Monday, November 29, 2010

AnWAR 'BELASAH' RAKAN ABIM.

Datuk Idris Jauzi


1. Berakhir sudah Kongres PKR. Seperti biasa AnWAR tetap menabur janji. Janji akan memberi tempat kpd yang kalah walhal itu umpan agar mereka tidak lari. AnWAR juga janji akan meneliti setiap aduan oleh ahli-ahli PKR asalkan rakan 'kongsinya' Azmin sudah lepas sebagai orang nombor dua. Janji AnWAR akan tinggal janji nanti.

2. Menariknya sebelum kongres bermula minggu lepas, AnWAR hadir ke satu pertemuan dengan NGO-NGO di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Ahmad Azam Abd. Rahman, bekas Presiden ABIM dan kini Timbalan Pengerusi WADAH. Moderator perjumpaan ialah Datuk Idris Jauzi.

3. Datuk Idris Jauzi, sahabat lama ABIM yang 'opportunist', merupakan orang kanan AnWAR. Bekas seorang guru, pernah ditempatkan di Institut Aminuddin Baki dan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Biro Tata Negara. Semasa di BTN, ketua Datuk Idris ialah ANWAR, bukan Ketua Pengarah BTN.

4. Program yang dihadiri AnWAR dan Datuk Idris sebagai moderator itu menjadi medan mengutuk sahabat-sahabat lama ABIM yang kini tidak lagi atau meragui AnWAR dalam kes moral beliau. Antara yang menjadi sasaran lepas geram Datuk Idris (AnWAR hanya tersenyum mendengarnya) ialah sahabat baik AnWAR dalam ABIM.

5. 'Sahabat' yang dikutuk dan dicerca itu pernah bersama-sama AnWAR semasa awal penubuhan ABIM. Beliau juga pernah melalui pahit getir semasa awal 1999 lagi. Ketika itu Datuk Idris Jauzi dikatakan 'lari' kerana takut, nak mengaku sebagai orang AnWAR ketika itupun beliau teramat takut.

6. Sahabat ABIM yang menjadi sasaran kutukan di majlis ini pernah duduk dalam kepimpinan utama ABIM selain aktif sebagai aktivis masyarakat. AnWAR sendiri secara 'tertutup' sudah mula mengutuk dan mencerca bekas sahabatnya ini hanya kerana sahabat itu tidak mahu bersamanya dalam isu kalimah Allah dan moralnya itu.

7. AnWAR menggunakan seluruh tenaga menghubungi ABIM dan rakan-rakan peribadi untuk memujuk sahabatnya itu tadi. Apabila usahanya gagal (termasuk menggunakan Azizah), beliau mula menyerang peribadi sahabatnya itu di depan sahabat-sahabat lain. Lebih buruk lagi, AnWAR menggunakan sahabat ABIM juga untuk melancarkan serangan.

8. Selidik punya selidik, patutlah Idris Jauzi sanggup kembali menjilat kaki AnWAR. Jika dahulu Idris Jauzi sering mengadap AnWAR meminta projek, konon untuk 'menjaga' kawan-kawan ABIM yang lain walhal setiap benda itu disapunya seorang. Kini diberitakan Idris Jauzi bakal mendapat imbuhan kontrak di Selangor.

9. Patutlah kerajaan Negeri Selangor mengharamkan kursus BTN untuk kakitangan awamnya. Rupa-rupanya Idris Jauzi bakal mendapat manfaat besar apabila Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan agensi latihan mereka sendiri yang mirip fungsi BTN. Tidak mustahil kandungannya nanti juga mirip BTN kerana Idris Jauzi adalah bekas orang BTN.

Itulah AnWAR, sanggup mengkhianati kawan hanya kerana kawan itu tidak mahu lagi bersekongkol bersamanya. Yang untung ialah Idris Jauzi, seorang 'opportunist' yang dulu lari apabila AnWAR dilanda masalah, kini datang menjilat setelah AnWAR kembali menawarkan sesuatu.......

Sekian.

7 comments:

Anonymous said...

kalau ko berani tulis nam sebenarko blogger

Anonymous said...

oi blogger kalau ko berani tulis blog nak menjatuhkan maruah orang, ko tulis nakme ko sekali la.. boleh aku bunuhko

Anonymous said...

jgn buat fitnah bro.. aku takut nanti kuarga ko tak keluar2 dari neraka jahanam nanti.. kite orang Islam ingat2 sikit

Anonymous said...

Sidek Baba ABIM macam babi hati dengki busuk menang pulak contoh maulidul rasul mmg bodoh la ABIM ni

whiteorange said...

Pertama kali aku berjumpa Idris ni tahun 1975 sewaktu di SSI (Sekolah Sultan Ismail) johor baharu. Waktu itu aku praktikal perguruan disitu, Idris baru keluar UM dan memulakan tugas sebagai guru di SSI.Aku masih ingat dia berbaju melayu yang di tuck in (masuk ke seluar), masa tu dia sengkek sangat. Dia ni seangkatan dengan Nua , hishamudin rais , dll sewaktu diU ,

Apabila Nua masuk UMNO dan memegang post tertentu dalam parti dan kerajaan. Dari situlah juga bermulanya riwayat idris sebagai ORANG BESAR ... the rest is history ....

Slm Dato .. ke mana perginya semangat KEMELAYUAN Dato dulu???

x-pkr said...

Anon,,,

kata dulang paku serpih, kata org awak yg lebih! hahahaha....

lu guna la nama sendiri dulu...

Badut Rakyat,,,

saya juga telah meneliti byk tulisan anda. sgt menarik dan teruslkan pendedahan utk agama bangsa dan tanahair/.

white orange,,,

anda mmg kenal Datuk Idris Jauzi npknya, teruskan selidiki beliau dari sumber sendiri pulak...

irfan said...

Sidek Baba memang macam haram, tak ada pendirian! Baru kena gertak skit masa dlm ISA terus takut dan ubah pendirian. Orang macam ni memang harus diusir keluar!