Thursday, April 15, 2010

AZMIN 'PERIOD',EMOSI AnWAR YANG TAK STABIL.


1. SAH! Azmin merajuk dengan AnWAR lantaran calon pilihan Azmin tidak dipilih oleh AnWAR. Banyak blog telah melaporkannya. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa. Alasan konon Azmin tidak hadir ketika pengumuman Zaid oleh AnWAR jelas PKR sekadar mahu memperbodohkan masyarakat umum.

2. Apa kejadahnya Azmin sibuk nak buat persiapan PRK Sibu. AnWAR sendiri umumkan DAP yang akan bertanding di Sibu. Adakah Azmin ahli bersekutu DAP? Apakah Azmin mahukan PKR bertanding di Sibu? Kenapa juga AnWAR harus tergesa-gesa membuat pengumuman mengenai Sibu? Ada hal ka?

3. Jika kerusi yang dikosongkan oleh PAS, AnWAR pasti membiarkan budak-budak PKR 'menuntut' dulu kerusi berkenaan sebelum tampil dengan lagak hero tamilnya menyelesaikan masalah. Kuala Terengganu, Bukit Gantang hatta Bagan Pinang membuktikannya. Ini kali pertama libatkan DAP dan senarionya berbeza.

4. Apakah AnWAR dilanda sesuatu? Apakah emosinya tidak stabil? Info dalaman yang diterima menyatakan AnWAR sejak kembali dari Dubai sebelum umumkan nama Zaid, emosinya tidak stabil! Dalam mesyuarat cepat sangat melenting. Azmin pula dilaporkan telah tidak hadir ke beberapa mesyuarat penting sebelum ini.

5. Menurut beberapa teman, prestasi AnWAR 1-2 hari ni juga tidak memberansangkan. Bagi yang tahu AnWAR, ceramah malam tadi di Hulu Selangor adalah jawapannya. Ceramah AnWAR seperti tiada 'ummph'. Ucapannya tidak lancar dan tersekat-sekat. Adakalanya beliau tersasul dan kelihatan seperti tiada fokus.

6. Apakah 'merajuk' Azmin mengganggu minda AnWAR? Begitu istimewa sekali Azmin di mata AnWAR hingga keadaaannya begini? Kerja kuat Zaid Ibrahim, Saifudin Nasution dan beberapa orang lagi kaki bodek PKR tidak mampu mengubat lara di hati AnWAR. Hanya 'kemunculan' Azmin shj yang mampu mengembalikan 'semangat' AnWAR.....

Sekian.


9 comments:

Syammil said...

simpati dgn anwar...

eXception said...

Aku ada berita hot, pengikut ham-PAS jadikan masjid tak ubah seperti rumah tumpangan... Kat Kuala Kubu Baru...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

joe said...

anwar ada segala2nya didunia ini. cuma yg belum ada cuma jawatan perdana menteri aja. mungkin sekarang dia tengah bersedih. ari tu dah dekat sangat tapi sekarang semangkin hari semangkin jauh pulak. huhuhu......

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
.

Anonymous said...

Minta akhbar milik Umno jangan galakkan nombor ekor, toto, magnum dsb (yg haram) disiarkan keputusan2 nya dalam akhbar2 Islam (bukan kah majoriti pembaca Islam-adakah kami majoriti kaki judi!??). Minta Tuan bawa ke tengah soal ini.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
.pum

JASA said...

SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR....SILAWAT BLOG SAYA....TUMPANG LALU SEDARA

Grey.Gory said...

Pulanglah oh sayang, hasrat dan perasaan ku...oohh...

Rindu dan membara, menyala dan membelai jiwa...lalala

Lagu Dayang Nurfaizah, taktau tajuk.

Haha.