Wednesday, January 6, 2010

AnWAR PERNAH ANGGAP KRISTIAN SBG. ANCAMAN

1. Isu bantahan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian belum reda. Momentum perlu diterus dan disuarakan oleh umat islam menyatan bantahan, namun harus mematuhi undang-undang negara. Namun tiada satupun kenyataan keluar dari pihak pelaksana yang menerima penghakiman tersebut serta pembuka ruang perkara begini terjadi.

2. x-pkr bukanlah lulusan dari Temple University (spt Dr. Muhd. Nur Manuty) untuk merasionalkan penghakiman tersebut. Juga tidak pernah bergurukan Dr. Ismail Faruqi seperti AnWAR. Jauh sekali memiliki sarjana dari Universiti Al Azhar seperti Datuk Hj. Hadi Awang. Pendidikan formal mengenai pengajian islam hanyalah dari universiti tempatan namun bersifat antarabangsa.

3. Meneliti afidavit yang difailkan oleh pihak gereja menyokong permohonan mereka boleh menceritakan segala-galanya. Mereka menggunakan sepenuhnya pendekatan undang-undang bagi mencapai hasrat mereka. Tiada langsung unsur-unsur kerohanian penerimaan kalimah Allah bagi pihak mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan penggunaan kalimah Allah dalam buletin terbitan mereka yang konon untuk edaran ahli sahaja.

4. Tiada langsung hujah pihak gereja mereka menerima konsep "rabbul 'alamin" ( Tuhan sekelian alam). Jadinya kepada pihak PKR dan 'Erdogan' dalam PAS, tidak perlulah bersusah payah berhujah hendak merasionalkan penghakiman tersebut. Sampai mati pun pihak gereja tersebut tidak akan menerima konsep rabbul alamin spt yang dihujahkan Dr. Muhd. Nur Manuty.

5. Berkaitan hujah perkataan Allah dibenar untuk kegunaan agama-agama Samawi, ianya harus direnung kembali. Islam juga membenarkan sembelihan oleh penganut agama Samawi dimakan oleh orang Islam. Islam juga membenarkan perkahwinan umatnya dengan penganut agama Samawi ini tanpa perlu menukar agama. HARUS DIINGAT! Itu dahulu, di zaman nabi. Agama Samawi yang wujud sekarang adalah jauh menyimpang dan dianggap kufur.

6. Sembelihan dan perkahwinan dengan penganut agama Samawi tidak lagi dibenarkan oleh Islam kini, kerana mereka dikatogerikan kafir. Saya percaya hujah Datuk Dr. Haron Din bertunjangkan pegangan ini serta lebih mendalam ulasannya. JAdi tidak perlu kita merasionalkan apa yang telah diketahui selama ini bagi kepentingan diri sendiri. Jangan juga mahu menjadi 'jaguh' semata-mata bagi meraih populariti.

7. Di Malaysia, Kristianisasi dianggap sebagai ancaman kepada negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Saya tidak pasti ianya masih relevan atau tidak di pihak MKN. Apa pun ini adalah fakta bahawa penyebar agama kristian tidak pernah berdiam diri dalam mengembangkan agama mereka biarpun undang-undang Malaysia menghalangnya. AnWAR sendiri pernah menjadi jaguh dalam hal ini.

8. Sewaktu memangku jawatan PM seketika dahulu, AnWAR menyifatkan Syiah dan Kristianisasi adalah sama, dan ianya ancaman kepada negara Malaysia! AnWAR mengarahkan Pusat Islam ketika itu menangani isu ini dengan tegas. Kini beliaulah yang membuka ruang untuk penyebar agama kristian mengelirukan umat islam. Beliau juga yang mula-mula menemui semua ketua-ketua agama (selain islam) sejurus kembali ke Malaysia 2005.

Bagi saya yang cetek ilmu ini, baiklah kita mencegah sebelum parah! Majoriti umat islam negara ini adalah pengikut dalam soal islam. Berapa ramai yang spt Dr. Muhd. Nur Manuty (yang digunakan oleh AnWAR) boleh berhujah agar tidak terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian?

Di saat hujah (jika dibenarkan) kita boleh berda'wah kepada penganut Kristian, berapa ramai anak-anak muda Melayu islam spt penagih-penagih dadah, mat rempit, penghuni lorong hitam nanti yang terkeliru dan kemudiannya murtad dek layanan kelas pertama mubaligh-mubaligh kristian ini (diketahui golongan ini sering dihampiri oleh petugas-petugas gereja).

Oleh itu, cegah sebelum parah, jangan sudah terhantuk baru terngadah! Jangan sampai nasi menjadi bubur. Apa pun rasional ynag menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian haruslah disanggah! DAlam konteks Malaysia, lebih banyak keburukan dari kebaikan jika perkara ini dibenarkan berlaku. Kita harus berani menyatakan pendirian kita. JAngan jadi seperti AnWAR yang menjadi 'chameleon' setiap masa demi nafsu membara mahu ke Putrajaya.......

SEkian

7 comments:

Jeffry said...

SOKONG 200% BRO!!..ANUWAR DH BUKAK KOTAK PANDORA!. SETAN BERPUSU2 MENCARI MANGSA. PERSIAPKAN DIRI JE LAA

pencinta kebenaran said...

saya ingat lagi time saya tgk video ucapan irene fernandez yg celaka mintak penggunaan Allah dlm kitab diorg..anwar n azizah boleh buat tak tau jek..celaka lah diorg nih!!!!!!!!

antipkrsarawak said...

salam saudara! saudara dulu pelajar uiam ker???

allahuakbar! (allah islam atau allah kristian?)

kalimah "allah" dipijak oleh org ramai. kita tak perlu marah kerana boleh jadi "allah" itu allah kristian.

allah maha penyayang! (allah islam atau allah kristian?)

dan seterusnya persoalan ini ditanya dan dipersoalkan...

pening!!!!!

x-pkr said...

bro jeff,,,

benar bro, kita persiapkan diri menahan serangan depa n kita mesti balas balik....

pecinta kebenaran,,,

mmg sah yg dimaksudkan kan tu....dia boleh buat donno jek.......

antipkr sarawak.....

saya belajaq peringkat rendah jer...but berani nyatakan pendirian, tak betul kita lawan...

JO said...

betullah..nanti ramai budak-budak muda pakai rantai bertulis ALLAH...pergi disco, berzina, minum arak..siapa pun tak bolehlarang atau rasa hati..

Kita memang setuju Allah itu tuhan untuk semua orang dan makhluk boleh digunakan oleh semua orang tetapi Allah yang esa tidak beranak dan tidak diperanakan.
Tetapi yang jadi kufur tu apabila menyetujui Allah orang kristian..yang mengatakan Allah itu ada anak...Harap faham..

ali said...

aku tertarik dgn ayat pasal kawin

Oleh kerana PAS dah kata penganut Samawi boleh pakai Allah, nanti ada lah Kristian yg nak kahwin dgn Islam, tp tak payah tukar agama

Akan ada kristian yg akan ke mahkamah mencabar sekatan untuk berkahwin dgn org Islam, dengan alasan menghalang hak perlembagaan mereka (pakai lah hujah freedom of expression ke hapa ke)

Agak agak PAS akan sokong ke tak?

Jadi macam Indonesia laaaaaaa, Kristian + Islam, anak nanti suka hati laaaa, tak kisah, pasal tuhan tetap sama

macam mana nak tanya org PAS pasal ni?

-ex-ROTU-

Anonymous said...

ANUWAR PENGKHIANAT BANGSA MELAYU!!
ANUWAR PENGKHIANAT ISLAM ALLAH!!!
ANUWAR ADALAH REMBISAN KAUM LUT!!!

SIAL PUNYA ANUWAR!!!...
HARKHHH PUITHHH!!