Monday, June 8, 2009

AnWAR BELUM PUTUS ASA DENGAN PAS

1. Husam masih tak puashati dengan kekalahan beliau tempohari. Kata-kata bahawa beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka hanya manis mulut sahaja. W/pun kalah dengan majoriti yang besar, payah untuk Husam menerima kekalahan, tambahan pula dinyanyikan oleh AnWAR bahawa Husam memang boleh menang!

2. 7hb malam, di salah sebuah hotel 'berbintang banyak', Husam mengadakan pertemuan dengan penyokongnya dari lewat malam hingga awal pagi. Perbincangan berkisar cadangan Presiden PAS tentang "kerajaan perpaduan". Husam secara terbuka dan terang mengatakan bahawa cadangan itu mesti dihalang!

3. Dengan bangga Husam menyatakan bahawa YB Ustaz Nasharudin tidak menang kerana mereka masih ada Datuk Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS serta AnWAR yang akan menggerakkan pakatan pembangkang ke arah kemenangan. Husam juga menzahirkan perasaan amarahnya kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din yang disifatkannya sebagai 'lupa diri' setelah diberi tempat dalam PAS.

4. Husam juga melepaskan kemarahannya terhadap Datuk Mustapa Ali, yang disifatkan beliau sebagai 'dalang' di sebalik kemenangan Ustaz Nasha dan golongan ulama'. yang menarik dalam perbincangan tersebut, Husam membawa salam AnWAR dan mengatakan AnWAR tidak merestui kemenangan Ustaz Nasha serta memaklumkan AnWAR berjanji membantu kelompok mereka (Husam) bangkit semula dalam kepimpinan PAS nanti.

5. Entah apa yang di'nyanyi'kan AnWAR kepada Husam sehingga Husam tidak menghormati pimpinan atasan PAS. Jika dahulu, PAS mengatakan UMNO tidak menghormati, malahan mencaci ulama', kini keadaan sebaliknya! Pemimpin PAS sendiri yang menghasut ahlinya agar membenci dan melawan ulama' dalam parti mereka, tentunya dengan hasutan dan percaturan AnWAR yang sentiasa mahu PAS menuruti arahannya.

6. Setelah PAS enggan patuh kepada arahan AnWAR, maka AnWAR tidak punya jalan lain selain menghuru-hara dan melemahkan PAS. Panglimanya dalam PAS, w/pun tumbang, misainya belum mencecah tanah! Kuasa sebagai Exco Kelantan masih berbisa menarik sokongan. Anwar juga akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat sedangkan PAS telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun......

Ini strategi AnWAR. Beliau pasti akan 'all out' di Manek Urai nanti bagi mengambil hati orang PAS di Kelantan. Apabila AnWAR kembali diterima oleh penyokong PAS, maka beliau akan berusaha kembali 'menguasai' PAS biarpun terpaksa berhadapan dengan golongan ulama' yang lebih mantap di masa hadapan.......

Salam Hormat.

14 comments:

PAS Insider said...

Anwar di Manek Urai? Saya rasa tidak sempat.. Kerana pada tanggal 1 Julai ini, perbicaraannya akan bermula, beliau akan dibogelkan di mahkamah. Penipuan selama 11 tahun akan terbongkar.

Hj Hadi sudah nampak. Itu sbb beliau ambil 'insurans' untuk berbaik dgn UMNO, kerana beliau tahu, jika PAS masih bersama Anwar, dengan PAS PAS sekali akan lingkup dek kerana Anwar yg disahkan oleh RAKYAT(bkn Mahkamah) sbg seorang peliwat dan telah menipu seluruh dunia selama 11 tahun.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Bro,

Saya percaya dan setuju dengan bro, Anwar akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat. Anwar juga akan memberitahu Orang Kelantan pun semakin kurang dalam MKT UMNO. Manik Urai gelanggangnya walaupun dia sibuk di mahkamah

Saya yakin ulamak PAS pun bukan begitu mudah diperbodohkan oleh Abang Nuar khususnya ulamak PAS Terengganu.

Anonymous said...

Berawaslah , issu 1 julai akan jadi penentu kepada kemenangan PKR di Manik Urai ...

PARPUKARI said...

WAH PAS INSIDER, AKU SETUJU DENGAN KAU, PENIPUAN SELAMA 11 TAHUN AKAN TERJAWAB DI MAHKAMAH NANTI!

BRO X-PKR, SAYA NAK PUBLISHKAN ARTIKEL INI DI BLOG SAYA BRO! MINTAK IZIN YA....

najamarine said...

salam saudara..

saya pun da confuse,nak pggl ape.kejap saudara,kejap dato',kejap YB..hehehhe..

AnwarIbrahim memang tidak akan berputus asa,inilah sifat positif dalam diri AnwarIbrahim ni.walaupun tahu malaikat maut dah depan mata,dia masih lagi mampu berfikir macam mana nak jadi PM..cuma kelemahan dia cepat melatah.hahahhaha..kesiann

memang di manik urai nanti adalah pentas Anwar menghambur segala fitnah kerana ini saja talian hayat yg tinggal untuk dia terus boleh di pandang mulia dan tidak bersalah.peristiwa sebelum ni banyak mengkantoikan dan memalukan dia..

hehehhe..tengok la permainan dia lepas ni..bersedialah jentera BN di manik urai..ingat..mintalah pertolongan dengan ALLAH,insyaallah golongan munafik hanyalah menang untuk sementara..Allah maha berkuasa!!

x-pkr said...

PAS Insider,,,

semua teruja menunggu 1 Julai !!!

Bro amirhamzah,,,

ulama' PAS semakin tau siapa AnWAR, perosak dari pembawa kebaikan. Kita tgk di Manek Urai nanti.

parpu,,,

silakan.....kita mesti dedah siapa AnWAR sebenar!

bro naja,,,

manusia bisa merancang, Allah penentu segalanya.

Singh Is Kinng said...

Salam Mr X-Man,

AnuWar tak payah nyanyi lagu kopi dangdut nak tarik hidung Husam.

Just cukup dengan janji nak bagi jawatan tinggi dalam kerajaan pakatan nanti, terus Husam naik stim. Boleh si Husam hentam balak kat semua negeri.

Wassalam.

HATI2tiba2ada HINDRF Buat akuanBsumpahLaknatPlak..Pmerhati.. said...

Pasai usam ni cerdik,tgk mata dia.Tp cerdik ala Nuaq!Apa itu cerdik ala Hadi?CERDIK ALA HADI: Dlm hal sembang ng umno pun megelabaqkn DAP.apatah lg nuaq yg sgt xsabaq2 tu.jarum indirect DAP rasay bakal sayap non-muslim tu(awat xjoin DAp?).Bila PAS juai mahal,depa dpt demand KRUSI(skaligus jd POWER dlm PAKATAN!). CERDIK ALA DAP:Pas bila power! susah dikudakan(ikut ckp). CERDIK ALA NUAQ: Bila DAP xsudi,krusi nanti PKR yg kena bg,alasan byk sgt krusi..sapa lebih cerdik la ni ..Hadi?Nuaq?DAP? (husam ke!?)

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Husam Hj Musa pasti akan menagih jawatan MB Kelantan seberapa segera daripada Tok Guru.

x-pkr said...

Mr.Singh,,,

mmg dia paling berkuasa di Kelantan!

Pemuda Ptg. Pauh,,,

setuju dgn sdra.

Hati2,,,

mmg AnWAR begitu....

Anonymous said...

bro,

tak sabar nak tengok anwar al-juburi `cirit' 1 julai ni.....


*3some*

Lin said...

salam
yang pelik sepandai dan sealim orang pas ni ... masih dok percaya kat anuar tu.. hairan betullah dengan orang yang alim2 ni

Bijen M. said...

siyan anwar..
haih..
apala naseb..
dah jatuh kena timpa tangga lagi..
bek cepat2 lari mcm raja petra..

http://bejahnz.blogspot.com

Anonymous said...

Pukulan KO lagi untuk anwar!!
Barua anwar dalam Dewan Harian PAS, Dato KJ telah di PECAT dari jawatan Setiausaha Agong PAS Pusat, digantikan oleh Dato Mustafa Ali.

Tahniah kepada Ustaz Hadi kerana telah dengan berani sekali menyanggah anwar dengan mencabut duri berbisa dari tubuh/daging PAS dengan MEMBUANG KJ.

Tahniah kepada X - PKR dan semua yang telah memberi maklumbalas terbaik kepada Us Hadi dengan mendedahkan siapa itu KJ - Barua anwar.

Untuk anwar dan kuncu2nya yang masih dalam kepimpinan PAS ingat kata2 ini: Anda boleh tipu orang dalam banyak masa...tetapi anda tidak boleh tipu semua orang dalam semua masa.

Semoga selamat perjalanan PAS selepas ini, semoga langkah kearah Kerajaan Perpaduan akan lebih gagah selepas ini.....Drali