Monday, October 12, 2009

KEMENANGAN YG DIJANGKA

1. Tahniah kepada Tan Sri Isa kembali bergelar YB. Namun kemenangan yang dicapai itu hanya satu permulaan bagi satu institusi perkhidmatan yang mulia negara ini. Wakil rakyat yang telah terpilih haruslah berkhidmat seluruh jiwa dan raga kepada rakyat setempat yang telah memberi mereka peluang untuk berkhidmat.

2. Buat BN, lebih mudah bagi kita belajar dari kesilapan apabila diuji dengan kekalahan! Kita akan senantiasa 'alert' dan berusaha untuk mencapai kemenangan. Namun apabila diuji dengan kemenangan, selalunya kita alpa dan sering perasaan riak serta bongkak akan menguasai diri. Ingat! kemenangan semalam juga adalah ujian dariNya.

3. Kemenangan semalam biarpun sudah dijangka, ada sesuatu yang agak manis untuk dikongsi bersama. Majoriti yang diperolehi jauh melangkaui sasaran dan menang di semua 18 saluran bolehlah dibanggakan. Namun jangan terlalu seronok! Keseronokan ini yang bakal membunuh semangat membara perjuangan.

4. Buat PAS pula, muhasabahlah! Saya percaya kenyataan yang menyalahkan undi pos hanyalah kenyataan politik semata-mata. Cakap jangan jatuh namun hakikat harus diterima. Jauh di sudut hati, mereka akui ada sesuatu yang tidak kena dengan parti mereka. Akui saja kesilapan sambil berusaha membaiki diri. Itu lebih mulia dari berselindung dengan menyalahkan orang lain.

Memperolehi kemenangan tidaklah sesukar mempertahankannya Hanya yang ikhlas dan komited mampu terus bertahan! Janganlah perkhidmatan kepada rakyat dijadikan perkara bermusim. Insaflah bahawa rakyat Malaysia perlu mendapat khidmat yang lebih baik lagi dari wakil mereka......

p/s: Cerita Azizah akan bersambung semula esok. nantikan sambungan terbaru.....

4 comments:

Anonymous said...

Wahhh!!!! x-pkr sudah mari........

Anak Lenggong said...

Tahniah kepada diatas kemenangan tapi jangan cepat nak berasa tinggi diri..sebab ini baru lah permulaan..terus kan usaha untuk menyedarkan bangsa melayu akan kebenaran nya..kepada para pemimpin yang menang ingat lah bahawa jangan terlalu merasa selesa dan bangga dengan kemenangan ini...disebabkan pengundi sekarang sudah boleh menilai prestasi orang yang dipilih mereka sekira nya para peminpin ini masih leka dengan kemenangan tanpa sebarang usaha untuk menguruskan dan membela pengundi dikawasan mereka...jangan lah merasa kecewa pabila kalian akan disepak keluar di pilihanraya akan datang..so harus berusaha untuk memanjukan dan mendengar rintihan daripada pengundi yang memilih kalian..

Apa2 aku memang setiap malam berulang alik daripada somban ke pd tu..dan apa yang aku lihat..disini para perayu undi membuat kerja secara bersungguh-sungguh tak seperti pilihanraya kecil di kawasan sebelum ini tahniah kepada yang bekerja dan jangan mudah leka banyak lagi kajian dan kerja yang harus dilakukan..apa yang nyata sekarang ini jentera kita dah mula menyerang balik apa yang dikatakan oleh pembangkang tetapi didalam kita menyerang semula kita kena akur dengan tatasusila kita sebagai orang melayu dan berugama islam jangan seperti para pengikut taliban belaan pak lobai nyanyuk dan nuar brahi tu...

sasha2020 said...

Kesan PRU 12 dulu masih kuat. Sebab tu Pakatan rakyat, menang dlm PRK dikawasan yg dimenangi oleh mereka semasa PRU 12.

Tapi sejak kebelakangan ini, mood orang ramai telah berubah. Mereka telah kembali semual kepada BN. Mungkin kesan perubahan yg dibuat oleh Najib, telah menampakkan kesannya. Contoh yg dpt dilihat ialah di Bagan Pinang

Walau apa pun, kita tunggu PRK yg akan dtg untuk mengesahkan teori diatas. Sekiranya , dlm PRK akan dtg, BN menang lagi dgn majoriti besar, maka SAH lah...sokongan rakyat telah mula kembali kepada BN seperti dahulu.

Hidup UMNO dan BN....

Anonymous said...

hamPAS mana ada silap, depa ni semua ni ahli syurga. Kalao depa kalah maknanya UMNO yang salah...