneruskan tindakan undang-undang setelah desakannya diabaikan Utusan dan Zamil Ibrahim. Nyata sekarang Syed Husin pula yang cuba mengalih isu dari perkara pokok.
6. Isunya sekarang, Utusan melaporkan Zamil mencabar Syed Husin membuat laporan polis sekiranya apa yang ditulis x-pkr itu tidak benar. Syed Husin harus membuat laporan polis bagi membolehkan tulisan x-pkr serta diri Syed Husin disiasat. Tambahan pula x-pkr menamakan sekali Datuk Ahmad Nazri Abdullah yang memberikan wang tersebut.
7. Apakah Syed Husin bimbang dirinya disiasat? Apakah juga Syed Husin yang konon penuh intergriti itu secara diam telah mengorbankan harga dirinya sebegitu murah kerana terpengaruh dengan AnWAR. AnWAR memang bijak bermain kata-kata. Syed Husin yang berkelulusan PhD dari London School of Economics (LSE) pun berjaya 'dijual' oleh AnWAR.
8. Jika Syed Husin sering melalak mahukan sesuatu tuduhan disiasat, ini adalah masa terbaik baginya membuktikannya. Relakan dirinya disiasat, jangan hanya menuduh orang lain mendapat habuan apabila melompat keluar dari PKR! Syed Husin jangan hanya berselindung di sebalik imej kemeja tangan pendek dan capalnya sahaja.
Syed Husin pasti malu bagaimana AnWAR yang suatu masa dahulu pernah menjadi pelajarnya dan kemudian hanya memperolehi Ijazah Am di UM, berjaya menghancurkan kredibilitinya yang berkelulusan PhD dari LSE. Untuk makluman juga x-pkr tidak sekali-kali akan menarik artikel tersebut dari siaran blog ini. Moga artikel tersebut dan ini akan mendedahkan Syed Husin juga tiada beza dengan ahli politik dalam PKR yang lain......
Sekian

1 comment:
Mereka yang pernah berdampingan dengan Anwar dapat melihat wajah Anwar sebenarnya yang menjadi pengkhianat kepada negaranya sendiri.
Members of Illuminati.
Post a Comment